Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Friday 2 September 2011

6 Perkara Penyuluh kehidupan Orang Mukmin

http://www.al-nobalaa.com/images/home_04.jpg

إياك أن تكون عدواً لإبليس علانيةً , وصديقاً له في السر
1- Jangan sesekali kamu menjadi musuh syaitan secara zahir tetapi kamu menjadi sahabat syaitan secara rahsia.

إن الخطأ الأكبر , أن تنظم الحياة من حولك , ثم تترك قلبك في فوضى . ( مصطفى صادق الرافعي )
2- Menjadi satu kesilapan besar , apabila kamu sentiasa merancang kehidupan orang sekeliling kamu sedangkan kamu membiarkan hati kamu dalam keadaan kosong.

الذي يجادل كثيراً يعمل قليلاً
3- Mereka yang banyak bercakap biasanya sedikit menunaikan apa yang dikata.

الفاشلون قسمان , قسمٌ فكر ولم يفعل , وقسمٌ فعل ولم يفكرُ
4- Mereka yang gagal ada dua jenis, pertaman: Sentiasa berfikir tetapi tidak beramal, Kedua : Sentiasa beramal tanpa berfikir.

ن<علامة حسن الأخلاق> , أن تكون في بيتك أحسن الناس أخلاقاً
5-Mereka yang baik akhlaknya adalah mereka yang baik akhlaknya semasa di rumah.

من < علامة الحكمة > , أن تحمل نفسك على ماتريد أن تدعو الناس إليه
6- Mereka yang memiliki hikmah adalah mereka yang menyeru manusia dengan apa yang telah di kerjakan.

لايجمل المعروف إلا بثلاث : أن يكون من غير طلب .. وأن يأتي من غير إبطاء .. وأن يتم بغير منه.
7-Kebaikan akan bertambah Murni apabila ia dilakukan tanpa diminta, apabila memberi tanpa mengharap balasan dan apabila telah sempurna atau telah mendapat apa yang dihajatkan dia tidak berubah ( tetap istiqamah tanpa sombong).

Rujukan:
http://www.al-nobalaa.com/home.php

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”