Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Monday 12 September 2011

Susahnya...

Terlena fikiran dengan alunan nasihat dari Opick yang sangat mengasyikkan.

Tombo Ati iku limo perkorone
Kaping pisan moco Qur’an lan maknane
Kaping pindo sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng ingkang luwe
Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe

Salah sawijine sopo iso ngelakoni
Mugi-mugi Gusti Allah nyembadani

Obat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah

Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Allah mencukupi


Wahai sahabatku, wahai saudara-saudariku, di zaman inilah kita melihat fitnah itu berleluasa. Di zaman kita inilah kita perlu berusaha untuk meluruskan di sekeliling kita dan mengajak bersama-sama yang terdekat untuk sama-sama mendekatiNYA.

Wahai sahabatku, wahai saudara-saudariku, fikirkanlah kehidupan kita kini yang terlalu bersenang-lenang dengan dunia, yang ada di dalam hati kita adalah dunia.

"Eh, dunia? Aku tunggang terbalik solat, zikir, puasa ni, kau sedap-sedap je kata dalam hati aku dunia. Apa bukti kau?"


"Cuba lihat, apa matlamat kau kini? Dan untuk apakah kehidupan engkau kini?"

Satu dialog yang barangkali pernah hadapi. Perhatikan ketika dan saat ini, kitab apa yang kita sedang tadah, atau masih lagi berteleku di hadapan komputer riba? Perhatikan juga amalan-amalan kita, dan pada hari ini, perkara kebaikan apakah yang telah kita beri?

Maha Suci Allah, ianya menjadi peringatan juga buat diri saya.

Kita di zaman fitnah rupanya. Fitnah itu terlalu mudah untuk diperolehi, tersangat mudah, dan di saat inilah wahai sahabatku, wahai saudara-saudariku, kita perlu menjaga diri kita, dan bantulah sedaya mungkin yang ada di sisi kita. Berusahalah, kerana kita tak lama di dunia, sebentar lagi kita akan kembali ke kampung kita, kampung akhirat..

FirmanNYA, di dalam surah Adz-Dzaariyaat, ayat 56


Maksudnya: Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.


Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”