Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Wednesday 9 November 2011

Solat dan kehidupan

 Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Maha suci Allah, segala puji dan puja hanya kepadaNYA yang memiliki Arasy dan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas penghulu nabi, Muhammad s.a.w.



Di sekeliling kita, apabila orang luar datang dan memperkenalkan budaya yang tidak pernah diperlihatkan, pasti mata memandang dengan segala perasaan kehairanan.

Utusan Allah, Rasulullah s.a.w pernah bersabda,

“Sesungguhnya Islam dimulai dalam keadaan asing dan akan kembali asing sebagaimana awalnya, maka thuuba (beruntunglah) orang-orang yang asing” (HR Muslim).

Masya Allah, perhatikanlah alam sekeliling yang seringkali perkara yang sebenarnya ada di dalam Islam, tetapi ianya menjadi asing pada kita.

"Pakcik, tempat nak solat kat dalam surau dah penuh. Pakcik ada tikar tak? Kami nak solat kat luar ni." Seorang anak muda meminta satu keperluan kepada pakcik itu.



Pakcik yang belum pernah diperlihatkan keadaan sedemikian, memandang anak itu dengan pelik. "Eh, boleh ke? Kat luar ni kan kotor, nak. Mana boleh solat. Dengan pasir-pasir ni. Ish, tak payahlah. Tunggu sahaja orang yang berada dalam surau tu selesai solat"

Dan akhirnya, ketika waktu menghampiri batas waktu, barulah surau itu lengang sedikit.

Masya Allah, kita di dalam dunia ini sudah dibiasakan dengan keselesaan sehingga menyebabkan setiap waktu kita inginkan kesempurnaan.

"Eh, kalau nak solat kene solat kat tempat yang selesa"

"Aku nak solat, tapi telekung takda"

"Alamak, air takdalah pulak."

"Ish, ape ni rapat-rapat. Ruang tak cukup ke hapa?"

Dan sebagainya. Inilah ragam manusia yang saya simpulkan pada kehidupannya juga begitu.

"Alar, macam mana ni, Pak Leman nak datang, nak buat kueh tak cukup bahan nih"

"Alamak, macam mana ni, aku dah janji dengan Lina ni, kasut pulak rosak. Ish, tak yahlah camni"

"Eeeee, orang ni..aku dah cakap tadi nak datang, dia bagi aku kuih lepat je. Ish, tak hingin aku datang lagi"

Dan sebagainya.

Sebagaimana cara kita menyelesaikan ibadat, begitu jugalah kita pada kehidupan realiti. Cubalah kita teliti diri kita. Bila kita ambil mudah solat kita, maka, pada manusia pun kita ambil mudah. Bila kita sangat menjaga tentang solat kita, hubungan kita dengan manusia juga kita jaga.

Jika kita ingin kenal kawan kita bagaimana, lihatlah solat mereka, dan kalian akan gembira bila sahabat kita akan mengungkap, "Eh, dah nak waktu solatlah, jom kita solat dulu"

Berbahagialah kita dengan sahabat yang menjaga solatnya dan solat orang-orang yang berada di sekelilingnya.

Dan apabila ada sahabat kita yang mengungkapkan begini, "Alamak, waktu dah nak habis ni, camne nih, aku tak bawak telekung, baju pulak berlengas ini, ish, tak selesalah nak solat macam ni".Ketahuilah, bahawa peranan anda adalah menunjukkan jalannya agar masalah itu dapat diselesaikan. Yang utama, solat itu didirikan, walau sebagaimana pun cara kita cuba untuk melaksanakannya.


Antara menjaga dan inginkan sempurna, ramai manusia yang tertipu dengan kenyataan ini.

"Eh, apa bezanya menjaga solat dengan solat nak cara yang sempurna je?"

Ada bezanya. Cuba kita lihat, orang yang dikatakan menjaga solat adalah orang yang mengawalkan solat, orang yang menjaga setiap rukun dan syarat sah solat. Tapi, orang yang inginkan solatnya keadaan sempurna adalah orang yang apabila perkara-perkara biasa yang selalu dibuat untuk solat itu takda, dia dah jadi malas nak buat solat. Sedangkan, sepatutnya dia harus memikirkan apa yang harus ada dalam solat, bukan perkara yang biasa dibuat untuk solat.

Begitu juga dengan kehidupan, asal ada rumah, bersyukurlah, kalau takda perabot pun takpe.

Asal ada kenderaan untuk dinaiki, bersyukurlah, kalau ianya bukanlah kenderaan yang mempunyai cc yang tinggi, tak menjadi masalah buat kita.

Asal kita ada makanan untuk dijamah untuk mengisi perut yang lapar, bersyukurlah. Janganlah sampaikan harus ada ini, itu, wajib ada barulah kita nak makan. Yang penting adalah tuntutan memenuhi keperluan perut kita.

Ya Allah, aku mohon kepadamu, agar KAU jadikanlah aku dan sekalian manusia sebagai hambaMU yang menjaga tuntutan untuk mendirikan solat.

Amin ya Rabb..

Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan."
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”