Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Sunday 25 March 2012

Kita berhak...


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Kita berhak untuk bermimpi, tapi jangan terlalu lama
Kita berhak untuk bahagia, tapi jangan lupa kesedihan yang sedang menanti,
Kita berhak untuk bergembira, tapi ingat, jangan berlebihan.
Kita berhak untuk menghayati kehidupan ini, kerana kita tidak lama di sini,
maka hargailah setiap yang kita lalui kerana di situ terletak pelajaran dariNYA.


Telinga disuakan dengan earphone, dan lagu diputarkan. Mana oh Mana. Membaca sekali imbas liriknya dan hati tertanya-tanya, "Kisah itu cerita tentang apa?". Mencari-cari dan tercari-cari, kemudian membaca sinopsis kisah 3 Janji. Terkedu.


Di dalam kehidupan ini, kita terlalu banyak kenangan dan perkara yang kita tempuhi. Terkadang terasa payah, terasa lelah dan selalunya kita akan terkedu lama berfikir, kenapa ini yang diberikan kepada kita.


Berfikir dan tenang damai mencari jawapan.


Benar, untuk setiap yang kita hadapi itu terlalu susah. Menghadapi kata-kata manusia yang tidak beradab walau kita dihadapannya cuba untuk menjaga adab, menghadapi andaian-andaian manusia yang tidak pernah meletakkan dirinya di tempat kita, melulu dan terus dengan kata-kata andaian itu dan ini, menghadapi manusia yang buruk akhlaknya pula di mata kita yang kita berusaha menjauh namun tidak difahaminya, menghadapi manusia yang tak pernah faham dengan setiap penjelasan kita, menghadapi manusia yang mengkhianati kita, menghadapi manusia yang bercanggah dengan kata-kata kita, menghadapi itu, menghadapi ini. Ah, jika dituliskan segala tindakan buruk manusia itu terlalu panjang dan terlalu lelah untuk menaipnya.


"Akak, kenapa akak tak terangkan kat dia betul-betul"


Diam, lama berfikir. "Untuk apa?"


"Supaya dia faham kenapa tindakan akak macam ini"


"Dik, menghadapi manusia yang macam tuh, cukup kita kata sekali je. Kalau dia meleweh panjang lagi fikir kita yang bukan-bukan, dengar baik-baik, pada orang macam ni, biar lantaklah dia, kenapa mesti akak menyemakkan kepala akak dengan memikirkan orang macam ni"


Terdiam.


"Dik, kalau dia nak gila, biar dia gila sorang-sorang. Tak payah kita nak sama-sama gila dengan dia."


Simple berfikir kerana kita berhak untuk hidup tenang. Simple penjelasan kerana kita berhak untuk meneruskan perjalanan kita dengan penuh bersemangat. Kita berhak untuk menikmati kehidupan kita dengan seadanya.


Muka muram, bersedih. Hairan melihatnya. "Adik ni kenapa ea, dari tadi akak tengok macam sedih je. Kalau selalunya akak tengok masa-masa macam ni berteleku lama kat depan laptop" Tersenyum.


"Akak, apa ciri-ciri sahabat yang baik, kak?"


Terdiam. "Oh, masalah sahabat lah ni ea. Kenapa tiba-tiba adik bersedih dengan sahabat adik?"


Mendengus dan kemudian melepaskan satu keluhan yang berat. " Macam mana kita nak tahu kawan yang baik melalui internet ye kak?"


Terkedu. "Dik, untuk kita kata seorang itu sahabat kita, kita perlu bertemu dengan dia, baru kita boleh mengiktiraf dia sebagai sahabat kita. Baru kita boleh kata dia ni baik ke, buruk akhlak ke atau sebagainya"


Muka kehairanan. "Eh, kenapa pulak macam tuh, kak? Kita dok berukhwah kat internet tuh macammana, kak?"


Tersenyum. "Adik dah jumpa belum dengan kawan tuh?"


Menggeleng kepala.


 "Cuba adik tengok, kenapa Abu Bakar, Umar, Ali, Uthman dan lain-lain itu kita panggil sahabat. Tapi ada juga yang hidup sezaman dengan Nabi, kita tak panggil sahabat. Kita panggil tabi'in?"


Terdiam.


"Manusia selalu tersalah pandang benda ni. Dulu, ada seorang adik ni, dia selalu cakap perkara-perkara ukhwah dengan akak. Tapi lama kemudian, akak kata kat dia, tiada ukhwah di dalam internet. Semua tu hanya borak-borak kosong. Dia geram dengan ayat akak tuh, mana nak tahu ,seminggu lepas tuh, dari Cameron yang jauh tuh dia datang jumpa akak. Dia kata dia nak buktikan yang dia ikhlas berukhwah dengan akak. Sangat terharu akak rasa masa tuh, dik. Tapi, akak masih takda ayat yang sesuai nak kata maksud ayat akak tuh. Baru-baru nilah, seorang adik bagi pendapat ini kat akak. Seseorang itu nak diiktiraf sebagai sahabat dia perlu bertemu dahulu seperti mana di zaman Nabi, sahabat itu adalah orang yang dah pernah bertemu dengan Nabi."


"Oh, macam tulah pulak ye, kak."


"Dik, cuba tengok, orang yang cuma pandai bercakap di dalam internet, kita tak tahu perangai dia yang sebenar. Yes, orang boleh kata pemula ukhwah melalui FB ke, Blog ke, ape jelah yang ada kat internet. Tapi, selagi mana belum bertemu, kita belum boleh nak iktiraf dia sebagai sahabat. Dan kalau dia buat perangai, kita tak perlu ambil kisah sangat. Biarkan dia, masih banyak lagi tanggungjawab kita pada yang jelas hubungan dengan kita, kenapa mesti disibukkan dengan orang yang tak jelas hubungannya dengan kita?"


"Habis tuh, nak iktiraf apa kak"


"Pembaca blog ke, seorang wanita di FB ke, atau apa sahaja, tapi bukan sahabat. Sahabat adalah yang bertemu dan berpisah dengan kita kerana Allah kerana orang yang sebegini dijanjikan akan mendapat naungan Allah. Kalau semuanya kat FB, internet semua, senanglah camtu. Allah takkan bagi sesuatu tanpa kita berusaha. Sebagai contoh kalau orang tuh terlalu tegar dengan ukhwah di FB, kalau ada kawannya yang meninggal, cukupkah sahaja dia ziarah di dalam FB je? Pemula ukhwah, yes, kita boleh kata kita kenal di dalam FB atau blog, atau mana-mana laman di internet tapi untuk dikatakan sahabat, belum boleh lagi. Jadi, kenapa mesti adik bersedih pada orang yang belum diiktiraf sebagai sahabat?"


Lama-lama, barulah terukir senyuman di bibirnya, mengiyakan kata-kata itu.


"Dik, akak berada dalam dunia dakhwah ni, barangkali masih lagi baru, tapi akak kerap bertanya dengan orang yang lebih arif. Dahulu. ada seorang non muslim ni selalu bagi komen dekat blog akak yang mana komen itu banyak mempengaruhi umat Islam lain yang membaca blog akak. Kemudian, akak tanya kat abang akak, macam mana nak buat. Abang akak ni ustaz. Abang akak cakap apa tau,

'kalau kau berjaya betulkan yang seorang ini, kat dalam tuh, ada berjuta lagi yang macam tu, takkan kau nak betulkan seorang, seorang. Mustahil' 

Terkedu akak dengar kata-kata abang akak. Dik, kita memang disuruh berdakhwah, tapi, bukan kita disuruh memudaratkan diri kita dengan tugas dakhwah. Hidayah itu hak Allah. Kita cuma berusaha sahaja. Kita terangkan apa yang dia salah faham, tapi macam biasalah, kalau terang menggunakan tulisan akan selalu sangat ada salah faham, tapi semua tuh kita serahkan pada Allah. Kalau Allah bukakah pintu hatinya untuk menerima, alhamdulillah. Tapi, kalau dia masih nak cakap pada benda dia sendiri bercakap berdasarkan andaian dia, maka kita biarkan sahaja dia. Biarkan dia dengan labu-labu dia" cuba untuk berlelucon. Tergelak.


"Dik, nampak tak betapa tinggi darjat seorang sahabat. Bukan senang-senang kita nak kata dia sahabat sedangkan kita hanya kenal borak-borak kat internet je. Bukan sahabat namanya tu."


Terdiam, terimbau satu kenangan.


"Dik, dulu, akak ada berkenalan dengan seorang ni. Melalui internet juga. Mula-mula tu taklah mendalam sangat rasa kasih akak. Tapi, masya Allah, bila jumpa, bertambah kasih sayang akak pada dia dan akak doakan supaya akak dan dia dikumpulkan bersama di sana bersama-sama dengan orang-orang yang beriman. Ada beza dik bila bertemu dan yang tidak bertemu. Kedua-duanya berbeza dan tidak sama untuk pengiktirafannya. Sekarang, adik dah faham?"


Angguk. "Ye kak, Saya faham" Sambil menggengam tangannya, dengan bersemangat berkata, "Saya tidak akan bersedih lagi, kak dengan gelagat manusia di internet. Sekarang baru saya faham, untuk iktiraf sebagai sahabat, kita perlu merasa bertemu dan berpisah itu. Yoish!!!! Berusaha"


Tergelak melihat aksi adik itu. Dan begitulah dunia ini. Manusia selalu bersedih pada perkara yang tidak pasti. Manusia terlalu suka memikirkan perkara yang tidak jelas. Manusia itu selalu menyusahkan diri dengan berfikir perkara yang dia sendiri tahu yang tiada siapa pun yang akan faham melainkan yang Maha Memahami, Allah swt.


Berjalanlah dan teruslah. Jika ada angin kencang yang mengganggu perjalanan kita, bertahan dan bersabar sehingga ianya reda, dan kemudian, teruskanlah perjalananmu. Kita berhak untuk tenang di dunia ini kerana kita hidup adalah untukNYA, mencari keredhaanNYA.


Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”