Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

MaNusKRiP


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


"Kita tak mempunyai jalan cerita yang sama, tapi kita belajar ilmu Allah yang sama" Dan kata-kata itu menjadi kata-kata pengenalan pada karyaku.

Ya, ramai lebih suka menceritakan kisahnya yang sedih, kisahnya yang gembira, kisahnya yang terlalu memberi kesan pada hatinya tanpa dia sedar, kisah hidup yang diaturkan oleh Allah itu adalah untuk dia kembali kepadaNYA. Bukan untuk dia canang-canangkan sehingga mendapat perhatian manusia. Sesungguhnya di sisiNYA lah tempat kembali kita.

Kebanyakan penceritaan bukan untuk manusia belajar tapi mereka baca untuk mereka tahu kisah hidup manusia itu, tanpa mereka sedar, kisah hidupnya sendiri tidak sama sekali dia aturkan dengan sebaik-baiknya untuk dia mendekatkan dirinya kepada Allah.

Bila dibaca satu-satu kisah itu, jarang-jarang yang beribu-ribu yang membacanya itu untuk kata, "Dia dah berubah, macam mana pula aku nak berubah seperti dia?"

Benar. aku telah mengumpul terlalu banyak cerita manusia yang bertaubat dengan pelbagai cara, dengan pelbagai jalan cerita, tapi ketahuilah, semua jalan cerita itu tidak sama dengan jalan cerita kita, dan jalan cerita kita pula telah disusun dengan baiknya oleh yang Maha Mengaturkan, Allah swt. Dari setiap penceritaan, semuanya bermula dari ilmu Allah yang barangkali kita juga dah berkali-kali baca, tapi yang mendapat kesan dari ilmu Allah itu adalah manusia-manusia yang telah Allah pilih untuk dia terkesan dengan ilmu Allah itu, lalu terbukalah pintu hidayah.

Firman Allah: “Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang kamu kasih tetapi hanya Allah akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki.” (Surah Al-Qasas ayat 56).

"Kita tidak mempunyai jalan cerita yang sama, tetapi kita belajar ilmu Allah yang sama"

Maka sesungguhnya caralah yang perlu kita tahu di samping bermohon dan terus berdoa, kerana doa lah takdir itu boleh diubah. Semoga manusia yang membaca nukilan di manuskrip ku itu tidak mencari kisah hidupku, tapi mencari hikmah yang ada di dalamnya. Maka mohon agar disebar-sebarkan.

Memoir Secangkir Kopi

Selamat Hari Lahir

Sebarkanlah salam

PERIHAL MANUSKRIP
Harga Senaskah : RM15
Bayaran postage : RM5
Bayaran Keseluruhan : RM20

CARA-CARA PEMBAYARAN.
Melalui bank-in ke dalam akaun sama ada CIMB atau MayBank
CIMB, 05060142026528 (Nor Atiqah Binti Zulkifli)..
MayBank 155015056698 (Nor Atiqah Binti Zulkifli)

Setelah melakukan pembayaran, emeilkan bukti pembayaran serta alamat penghantaran ke
are_tq@yahoo.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”