Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Saturday 12 November 2011

Mengumpul pahala..

 Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.



"Kak, kacang kak. RM1 sahaja. Boleh lah kak" Tiba-tiba seorang adik India datang menerpa Atirah dan seorang sahabatnya. Terdiam.

"Boleh lah kak. RM1 sahaja"

Atirah menyeluk beg sandangnya sambil mencari-cari duit syiling RM1. Belum pun ditemui, sahabatnya telah menghulurkan terlebih dahulu.

"Terima Kasih kak" adik India itu berlalu dengan gembiranya.

Belum pun sampai 5 minit, datang seorang lelaki Cina pula, menerangkan kehadiran dia. Bantuan sedekah untuk menolong adik kecil Cina yang kecacatan sejak dari kecil. Diselak-selak gambar-gambar adik kecil itu dari fail yang dibawa.

"Saya nak bagi berapa pun, takpe, kan?"

"Boleh, boleh"

Dan wang not bertukar tangan.

Tiba-tiba, dalam keadaan asyik menikmati makanan, sahabat bertanya, "Apa pendapat akak tentang orang-orang yang datang kat kita yang tengah makan, minta beli tu, beli barang, minta derma. Apa pendapat akak?"

Tersenyum. "Akak cuma boleh cakap, itulah cara kita mengumpul pahala. Bagi mereka, itulah cara mereka mengumpul keuntungan, tapi bagi kita, itulah cara untuk kita mengumpul pahala"

Tersenyum.



Di dalam dunia kita ini, terlalu banyak kesenangan yang menyebabkan kita selalu terleka tentang hak-hak orang lain yang ada pada harta yang kita miliki.

Firman Allah, surah ali-Imran ayat 14

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu:wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak, dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Alloh-lah tempat kembali yang baik (surga).” (QS. Ali Imran:14)

Maha Suci Allah, terlalu banyak nikmat yang telah DIA berikan, hanya sekecil-kecil kehendak dengan seikhlasnya kita diberi peluang untuk memberi. Maha Suci Allah, DIA meminjamkan kekayaanNYA yang kecil yang diberikan kepada kita untuk kita mengumpul pahala sebagai bekalan kita di sana. Maha suci Allah, yang Maha Pemurah.

Sahabat, saudara dan saudariku,

Di dalalm kita melangkah, di dalam kita berjalan, tanyakan pada diri kita sendiri, "Mana milik kita?"

Tiada.

Dan semuanya adalah milik Allah. Pinjaman dariNYA untuk kita mengumpul pahala, bukan untuk kesenangan kita di dunia. Kita hanya meminjam sebentar untuk dijadikan wasilah(cara) untuk kita mengumpul pahala, perbekalan kita di akhirat.



Teringatkan perkara ini, menjadikan saya terkenang akan kisah Saidina Uthman bin Affan yang pemurah lagikan dermawan. Peristiwa yang berlaku ketika di zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab.

Ketika itu, berlakukan kemarau yang sangat dahsyat sehinggakan terjadinya kebuluran. Ramai yang datang mengadu kepada Amirul Mukminin.

"Bersabarlah wahai sekalian manusia. Dikhabarkan kepadaku, bahawa akan datang kafilah pada keesokan harinya untuk membawa sedikit bantuan. Bersabarlah"

Apabila hari yang dijanjikan, ternyatalah Saidina Uthman. Maka, datanglah para pedagang kepada Saidina Uthman untuk membeli barang-barnag tersebut untuk mereka perdagangkan di pasar-pasar.

"Wahai Uthman, jualkan sahaja barang-barnag daganganmu kepada kami, dan kami akan berjanji untuk membayar 2 kali ganda dari harga yang engkau beli"

Saidina Uthman menjawab, "2 kali ganda sahaja? Aku tak nak jualkannya kepada engkau"

"Jika begitu, kami membayar 3 kali ganda"

"3 kali ganda sahaja? Juga aku tidak mahu"

"Dahtu, engkau ingin menjual semuanya dengan berapa harga?"

"Jika ada yang boleh membayar aku 10 kali ganda dari harga yang aku beli, maka aku akn jualkan?"

"Apa?? Engkau ni betul, kah? Kenapa mahal sangat?? Aku yakin, tidak akan ada yang akan membeli barang-barangmu dengan harga sedemikian" para pedagang semuanya mula geram pada Uthman.

Saidina Uthman tersenyum. "Ketahuilah, aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w berkata bahawa jika kita berjual beli dengan Allah, iaitu bersedekah kerana Allah, maka akan dilipatgandakan sedekah kita sebanyak 10 kali ganda. Ketahuilah wahai penduduk Madinah, aku dengan ini menyedekahkan semua barang-barang ini kepada semua penduduk Madinah kerana Allah."

Masya Allah, hebatnya seorang sahabat mempamerkan, menunjukkan cara untuk kita meraih syurga, pahala dan keredhaan Allah dengan harta milikNYA juga. Maha Suci Allah. Sesungguhnya Maha Pemurahnya Allah sehinggakan memberikan pinjaman kepada kita, lalu keuntungan dari pinjaman itu dilipatgandakan olehNYA.

Betapa Maha Pemurahnya DIA, sehingga kita menyedari bahawa terlalu banyak cara yang DIA tunjukkan untuk kita mendapatkan perbekalan akhirat yang lebih banyak.

Janganlah kita menyatakan pemilikan harta itu adalah harta kepunyaan kita. Ianya hanyalah pinjaman dan semuanya adalah milik Allah.

Maha Suci Allah, saya berlindung denganNYA dari ilmu yang tidak bermanfaat, dan sesungguhnya, saya mengajak kepada sahabat-sahabat dan para pembaca sekalian untuk sedaya upaya mencari ganjaran pahala di sisiNYA dengan pinjaman yang DIA berikan kepada kita.

Maha Suci Allah.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda

Siapa yang bersedekah dengan sebutir kurma dari usaha yang halal, maka Allah akan menerimanya dengan baik, lalu dipelihara-Nya seperti kamu memelihara anak kambing atau anak unta sehingga sedekahmu itu bertambah besar menjadi sebesar gunung atau lebih besar daripada itu.
(Muslim)

Subhanallah.

Wallahua'am

Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan."
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”