Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Wednesday 17 August 2011

Bersabarlah..kerana semuanya adalah kerana masa..

Meniti di setiap titian hidup menjadikan aku berfikir, "Cepatnya masa berlalu", tanpa kita sedari, ianya tidak pernah menunggu kita.

Setiap masa dan saat, kita akan terus berjalan dan terus meniti kehidupan ini. Mengenali pelbagai ragam manusia, cuba untuk mengerti setiap tindakan manusia, hampa. Semuanya hanyalah satu perkara yang tidak pernah selesai.

Setiap umat Islam tahu, dan faham bahawa tujuan hidup ini adalah untuk beribadat kepadaNYA, tapi, berapa ramai yang menitiskan air mata keranaNYA?

Jiwa dan hati itu sentiasa terkesan dengan setiap kejadian yang berlaku. Kita hanya perlu bersabar dan semuanya adalah kerana masa, masa yang akan menentukan semua kepayahan, kesusahan dan penderitaan kita semua.

Bersabarlah, kerana Allah sentiasa di sisimu.

Gejolak hati, merintih dan bersenandung di kala kesepian, menjadikan akal yang singkat ini berfikir, "Ada apa lagi di dunia ini yang menantiku, untuk aku berusaha sekuat mungkin berada di sini"

Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung. 

Tersenyum membaca nukilan ini, menjadikan hati dan jiwa bercanda dalam diam, menari dalam terpaku dan tiba-tiba terasa kesabaran ini diusik-usik.

Letih, tapi sabarlah wahai hati, semuanya adalah kerana masa. Masa akan menjadikan aku lupa, masa juga membuatkan aku terdiam, masa juga membuatkan aku mengingati, dan semuanya adalah kerana masa.

Letih menghadapi dunia ini tidak berbaloi jika kita bandingkan nikmat di sana. Bersabarlah, kerana Allah sentiasa bersama-sama dengan orang-orang yang sabar.

Dunia ini memang sesungguhnya diciptakan sebagai ujian, untuk menguji keimanan kita, untuk menguji juga kerinduan kita kepadaNYA, menguji kasih kita kepadaNYA, menguji cinta kita kepadaNYA. Ketahuilah bahawa dunia ini tidaklah bernilai walau sebesar sayap nyamuk. Rugilah bagi manusia yang terlalu sibuk dengan dunia.

Selitkan karangan doa kepadaNYA, mengharapkan keredhaan dan keampunanNYA, maka, teruskanlah berjalan. Dan kita akan sampai ke destinasi itu satu hari nanti. Berjalanlah dengan tenangnya kerana kita pasti akan dikejutkan dengan pelbagai kejutan di hadapan perjalanan kita. Tenanglah dan tetaplah hati mu wahai hati kepadaNYA.

"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati ini, tetapkanlah aku di jalan agamaMU, tetapkan hatiku padaMU"~amin..amin ya Rabb~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”