Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Monday 12 September 2011

Keutamaan amal di Zaman Fitnah

 Imam Abu Daud, al-Tirmidzi dan Ibn Majah meriwayatkan di dalam Sunan mereka daripada Abu Umaiyah al-Shabani berkata: Daku pernah bertanya kepada Abu Thalabah al-Khashni; "Wahai Abu Thalabah apakah tafsiran ayat yang bermaksud :

Firman Allah di dalam surah al-Maidah ayat 105:

Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu; tiadalah orang yang sesat itu akan memberikan mudarat kepadamu apabila kamu elah mendapt petunjuk, hanya kepada Allah kamu semuanya akan kembali."

Beliau menjawab: "Demi Allah, aku sendiri telah menanyakan tafsirannya kepada seorang yang sangat arif, iaitu Rasulullah s.a.w. sabdanya yang bermaksud:

"Serulah manusia kepada kebaikan (al-Ma'ruf) dan tegahlah mereka daripada kemungkaran, sehingga apabila kamu dapati semua orang telah menjadi kedekut, hanya mengikut hawa nafsu, mementingkan harta benda dunia, setiap orang hanya bangga dengan pendapatnya sendiri sahaja. 1 Pada ketika ini, jagalah dirimu sendiri, dan tinggalkanlah orang awam, kerana sesungguhnya akan datang suatu masa nanti di mana kesabaran (melakukan ajaran agama) laksana orang yang menggengam seketul bara api. Mereka yang berbuat amal kebaikan ketika itu akan memperolehi ganjaran lima puluh orang dari kalangan kamu." 2

1 Di dalam riwayat Ibn Majah ada sedikit tambahan, maksudnya: "Dan engkau menyaksikan perkara yang tidak lagi engkau mampu untuk meluruskannya"

2. Hadith riwayat Imam ABu Daud di dalam bab: Al-Malahim(Fitnah Peperangan) hadith bil. 4341. Imam al-Tirmizi di dalam: al-Tafsir hadith bil. 3060. Dan Imam Ibn Majah di dalam bab: al-Fitan (Fitnah), hadith bil. 4014

Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”