Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Friday 26 August 2011

Berjalanlah di muka bumi-NYA untuk kenal tarbiyahNYA.

"Ya Allah, jika Kau mentakdirkan aku berpergian di atas muka Bumi-MU, maka berikanlan pelajaran dalam setiap langkahku, agar setiap perjalananku tidak hanya sia-sia"

Dijemput untuk bersama-sama di teratak kasih sayang itu sekali lagi, membuatkan aku terasa girang untuk tiba di sana. Pada malamnya, kami bertiga membuka kitab dan berbual-bual serta berbincang-bincang mengenai masalah agama.

"Ketakwaan itu sekarang ni seolah-olah hanya desiran angin di telinga-telinga manusia. Orang dah tak pandang perkara ketakwaan itu dengan sangat dalam seperti di zaman nabi dan sahabat dahulu. Sebab tulah kita sering kali merasa aman dengan perkara yang tak betul" mengulas sedikit tentang tazkirah di surau hadapan teratak. Mengenai ketakwaan.

Dan kerana hakikat ketakwaan tidak difahamilah, manusia melakukan sesuatu perkara bukan kerana bertakwa, tetapi terikut-ikut dengan persekitaran. Apabila bersendirian, mereka menjadi seperti tidak tahu untuk memilih. Allah melihat bagaimana kita ketika bersendirian.

"Bismillahirrahmannirrahim" adikku memulakan syarah kitabnya dan aku serta adikku yang seorang lagi mula khusyuk untuk mendengar seterusnya.

Pada malam itu, kami berbincang tentang adab, selawat dan riak. Selama satu jam lebih. Alhamdulillah, aku menerima ilmu baru. Ilmu yang jarang-jarang kini aku dapat mendengarnya secara langsung.

Aku bersyukur kerana setiap kali aku melangkah keluar dari rumah, aku ditakdirkan olehNYA untuk belajar tentang sesuatu sama ada secara langsung, atau tidak. Hatta dari manusia yang tidak ku kenali, DIA menghantarkannya untuk mengajarkan aku.

"Jangan termenung, nak. Ingat Allah" Satu masa aku disapa oleh seorang pakcik yang tidakku kenali. "Pakcik dah lama tengok anak dari tadi. Tak elok termenung macam ni. Banyak-banyak ingat Allah" mataku hampir berkaca-kaca menerima peringatan dariNYA melalui pakcik ini.

Kita di dunia ini, adalah untuk belajar dan mentafsir sebarang apa yang datang kepada kita.

"Kita selalu menyangka orang-orang yang sentiasa menerima apa yang dia inginkan itu adalah hambaNYA yang DIA sayang. Dulu, ada sorang kawan aku ni, dia pernah cakap kat aku, kenapa dia selalu fail dalam exam, padahal dia dah cuba dah, dan dia juga taklah social cam ada sorang budak ni. Tapi budak yang social tu dapat semua yang dia nak." Aku yang duduk di hadapan sahabatku ini khusyuk mendengar kisahnya.

"Pastu, aku cakap kat dia, 'budak tu, dapat apa yang dia nak, sebab Allah tak sayang kat dia. Kau, pasal Allah sayanglah Allah tak nak bagi kau leka macam budak tu'" Aku terkedu mendengar kata-kata sahabatku yang sebenarnya memang ada kebenarannya.

Saidina Ali, pernah merisaukan dirinya yang tidak ditimpa sakit. Katanya, dia takut Allah tidak memandangnya kerana baginya, ujian itu tanda kasih sayang Allah yang sentiasa melihat hamba-hambaNYA.

Maha Suci Allah, betapa tinggi iman seorang sahabat Nabi.

Pernah juga adikku menceritakan tentang Raja Zalim dan Raja Baik. Kedua-dua raja ini mengalami sakit yang serupa, tapi Allah mengilhamkan kepada tabib Raja Zalim penawar kepada sakit itu dengan mencari seekor ikan di laut. Maka, ramailah yang menangkap ikan yang dimaksudkan dan Raja Zalim itu sembuhlah.

Tapi, sakit yang sama pada Raja Baik tidak menerima nasib yang sama pula. Apabila ikan yang dicari di laut untuk dijadikan ubat untuk Raja Baik, Allah matikan semua ikan-ikan tersebut.

Seorang yang soleh bertanya kepada Allah, kenapa Kau tak selamatkan Raja Baik itu.

Maka, jawapan dari Allah bahawa, Allah ingin membalas kebaikan yang telah dibuat oleh Raja Zalim di dunia lagi supaya ketika di akhirat sana nanti, dia menanggung segala kezalimannya di dunia. Tapi, Raja Baik pula, Allah nak membersihkan segala dosa-dosanya di dunia lagi, supaya di akhirat sana nanti, dia hanya menerima ganjaran atas segala kebaikannya.

Maha Suci Allah, Subhanallah.

Kita selalu tersilap akan percaturan Allah menjadikan kita sering kali berburuk sangka padaNYA. DIA Maha Mengetahui mana yang terbaik bagi hambaNYA. Maha Suci Allah. Allahamdulillah...

Aku bersyukur, setiap langkahku, aku belajar sesuatu. Aku bersyukur, kerana DIA tidak pernah memberikan sesuatu yang sia-sia kepadaku. Walau terkadang hati ini terusik, terkenang, dan hiba, tapi, setiapnya DIA gantikan yang terbaik untuk aku.

"Walaupun aku ni macam takda perasaan, terkadang bila teringat balik, tipulah kalau aku tak menangis. Aku ni manusia biasa. Bila aku menangis tulah, baru aku sedar, aku juga ada perasaan, bukan seperti yang disangka oleh orang sekeliling" aku tersenyum dengan kata-kata sahabatku itu.

Ya, kita semua manusia biasa yang sedang menempuh jalan untuk menjadi hambaNYA yang sebenar-benar hamba. Fitrah, kita semua akan merasainya. Tiada istilah manusia yang tiada perasaan, kerana terkadang, perasaannya disalurkan dengan pelbagai cara.

Dan menangis juga bukan bermaksud kita meratap bersedih, tapi, hanya ekspresi diri untuk meluah bukanlah untuk dikasihani.

Jangan sangka, bile melihat perkara yang menyedihkan, kita semua perlu menangis seperti selalu. Tidak, setiap manusia ada caranya untuk dia menunjukkan ekspresi perasaannya. Peristiwa yang sama, tapi, bentuk cara meluahkannya berbeza-beza. Yang penting, semua manusia ada perasaan.

Indahnya tarbiyahNYA, mengajar kita, tanpa kita sedari. Marilah bersyukur kerana hanya dengan kesyukuran sahaja, Allah akan menambah nikmat kita. Hanya dengan kesyukuran sahaja, hati kita akan merasa tenang dan damai, hanya kepadaNYA, untukNYA..

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...

Alhamdulillah..

(~_^)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”