Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Saturday 10 March 2012

Awak, kalau saya takda...


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


"Kak, adik wajib teruskan perjuangan ini, wajib meneruskan perjuangan dia"

Terdiam, walaupun empangan yang sudah pecah itu diseka dengan bucu lengan baju. Berfikir.

"Perjuangan ini telah lama diteruskan, dik. Walaupun dia dah takda, berjuanglah kerana Allah, untuk mendapatkan keredhaanNYA"

"Ye kak"

Segala puji dan puja hanyalah untuk yang Maha Berkuasa, Allah swt. Selawat dan salam ke atas penghulu nabi, Rasulullah Muhammad s.a.w.

Perjuangan islam telah lama diteruskan oleh para sahabat setelah kewafatan nabi. Perjuangan islam ini adalah kesinambungan dari tokoh-tokoh perjuangan yang lepas. Kita berjuang untuk mendapatkan keredhaan Allah, bukanlah kerana sebab selainnya.

"Jangan berjuang lantaran manusia yang disayangi atau yang rapat dengan kita telah pergi, tapi berjuanglah kerana Allah. Yang hidup memang tetap akan pergi, tetapi bagaimana kehidupan kita itu di masa akan datang biarlah berpaksikan Allah. Akak tak nak adik futur"

Terdiam.

Di dalam kereta, aku dan adik-adikku berdiskusi tentang satu pengisian.

"Dahulu, ada satu masa baginda Rasulullah s.a.w berkata akan ada 70 orang yang akan masuk syurga tanpa dihisab. Kemudian, lama-lama tu, tiba-tiba ada seorang angkat tangan dan kata pada baginda, "Ya Rasulullah, doakan aku menjadi salah seorang darinya" Maka Rasulullah s.a.w kata, "Dia ahli syurga". Lepas tu, semua orang angkat tangan nak minta yang sama, tapi dah tak boleh dah"

Aku terdiam sejenak, dan bersuara. "Kau faham tak maksudnya?"

Diam, "Dia dapat sebab dia berkehendakkan. Sebab tu dia dapat"

"Betul. Tapi, disebaliknya, begitu halus hisab Allah untuk ke syurgaNYA. Yang pertama itu berkehendak dan dia mengimaninya. Tapi yang kedua dan seterusnya itu nak minta yang sama atas sebab dia melihat orang yang pertama dapat hanya dengan berkata demikian, baru dia yakin dan nak minta yang sama. Mereka nak minta masuk syurga sebab dia tengok jawapan Rasulullah pada yang pertama. Jadi, kita beribadat ni biarlah kerana Allah supaya tak dicemari dengan asbab yang lain"

Adikku yang seorang lagi menyampuk. "Memanglah ada yang beribadat untuk dapatkan ganjaran, tapi baiklah kita beribadat untuk Allah"

"Betul tuh. Sebenarnya beribadat pada awalnya untuk mendapatkan ganjaran itu adalah pada awalnya, tapi di tengah-tengahnya nak lihat istiqomah dan keimanan kita sebenarnya. Bila dah dilatih-latih, insya Allah, hati akan lunak untuk beribadat kerana Allah. Tapi, kalau di tengah-tengah dah 'weng', buat tak buat, maksudnya ada masalah dengan keimanan kita"

Terdiam. Dan kata-kataku sendiri itu turut menjadikan aku termuhasabah diri. Benarlah kata-kataku satu masa dahulu, setiap kata-kata yang lahir dari setiap mulut kita itu bukan sahaja nasihat kepada manusia yang meminta nasihat, tetapi kepada diri yang menuturkannya, maka, perhatikanlah kata-kata kita dan sentiasalah muhasabah, adakah kita melakukan apa yang kita tuturkan?

Beribadatlah kerana Allah, berjuanglah kerana Allah, kerana hanya DIA yang Maha Berkuasa yang tahu dan faham diri kita, tanpa kita minta, DIA yang Maha Mengetahui akan beri. Beribadatlah kerana Allah. Berjuanglah kerana Allah. Mujahadahlah demi mencari keredhaan Allah.

Kalau sekalian manusia tiada di sisi kita, kita tetap masih punya Allah. Maka, beribadatlah mencari keredhaan Allah kerana hanya DIA yang akan menyediakan segala yang kita perlukan tanpa kita sedari.


Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”