Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Sunday 31 July 2011

Rumah yang Penuh dengan Kasih Sayang

Rumah yang penuh kasih sayang, teratak yang penuh dengan sakinah, kediaman yang mendamaikan. Aku tersenyum. Sekali lagi aku diberi peluang untuk mengunjunginya. Darul Maghfirah. Tersenyum.

"Akak nak main buaian tau"

"Akak, panaslah ni"

"Haip, nak juga. Bukan selalu"

Adik-adik yang sudah ku anggap seperti adikku sendiri, menggeleng kepala. Mereka yang sedang khusyuk dengan diskusi tentang kitab-kitab dan talaqqi mereka, menggeleng kepala dengan permintaanku.

Dan kami tergelak.

Pertama kali aku diperkenalkan dengan villa ini, menjadikan aku bersyukur melihat kedamaian yang dibawa. Dikenalkan oleh adik-adikku ini, menjadikan setiap tahun, kepulangan mereka berdua sangat ku nantikan.

"Dah sampai Malaysia, telefon akak tau."

Sebuah surau yang dikunjungi, taman permainan, kawasan yang sangat lapang, cukup luas untuk ku melihat kanak-kanak bermain layang-layang ketika waktu petang. Ada tanaman yang boleh dibuat ulam-ulam. Ada homestay yang boleh disewa. Ada ayam. Ada kolam renang untuk berkelah. Ada kilang kerepek. Ada macam-macam membuatkan seharian itu tidak cukup untuk aku berada di situ.

"Kenapa akak petik ni ada bunga?" Aku menggaru kepala kehairanan.

"Akak, yang ada bunga tu pucuk dia dah tualah"

Menggeleng, "Akak ni kene duduk seminggu ni kat sini, belajar jadi orang kampung" Adikku menuturkannya sambil tersenyum.

Aku hanya menggaru kepala, "Kenapa akak makan sebelum ni takda bunga pun?"

Mereka tergelak dan menggeleng. Dan akhirnya aku juga tergelak dengan kerenahku yang cukup cetek dengan kehidupan kampung. Tersenyum.

"Nenek dah balik"

"Hah, bolehlah nak melawat nenek"

Sampai di rumah nenek yang terletak di sebelah teratak, aku terpandang buah durian. "DURIAN!!"

Adik-adikku tergelak. "Jom makan durian. Esok dah puasa, kene habiskan juga ni"

Aku teruja. Dengan penuh nikmat, bersyukur atas nikmatNYA, aku mengambil seulas, dan kemudian seulas sambil makan dengan senyum-senyum kegembiraan, muka kanak-kanak keceriaan.

"Tengok muka akak tu" Dua adik di hadapanku memandang aku, dan mereka menggeleng kepala. Tergelak bersama.

"SEDAPNYA DURIAN NI!!!!" dan aku mengambil lagi seulas. Tersenyum.

Seharian bersama-sama dengan dua adikku ini menjadikan sehari di dalam hidupku sekali lagi diberi peluang untuk gembira. Kegembiraan yang kita perolehi, hargailah ia kerana belum tentu esoknya adalah hari untuk kita gembira lagi.

"Akak jangan segan-segan tau datang lagi sini"

"Mesti, dik, akak mesti nak datang lagi. Akak seronok datang sini" Aku tersenyum dengan sangat lebar, bahagia.

Terima kasih kepada dua adikku ini, dan akak doakan agar rahmat Allah sentiasa di sisi kalian. Pertemuan dan persahabatan yang dijalinkan ini cukup bermakna di dalam hati akak.

TERIMA KASIH..(~_^)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”