Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Thursday 1 September 2011

Sudah cukuplah dosa seseorang kerana..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

"Sudah cukuplah dosa seseorang kerana menghina saudaranya yang Muslim"

Fiqh keutamaan tulisan Prof Dr. Yusuf Albdullah al-Qardhawi, menjadi satu buku yang ku teliti sejak kebelakangan ini. Buku yang menceritakan kepada kita apakah yang paling utama dalam semua keutamaan. Kita memang selalu akan bertemu dengan beberapa keutamaan dalam satu-satu masa, dan bagaimana untuk kita mengutamakan satu-satu keutamaan dalam banyak keutamaan.

Aku meneliti hadith di atas, dan merenung sebentar ke luar, berfikir. Berputar-putar kata-kata nabi di mindaku. Muhasabah.

Kita jarang memerhatikan kehidupan kita dan bermuhasabah atas kesilapan kita. Kita jarang nak merendahkan diri kita dengan mengaku kesalahan kita. Kita selalunya akan mencari-cari kesilapan orang untuk menutup pula kesilapan kita. Astagfirullah..astagfirullah..astagfirullah..

Kita bermohon keampunan kepadaNYA atas dosa-dosa yang tidak kita sedari.

Wahai saudara-saudaraku, rendahkanlah perasaan hati untuk mengatakan, "Maaf, maaf, silap saya..memang silap saya" walaupun kita di pihak yang benar. Kerana, jaminan nabi bagi umatnya yang mengalah walaupun dia di pihak yang benar. Kita selalu terlupa, perkara yang ditelagahkan itu adalah perkara yang masih boleh ditolak ansur. Kita selalu bertikam lidah hanya kerana perkara furu'. Kasihankanlah akan diri kita yang akan menerima pengadilan dariNYA di sana. Kasihan diri kita sendiri atas satu penghisaban yang barangkali akan menjadikan kita tergelincir ke tebing neraka. Nauzubillah..

Wahai saudara-saudaraku, sudah cukuplah dosa seseorang kerana menghina saudara muslimnya. Kita telah dimuliakan oleh Allah dengan Islam, tetapi, ramai yang meletakkan dirinya di takuk yang hina kerana mereka tidak menyedari keindahan islam. Kita selalu tewas dengan perasaan.

Wahai saudara-saudaraku, bersabarlah, cubalah untuk bersabar kerana kesabaran itulah menandakan Allah bersama-sama dengan kita. Allah bersama-sama dengan orang-orang yang sabar. Bersabarlah wahai saudaraku kerana kita tak lama berada di dunia ini.

Hitungkanlah dosa-dosa kita, sebelum hari penghisaban sebenar kerana itulah yang dilakukan oleh sahabat-sahabat dan para tabiin. Dan apabila kita menyedari perkara ini, pastilah kita akan cuba sedaya upaya untuk tidak menambah dosa-dosa kita. Hisablah diri wahai saudara-saudaraku kerana penghisaban dir menjadikan kita menyedari hakikat diri bahawa semuanya itu adalah ujian dan dugaan dariNYA untuk menguji tahap keimanan kita.

Bersabarlah dan hisablah dosa kita kerana kita tak lama di dunia..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”