Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Thursday 11 August 2011

Berbincanglah..

Berbincang, suatu perkataan yang sering kali diungkap tetapi jarang-jarang manusia untuk memahaminya maksud yang tersirat. Terkadang, dari berbincang, jatuh pula kepada mengumpat dan andaian serta bermacam-macam prasangka. Inilah khilaf manusia yang seringkali kita tidak sedari, kita dah jauh masuk ke dalam perangkap syaitan.

Bermuzakarrah itu akan memberikan petunjuk yang terkadang kita sendiri tak nampak. Manusia ini tidak dijadikan menjadi seorang yang tidak patut ditegur. Acap kali didengari apabila seseorang yang telah kita yakini ilmu agamanya, apabila berlaku satu kesilapan, mereka akan kata, "alah, takpelah, mesti ada sebab dia buat camtu. Diakan tahu ilmu agama"

Apabila berlaku sesuatu perkara yang meruntun hatiku, yang tidak aku tahu di manakah jalan yang haru aku tuju, berkongsi dan mendengar pendapat serta nasihat dari manusia sekeliling hatta dari seekor haiwan juga kerana kita tidak tahu, ilham dariNYA datang dari mana.

Dewasa ini, manusia selalu tersilap penilaian bahawa masalah yang mereka hadapi, tidak boleh diceritakan pada orang lain, kerana itu aib sendiri.

Aku teringat satu kisah ketika mana Ummul Mukminin, Siti Aisyah difitnah. Ketika mana wahyu belum lagi turun untuk membetulkan perkara itu, Rasulullah s.a.w bertanya pendapat pada sahabat-sahabat baginda, pendapat mengenai permasalah baginda. Baginda juga bertanya pada manusia yang rapat dengan Aisyah untuk kepastian.

Begitu juga dengan kita, kita memerlukan manusia sekeliling untuk mengetahui perkara yang kita tidak nampak. Terkadang, bukan kita tak tahu, tapi kita terlupa. Kata seorang sahabatku, "Selalunya senang untuk kita mengungkap kata penyelesaian tapi bila diri kita sendiri hadapi, kita juga tidak tahu penyelesaiannya sehinggalah sekeliling mengilhamkan kepada kita."

Dan itulah gunanya sahabat yang ikhlas ingin membimbing kita.

Kita tidak mungkin selamat mengarungi bahtera kehidupan yang sangat luas dengan ancaman badai fitnah ini seorang diri. Kita tak dapat lolos dari ancaman fitnah dengan hanya mengandaikan kemampuan sendiri. Kerana kita diciptakan sebagai makhluk yang penuh kelemahan dan mudah terpedaya.
”Dan diciptakan manusia itu dalam keadaan lemah”QS.An-Nisa [4]:28
Kebersamaan dan persahabatan di jalan Allah lah yang akan menghantarkan kita menyelesaikan hidup dengan kebaikan. Persaudaraan, kebersamaan dan persahabatan di jalan Allah lah yang juga akan mengiringi kita pada kebahagian akhirat. Dan hanya persahabatan atas dasar iman dan taqwa lah yang abadi. Hal ini selaras dengan firman Allah dalam Al-Quran:
“Teman-teman akrab pada hari itu(hari kiamat) sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.” QS. Az-Zukhruf[43]:67

Ibnu katsir mengatakan, seluruh persahabatan yang tidak dilandaskan kerana Allah pada hari kiamat akan berubah menjadi permusuhan. Begitu juga pesan Rasulullah SAW dalam hadisnya yang menyebutkan bahawa,”Kita akan dibangkitkan di hari kiamat bersama orang yang kita cintai.”

Siapa orang yang kita cintai?
Siapa orang-orang yang paling dekat dengan kita dalam menelusuri hidup ini?
Siapa orang yang paling menghiasi ingatan kita?
Siapa yang menemani langkah-langkah hidup kita?
Orang solehkah dia?
Mengajak ke arah kebaikan dan keredhaan Allah kah dia?
Dan alangkah indahnya seandainya ada pertemuan yang sangat mengharukan dan penuh kegembiraan. Mari mulai dari sekarang, kita bersahabat dengan orang-orang yang mendekatkan kita pada redha Allah SWT

Sahabat yang baik, akan menunjukkan jalan, tetapi, sahabat yang khianat, akan membuatkan lagi kita tertekan. Pilihlah sahabat yang menyayangi kita kerana Allah kerana dengan perasaan sedemikian sahaja, kita akan dapat belajar sesuatu darinya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”