Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Thursday 15 September 2011

Adab Persaudaraan dalam Islam


Persaudaraan Islam
Nabi Muhammad s. a. w pernah bersabda yang bermaksud:
“Tidak sempurna iman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Demikianlah keindahan Islam. Jauh dari unsur mementingkan diri atau nafsi-nafsi sehinggakan kasih sesama saudara diletakkan sebagai syarat kesempurnaan iman.
Untuk menyahut seruan ini, cuba kita praktikkan perkara di bawah. Semoga dengan cara ini ukhwah yang terjalin akan bertambah kukuh dan manis.
1. Nyatakan rasa kasihmu terhadap saudaramu.
Sabda Rasulullah: “Jika seseorang itu kasih akan saudaranya, beritahulah kepadanya bahawa dia kasih kepadanya.” (Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi)
2. Mintalah supaya saudaramu mendoakanmu sebelum berpisah. Umar al-Khattab r. a berkata, “Saya minta izin kepada baginda Rasulullah s. a. w untuk mengerjakan umrah. Baginda Rasulullah s. a. w membenarkan dan berpesan; “Jangan lupa berdoa untuk kami bersama.” (Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi).
3. Segeralah bersalam apabila bertemu.
Sabda Rasulullah s. a. w, “Tiadalah dua orang muslim yang bertemu lalu bersalaman melainkan dosa mereka akan diampunkan sebelum berpisah.”
4. Bermanis muka apabila bertemu
“Janganlah kamu memandang hina terhadap kebaikan walaupun kecil, sekalipun bermanis muka ketika bertemu dengan kawan-kawan”.
5. Memberi ucapan tahniah kepada saudaranya dan menyukakan hatinya.
“Siapa yang menemui saudaranya dengan apa-apa yang menyukakannya, nescaya Allah akan menyukannya pada hari kiamat.”
6. Laksanakan tanggungjawab persaudaraan dengan sempurna.
Daripada Abu Hurairah r. a, Rasulullah s. a. w bersabda, maksudnya: Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu, satu kerumitan daripada kerumitan Akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutupkan keaibannya di dunia dan akhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya. (Riwayat Muslim

Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”