Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Thursday 28 July 2011

Kembalikanlah kepada Allah semula.

Masih di pintu yang sama, masih dengan pemandangan yang sama, dan masih lagi dengan hirupan udara yang sama, mataku melihat rahmatNya turun mencurah-curah.

Fikiran ini terus kembali ke belakang, menerawang ke masa dan ketika yang lepas. Meniti setiap perjalanan dengan bersusah-payah, satu-satu aku lepaskan, dan akhirnya, seorang sahabat dan kembarku datang dengan nasihat, "Kembalikanlah kepada Allah kerana semua ini DIA yang bagi"

Semoga kedamaian dan kesejahteraan buat kembarku, yang hadir dengan kata-kata yang sejuk menenangkan. Aku bersyukur dikurniakan sahabat dan kembar sepertinya, yang tidak ku temui pada yang lain.

Hati ini, terlalu inginkan kedamaian dan ketenangan yang menjadikan aku tetap berjalan di atasnya.

Kita tidak akan pernah terlepas dari ujian dan dugaanNYA, yang menjadikan kita begitu lelah untuk terus berlari.

Kehidupanku, satu masa, aku memiliki segala-galanya dan hanya dengan sekejapan, ia hilang. Hilang dengan izinNYA, membuatkan aku tersedar dari lamunan, aku tidak memiliki apa-apa.

Inilah kehidupan, dan inilah perjalanan hidup, kita tak mungkin memiliki tetapi kita berusaha melakukan yang terbaik. Kita tetap ditakdirkan untuk merasa, tetapi, tidak memiliki.

Hadir dan pergi, itulah lumrah. Berjalan dan berhenti, itulah fitrah. Kita semua adalah manusia biasa, dan setiap yang kita alami, itulah pengalaman yang paling berharga dalam kehidupan kita.

Aku bersyukur, ya Allah, untuk setiap yang terlelah, dan untuk setiap yang Kau ambil pergi kerana aku yakin, itu adalah yang terbaik buat diriku.

Jika diceritakan pada sekeping lembaran, ianya menjadikan kita terlalu memikirkan segala ketetapanNYA ke atas kita, tetapi, pujuklah hati, wahai diri, kita sedang berjalan, menghadapi dunia yang penuh dengan liku-liku, bersabarlah kerana ianya hanya sekejapan.

Allah tidak kejam, aku belajar dari satu drama. Tersenyum, dan aku meyakininya. Allah itu baik, terlalu baik, dan DIA sentiasa membantuku untuk membuat keputusan.

Semoga rahmat dan kasih sayangNYA, ku miliki walau sepayahnya.

Tersenyum.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”