Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Sunday 13 November 2011

Sabar dan Marah..

 Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



"Eee aih, aku cepuk jugak budak ni kang." Mail sedang menahan api kemarahannya sambil tangan yang tadi dikepal-kepalkan ditahan-tahan dari terlepas.

"Sabar, Mail, sabar"

"Eh, kau ingat aku tak sabar ke nih? Aku tengah sabarlah ni. Kalau diikutkan kesabaran aku yang dah nak sampai ke had aku ni, dah lama aku bagi penampor kat budak ni"

Situasi yang selalu kita lihat, selalu dipertontonkan tanpa ada yang tolong membetulkan. Dan kesudahan pada api kemarahan lelaki itu adalah, manusia yang berada di sekeliling mendiamkan diri dan membiarkan tanpa dibetulkan ayat itu.

Segala puji dan puja saya panjatkan kepada Allah kerana masih lagi mengizinkan saya menulis barang secebis tinta ilmu, untuk disampaikan kepada manusia yang menyinggah di teratak usang saya. Terima kasih saya ucapkan. Dan janganlah kita lupa, dalam setiap urusan kita, berselawatlah ke atas nabi kita, yang telah bersusah-payah demi ummat baginda, selawat dan salam ke atas junjungan nabi kita, Rasulullah Muhammad s.a.w.



"Akak, betul ke sabar ni ada had dia?"

"Kenapa ditanya soalan begitu?"

Soalan dijawab dengan soalan, sebagai kiasan untuk bertanya, masalah apakah di sebalik soalan itu.

"Takda, kak. Tadi saya tengok cerita apa tah kat dalam TV. Seorang laki ni dok tahan, tahan nak marah. Pastu, dia kata, jangan sampai had kesabaran dia habis. Kalau habis, nahaslah budak tuh. Tiba-tiba saya macam terfikir perkara tuh"

Atirah tersenyum. Berhenti sebentar untuk meneruskan kerjanya dan kemudian beralih tempat, duduk di sisi Hamidah.

"Hamidah rasa, ada tak had kesabaran?"

"Tahlah kak, macam pelik pulak bunyinya" tergelak.

"Sebenarnya, tiada istilah tu dalam Islam, cuma masyarakat yang dah terlalu terpengaruh dengan dialog-dialog di dalam media menjadikan perkara itu sudah menjadi kebiasaan"

"Habis tu, kak, dalam Islam, dipanggil apa?"

Atirah tergelak. "Kita panggil sabar jugaklah, dik"

Hamidah menggaru kepalanya yang tak gatal.

"Gini dik, dalam Islam, firman Allah, dalam surah al-Baqarah, ayat 249, yang bermaksud, dan Allah beserta orang-orang yang sabar. Jadi, istilahnya, kalau kita bersabar, Allah bersama-sama dengan kita. Tak nak ke Allah bersama-sama dengan kita?" sambil diangkat keningnya dua kali.

"Besar tu ganjarannya, tak nak ke?" Sekali lagi.

"Mestilah nak, kak..Tapi, kalau tengok dari cerita tadi..Ish, saya rasa, saya pun tak sabar, kak. Kak, cuba bayangkan, budak tu dia dah lah tipu laki tuh, janji yang bukan-bukan, pastu pulak, ambil geran tanah laki tu dengan cara yang tak sepatutnya. Kak, laki tu sampai sehelai sepinggang dibuatnya. Sapa yang boleh sabar kalau macam tu"

Tergelak melihatkan gelagat Hamidah yang bercerita dengan bersungguh-sungguh.

"Adik ingat lagi tak kisah Saidina Abu Bakar yang berkenaan marah nih"

"Yang mana, kak? Bagi clue, boleh tak?Hehehe" sambil tersuing sebaris giginya.

Tergelak. "Kisah Abu Bakar yang dicela oleh seorang Yahudi. Cite dia camni, satu hari tu, ada seorang Yahudi ni maki lah Abu Bakar dengan kata-kata kesar. Tak cukup dengan tuh, dia kutuk, kutuk pulak Abu Bakar. Masa tu, di samping beliau, ada Rasulullah. Rasulullah senyum je. Abu Bakar diam jelah. Tapi, lama-lama tuh, dah tak tahan sungguh, Abu bakar balaslah balik. Tak semena-mena, Rasulullah beralih dan terus meninggalkan Abu Bakar"

"Eh, kenapa macam tu pulak"

Tersenyum "Bila Abu Bakar kejar Rasulullah dan bertanya sebab baginda meninggalkan beliau, Rasulullah berkata, 'Tadi, masa engkau tahan kemarahan engkau dan bersabar dengan caci maki lelaki itu, aku lihat malaikat sedang mengelilingi engkau dan aku suka melihat pemandangan itu. Tetapi, apabila engkau mula memarahi lelaki itu, malaikat menghindar dan berganti dengan syaitan, dan aku tidak suka pemandangan itu"

"Oooo..macam tu.." dan seolah-olah berfikir sejenak.

"Jadinyakan, dik. Kita nak Allah bersama-sama dengan kita dan dikelilingi oleh para malaikat, atau pun, kita nak syaitan yang mengelilingi kita? Tanya iman, dan jawablah eak" Tergelak.

Begitulah kelebihan bagi orang yang sabar, hanya sebatas kecil yang saya cirikan di sini, tetapi, sebenarnya, kelebihannya, jauh lebih banyak bagi mereka yang benar-benar ingin memahami hakikat ujian itu datang kepada kita. Maha suci Allah, DIA sedang membentuk hati kita.

Dunia ini hanyalah semata-mata sebagai perantara untuk disampaikan ujian dariNYA. Kita ini hanyalah sebatas hamba yang tidak memiliki apa-apa, tetapi diletakkan di alam ini hanya semata-mata untuk mencari bekalan akhirat.

Maha suci Allah, jika dikisahkan, dan diceritakan kepada kita, sesungguhnya hati kecil akan berkata, susahnya untuk bersabar. Tapi, wahai saudara, saudariku, cubalah dan cubalah kerana DIA melihat usaha kita. Janganlah disia-siakan peluang untuk kita berusaha, kerana sesungguhnya usaha yang kita jalankan itu juga akan dipandang olehNYA untuk diberi ganjaran.

Maha Suci Allah, hanya semata-mata itu pun, kita memperolehi ganjaran. Oleh itu, janganlah berputus asa atas rahmatNYA. DIA hanya nak kita kembali kepadaNYA, kerana DIA rindukan rintihan hati seorang hamba yang memerlukanNYA. Maha Suci Allah..Maha Suci Allah..Subhanallah.

Berusahalah untuk bersabar, dan kita akan memperolehi kemanisannya di kemudian hari..



Wallahu'alam
 
Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”