Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Manhaj Blog.


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.



Nafi' r.a berkata, "Setiap kali Ibnu Umar membaca dua ayat terakhir surah al-Baqarah ini, dia pasti menangis

Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikan, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

(Al-Baqarah ayat 284)

Kemudian, dia berkata, "Sungguh perhitungan ini sangat teliti"


Segala puji dan puja saya panjatkan kepada Allah untuk segala keizinanNYA dalam saya menulis barang sekecil-kecil ilmuNYA yang Maha Luas, sebagai perkongsian, muhasabah diri dan sesiapa sahaja yang telah dan sedang bertamu di teratak public ini.


Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w, Rasulullah yang telah dipilih memikul beban yang sangat besar untuk menyebarkan dan menyampaikan mengenai Islam. Marilah kita bersyukur kepadaNYA dan rajin untuk berselawat kepada baginda kerana ini sahaja yang mampu kita usahakan sebagai tanda penghargaan kita. Maha Suci Allah.


Ukhti Atirah diwujudkan wataknya di dalam blog ini hanyalah sebagai satu watak dalam kebanyakan cerpen singkat dan kecil, dan tujuannya adalah untuk pembaca lebih memahami isi kandungan pada tajuk besarnya pada setiap entry. Sesungguhnya, wataknya tiadalah kene mengene dengan sesiapa pun hatta diri penulis juga tiadalah kaitan. Hanyalah watak imaginasi dari penulis blog ini.


Di dalam teratak ini, tiadalah saya isikan tentang diri saya, maka, pada pembaca, janganlah dicari siapa penulisnya, bagaimana perwatakannya, hatta peribadinya kerana jika mencari itu semua di teratak ini, tidaklah akan dijumpai. Saya hanyalah seorang penulis seperti penulis-penulis lain yang hanya ingin menerangkan ilmuNYA dengan kreativiti setiap penulis. Dan saya punya cara saya untuk menerangkan satu pemikiran dan ideologi. Dan sesungguhnya, semuanya adalah untuk perbekalan di akhirat, bukanlah sebagai satu penilaian siapa penulis teratak ini. Saya seperti kalian, hambaNYA, yang tetap punya ada kesalahan, tetapi memegang amanah dariNYA untuk berdakwah.

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."


Saya, penulis kepada teratak ini, mohon perlindungan dariNYA dari segala yang tidak bermanfaat dan segala perkara yang di luar bidang saya. Sejernih ilham dariNYA, saya hanya sampaikan, dan saya panjatkan doa kepada Allah, agar segala yang saya sampaikan, tidaklah mendatangkan apa-apa penyakit hati yang seterusnya hanya memberikan impak kepada saya di sana, dan juga agama yang suci ini, agama Islam di dunia. Maha suci Allah, aku berlindung denganMU.


Saya mohon kemaafan jika ada yang tidak bermanfaat kepada sesiapa yang bertandang, dan jika tiada satu pun yang bermanfaat, sesungguhnya, hanya sebaris doa saya panjatkan buat pembaca sebagai ole-ole dari teratak ini.


Ya Allah, jadikan kami hambaMU yang benar-benar redha atas segala ketetapanMU dan kami redha agama Islam ini agama kami. Amin Ya Rabb.


Semoga rahmat dan kasih sayangNYA sentiasa kita perolehi dan semoga ada barang sedikit di dalam hati kita untuk sentiasa menyampai-nyampaikan ilmu yang bermanfaat buat kita di dunia dan bekalan di akhirat.


Saya bermohon, usaha kecil ini diberkati dan diredhai. Semoga semua pembaca mendapat manfaat di atas keberadaan teratak ini di dalam hidup kalian.


Amin ya Rabb.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”