Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Wednesday 7 September 2011

Jangan ikut perasaan


Telinga mendengar cerita seorang sahabat tentang perbuatan seorang kawan yang telah menikam kawan. Telinga masih setia mendengar caci maki sahabat pada seorang kawan yang telah menipu kawan. Telinga juga masih bersabar untuk mendengar kata amarah sahabat mengenai perlakuan seorang kawan..

Situasi yang sangat selalu kita semua hadapi, tapi, tidak pernah kah kita terfikir untuk menghentikan kata-kata nista itu agar sama-sama terselamat dari bahang api neraka?
Dan tidak tersedarkah kita, kita berada di dalam ambang kemarahan manusia yang boleh menjadikan kita dicucuk-cucuk dan terpedaya dengan hasutan syaitan dek kerana dalam setiap kata-kata amarah tu ada terselit seekor syaithan?

Wahai sahabat, wahai saudaraku, wahai saudariku, semuanya adalah ujian bagi setiap manusia yang bergelar hamba Allah. Tidak perlu kita sibuk-sibuk dengan ujian manusia lain, kerana ditakuti ujian yang menimpa orang lain akan menjerumuskan kita juga untuk turut berperasaan seperti mereka.

Satu kata-kata bijak pandai, orang yang pandai akan berfikir tentang strategi, tetapi, orang yang bodoh akan berkata-kata tentang orang. Dan selidikilah kita, di mana kita berada?

Jangan letakkan perasaan terlebih dahulu dalam ketentuan Allah. Manusia jarang-jarang untuk melihat setiap ujian itu sebagai ujian dariNYA tetapi mengandaikan bahawa perkara itu sengaja dirancang oleh manusia untuk memperlakukan tidak baik kepadanya.

Sudah lupakah kita bahawa Nabi menjamin bahawa jika seluruh dunia ini merencanakan satu pakatan jahat ke atas kita, dan sekiranya Allah tidak mengizinkan, pasti tidak akan berlaku. Dan, jika satu dunia merencanakan satu kebaikan kepada kita, sekiranya Allah tidak mengizinkan, pasti perkara tersebut tidak akan berlaku.

Jangan kita mencampuri urusan Allah dalam menetapkan ketetapanNYA pada seseorang, sebab, ketetapan itu, walaupun pahit, pastilah yang terbaik dariNYA. Jika bukan di dunia, pastilah disimpan untuk di sana. Kembalikanlah semuanya kepadaNYA, dan kembalilah engkau, wahai hamba kepada TUAN engkau.

Acap kali, kita selalu mempertikaikan segala ketetapan dariNYA. "Kenapa?..Kenapa?"

Terkadang pula, fikiran bertanya-tanya, "Apa salah aku sampai aku menerima nasib sebegini?"

Malah, ada pula yang membenarkan kata-kata syaitan sehingga mengiyakan bahawa, "Segala tindakan aku ini betul, dan mereka memang patut menerima nasib begitu" sambil tergelak terbahak-bahak..

Sudah lupakah kita bahawa pengadilan itu hak Allah, dan pembalasan dariNYA itu adalah lebih lagi azab dari segala rencana jahat yang kita lakukan.

Pembalasan itu hak Allah, maka serahkanlah segala tindakan manusia itu padaNYA, dan pengadilan padaNYA. Maafkan dan terserahlah padaNYA untuk menentukan kafarah dosa yang sebagaimana sesuai di atas segala tindakan mereka.

Hati-hatai wahai sahabat dalam setiap percaturan kita, kerana kita tidak mengetahui sebab perlakuan manusia, dan barangkali akubat perbuatan mereka pada kita adalah kerana siapa kita pada ketika dahulu.

Berjalanlah dalam mencari ILAHI, dan berusahalah mencari pintuNYA. Sibukkan diri mencari Pembuat Ujian kerana jika difikir-fikirkan tentang sebab manusia melakukan, pastilah tidak terjawab. Teruslah mencariNYA, dan ada sinar ketenangan di situ.

Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”