Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Monday 7 November 2011

Ikhlaskan hatimu..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.



Firman Allah, surah ali-Imran, ayat 135

Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.

"Dik, boleh tak kalau akak nak tanya pendapat sikit?"

"Pendapat tentang apa, kak?"

"Tentang firman Allah, surah ali-Imran ayat 135?"

Bila kita bertanyakan tentang tafsiran makna surat dari kekasih kita semua, dan pelbagai terjemahan dan tafsiran yang akan hadir. Tapi percayalah, setiap kata-kataNYA sangat bersesuaian dengan keadaan diri kita sendiri. Cuma apa yang perlu, tajamkanlah fikiranmu dan ingatlah semula apa yang kita dah pun belajar sebelum ini. Kini adalah saat untuk kita ditarbiyahkan.

*************************

Natasya kelihatan sunggul, muram dan termenung.

"Kenapa dengan adik akak ni ea, dari tadi akak tengok macam tak ceria je, macam ada masalah je. Ada apa-apa nak kongsi dengan akak ke?" Atirah yang sedang menyidai baju di luar tersenyum ke arah Natasya lalu menghampirinya.

Tunduk apabila dihampiri. Jatuh setitis air matanya tiba-tiba.

"Akak, susahnya kalau kita nak memurnikan taubat kita. Saya rasa macam tak laratlah kak."

Mencerun kening Atirah. "Kenapa Natasya cakap macam tu ea?" lembut halus diungkapkan kepada adik yang 3 tahun lebih muda darinya.

Diam.

"Akak, saya tahu, sebelum ni saya ni teruk. Tak lembut, selalu marah-marah, cerewet dan macam-macam lagi saya ni. Saya tahu kak, tapi, lepas akak dah nasihat hari tu, saya cuba nak berubah. Tapi, kenapa kawan-kawan saya semuanya cakap peliklah, apalah, malah ada yang mempermain-mainkan saya. Ada yang kata, saya ni dah buang tebiat lah sampai ada kawan-kawan saya yang bila dapat tahu dari orang lain, saya nak berubah, mereka cakap yang saya ni macam-macam lah. Ada yang buruk sangka dengan saya. Diaorang kata, saya ni berubah kejap je." teresak-esak Natasya bercerita.

"Akak, kalau macam nilah, semua orang rasa perubahan sikap saya ni seolah pelik bagi mereka, sedangkan mereka tak pernah tanya sendiri kenapa saya nak berubah, saya tak nak berubah lah. Bukannya jadi masalah pun, kan? Saya jadi baik ke, marah-marah ke, cerewet ke, sama je, semua orang akan cakap-cakap belakang, sangka yang bukan-bukan." Natasya masih lagi dengan esakannya sambil menyapu air matanya yang kian deras mengalir.

Tersenyum.

"Natasya, ingatlah firman Allah, surah ali-imran ayat 135." Sambil merangkul lengan Natasya, Atirah menyapu sisa air mata Natasya.

"Natasya, Allah sedang menguji Natasya, jika berlaku situasi ini, adakah Natasya akan meneruskan niat Natasya atau berpatah balik dengan sifat Natasya sebelum ini. DIA sedang menguji, adakah Natasya sedar, sikap Natasya sebelum ini patut diteruskan ke atau berubah."

Natasya mendongak memandang wajah Atirah.

"Natasya sudah pun tahu yang sikap Natasya sebelum ini tidak bagus, tidak baik, jadi, DIA cuma nak tahu adakah Natasya bersungguh-sungguh ke nak berubah dan nak bertaubat. Nah, sekarang Natasya dah pun berubah. Kalau sebelum ni, bila dapat tahu je orang buat macam ni, Natasya akan marah-marah, kutuk-kutuk, kan?"

Natasya kelihatan berfikir sejenak.

"Alhamdulillah, Natasya, Allah sedang menolong Natasya. Janganlah sia-siakan pertolongan Allah."

Terharu mendengar kata-kata Atirah, lalu terburai sekali lagi air matanya.

"Ingatlah selalu pada yang Satu
Di kala gembira di kala sendu
Amalkan bersyukur setiap waktu
Sematkanlah keredhaanmu"

Suara kecil Atirah mengalunkan bait-bait lirik lagu Bukalah hatimu.

"Bukalah hatimu wahai insani
Ikhlaskan jiwamu setulus murni
Pasrahkan dirimu pada Ilahi
Moga hidupmu diberkati "

Atirah tersenyum memandang Natasya dan mencium dahi adiknya itu. "Semoga hidupmu diberkati wahai adikku"

Tak tertahan, Natasya memeluk Atirah dan menangis teresak-esak.

************************************

Wahai saudara-saudariku, sekali lagi, saya panjatkan kesyukuran kepadaNYA, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah kerana DIA masih lagi mengizinkan saya untuk berkongsi sedikit ilmu.

Alhamdulillah, hati yang diberkati, akan sentiasa dibukakan untuk melihat hikmah dari setiap yang DIA timpakan kepada kita. Janganlah mengalah wahai hati, janganlah terlalu cepat terduduk menangisi setiap yang menimpa kita. Hiduplah untukNYA, keranaNYA dan demiNYA, Allah swt.

Di dalam kehidupan kita ini, pastilah kita akan diuji dan sentiasa disajikan dengan perkara yang kita tak mampu untuk menahan ledakan perasaan kita. Dan apabila kita menemuinya, pantas tangan mencapai al-Quran dan tadabburlah isinya kerana ianya adalah kalam Allah, kata-kataNYA, pemujuk yang tiada tara.

Wahai hati, janganlah terlalu keras dalam cuba untuk memahami tarbiyahNYA.

Semoga kita semua dapat tenang menghadapi segala yang diturunkan dan janganlah kita lupa, bahawa Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Wallahua'alam.


Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”