Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Kisahku dahulu..


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.



Terbaca akan salah satu nukilan cerpen di salah satu teratak seorang adik , menjadi aku terimbau kisah-kisah dahulu. Kisah yang terlalu panjang sehingga membuatkan hati yang melangkah, seringkali terduduk menangis.


"Ana tak sabar nak tahu kesudahan kisah ukhti ni"


Tersenyum. Kisah diriku sangat dinantikan oleh sekalian manusia.


"Awat hang pi delete blog hang tuh, ramai pengikut tuh, cek ni pun sikit jah"


Tersenyum. Juga bukan kerana aku tidak menyayangi mereka.


"Tulisan akak sangat menyentuh hati. Terkadang saya tak sedar saya menangis membacanya."


Alhamdulillah. Orang kata, bukan semua orang yang menulis dapat menyentuh hati setiap pembaca. Dan aku bersujud syukur atas nikmatNYA yang satu-satunya ini.


Hidup kita ini akan menjalani pelbagai tahap dalam kehidupan kita.


"Persahabatan kita ni, biarlah kita mulakan dengan musim baru. Musim lama tuh, biarlah kita jadikan sebagai sejarah" Dan aku tersenyum. Musim kedua. Tetapi, jauh di sudut hatiku, aku sangat bersyukur punya seorang sahabat yang terlalu memahami diri ini. "Saya faham diri awak, walau pun tidak 100% kerana yang diri kita sendiri pun tidak memahami diri kita sepenuhnya. Yang benar-benar memahami diri kita adalah Allah swt" 


Terima kasih wahai sahabatku. Jika engkau tidak ada di kala aku jatuh terduduk itu, barangkali aku bukanlah diriku yang sekarang, yang tahan dan tetap ingin bersabar atas setiap yang melanda diri.


Kita tidak sempurna wahai saudara-saudariku. Tidak langsung sempurna jika kita tidak menghargai manusia di sekeliling kita.

Kita tidak mungkin selamat mengarungi bahtera kehidupan yang sangat luas dengan ancaman badai fitnah ini seorang diri. Kita tak dapat lolos dari ancaman fitnah dengan hanya mengandaikan kemampuan sendiri. Kerana kita diciptakan sebagai makhluk yang penuh kelemahan dan mudah terpedaya.

”Dan diciptakan manusia itu dalam keadaan lemah”QS.An-Nisa [4]:28 

Alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran kerana masih mengurniakan  ahli keluarga, ibu dan ayah,sahabat-sahabat,yang tidak pernah lekang menegur setiap langkahku. Sujud syukurku pada satu-satunya sahabat, kembar dan dia yang sangat memahami diriku, dihantar tanpa aku sedar segala kebaikannya menjadikan langkahku sejuk, damai menghiburkan apabila menelusuri ujian ini.


Bukanlah pertolongan berbentuk kewangan dan bentuk material yang didambakan, tetapi, seorang sahabat yang mendamaikan, menyejukkan itu, apabila kita meminta nasihat, dan dia akan memberikan kata-kata yang terlalu indah sehinggakan tangis kita yang seterusnya itu bukanlah tangisan kesedihan, tetapi tangisan kesyukuran.

"Cubalah..cubalah untuk awak pulangkan semuanya kepada DIA sebab semua ni DIA yang bagi" dan tangan dah ku tekup ke mulut, menahan esak tangis yang semakin menderas. Allah, aku terlupakan akan ENGKAU.


Siapalah aku, aku hanya manusia biasa yang dijadikan fitrahnya pelupa tetapi aku mencuba dan terus mencuba. Jika salah, ku akan usulkan pada sahabat-sahabat, "Aku ada buat silap ke, tegurlah kalau aku silap"


Jika memiliki sesuatu kebaikan, ku kongsikan kepada semua yang berada di sisiku. Kebaikan seperti mana sahabatku yang telah berjaya membawaku lurus semula berjalan menujuNYA, insya Allah.


Apalah yang ada di dunia ini wahai hati yang mencari keredhaan Allah dan Rasul. Tiada yang bermakna jika hubungan kita denganNYA, dicalarkan oleh kita sendiri. Dan tetaplah bersabar, apabila diuji kerana DIA sedang menapis diri kita dari terus leka dan lalai dengan kehidupan dunia ini.
Siapa orang yang kita cintai?
Siapa orang-orang yang paling dekat dengan kita dalam menelusuri hidup ini?
Siapa orang yang paling menghiasi ingatan kita?
Siapa yang menemani langkah-langkah hidup kita?
Orang solehkah dia?
Mengajak ke arah kebaikan dan keredhaan Allah kah dia?
Dan alangkah indahnya seandainya ada pertemuan yang sangat mengharukan dan penuh kegembiraan. Mari mulai dari sekarang, kita bersahabat dengan orang-orang yang mendekatkan kita pada redha Allah SWT

Kisahku dahulu, adalah lipatan sejarah yang tidak bisa ku buka kembali kerana aku menyimpannya kukuh di sisiNYA. Kisahku dahulu, adalah memoir yang ku hilangkan dalam sebuah kejadian yang besar, yang juga ku lipatkan di dalam kotak memoriku.


Begitulah wahai sekalian manusia, untuk menjadi berlian, proses-proses tu terlalu menyakitkan, tetapi, aku cuba bersabar kerana aku inginkan berlian yang berkualiti tinggi, bukan berlian yang cantik di luar, di teliti, ada yang rosak dan pincang.


"Nabi sudah bersabda, wanita yang baik itu segala keistimewaannya, kelemahannya, tersembunyi dan yang diketahui hanyalah suaminya yang sah"


Terpempan dengan kata-kata ustaz yang memberi tazkirah. Wahai saudariku, hanya melalui tulisan sahaja, segala kelemahan dan kepesongan kita telah dinilai-nilai oleh manusia di luar sana. 


Wahai saudariku, aku hanya ingin menyembunyikan segala kelemahan kita semua dari terus dipertontonkan secara tidak langsung, iaitu melalui tulisan. Berhati-hatilah whai saudariku, dunia di akhir zaman memang bisa kita lihat terlalu selesa untuk berdakhwah, tetapi, fikirkan akibatnya kepada diri kita di kemudian hari jika sifat menjaga itu tidak ada.


Terpempan dan terkedu. Dan keadaan inilah yang aku ingin saudari-saudariku perhatikan dengan sangat halus. Dan barangkali ada suara-suara ikhwah yang tersembunyi, menilai, dengan pelbagai tanggapan.


Aku hanya ingin menghulurkan persahabatan yang ikhlas jika yang sudi menerima. Sujud syukurku kepadaNYA kerana masih diberi peluang dan ruang untuk aku sekali lagi menulis. Tiada yang ku rasakan nikmat apabila semuanya hilang, dan aku belajar perlahan-lahan.


Kita ini hambaNYA, manusia biasa, dan sentiasa melakukan kesilapan dan kesalahan. Jadilah kita, wahai saudariku, sekuntum bunga yang mekar, terletak di teratak yang berpagar, hanya dilihat, apabila ingin didekati hanya menjadikan manusia yang melihatnya berfikir tentang adab-adab.


Kita di akhir zaman, yang kian bunga mekar, di tepian, dilihat dan diusik dengan sangat mudah. Manusia tidak diperingatkan oleh peribadi kita tentang adab untuk diusik.


"Uish, bagusnyalah hai tulisan akhwat ni. Aku macam nak berkenalanlah dengan dia ni"


"Eh, akhwat ni??Jangan mimpilah. Aku dah pernah cuba nak kenal, sikit punya susah. Kau tengoklah peribadi dia, dengan diri kau sendiri. Nama je ustaz, takkan tentang benda ni pun kau tak tahu."


Terdiam.


Inilah yang ingin aku cuba terapkan. Jadikan kita mahal, terlalu mahal, dan tersangat mahal, wahai ukhti..Takpalah susah untuk dicapai, kerana ketetapan itu ada padaNYA. Yakinlah, kebahagiaan abadi untukNYA.


Saya sangat sayangkan keperibadian kalian semua. Peliharalah dengan sebaiknya. Dan jadikanlah Islam sebagai benteng diri, dan Allah dan Rasul sebagai matlamat perjuangan.


Selamat berjuang wahai saudariku..


Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”