Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Tuesday 27 September 2011

Mari mengingati baginda, Rasulullah s.a.w

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


FirmanNya, surah al-Imran ayat 31.


“Katakanlah (Wahai Muhammad) “Jika benar kamu mengasihi Allah s.w.t.. Maka ikutilah daku, nescaya Allah s.w.t mengasihi kamu serta mengampuni dosa – dosa kamu.. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”..

Maha Suci Allah, yang menghadirkan kalammullah sebagai panduan kita, yang menunjukkan jalan kepada kita untukNYA mengasihi kita yang serba lemah, dan sentiasa mengharapkan pertolonganNYA. Segala puji dan puja hanya untukNYA.

Sesungguhnya, kita adalah umat akhir zaman, yang sedang terkapai-kapai mencari dan tercari-cari, perahu yang sebagaimana sekukuh untuk merentasi lautan yang dalam dan terbentang luas di hadapan kita. Maha Suci Allah, Maha Suci Allah.

Allah telah menghadirkan kepada kita, baginda Rasulullah s.a.w sebagai penunjuk jalan, dan para sahabat sebagai teladan kepada kita dalam meniti kehidupan kita kini. Segala puji dan puja bagiNYA.

Masih segar di dalam ingatan, kisah perjalanan dakhwah baginda di Taif, yang dilontar batu, yang dibaling dengan segala yang ada di tangan, sehingga badan suci baginda terluka dek kerana tindakan penduduk Taif. Dan Zaid bin Harith, pembantu setia baginda, menghamparkan badannya untuk melindungi tubuh suci itu. Allahu. Betapa baginda mengalami saat-saat yang sangat meruntun hati ketika mana baginda sebenarnya baru sahaja kehilangan dua orang yang amat penting di dalam perjalanan dakhwahnya, iaitu bapa saudaranya, Abu Thalib dan isteri kesayangannya, Siti Khadijah. Maha suci Allah. Sungguh, para anbiya' itu menghadapi ujian yang hebat demi tugas dakhwah. Maka berselawatlahNYA kepada Rasulullah s.a.w, dan diikuti ummatnya yang tidak putus-putus juga berselawat kepada baginda. 







Wahai sahabat, wahai saudaraku, marilah kita tidak putus-putus untuk terus berselawat kepada baginda. Jangan kita terlalu leka dan asyik dengan segala macam perkara dunia sehingga kita lupa untuk menanamkan perasaan cinta dan kasih kita kepada baginda.

"Akak masih tak faham kenapa kita kene berselawat?"

Adik di hadapan saya ini tersenyum dengan persoalan yang saya utarakan.

"Akak, Nabi kita ada kedudukan istimewa nak dibandingkan dengan nabi-nabi yang lain. Bagindalah satu-satunya nabi yang boleh memberi syafaat kepada kita. Bila kita berselawat kepada baginda, kedudukan baginda akan semakin tinggi, dan baginda akan memberi syafaat kepada kita. Jadi, akak, jangan malas nak berselawat ea"


Saya dan adik-adik saya ini tergelak. Jauh di sudut hati saya, saya bersyukur kerana diterangkan jelas tentang fadhilat perkara ini.


Maha Suci Allah, mengurniakan kita seorang nabi, seorang rasul, yang bukan sahaja membantu kita di dunia, tetapi di sana juga. Kasihilah, cintailah, sayangilah baginda melebih dari apa yang kita ada di dunia ini. 


"Dik, nak tahu tak, bila di dalam kedai buku, buku yang akak selalu akan cari adalah buku mengenai Rasulullah s.a.w. Nak tahu tak kenapa?"


"Nak, kenapa kak?"


"Cuba kita tengok orang yang bercinta, kalau mereka dengan kita, terkadang mereka tak sedar, mereka asyik dok cite pasal orang dia cinta je. Gitulah juga dengan kita, dik. Bagaimana kita nak mencintai baginda Rasulullah s.a.w kalau kita tak tahu kisah baginda. Bila kita tahu tentang baginda, secara tak sedar juga, lidah kita akan terbiasa pula untuk bercerita tentang kisah kekasih yang kita cinta, iaitu Rasulullah s.a.w. Kita kene berusaha untuk mencintai baginda lebih dari diri kita. Ingat, saidina Umar al-Khattab pernah ditegur oleh baginda apabila dia menyatakan bahawa dia mencintai Rasulullah selepas dirinya. Rasulullah kata, tak beriman jika umatnya itu lebih mencintai selain Allah dan Rasulu, lebih dariNYA dan baginda. Jadi, kene cuba belajar untuk meletakkan Allah dan Rasul itu yang pertama"


Maha Suci Allah. Contohilah baginda, teliti sirah baginda, fahami apa yang telah baginda tanggung untuk menyelamatkan kita dari tersesat dengan fahaman yang memesongkan akidah kita. 


"Wahai Muhammad, jika menginginkan agar gunung-gunung dan segala hidupan untuk ditimpa kepada penduduk Taif, akan berlakulah perkara itu dengan izin Allah"


Lalu, baginda dengan rasa kasih, menjawab kepada Allah, "Ya Allah, berikan mereka hidayah, ya Allah, berikan mereka petunjuk ya Allah, sesungguhnya mereka tidak tahu..mereka tidak tahu"


Allah, betapa kasihnya baginda kepada kita, wahai sahabat dan saudara seislamku. Sedaya upayanya baginda akan tetap sentiasa mengingati ayat quran, di dalam surah al-Anbiya', ayat 197 :


Dan tidaklah Kami mengutuskanmu kecuali sebagai rahmat bagi semesta alam.


Rasulullah s.a.w itu adalah sebagai rahmat buat kita semua. Segala jerih payah, sakit dan terluka, kesedihan dan hiba, baginda pendam semata-mata untuk menyelamatkan kita semua dari tersesat jauh. Allahu..


Jadilah kita umat baginda yang sentiasa dan acap kali untuk terus-terusan berselawat dan menginagti segala jasa baginda. Jatuh kasihlah kalian kepada kesantunan baginda. Maha Suci Allah.


Marilah kita berpesta selawat, hiasi hari-hari kalian dengan selawat dan mengingatiNYA. Semoga kita tergolong di dalam umat baginda yang akan memperolehi syafaat dan dikumpulkan bersama-sama dengan yang dicintai, iaitu Allah dan Rasul..


Insya Allah..


Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”