Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Monday 26 September 2011

Apa hukum couple, kak?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

صلى الله عليه عَنْ أَبِي عَبْدِ الله النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْر رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله
وسلم یَقُوْلُ: (( إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لا یَعْلَمُهُنَّ آَثِيْ رٌ
مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي
الحَرَامِ آَالرَّاعِي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى، أَلاَ وَإِ نَّ
حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ. أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ آُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَ دَالْجَسَدُ آُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ)).
رواه البخاري ومسلم

Dari Abi 'Abdillah Annu'man bin Basyir RA telah berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:

" Sesungguhnya sesuatu yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar yang kebanyakan manusia tidak mengetahui. Maka barangsiapa menjaga dirinya dari barang-barang (perkara) yang samar itu, maka ia telah membersihkan agamanya dan kehormatannya, dan barangsiapa yang jatuh dalam melakukan perkara yang samar-samar itu, maka ia telah jatuh dalam perkara haram seperti pengembala di sekeliling tanah larangan (halaman orang), lambat-laun ia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah bahawa tiap-tiap raja ada larangannya. Ingatlah bahawa larangan ALLAH adalah apa-apa yang diharamkanNya.
Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada sekerat daging, jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya, dan jika ia rusak, rusaklah jasad seluruhnya. Ingatlah, itu adalah hati."

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim

rujukan;

Kitab Hadis 40

Seringkali, dan kerap kali manusia meletakkan sesuatu perkara itu sama ada di dalam haram atau halal dan kurang kita lihat perkara syubhat dititik beratkan. Maha Suci Allah, jika kita teliti dalam kehidupan seharian kita, kita sebenarnya menghadapi perkara syubhat itu lebih dari perkara halal dan haram.

Halal itu jelas, haram itu jelas tetapi apabila dua perkara ini dicampuradukkan, kerap kali kita tidak tahu di mana sebenarnya kedudukan yang harus kita ambil.

Perkara syubhat ini juga sering dikaitkan dengan urusan ketaqwaan kita. Seperti kata-kata Saidina Umar al-Khattab, “ Taqwa adalah umpama kamu berjalan penuh hati-hati di dalam hutan yang penuh dengan duri dan onak, supaya tidak terpijak duri dan onak tersebut.”

"Salam, akak, maaf ganggu. Nak tanya sket. Kite ada terbaca satu artikel nih. Tajuknya pasal bercouple..Isi artikel tu lebih kurang camni la..mula-mula penulis tu pertikaikan jawapan seorang ustaz yang menjawab pertanyaan seseorang tentang hukum bercouple..Ustaz tu jawab tak boleh dan haram..tapi, si penulis ni macam nak bangkang apa yang ustaz tu kata..dia tanya pembaca camne nak bergaul dan berkomunikasi dengan baik kalau tak berhubung dengan berbeza jantina, tak kenal maka tak cinta..Kat situ dia dah peningkan pembaca..Ayat dia lebih kepada jawapan boleh dalam soklan hukum bercouple tu..Camne tu kak?"


Saya membaca pesanan ringkas itu sambil fikiran ligat memikirkan jawapan.


"Dik, bagi akak, perkara ini adalah perkara syubhat. Akak tak berani nak kata haram atau halal tapi ianya lebih kepada syubhat"

"Akak, adik tak faham?"

Tersenyum, lalu menuturkan dengan mudah, analogi yang sesuai.

"Pertama sekali dik, kita kene faham makna couple itu. Couple ini adalah suatu benda yang dipasang-pasangkan sesuai dengan fitrah dan alam semulajadi. Couple ini sebenarnya lebih kepada pasangan suami isteri. Satu analogi yang akak boleh buat, tentang selipar. Selipar kanan, sudah tentulah pasangannya selipar kiri, takkan selipar kanan juga, kan?

Tapi, kalau untuk hubungan cinta sebelum pernikahan, analogi yang sesuai adalah selipar kiri dan kasut kanan. Apabila digandingkan dan dipakai, pastilah pemakainya akan dipandang pelik. Nak teruskan pakai, boleh, tapi seolah-olah seperti pemakainya hilang malu. Dan apabila hilang perasaan malu itu, maknanya hilanglah iman kerana malu ini sebahagian dari iman. Selain itu, ianya juga menentang hukum alam iaitu selipar mestilah dengan selipar, kasut pula dengan kasut, kan?

Dan apabila disifatkan hukum alam itu, itu juga adalah hukum Allah. Jadi, dalam apa-apa pun perkara, kita kene rujuk hukum Allah dahulu, bukan atas dasar pemikiran kita sahaja. Ianya boleh mengundang kebahayaan kalau kita meletakkan fikiran yang pertama.

Kalau penulis tu menyatakan bahawa susah nak berkomunikasi kalau tak berhubung dengan kaum yang berbeza jantina, dia seolah-olah juga mempertikaikan ruang yang telah Allah berikan iaitu pertunangan. Nak berkenal-kenalan dengan seorang wanita dan kenal dengan lebih lanjut adalah melalui pertunangan. Apabila bertunang, masa tulah yang lelaki ada rasa tanggungjawab ke atas wanita pilihannya.

Pertemuan dengan berbeza jantina ini ada banyak cara, cume kita sahaja yang terlalu sempitkannya. Sebagai contoh, melalui program, majlis-majlis kenduri kendara. Sebab tulah Nabi meletakkan wajib apabila diundang untuk apa-apa majlis. Selain mengeratkan silaturrahim, ada hikmah lain di dalamnya.

Maha Suci Allah, cantik sudah aturan yang Nabi ajarkan, cuma terpulang pada kita sebenarnya untuk mengambilnya dalam mencari keredhaan Allah.

Mungkin kita boleh kata, kita dapat menjaga dalam hubungan bercinta sebelum berkahwin itu. Tapi, bercinta sebelum berkahwin, ada jaminan ke kita tak termasuk kepada perkara haram? Allah nak tengok tahap ketaqwaan kita sebenarnya dalam menjaga urusan ini. Jodohkan adalah urusan Allah, rahsia Allah. Jangan sesekali kita mengharapkan kesempurnaan dalam urusan jodoh, tapi, kelebihan pasangan adalah sebagai ujian, dan kekurangan sebagai wadah untuk kita membantunya, membetulkannya dalam bersama-sama mencari keredhaan Allah"

Saya meletakkan bercinta sebelum berkahwin itu dalam perkara syubhat kerana bukan sedkit orang yang bercouple yang dapat jaga dan seterusnya menuju ke gerbang perkahwinan. Tapi, di dalam banyak-banyak tu, pastilah ada juga yang tergelincir dan lebih parahnya, mereka terus jatuh tanpa dipapah semula untuk berdiri dengan betul. Nauzubillah.

Ada jaminan ke kita dapat menjaga diri kita dari termasuk ke dalam perkara yang haram? Tanya iman, dan muhasabah. Apa yang kita cari di dalam dunia ini adalah keredhaan Allah, maka, jadikanlah sebarang peluang yang ada di sekeliling sebagai wasilah untuk memudahkan kita meraih keredhaanNYA.

Segala salah dan silap dalam saya menterjemahkan urusan ini, saya mohon keampunan dariNYA, dan apa yang saya harapkan, agar semua saudara seislam saya lebih memahami keindahan islam ini untuk kita sesama saudara saling bantu membantu dan bukannya mencari kesempurnaan.

Carilah keredhaan Allah dalam apa jua urusan, dan cubalah..cubalah untuk kita mendapatkan ketaqwaan dalam kehidupan kita.

Wallahu'alam

Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”