Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Tuesday 29 November 2011

ada apa dengan...JODOH

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Tangan menekan folder lama. Folder yang berisi catatanku dahulu. Ah, terlalu banyak, dan tidak ku tahu yang manakah lebih sesuai ku bentangkan disini..

Ya Allah, aku bermohon dengan kerendahan hati ini, agar apa yang ku buka dari kotak lamaku ini bermanfaat buat sesiapa yang membacanya kini..Amin ya Rabb


"Tak kiralah orang tu ramai peminat ke, takda orang yang minat ke, tapi kalau jodoh takda, perkahwinan tetap takkan berlaku" Dia menuturkan kepada sahabat-sahabat ketika reunion sebelum sahabat-sahabatnya mengakhiri zaman bujangnya. Satu perkongsian dan satu pengisian.

"Habis tu, kau bile lagi?" Tiba-tiba ditanya. Dan dia hanya terdiam, dan kemudian mengukirkan senyuman, tanda soalan yang tiada jawapan, hanya dalam pengetahuanNYA.

Acap kali, kita di dalam dunia ini, terlalu mengharapkan kesempurnaan di dalam perkahwinan, mendambakan keangungan cinta, dan keindahan zaman bersama. Tiba-tiba terdetik di dalam hatinya, "Masih wujud ke semua itu?" Tersenyum. Betapa bertuahnya takdir itu diberikan kepada insan yang terpilih.

Seringkali, aku mendengar desas-desus hati yang meletakkan impian terlalu agung pada perkahwinannya tanpa melihat dan menyedari, adakah takdir itu meletakkan dia sebagai jodohnya..

Maha Suci Allah, perjalanan kehidupan ini mengajar kita semakin hari, semakin untuk matang di dalam pemilihan.

"Jangan mencari kesempurnaan dalam perkahwinan. Jangan kita meletakkan ciri-ciri pada pasangan kita kerana ciri-ciri itu seolah-olah kita meletakkan syarat kepada Allah agar memberikan kita pasangan yang semacam itu" Dia menuturkan kembali, menyambung perbualan itu.

"Cukuplah pasangan itu dapat membawa kita ke arahNYA." Tersenyum.

Manusia kerap kali dihantui oleh pengalaman-pengalaman manusia lepas yang menjadikan sesetengah lain berkira-kira sama ada untuk meneruskan perkahwinan itu atau tidak, menunda atau menyegerakan.

Kita tak memahami aturanNYA, dan bersangka baiklah pada yang Esa, bahawa setiap kesusahan dan kesenangan itu hanyalah ingin membawa kita kepadaNYA. Setiap ujian dan kepayahan itu bukanlah untuk kita meratap, tetapi untuk kita dekat kepadaNYA, untuk kita mengadu kepadaNYA, untuk kita hampir kepadaNYA. Beruntunglah manusia yang pandai memilih dan melihat semuanya atas pandangan yang maha Esa, yang Maha Mengetahui, Allah...

Maha Suci Allah, itulah ladang pahala yang terlalu luas untuk diteroka oleh setiap pasangan di dalamnya dengan atas rahmat Allah. Jangan kita sempitkan pemikiran kita bahawa perkahwinan itu terlalu banyak tanggungjawab yang terbeban dan tidak mampu untuk kita menanggungnya.

"Jodoh, perkahwinan dan cinta itu ada aturannya dan jangan sesekali kita menukar-nukar aturannya dik" Dalam helaian kertas itu, tertulis..

Setiap hubungan itu perlulah adanya jodoh, kemudian perkahwinan dan akhirnya, cinta itu bersemi di dalam rumahtangga yang mawaddah wa rahmah. Dan, jodoh itu hanya akan kita ketemu apabila ada pertemuan. Pertemuan dua sejoli, dan hati terpaut, lalu termeterailah akad nikah.

Silapnya kita di zaman ini adalah selepas pertemuan, cinta terlebih dahulu diletakkan kemudiannya barulah memikirkan jodoh. Adakah cinta telah pun tersemai, jodoh itu masih berpihak pada kita, dan alam perkahwinan itu menjadi hak kita?

Aturlah sebaiknya aturan ini, dan mintalah kepadaNYA sesungguhnya kerana hanya DIA yang Maha Berkuasa lagi Maha Berkehendak yang akan mendengar dan memberikan yang terbaik buat kehidupan kita.

Tertarik dengan kata-kata seseorang, "Semua yang kita hadapi di dalam dunia ni, DIA nak kita balik kepada DIA sebenarnya. DIA nak kita ingat kat DIA balik"..Allah, Maha SuciMU ya Allah, walau sejauh mana, dan betapa pelupanya hambaMU ini, tetap juga Engkau mengingatkan kembali kami.

Syukrillah, Terima Kasih ya Allah..


Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

Pemberian yang DIA tidak redhai.

 Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Taip, dan backspace.

Sekali lagi, taip, dan backspace.

Ah, minda ini kosong, sebu, pedap dan terusik. Berkali-kali untuk aku memikirkan idea, dan idea. "Allah, kenapa kali ini aku tak nampak apa-apa" Dan bingkas bangun, keluar.

Berdiri di hadapan pintu, angin yang dingin, menerpa ke kulit wajah. Ah, nyamannya. Nikmat Allah, Alhamdulillah.

Sudahku usahakan sedaya upaya idea untuk keluar dari fikiranku. Sedaya upaya aku memikirkan perkongsian yang boleh menjadi saham akhiratku, biiznillah. "Ya Allah.."

Berlegar-legar di kalangan list firend, dan akhirnya aku terpana dengan satu kisah. Dan tiba-tiba aku teringat akan satu kata-kata anak didikku.

"Cikgu, saya bagitahu kat kawan saya tuh, kau jangan sampai Allah bagi benda yang DIA tak suka"

Tersentap. Di hati berbisik, "Belajarlah dengan alam sekeliling walaupun ianya datang dari seorang kanak-kanak"

Maha Suci Allah, DIA sedang berbicara melalui perantara anak muridku.



Segala puji dan pujaku panjatkan hanya kepada Allah, yang mengaturkan segala-galanya bagi hambaNYA ini. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan kita semua, Nabi Muhammad s.a.w

Istidraj. Itulah yang sebenarnya DIA sedang berbicara.

Ramai di kalangan kita terlalu alpa dan lalai dek kerana kenikmatan yang tidak pernah disedari boleh bertukar musibah kepada penerimanya.

"Wah, cantiknya kau sekarang ni, apa rahsianya"

"Uish, mana adalah..Tapi, memang aku cantik pun sekarang nih, ramai orang dok puji.." sambil gelak tak ingat dunia.

Allah, manusia, sekejapan boleh alpa dan lalai atas hanya setitis nikmat yang terkadang, boleh bertukar menjadi tiket kepada azabnya di sana.

"Tadi kiteorang pergi jumpa cikgu kiteorang. Nilah yang nak cerita ni. Suami dia ni pensyarah, Subhanallah, muka dia tak seperti umur dia pun. Kiteorang ingatkan adik kepada cikgu tuh. Borak-boraklah dengan dia. Masa borak tu yang baru tahu dia ni suami cikgu"

Khusyuk mendengar kisah yang seterusnya.

"Suami cikgu ada cerita, wajah dia tu satu ujian kepada dia"

Terkejut. Mencerun kening dan menanti ayat yang seterusnya.

"Yelah, mana tak ujiannya, dia tengah mengajar, ada pelajar yang boleh jatuh cinta kat dia. Dia kata, mukanya tu, adalah satu ujian dan dia sentiasa bermohon pada Allah terhindar dari fitnah"

Subhanallah. Ramai tidak menyedari, akan sekecil-kecil perkara ini boleh mengundang kepada istidraj. Ramai yang tidak menyedari, akan segala kelebihannya boleh menjadi tiket untuk menempah azab di sana. Naudzubillah min dzhalik..

Maka, aku bermohon akan perlindunganMU, ya Allah dari segala fitnah atas setiap kenikmatan yang telah KAU berikan yang hanya akan menjadikan aku sengsara di kemudian hari.
Amin ya Rabb

Hari ini, damai ketenangan di ketika hujan turun, aku menyelak buku. Meneliti dan membaca. Bermonolog. Akhir, hanya satu kata-kata pengakhir kalam, "Bantu aku ya Allah" Dan tangan sudahpun menutup senaskah buku, senaskah monolog hati kepadaNYA.

Wahai saudara-saudariku, kita ini adalah sekecil-kecil hamba dan selemah-lemah hamba jika tanpa pertolonganNYA. Terkadang, dalam kita diulit kenikmatan duniawi, seringkali hati itu ditindas-tindas dengan perasaan berbangga diri.

"Ah, buat apa aku bantu, duit ni aku yang kerje siang malam, bersusah payah aku dapatkan, senang-senang je dia nak dapat. TAK PAYAH" sampai begitu sekali bentakannya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;


"Daripada kalangan umatku ini, siapa yang sayangkan harta saudaranya lebih daripada hartanya sendiri?" Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, siapa yang lebih menyayangi harta orang lain melebihi hartanya sendiri?" Baginda bersabda lagi, "Harta sendiri adalah harta yang didermakan, disedekahkan kepada orang lain. Harta orang lain adalah harta yang disimpan yang tidak disedekahkan kepada sesiapa"

Allah, kenapa kita sendiri tidak menjaga perbendaharaan kita di sana. Harta yang kita perolehi adalah untuk kita membuat pelaburan denganNYA dan hasilnya adalah di sana.

"Tapi, kan kak, kenapa orang susah nak buat pelaburan tuh?"

Tersenyum.

"Sebab, keimanan dia"

Barangkali kita yang sedang menikmati ayam goreng di sebuah restoran, menyangkakan bahawa ayam goreng itulah yang paling sedap.

Barangkali, kereta yang sedang kita naiki ini adalah yang paling selesa sehinggakan tiada lagi yang lebih selesa.

Dan barangkali, rumah yang didiami, penuh dengan segala perhiasan itu adalah yang paling hebat di alam raya.

Tidak, wahai saudara-saudariku. Pasti akan ada yang cuba untuk mengatasi, mengatasi, dan terus mengatasi keselesaan yang kita ada. Tetapi, keselesaan abadi, adalah di sana.

Janganlah terlalu cepat lupa diri. Kita ini hamba, dan DIA sedang dan sentiasa akan menguji.

"Kau jangan sampai Allah bagi apa yang DIA tidak suka" dan kata-kata ini teriang-iang di pelupuk mataku, yang menjadikan aku ingin kongsikan kata-kata ini kepada kalian. Janganlah sampai kalian tertipu atas nikmat yang sementara, yang barangkali, sebentar sahaja lagi, ianya boleh bertukar musibah.

Perhatikanlah hati, sebelum ini, hati sering teringat-ingatkan DIA, adakah kini, masih lagi..

Perhatikanlah hati, adakah kita mula asyik dan gembira dengan nikmatNYA tanpa kita ingat padaNYA.

Perhatikanlah hati, kerana itulah tempat ketenangan hati yang subur, datangnya dariNYA yang memberi.

Dan janganlah kita kehilangan semuanya ini.

Aku hanya ingin berkongsikan sebuah catatan hati, yang sedang takut jika sebarang nikmatNYA ku salah uruskan menuju ke tebing neraka..Hanya kepadaNYA aku bermohon perlindungan, kerana aku adalah hamba yang terlalu lemah sedangkan DIA sedang memegang hati kita semua.

Marilah kita bermohon kepadaNYA, agar sentiasa dipeliharaNYA dari menjadi manusia istidraj. Bermohon padaNYA, agar kita semua menjadi hambaNYA yang bersyukur..

Wallahu'alam.



Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

Tuesday 22 November 2011

Siapa kita ??[Khas buat Muslimah]

 Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.



Berdiri di muka pintu. Nyaman. Udara embun di pagi hari menghembus ke dalam isi rumah. Tenang. Kelihatan dua chinese aunty berjalan di pagi hari. Tersenyum.

Fikiran melayang pada kenangan lepas. Kenangan yang mana Allah mengizinkan sebentar, dan kini baru dihargai. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya diberi peluang.

"Akak, macam mana nak menjaga? Apa yang dikatakan menjaga?"

Dan aku tersenyum menerima pesanan ringkas itu. Otak ligat berfikir. Dan akhirnya tangan mula menaip.

"Kalau akak nak terangkan ciri-ciri dan apa yang perlu dibuat, akak rasa tak cukup ruang di telefon bimbit ni. Cuma satu je pokok untuk kita menjaga, SIAPA ADIK?"

"Siapa adik?? Tak faham."

Tersenyum.



Segala puji dan puja hanya saya ucapkan kepada yang Maha Esa, yang Maha Perkasa, yang Maha Berkuasa, Allah swt. Dan selawat serta salam ke atas junjungan kita, Rasulullah Muhammad s.a.w.

Siapa kita, wahai saudariku.

Firman Allah di dalam surah al-Ahzab, ayat 34

Tetaplah kamu dalam rumahmu dan janganlah kamu berhias-hias seperti berhiasnya perempuan jahiliyah yang dahulu..

Masya Allah, siapa kita, wahai wanita muslimah? Siapakah kita?

Kita adalah wanita muslimah yang telah diangkat darjatnya oleh Allah swt. Kita adalah wanita yang memegang nama Islam, yang seterusnya berbeda dari wanita-wanita jahiliyyah yang berhias dengan mengikut nafsunya. Kita berbeda dari mereka, wahai wanita solehah.

Teratak kita, penuh dengan warna-warna keindahan, yang bersulam kepada mengarah dan mengajak yang lain untuk mendekatkan diri kepada Allah. Tetapi, teratak mereka, penuh dengan cerita-cerita peribadi yang hanya mengajak manusia untuk mencintai dunia.


Penampilan kita, terlalu menyejukkan bagi hati-hati yang cenderung untuk mencintai Allah. Tetapi, penampilan mereka hanyalah mengajak manusia agar menggemari fesyen itu, fesyen ini.


Profile laman sosial kita, penuh dengan kata-kata yang mengajak manusia agar mengingati Allah, lebih dari keperitan kita sendiri menghadapi ujian dariNYA. Tetapi, profile mereka, penuh dengan luahan ketidakpuasan hati, kemarahan, dan kesedihan terluka yang menggamit hati manusia untuk menilai, menilai dia.

Masya Allah, berbedanya kita dengan mereka.

Subhanallah, tingginya martabat kita, sehingga segala yang dipendam di dalam hati, hanya terbuku di dalam dan dipersembahkan kepadaNYA tika malam yang sunyi, munajat kepadaNYA.

Subhanallah, wanita solehah itu penuh dengan rahsia yang tidak diketahui oleh sesiapa melainkan hanyalah suaminya yang sah.

Tenang, berjalan dengan penuh keyakinan, tersembunyi, dan apabila ditanya, soalan pastilah disambut dengansenyuman serta kata-kata lembut, mengajak manusia untuk terus dan terus mencintai Allah. Dan itulah wanita yang menyimpan seribu satu rasa, di dalam jiwa, dan akhirnya mengalah kepada takdir, duduk bersimpuh di pintuNYA, "Bantulah aku ya Allah"



"Dik, apa yang akak nasihat ini adalah kerana akak menjaga hak adik sebagai seorang wanita muslimah. Semoga tiada yang terguris, ya?"

Sebaris kata-kata, hanyalah sebagai nasihat, lembut, agar ianya meresap ke dalam hati yang terleka sesaat.

"Memang, dik. Kita manusia ini selalu buat silap. Memang dah fitrah kita melakukan kesilapan. Tetapi, kesilapan itu akan menjadi semakin buruk apabila kita menasihatnya, dia tak nak dengar. Dan itulah sebesar-besar kesilapan manusia"

Ramai yang tidak sedar, kenapa dijadikan manusia sekeliling. Agar mereka menilai dan mengingatkan kita, bahawa apa yang dilakukannya itu adalah kesilapan yang boleh mengundang mudarat.

"Akak tak kisah adik nak buat apa. Tapi, satu jelah yang akak boleh kata, bila adik buat kesilapan, bukan hanya adik sahaja yang kene, tapi nama Islam juga akan terkena"

Fitnah pada Islam, melalui kita itulah yang harus kita selalu pertimbangkan dalam setiap langkah kita. Janganlah kita lupa siapa diri kita. Kita adalah wanita muslimah yang telah diangkat dan dipelihara oleh Allah melalui kata-kataNYA dan pesanan dari Nabi kita, nabi Muhammad s.a.w



Wahai wanita muslimah yang berhijab, perhatikan apa yang dilakukan oleh mereka, apa yang membezakan kita dari mereka. Tiada. Dan hanya satu-satunya perbezaan yang kita ada, adalah kita bertudung litup, memakai baju yang longgar, berkata-kata tentang Islam. Tetapi, di sebaliknya itu, apakah perbezaan yang jelas yang sepatutnya kita lihat dari kata-kata di Kitabullah, al-Quran.

Dan sekali lagi, ingin saya kongsikan kepada sekalian wanita muslimah akan satu kata-kata peringatan dan semoga ianya juga menjadi peringatan kepada saya.

Telah menjadi kebiasaan bagi wanita-wanita zaman ini samada yang sudah bersuami atau pun masih belum berkahwin –kecuali mereka yang dipelihara oleh Allah- untuk mempunyai sahabat dari kalangan lelaki. Ini bertentangan dengan sifat wanita yang beriman dari kalangan hamba yang disifatkan oleh Allah dalam surah al-Nisa' yang bermaksud : «…dan berikanlah kepadanya mas kahwinnya dengan kadar yang patut, sedang hamba itu perempuan yang baik, bukan perempuan lacur dan bukan pula mengambil lelaki lain sebagai teman secara rahsia…» [al-Nisa' : 25]. Inilah budaya barat yang cuba diserap masuk di kalangan wanita-wanita Muslimah kerana musuh-musuh Allah ini tahu bahawa rosaknya wanita Muslimah bererti rosaklah generasi Islam yang akan datang! Tetapi malangnya, fenomena ini dianggap biasa di zaman ini bahkan wanita yang tiada sahabat lelaki itu pula yang dikatakan ketinggalan zaman serta tidak pandai bersosial dan sebagainya. Allah jualah tempat meminta pertolongan.

Allah, betapa kita tidak sedar, wahai wanita-wanita muslimah.

"Akak, susahnya. Saya buat ni, orang cakap. Saya buat tu, ada pulak yang kata itu tak boleh. Diaorang cakap, sebab saya pakai tudung labuh, sebab saya wanita muslimah..Habis tu apa je yang boleh" bentak seorang adik kecil.

Tersenyum.

"Kalau susah, adik jangan jadi wanita Islam, boleh? Dik, Allah dah mengangkat darjat wanita Islam dan DIA lebih Maha Mengetahui apa yang telah diperintahkan olehNYA. DIA nak pelihara kita, kenapa kita pula senang-senang membuka peluang. Bukankah yang tertutup itu indah?"

Senyum.



Wahai wanita muslimah, kita tak tahu apa yang ada di sebalik hati-hati yang melihat dan penilaian mereka atas tingkah laku kita. Dari setiap kata-kata, dan dari setiap lenggok bahasa kita, ianya boleh menjadikan hati-hati yang berpenyakit, berimaginasi dan seterusnya memancing syaitan untuk memperdayakan nafsu. Sekuat manalah hati seorang manusia itu jika tanpa pertolongan Allah..

Dan sesungguhnya saya bermohon dan memohon perlindungan pada Allah, dari kata-kata yang tidak bermanfaat serta mengusik hati-hati yang terlalu sensitif jika kesalahannya disebutkan. Sesungguhnya tulisan ini hanyalah sebagai peringatan buat saya, dan jika bermanfaat buat kalian, maka itulah saham akhirat saya.

Masih segar di ingatan saya, perbualan di antara saya dan seorang kakak, yang terlalu sangat menjaga.

"Akak, kenapa akak macam terlalu sangat menjaga ea?"

"Atirah, biarlah manusia nak kata akak syadid ke, apa ke, tapi akak yakin, jika akak sangat menjaga, Allah akan bagi akak yang terbaik untuk perkahwinan akak nanti"

Subhanallah. Sungguh suci wanita ini, ya Allah. Dan dialah menjadi idola dan seorang kakak yang sangat saya suka bertanya, berbincang, dan bertukar-tukar idea. Ketegasannya dan ketaatannya dalam menunaikan hak Allah, saya hanya mampu doakan semoga dia menerima yang terbaik, lantaran dari apa yang dia jaga.

Marilah, wahai wanita muslimah, kita menjaga diri kita, kerana itulah sifat seorang wanita beriman. Tundukkanlah pandangan, walau dalam apa jua keadaan, walau apa jua situasi.

"Alar, kak, gambar je pun. Nak cuci mata, tak salah, kan?"

"Dik, cuci mata bukan dengan tengok gambar-gambar yang ada di kalangannya muslimin yang bukan mahram kita. Nak cuci mata, baca al-quran dengan tartil dan mentadabbur sehingga menusuk ke dalam hati, lalu mengalirkan air mata. Nah, itu cuci mata yang diajar oleh Islam"

Terdiam.

“ Katakanlah kepada orang-orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka”( Surah An-Nur : ayat 30,31) 

Mari, marilah wahai wanita, saya mengajak pada diri saya, dan pada diri sahabat sekalian, kita menjaga kerahsiaan kita dari pengetahuan umum, dan apa yang kita patut persembahkan kepada umum, adalah suara mengajak, "Marilah kita mencintai dan mentaati Allah dan Rasul"

Mari, mari, wahai wanita muslimah. Sesungguhnya saya bukanlah seorang yang tidak membuat kesilapan, tetapi, atas kata-kata di teratak ini, ianya juga menjadi sebahagian dari kata-kata peringatan buat saya dan kepada sesiapa yang ingin mengambilnya.

Mohon kemaafan jika ada yang terusik, tetapi, sesungguhnya, ianya hanyalah sebagai satu tanda kasih dan sayang saya kepada kalian agar tetap berada di landasan dan jangan, jangan sesekali meninggalkan saya di belakang kerana saya juga ingin menjadi seperti kalian.

Syukran kerana meluangkan masa untuk membaca.




Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

Monday 21 November 2011

DIA ada di dalam hati kita.

 Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.



Mata redup memandang lepas ke arah tasik. Sesekali, angin sepoi-sepoi bahasa menyapa, menyentuh kulit. Sejuk. Memori terawang-awang di dalam fikiran, dan kenangan tiba-tiba kembali menerjah. Akhirnya, apa yang mampu diluahkan, "Inilah ketetapanNYA"

Damai, tenang dan menyejukkan, sesisip air kopi dihirup sambil mata tidak lepas dari pemandangan. Hati itu mula bersuara dan fikiran mula terimbas.



"Allah, Iman..Akak baca satu Hadith Qudsi ni. 'Sesungguhnya Ku jadikan syurga itu taman untuk hamba-hambaKU, dan taman bagiKU adalah hati-hati mereka'..Allah..rasa sayu je..DIA ada dalam hati kita, tapi kita selalu buat-buat tak sedar DIA ada dalam hati kita"

Kita selalu terlupa dan selalu buat-buat tak nampak akan kehadiranNYA di dalam hati kita.

Apabila melakukan kesalahan, "Jangan, itu tidak disukai oleh Allah"

Hati, "Alar, bukan selalu. Nak cuba sekali je"

Dan kita terus melakukan. Inilah manusia. Selalu buat-buat tak sedar DIA sedang memerhatikan kita.

"Akak, macam mana nak rasakan DIA ada di dalam hati kita?"

Tersenyum.

"Ini bab Ihsan, dik..Kalau kita betul-betul faham tentang perkara ini, kita akan sedar, DIA sentiasa ada di dalam hati kita. Haaa..Akak ada satu cara, caranya ialah..Selalulah berbual-bual denganNYA.."

Senyum.



Selalulah kita berbual-bual dengan DIA di dalam hati. "Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan"

Selalulah kita berbisik kepadaNYA, "Ya Allah, aku sangat sayangkan ENGKAU"

Dan rahsiakanlah segala perbualan kita, maka itulah nikmat yang akan kita rasa, diberikan olehNYA kepada kita.

"Kau tahu, si Minah tuh, dia bagitahu aku semalam, dia suka sangat kat Ahmad tuh."

"Eh, ye ke?Kurang ajar betul, berani betul dia ada perasaan kat orang yang aku suka juga"

Bayangkan perasaan Minah apabila perasaannya diketahui oleh orang lain.



Kenapa wahai insan, kita mewar-warkan rasa kasih san sayang kita kepadaNYA pada yang tidak sepatutnya. Nyatakanlah rasa cinta dan kasih itu kepadaNYA sahaja di dalam munajat dan perbualan kita denganNYA.

Tidakkah kita menjaga hati dan perasaan hambaNYA yang lain, yang juga berusaha untuk meraih cinta Allah.  Dan sesungguhnya, kita semua bermadu. Apalah perasaan madu kita apabila kita menyatakan bahawa kita mencintai suami yang juga dicintai oleh madu kita, melebihi dari sesiapa. Mengekspersikannya, dengan asyiknya tanpa kita sedar, di hati madu kita, "Wah, dia ni, lebih-lebih pulak. Macamlah aku ni tak cintakan suami aku."

Dan kesudahannya, cinta yang terpamir, adalah cinta yang direbut-rebutkan. Tiada keikhlasan kerana masing-masing ingin dilebih-lebihkan..

Pernah diceritakan, ketika mana Nabi ingin memberitahu siapa isteri yang paling disayangi, baginda memberikan setiap seorang cincin dan berkata, "Wahai isteriku, apabila engkau menerima cincin ini, maka sesungguhnya aku menyayangimu. Dan janganlah engkau memberitahu pada sesiapa"

Dan ketika baginda mengumpulkan isterinya, baginda bersabda, "Sesungguhnya, di antara isteriku ini, tanda aku menyayanginya adalah dengan pemberian cincin."

Maka, tersenyumlah para isteri kerana mereka menyedari bahawa diri mereka disayangi oleh baginda lebih dari yang lain, sedangkan semuanya menerima cincin dari Rasulullah s.a.w.

Begitulah rasa cinta dan kasih kita kepadaNYA. Biarlah hanya kita dan Allah sahaja yang tahu, betapa kita menyayangiNYA melebihi segala-galanya. Tidak perlu diwar-warkan, malah dibuat iklan, "Siapa yang sayangkan Allah, copy paste status ni, kemudian tulis kat status"

Allah..Baginikah cara kita menunjukkan kasih dan sayang kita kepadaNYA. Tunjukkanlah dengan ibadat kita kepadaNYA. Itulah tanda kasih sayang kita yang hanya DIA sahaja tahu menilai.

Maha Suci Allah, Subhanallah..

Ajak dan bukan meluahkan.

"Marilah, marilah wahai saudara-saudariku, kita berusaha untuk sentiasa mencintai Allah. Mari, marilah wahai insan, kita dambakan cinta Allah, bukan cinta insani. Marilah.."

Fudhail bin Iyadh berkata, "Jika kau ditanya , apakah engkau mengasihi Allah? Maka diamlah. Jika kau jawab tidak, maka kafirlah engkau. Jika engkau jawab ya, maka itu bukan adab orang muhibbin"

Marilah, marilah wahai saudara-saudariku. Kita berusaha meraih cintaNYA. Berusaha menyenangkanNYA. Berusaha mentaatiNYA. Dan berusaha menjadikan DIA di dalam hati kita semua..

DIA sentiasa ada di dalam hati kita. Masya Allah, satu kenyataan yang kita jarang-jarang sedar. Masya Allah..Semoga kita digolongkan di dalam golongan yang tulus ikhlas beribadat kepadaNYA, hanya untukNYA, keranaNYA dan demiNYA, Allah swt..



Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

Thursday 17 November 2011

Kita semua manusia biasa...

 Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Khsuyuk mendengar cerita salah seorang sahabat. Menumpukan perhatian kepadanya. Dan akhirnya saya bersuara.

"Kau tak sedih ke, suka kat orang lain, nak kawen dengan orang lain?"

Terdiam.

"Tipulah kalau aku kata aku tak menangis. Aku ni manusia biasa. Tapi, aku tetap kene teruskan juga langkah aku. Hidup aku kene diteruskan jugak"

Tersenyum.



Segala puji dan puja saya panjatkan kepada Allah, tangan yang sudah pun terbiasa dengan penulisan satu masa dahulu, masih diberi peluang untuk menulis. Selawat dan salam ke atas Nabi s.a.w, dan dengan berselawatlah, martabat Nabi kita semakin tinggi dan semoga kita semua mendapat syafaat baginda. Biiznillah.


Kita semua adalah manusia biasa. Yang merancang dan terus merancang dan tanpa kita sedari, dalam kita merancang itu kita telah meletakkan ketetapan dari perancangan kita. Nauzubillah.

Sekali lagi, khusyuk mendengar cerita seorang sahabat. Dan akhirnya saya bersuara. "Jangan sampai kita meletakkan nasib kita di tangan kita sendiri. Ingat tuh. Kita semua baca Mathurat, kita semua baca doa dalam tuh, dan jangan sampai kita terlepas dari memahami apa yang telah kita minta pada Allah"



Kita jarang memerhatikan apa yang kita keluarkan, tapi selalunya diambil berat adalah yang terpendam di dalam hati.

Kita manusia biasa, dan siapalah kita untuk menetapkan nasib kita.

Kita manusia biasa, dan kita ada batas kemampuan kita.

Kita manusia biasa, yang punya pelbagai perasaan. Marah, geram, suka, sedih, kecewa, dan bermacam rasa tapi, cara kita mempamerkannyalah yang menunjukkan kita ini di kalangan yang beriman atau mendahulukan perasaan.

Janganlah kita menjadi di kalangan hambaNYA yang terlupa siapa diri kita.

Ah, dunia ini terlalu indah jika kita sangat menghargai apa yang ada di sekeliling kita bukan meminta kita dihargai.

Tengok di sana, ada tasik yang damai, tenang menyejukkan


Tengok pula di situ, ada gunung-ganang yang tetap tegak berada di situ, menjadi pasak bumi.

Lihat pula di sini, sekumpulan kanak-kanak yang bermain dengan riang sehingga membuatkan kita tersenyum melihat aksi mereka.


Ah, tengok pula di sana, sekumpulan burung yang terbang bersama-sama, menarik perhatian kita untuk memerhatikan mereka.

Subhanallah, Maha Suci Allah, terlalu banyak lagi yang boleh kita perhatikan. Kenapa, wahai hati, bersedih merenung kembali ke belakang. Lepaskanlah. Kita masih punya alam yang sangat menghiburkan hati dan jiwa kita.

Kita masih punya sahabat lain yang tetap di sisi kita, memegang tangan lalu beriringan bersama, dan tenang mendamaikan berkata, "Bersabarlah wahai sahabat"

Kita adalah manusia biasa yang tidak pernah terlepas dari melakukan kesalahan dan bersyukurlah, walau satu dunia menyingkirkan kita, kita tetap masih punya Allah. DIA tidak pernah membenci hamba-hambaNYA, walaupun murka atas setiap kesilapan kita, tetap menunggu rintihan hati, mengadu kepadaNYA, "Ampunkanlah aku, ya Allah..."
 
Tiada ungkapan "happily ever after". Itu hanyalah ungkapan Barat yang mengajar kita untuk mencari kesempurnaan di dunia. Sentiasa menjalani kehidupan dengan sangat bahagia. Tidak. Kita takkan pernah dapat sampai kepada kebahagiaan yang berkekalan.

Firman Allah, surah Alam Nasyrah
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) 
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam)
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? 
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini) 
Sesungguhnya, tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahan. Janganlah kita cepat berputus asa, walau kita terduduk dan menjerit di dalam hati, janganlah sampai kita lupa untuk membuka semula helaian al-Quran yang sudah pun dijadikan sebagai pemujuk kepada sekalian hati.

Kita memang manusia biasa, tetapi kitalah yang mentadbir diri kita. Sesungguhnya pilihan itu ada di tangan kita. Selamat memilih wahai manusia...



Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

Wednesday 16 November 2011

Tanya sama Pokok

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.



"Pokok?".

Unik.

*searching lyric for song POKOK*

*Gotcha*

Pokok - Meet Uncle Hussain Feat Hazama

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang Chorus

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok



Tersenyum. Meneliti bait-bait lirik. Ya, kita masih ada Allah walau apa pun yang terjadi. Walau satu dunia ini membenci kita, kita tetap masih ada DIA yang MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.

Setiap manusia, pasti ada penilaian dan penelitian masing-masing di dalam meneliti apa yang sampai pada mereka.

Terkadang, di sangka perkara itu salah, tapi rupanya hanya pengantara mengajar dia kepada yang lebih besar.

Terkadang, di sangka baik, tapi di sebaliknya ada maksud tersirat.

Ahh, inilah dunia. Dunia yang terkadang manusia tak mampu untuk menduga, dan apa yang pasti adalah, berjalanlah dengan tenang kerana kita tak tahu apa yang ada di depan.

"Kak, kenapa, kenapa keluarga saya buat saya macam ni. Mereka selalu ganggu emosi saya bila saya dah nak exam. Masa nilah diaorang selalu buat saya rasa macam..." dan air matanya yang sedia terburai, makin menderas. Dia baru lepas menerima panggilan telefon dari ahli keluarganya.

Dalama esak tangisnya dia bercerita. Aku memandang dan melihatnya. Terkedu dengan soalannya. Terdiam sebentar.

"Dik, lantaklah.." Dan akhirnya aku bersuara.

"Lantaklah semua benda tuh. Cuba aplikasikan benda ni. Kalau adik menangis macam ni pun, keluarga adik bukan tahu pun apa yang adik rasa. Lantaklah. Set mind dalam kepala, 'Ahhh, lantaklah. Baik aku study"

Terkedu. Terdiam dan masih bersisa air matanya. "Tapi, saya tak boleh, kak"

Dan kali ini, aku yang terdiam.

Manusia, terlalu mengikut perasaan dan terlalu mahu dan mahu, tanpa melihat apa yang sebenarnya dia perlu.

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Manusia, terlalu banyak alasan itu, alasan ini. "Saya tak boleh tu" , "Saya tak boleh ni". Dan kemudian duduk terdiam, merenung, berfikir, menerawang dan seterusnya bermain dengan emosi.

Inilah dia manusia.

"Kak, kalau orang tanya akak, apa prinsip hidup akak, apa yang akak akan jawab ea" Baru-baru ini aku ditanya oleh seorang adik.

"Hidup dengan simple. Itu je"

Terbuntang matanya.

Apalah yang ada pada dunia ini. Dikejar, bila tak dapat, kecewa. Bila dapat, timbul pulak rasa membangga diri. Apalah yang ada pada dunia ini untuk kita bertungkus lumus mencari, mencari dan terus mencari kesenangan yang mana kesenangan itu belum tentu lagi kita rasai selama-lamanya.

Apalah yang ada di dunia ini, hanyalah ladang untuk kita mencari pahala sebagai perbekalan. Ianya datang sebagai perantara membantu kita, kemudian, ianya akan hilang apabila sampai masanya.

Just a simple rule to role our life, by ourselve. Tak perlulah kita menulis panjang lebar kat entry blog, atau pun tulis berjela-jela status kat YM, kat FB atau mana-mana tentang luahan hati kita menanggung segala macam bagai. For what, i ask you?

Dan selalunya jawapannya adalah, "Inilah sahaja tempat saya nak meluahkan rasa di hati" Dan aku hanya mampu tersenyum kelat dan menggeleng kepala.

"Habis tu, kau nak citer apa kat Allah? Citer tentang kartun Boboi Boy ke?"

Allah, inilah satu-satunya tempat yang paling indah untuk kita mengadu.  Tapi manusia menganggap dia sedang mengadu pada patung, dan yang mereka sangkakan tidak mampu melakukan apa-apa.

Tidak wahai para pengadu. DIA MAHA DEKAT. DIA MAHA BERKUASA. Sebelum kita adukan, DIA dah pun tahu dan sudah pun menyusunkan yang terbaik untuk kita.

Musibah yang diberi itu bukan hanya untuk kita mencari jalan penyelesaiannya sahaja, tetapi untuk kita datang kepadaNYA, bersimpuh, mengadu kepadaNYA dengan sesungguh pengharapan. Dan inilah iman kita..

Sama ada kita bersabar, atau putus asa..

Masih segar diingatan kata-kata Fudhail bin Iyadh yang aku temui di dalam satu buku tentang Wanita Solehah. Diceritakan tentang seseorang yang ditimpa musibah, datang mengadu nasib kepadanya. Namun tanggapan Fudhail adalah, "Kau ni keliru, mengapa mengadukan Dzat yang mengasihimu kepada orang yang tidak mengasihimu?"

Masya Allah, kita semua terkeliru. Tanpa kita sedari, kita sedang mengumpat dan mempertikaikan segala kerja Dzat yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Allah swt.

"Habis tu, kak, macam mana kita nak dapat nasihat kalau kita tak bercerita"

Tergelak.

"Dik, beza tuh, bercerita meluahkan dengan bercerita untuk minta nasihat. Kedua-dua tu ada adabnya. Jangan salah tafsir."

Apabila kita inginkan nasihat, kita perlu tidak sembarangan orang untuk kita bercerita, malah, dalam kita bercerita itu juga pun kita kene berkias-kias.

Wahai para penerima ujian, bersabarlah kerana DIA sedang bersama dengan anda. Bersabarlah dan redhalah atas setiap ujian yang ditimpa, dan hiduplah seolah-olah kita hanya punya hari ini sahaja.

Janganlah terlalu banyak alasan untuk sebuah kehidupan ini. Ambil dengan sangat simple pemikiran. Kita buat, kita dapat ilmu. Kita malas nak buat, tak payah buat. Kalau orang cakap belakang, bia lantak p lah, bak kata orang utara.

Simple je kan??..^_^
  
Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

Tuesday 15 November 2011

Tabarruj pada wanita muslimah mendatangkan fitnah...

 Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.



"Haaaa, dok termenung gapo tuh??" Saja mengejutkan lamunan seorang adik.

"Ish, akk ni. Terkejutlah saya." sambil mengurut dadanya.

Tergelak.

"Dok fikir apa tu dik?"

"Takda, kak. Teringat kuliah tadi tentang tabarruj."

Atirah mencerunkan keningnya. "Emh, macam menarik je tajuk tuh. Kongsilah dengan akak"

"Menarik, kan? Tapi, tulah kak, saya macam agak terkedu dengan kata-kata ustaz tadi. Dia kata, wanita yang pakai purdah inilah tabarruj"

"Eh, kenapa pulak. Pelik tuh"

"Sebab, erti tabarruj ni, dia menarik perhatian, maknanya, kalau wanita purdah ni lalu, dia menarik perhatian lelakilah, kak"

Terkedu.



Maha suci Allah, segala puji dan puja hanya kepadaNYA. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Syukur kepada Allah yang memberi keizinan sekali lagi paparan entry ini muncul di layar skrin komputer sahabat-sahabat, dan para pembaca. Selawat dan salam keatas junjungan Nabi s.a.w.

Isu tabbaruj di kalangan wanita itu seringkali diperbincangkan. Ada yang katakan "Ini tabarruj" ada pulak yang katakan, "Bukan, ini bukan tabarruj"

Ditanya lagi tentang tabarruj, "Alar, yang lip lap lip lap tuh"

Lagi, "Yang pakai make up yang tebal seinci tuh"

Dan bermacam lagi andaian. Tanpa menunding jari ke arah kita. Satu yang ditunding, jangan lupa empat lagi yang balik ke arah kita.

Saya hanya ingin berkongsi secebis perkongsian, dan berharap agar ianya bermanfaat buat semua.

Apabila ditanya tentang makna tabarruj, kebanyakkannya selalu mengatakan bahawa berhias yang tidak mengikut syara', bermake up sehingga tebal berinci-inci dan sebagainya. Tapi jarang kita ingat bahawa tabarruj ini juga adalah menarik perhatian.



"Akak, akak kan pakai purdah, jagalah gambar-gambar akak tuh." Tiba-tiba seorang wanita purdah ditegur oleh adik lelakinya.

"Erk, kenapa pulak dik?"

"Yelah, ramai kawan-kawan adik kata gambar-gambar akak tu cantik, solehah lah, ape tah lagi. Macam-macamlah. Ada tu pulak, saja je nak tengok-tengok gambar adik, pastu tanya, mana kakak kau yang pakai purdah tuh? Adik cam rasa menarik perhatian lelaki je gambar-gambar akak tuh. Akak kan wanita muslimah, kan nabi dah pesan, wanita muslimah, wanita solehah, sifatnya tersembunyi dan yang hanya tahu adalah suaminya sahaja"

Terkedu.

Benar, wahai wanita yang mengejar keredhaan Allah dan Rasul. Teleklah diri kita dan muhasabahlah diri kita. Janganlah menjadi fitnah kepada Islam, kerana menjadi fitnah kepada Islam itulah sebesar-besar dosa yang susah untuk kita padam dan luputkan walau kita sudah pun bertaubat. Menjadi fitnah itulah adalah sebesar-besar dosa yang harus kita takuti.

Mari, mari, wahai sahabat kita perhatikan kisah Ummul Mukminin Siti Aisyah yang difitnah oleh golongan munafik. Dikatakan Siti Aisyah pulang bersama dengan salah seorang sahabat nabi. Manusia yang melihat, terutama sekali golongan munafik tidak terus bertanya kepada Siti Aisyah tetapi terus sahaja membuat andaian, andaian, andaian dan seterusnya fitnah. Masya Allah, isteri Nabi yang suci itu difitnah sehingga bercucuran air matanya, menahan kesedihan. Segala keperitannya hanya sahaja diadukan kepada Allah swt.

Dan sehingga akhirnya kebenaran muncul dengan firman Allah swt. 

Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: “Ini adalah suatu berita bohong yang nyata”. Juga firman Allah yang artinya, “(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar. Dan mengapa kamu tidak berkata, diwaktu mendengar berita bohong itu: “Sekali-kali tidaklah pantas bagi kita memperkatakan ini. Maha Suci Engkau (Ya Tuhan kami), ini adalah dusta yang besar”. [QS. An-Nuur : 15-16]

Wahai saudariku, kita tidak sekuat Ummul Mukminin, Siti Aisyah. Kita tidak setabah puteri kepada Orang yang Jujur, Saidina Abu Bakar. Kita semua tidak mempunyai Rasulullah s.a.w di sisi sebagai suami yang sangat bersabar. Tidakkah kita mengambil pelajaran dari perkara ini dengan bersikap berhati-hati dari andaian manusia seterusnya menjadi fitnah. Benar, barangkali kita di pihak yang benar, tapi, fikirkan beban perasaan, kepedihan dan kesedihan yang tidak mampu kita tanggung sehingga boleh sahaja mencalarkan nama baik kita sendiri. Malah, barangkali boleh sampai kepada keluarga kita.

"Eh, pandai-pandai je budak tu nak kata aku mendatangkan fitnah, yang dia tu, aku tengok dok tenung gambar-gambar pempuan yang tak pakai tudung, takda pulak dia nak cakap ape" Mendengus seorang adik.

"Kenapa bising-bising ni dik"

"Ni hah, kak. Diaorang ni cakap saya pakai purdah mendatangkan fitnah je, orang yang tak pakai tudung kat list friends dia, takda pulak dia nak mengomel-ngomel, nak tulis suruh pakai tudung." sambil menunjukkan skrin komputer ribanya, terpapar ruang wall akaun Facebooknya.

"Haaa, kan. Kak, tengok kak, tengok. Abang Long saya dah komen dah ni. Habislah. Nanti kalau mak ayah saya tahu, camne?"munjung sedepa, tidak berpuas hati.

Tersenyum melihat keletah adik ini.

"Dik, bersangka baiklah, barangkali mungkin dia nak menegur orang yang tidak memakai tudung tuh, tapi dia mungkin tak tahu caranya. Tapi, bila dia dah tegur adik, berlapang dadalah menerimanya dan anggap itulah bentuk kasih sayang seorang saudara kita. Menerima dan meminta nasihat itukan sifat orang yang berakal. Cumanya, cara dia nasihat tulah yang patut adik tidak berpuas hati. Menegur orang, bukan di khalayak ramai sebegini, ianya menjatuhkan air muka orang. Tegurlah secara private di dalam inbox messsage. Inilah cara yang Imam Syafie ajar"

Tersenyum.

Berhati-hatilah, wahai saudariku..



Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

Monday 14 November 2011

Selamat Tinggal..

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
 
 

Ku selak-selak helaian "La Tahzan". Membaca bait-bait kata penulis, lalu aku terpaku pada satu kata-kata.

"Bukan mustahil hidup anda tinggal sehari sahaja lagi-hari ini"

Tertelan air liurku, mengenangkan hakikat perkara ini. Hiba, tersentak.

"Kalaulahkan, dik, masa akak kemalangan lepas, kan, akak dah takda, kau boleh terima?"

Terkedu. Terdiam.

"Insya Allah, adik boleh terima. Adik redha" ku lihat adik sangat susah untuk mengungkapkannya.

"Ye ke nih ko boleh terima. Ye ke..Ye ke??" tergelak.

"Jangan mengada-ngadalah kak"

Dan aku dah pun tergelak besar.



Oh, dunia. Oh, manusia. Inilah realiti anda sekalian. Anda tidak akan dapat menatap orang di sekeliling anda selama-lamanya. Janji itu hanya abadi ada di sana. Bukan di sini..

Oh, dunia. Oh, manusia. Kenapakah engkau ingin memegang apa yang ada di sekeliling ini selama-lamanya tanpa melihat apa yang Allah dah janjikan untuk pertemuan abadi kita di sana.

Firman Allah, surah Az-Zukhuf, ayat 67
Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.
"Kak, adik sakit. Adik takut tak dapat jumpa dengan akak"

Aku mendiamkan dahulu kata-kataku. Lama aku berfikir atas kata-kata yang aku terima dari telefon bimbitku. Lalu, aku menaip kata-kata dari lubuk hatiku sendiri.

"Dik, bukan pertemuan di dunia yang akak harapkan, tetapi apa yang akak risaukan adalah pertemuan kita di sana, adakah kita dikumpulkan bersama. Dik, jagalah akidah adik."

Akidah yang selalu dipandang ringan, yang selalu diperkotak-katikkan. Allahu..

Di sana, sini, kita sedang membicarakan tentang akidah. Di mana-mana, kita sedang rancak melakukan pelbagai program untuk memelihara akidah..tanpa kita sedari, apa yang kita buat itu bukanlah untuk memurnikan akidah, tetapi mencalar balarkannya.

Akidah bukanlah hanya sekadar pengakuan tauhid, tetapi pemurnian hati kita, bergantung hanya sahaja kepada Allah.

Yakinlah di hatimu, walau roh kita tidak bertemu, dan kita masih sahaja ada lagi pertemuan di sana. Kuncinya..AKIDAH...Dan tanpa kita sedari, setiap tindakan kita, terkadang menjerumus masuk ke dalam syirik.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil).
Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu?
Baginda menjawab: Riak."

(Hadis riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi)

Ya Allah, aku berlindung denganMU dari sifat yang menjauhkan aku dariMU. Sesungguhnya kami hanya ada Engkau sahaja yang mendengar dan membantu kami. Selamatkan kami dari sifat ini, ya Allah, jauhkan kami dari sifat riak. Selamatkanlah akidah kami, dan bantulah kami untuk menjaga pegangan tauhid ini sehingga ke akhirnya.
Amin ya Rabb..

Damai, ketenangan menghayati seluas alam ini. Angin menyentuh selapis kulit yang menutupi tubuh. Suatu ketenangan meresap ke dalam hati. "Ya Allah, betapa indahnya alam ini yang KAU jadikan sebagai penyejuk hatiku"

Tersenyum.


Kita hidup tak lama, pertemuan kita juga sesingkat yang dibenarkan olehNYA. Kenapakah kita harus membuka lipatan sejarah lama kita dan gundah gulana akan masa hadapan kita.

"Kak, kalau orang kata apa prinsip hidup akak, akak jawab apa?"

"Hidup dengan simple" Sambil tersenyum lebar.

"Itu je?"

"Itu jelah dik, nak cakap apa lagi"

Menggaru kepala. Dan aku hanya tersenyum melihat akannya.

Apalah yang ada di dalam dunia ini yang kita kejar-kejarkan. Kita kejar, jika tidak kesampaian, kita yang kecewa. Hiduplah wahai hati di dunia ini dengan pengertian yang sangat mudah, aku hidup hanya untuk mencari perbekalan. Terkadang, dalam mencari perbekalan tu, dilihatnya sedap, zahirnya memikat, tetapi, apabila dirasa..."wekk..nak muntah. Rasa apa nih?"

Kita selalu merasakan apa yang kita buat tuh dah pun yang terbaik, tetapi masih juga manusia menganggap ianya buruk, menjelikkan, dan sebagainya. Takpalah, kita buatlah apa yang kita mampu, takpelah kalau manusia tak berkehendak, tetapi kita teruskanlah memberi. Terkadang, kita buatkan kuih untuk orang sebelah, tapi, kawannya jirang yang datang ziarah nun jauh di sana pula yang menghargai apa yang kita beri. Takpalah, kita buat sahaja dan tidak usahlah digusarkan tanggapan manusia kerana manusia ini ada pelbagai ragamnya. Takpalah..

"Arghhh, nyah kau syaitan. Kau hanya ingin menumpukkan rasa syak, rasa sakit hati, rasa tidak suka kepada saudaraku sendiri. Nyah kau"

Berperanglah dengan bersungguh-sungguh di dalam hati anda. Berperanglah dengan nafsu dan syaitan yang acap kali mengajak anda mencurigai alam sekeliling. Berperanglah dengan bersungguh-sungguh kerana peperangan ini adalah peperangan yang paling berat, dan jika anda berjaya, maka mudahlah anda untuk peperangan seterusnya.

"Akak, saya suka cara akak, bila saya tanya, mesti ada hujah dan dalil"

"Adik nak jadi macam akak tak?"

"Mestilah, kak."

"Berperang dulu"

"Berperang?? Macam mana tu, kak?"

"Akak ni suka membaca. Tapi, dalam akak nak capai buku tuh, ada suara-suara suruh akak buka laptoplah, baringlah, tidolah, makanlah, keluar jalan-jalanlah..Nah, suara siapa ni dik?"

Menggaru kepala.

"Inilah dia suara bisikan syaitan dan nafsu kita. Berperanglah wahai adikku kalau adik nak kan kejayaan di sana. Dan apabila adik berjaya, pada sesiapa sahaja yang mengajak adik untuk berperang, adik mampu untuk menangkisnya, menjawabnya dengan tenang, dan insya Allah, Allah akan membantu kerana belajar ini adalah salah satu bentuk zikir"

"ooooo..Patutlah.."

Tersenyum.

Kita hidup hanyalah sebatas waktu yang telah ditetapkan olehNYA. Hiduplah dengan menghargai dan lupakanlah segala yang menyesakkan hati dan fikiran kita. Jika sukar untuk ditepis, ambillah kitabullah, kalamullah, dan tadabburlah, pasti akan meresap sejuk ke dalam hati dan damai ianya menyingkirkan api amarah kita, diganti dengan salji ketenangan yang mendamaikan.

Ah, Allah itu terlalu baik untuk aku senaraikan segala kebaikanNYA. Apa yang perlu kita hadapi kehidupan ini, berjalanlah beriringan denganNYA, sambil riang gembira, tenang, damai mengetahui, Allah bersama-sama dengan orang yang sabar.

Tersenyum. Indahnya kehidupan ini, wahai manusia. Indahnya dan mendamaikan..


Dan bersiap sedialah untuk kita mengucapkan "Selamat Tinggal" kepada semua. Semoga pemergian kita semua diredhai oleh semuanya dan memaafkan segala salah silap kita dengan berlapang dada.


SELAMAT TINGGAL..



Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

Sunday 13 November 2011

Menasihati dan dinasihati...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagikan Maha Penyayang



"Alar, engkau ni, pandai nak nasihatkan aku je, kau sendiri pun tunggang langgang, ada hati nak nasihat aku" Natasya yang menerima kata-kata itu selepas dia bersuara pada kawannya tentang kesilapannya membidik manusia lain tanpa usul periksa, dan akibatnya menerima kata-kata yang agak tertusuk di hatinya.

Terdiam...



Segala puji dan puja hanya saya sampaikan kepada yang Maha Esa, kerana masih mengizinkan untuk tangan ini menaip dan mencurahkan idea serta berkongsi ilham dari yang Maha Pemurah. Selawat dan salam ke atas baginda, Rasulullah Muhammad s.a.w.

Sering kali terjadi akan perkara ini yang menyebabkan manusia seringkali pula membalas kata-kata nasihat dengan ucapan yang menyakitkan hati untuk didengari.

Ada adab, ada cara, dan ada juga jalannya untuk kita memahami nasihat, menasihati dan dinasihati.

Maka sesungguhnya, hanya sekecil-kecil perkongsian ingin saya kongsikan di sini.

Seringkali manusia selalu teragak-agak untuk menasihati manusia dek kerana takut jika apa yang dia nasihatkan, dipandang orang tidak melakukannya. Benar, Allah memberi amaran keras kepada para penasihat sebegini, tetapi, bagi yang dinasihati, tidak bolehkah mengambilnya bukan dari orang yang memberi nasihat tetapi ianya adalah ilham yang datang dari Allah melalui perantara manusia-manusia itu.

"Tulah, kan kak. Saya pernah dengar, jangan melihat orang yang menasihatkan itu apabila dia menasihati, tapi, tengok apa yang dia nasihatkan"

Tersenyum dengan kata-kata adik ini. Tapi, kebanyakkan manusia selalunya akan melenting apabila dinasihati kerana merasakan aib dirinya telah diperhatikan.Terkadang, walaupun orang yang menasihati itu juga dah pun mengikut adab-adab cara untuk menasihat, tetap jugak kata-kata kesat dapat kepada mereka.

"Alah, engkau pun 2x5, ada hati nak tegur aku"

"Eleh, nak cakap aku pakai purdah ni mendatangkan fitnah juga, yang engkau tuh, pandang-pandang perempuan tak pakai tudung, sama jelah"

"Ahh, poyolah engkau. Konon kata jangan cakap pasal orang, yang engkau tu, aku dengar minggu lepas cakap pasal budak ni, ada aku kisah??"

Dan banyak lagi kata-kata yang jika saya coretkan di sini, akan hanya memberi idea kepada manusia untuk menepis dari menerima nasihat. Tapi, ketahuilah wahai manusia, semua itu mencerminkan diri kita yang tidak terbuka menerima teguran dariNYA.

Cubalah..cubalah wahai hati untuk melatih hatimu dengan berkata, "Oh, ini pastinya ilham dariNYA yang disampaikan melalui perantara orang ini. Ya Allah, aku bersyukur. Alhamdulillah". Lalu, berterima kasihlah kepada yang menyampaikannya kerana bukan senang seseorang untuk menasihati kita. Silap hari bulan, bukan kata-kata terima kasih, ditempelaknya kita. Allahu..



"Habis tu, kak, macam mana pulak orang yang bagi nasihat tu tapi dia sendiri pun tak buat"

Tersenyum.

"Dik, manusia ini, fitrahnya memang Allah jadikan sebagai seorang yang pelupa. Kita selalu lupa dan disebabkan banyaknya yang kita memberi, kita terlupa bahawa setiap yang diberi, manusia sentiasa berhajat untuk membalasnya. Itulah fitrah kita.

Apabila dia terlupa, ingatkanlah dia semula. Tapi, apabila telah diingatkan, dia masih juga tidak melakukan apa yang pernah dia ucapkan, maka, biarlah itu menjadi urusan antara dia dengan Allah, kerana barangkali, Allah akan mengujinya di kemudian hari, dan ketika itu barulah dia tersedar."

Tersenyum dan memandang Natasya.

"Analogi dia gini dik, kita pergilah melancong tah ke mana-manalah. Pastu, kita jumpa sesuatu, kita beli sebab kita nak bagi kat sahabat kita. Sahabat kita bila terima hadiah tuh, bukan main suka lagi, lalu dia bercita-cita nak membeli sesuatu untuk kita. Bila kita terima, alahai, benda tu bukan kita pakai pun, simpan kat dalam kotak souvenir lah gamaknya. Tapi, adik kene ingat, satu hari nanti, kita akan buka balik kotak tu, dan kita akan menjumpai apa yang dia beri, dan ketika itu barulah kita tersenyum"

Janganlah kita menjadi seorang yang pelokek untuk memberi nasihat, kerana nasihat itu adalah salah satu pertolongan dari kita sebagai saudaranya. Memberi nasihat yang baik itu adalah satu bentuk pertolongan. Dan janganlah kita mudah menjadi sensitif dan mengambil tindakan menghindari manusia itu dek kerana fikiran yang berfikir tak nak dinasihati oleh orang itu lagi. Ketahuilah, jika Allah tidak mengilhamkan, orang yang kita sangkakan akan memberi nasihat pun tetap takkan beri nasihat.

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."

Tersenyum dengan kata-kata ini. Indahnya, dan ianya sangat menghiburkan hati yang selalu terleka dan lalai. Nasihatilah saya jika saya salah, dan jika saya masih tidak sedarkan diri, tutuplah aib saya, dan semoga Allah menutup keaiban dirimu dan memberi taufik kepada saya untuk memahami nasihat anda.

Syukran.




Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan."
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”