Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Friday 22 March 2013

Menyembunyikan kebaikan.



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Suatu perasaan damai, ketenangan berada di rumahNYA. Sambil melihat aksi dan gelagat manusia sekeliling. Terpandang akan satu senario perkahwinan. Melihat pengantin lelakinya ke tepi mimbar. Baru nak ku katakannya, tiba-tiba matku terbuntang melihat apa yang ku lihat. Jurukameranya menyuruh pengantin lelaki beraksi seolah-olah sedang solat sunat.


"Baru aku nak cakap, setahu aku, lepas Asar haram solat sunat. Baru aku nak kata" terdetik di hati. Dengan perasaan kecewa, melihat permulaan sebuah perkahwinan yang dimulakan dengan pembohongan hanya semata-mata untuk sebuah tatapan di buku album mereka.


Terdiam.


Dini hari, aku mendengar tazkirah ustaz di televisyen. Ada satu kisah, dua orang lelaki yang berperang, dan dua-duanya mati, tapi seorang benar-benar mati syahid, dan seorang lagi tidak. Sahabat bertanya, dan Nabi menjawab, kerana yang seorang lagi berperang untuk memperlihatkan diri untuk mendapatkan nama.


"Bukan senang kita nak menyembunyikan kebaikan kita di akhir zaman ini, Ain" dan memandang ke mimbar di dalam masjid Putra.


Suasana sunyi.


"Facebook ni tempat untuk kita mengajak kepada kebaikan, bukan tempat untuk kita meluahkan perasaan kita. Meluahkan perasaan kecintaan kepada Allah, lah. Menceritakan perasaan kerinduan kepada Rasulullah s.a.w, lah. Hai, macam-macam kak long tengok peel orang-orang dalam Facebook sekarang" menggeleng kepala sambil tergelak.


 "Masa selepas israk dan mikraj, Nabi panggil semua kaum dia berkumpul kat satu gunung tuh, ada tak Nabi berpuisi sambil tersedu sedan menceritakan perasaan baginda yang takut dengan Allah ketika itu, atau menceritakan perasaan kecintaan baginda kepada Allah? Takda, kan? Tapi nabi kata, Nabi suruh kaumnya menyelamatkan diri dari azab Allah, Nabi suruh kaumnya melakukan kebaikan. Itu yang Nabi buat ketika berada di khalayak ramai. Tapi zaman sekarang ni, sibuk cerita cintakan Allah, lah, sayangkan Nabi lah di paparan khalayak ramai. Tak yah tulis pun kita semua kene tahu. Ape da..." Tergelak.


"Tapi, Kak Long, Ain share puisi tuh sebab Ain tersentuh dengannya"


Diam. "Boleh nak share. Tapi macam mana ea, orang zaman sekarang ni bila share, dia tidak benar-benar hadam apa yang dia share."


"Maksud Kak Long?"


"Seelok-eloknya, biarlah kita share tentang hadith nabi yang sahih, tentang ayat Quran. Sebab dua perkara ni yang Nabi kata ketika di hujung nyawa baginda, berpeganglah kepada al-quran dan sunnah, nescaya hidupmu kan selamat. Bukan puisi, sajak yang kita hanya tersentuh dan belum tentu manusia lain tersentuh dengan maksud mencari keredhaan Allah. Berkongsi ayat Quran dan Hadith itu sama maksudnye kita sama-sama saling ingat-mengingati."


Masih mendiamkan diri. "Nak dengar lagu, nak membaca sajak, biarlah semuanya dari penulis asal. Kekadang, manusia ni main share, kekadang dia sendiri tak faham. Dan kemudian orang lain yang baca akan tersalah faham. Nak letakkan hadith itu sahih, dhaif atau palsu pun ada banyak peringkat nak diambil kira, apatah lagi kata-kata manusia yang terkadang kita tak tahu tahap imannya macm mana, tahap akhlaknya macm mana"

Fikiranku teringat satu permintaan sahabat. "Nape akak tak menulis lagi?"

Tersenyum. "Bukan mudah nak menulis. Sebab akak bermain-main dengan emosi pembaca. Kalau marah akak tulis, maka kemarahan juga yang diterima pembaca, kalau hati tengah kotor, yang membacanya pun akan turut terpalit. Bukan mudah nak menulis kerana Allah, dik"

Tersenyum.

"Tahu tak, sebenarnya nak menyembunyikan kebaikan kita lebih susah dari menyembunyikan keburukan kita" dan aku tergelak, hanya teringat satu kata-kata yang ku kongsikan di teratakku.


Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:
Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).


Tapi manusia di akhir zaman, terlalu gah bercerita kebaikannya, malah menceritakan apa sahaja task yang Allah berikan kepadanya. Kenapa di dalam permainan treasure hunt kita begitu berahsia tugasan kita dari pengetahuan kumpulan lain, tapi dalam realiti, kita tidak benar-benar merahsiakannya, malah tanpa segan silu bercerita kepada manusia.


Bukankah itu sama maksudnye dengan kita inginkan perhatian manusia dari perhatian Allah?


Manusia akhir zaman, terlalu terbuka untuk berkongsi segala-galanya tanpa dia sedar, barangkali dia boleh sahaja masuk ke dalam perangkap syaitan.


Sembunyikanlah segala kebaikan sendiri seperti kita tak nak manusia lain mengetahui aib kita.



Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”