Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Monday 5 March 2012

Buat sahaja, sebelum terlambat..


 Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Bersendirian, dan dia memesan sekeping kek, secangkir kopi. Duduk di tempat duduk, dan membelek Chicken Soup for The Soul. Membaca dan pesanan sampai.

Sambil membelek-belek, dan tersenyum dengan kisah-kisah yang dipaparkan. "Kehidupan ini terlalu banyak jalan cerita yang menarik"

Berjalan ke salah sebuah di antara deretan kedai. "Wooo, nah, aku hadiahkan kek ni kat kau. Birthday kau kan?"

"Hek elek ustazah, kau ingat aku budak-budak lagi ke?"

"Haip, kau memang budak-budak pun. Ambik."

"Yelah. Birthday kau pun sama juga apa dengan aku."

"Aku dah makan tadi. Kau ambik"

Bercerita serba sedikit dengan budak tomboy di hadapan aku. Bergurau dan bergelak ketawa, aku agak pasti menjadi perhatian mata sekeliling yang melihat, dan akhirnya aku meminta diri. "Ha, yelah ustazah. Tah bila tah ustazah nak kahwin"

"Oiii, kurang hasam punya budak" Dan kami sama-sama tergelak sekali lagi.

Benar, hidup aku terlalu ceria. Benar, hidup aku penuhi dengan prinsip, 'Kalau nak buat, buat je. Semua alasan tu tolak ke tepi" sebab, kita tak tahu bila nikmat kita akan ditarik balik.

Dulu, aku suka jogging 5 ke 6 round non stop kat stadium. Dulu, aku pemain basketball. Dulu, aku dapat buat macam-macam. Semuanya dulu dan sekarang semua tu dah diambil balik olehNYA dan aku tidak pernah rasa kesal kini kerana sekurang-kurangnya aku pernah memilikinya.

Dulu, aku pernah kenal cinta, aku pernah kenal sakit, aku pernah kenal kecewa. Aku pernah jadi seorang yang menjadi perhatian manusia. Pernah alami semuanya, dan aku pernah rasa semuanya dan menjadikan hidup aku penuh dengan warna-warni.

"Akak dah pernah melawat banyak planet"

Tersenyum.

Pada seorang adik yang bertemu cahaya hidayah, ku kata, "Berhenti dari bising kat akak tentang kesedihan dengan kesilapan dahulu. Percayalah, apa yang adik alami itu masih belum seteruk apa yang akak alami. Cuma akak pandai menyembunyikannya dan akak nak itu jadi cerita dan rahsia antara akak dan DIA"

Terkedu.

Berhenti dari meratap kisah dahulu. Berhenti dari memikirkan cerita dahulu. Berhenti dari melihat perjalanan hidup dahulu. Berhenti. Kerana kita masih ada hari ini.

Mendengar lagu satu lagu, dan tertarik. "Lagu apa ni ea?"

"The One That Got Away"

Tersenyum.

All this money can't buy me a time machine (Nooooo)
Can't replace you with a million rings (Nooooo)
I should've told you what you meant to me (Whoa)
'Cause now I pay the price

Apa yang dah lepas itu tidak akan datang semula, tetapi, hargailah setiap saat yang kita ada sekarang dan cuba aturkan dengan sebaiknya urusan kita pada masa hadapan. Bersama seiring dengan ketetapanNYA. Dan kita akan bahagia.

Datang dan pergi, muncul dan hilang, lumrah hidup yang perlu kita tahu, semua tu tetap akan kita alami.

"Jangan bergantung pada akak. Akak ni bahan pinjaman. Tak esok, lusa DIA tetap akan ambil. Berpautlah padaNYA. Jangan lemah sangat mengharap akak akan ketuk kepala adik"

Dan berderu menangis. Terkedu *Arghhh, aku paling lemah kalau orang menangis depan aku.*

"Kak, macam mana saya nak buat kalau saya sayang sangat dengan seorang kawan ni, tapi dia selalu ajak adik buat macam-macam yang adik dah tak buat. Bila adik nasihatkan dia, dia akan cakap adik ni berlagak baik je. Adik tak tahu macam mana nak tarik dia. Adik sayang sangat kat dia. Macam mana ye kak"

"Tinggalkan"

"Haaa??!! Maksud akak? Takkanlah kak"

"Ha3..Akak paling hairan dengan manusia yang suka mencampuri urusan Allah. Semuanya ada dalam manuskrip akak tuh. Ni baca ke tak baca ni dik?"

"Baca kak. Dah habis pun"

"Jadi, maknanya adik bukan baca ilmu Allah, tapi adik baca kisah akak. Adik takkan jumpa apa-apa kalau adik hanya mencari kisah akak. Ingat lagi tak masa awal-awal dulu akak kata apa? Akak harap manusia dapat lihat hikmah yang ada di dalamnya, bukan mencari kisah akak. Kisah akak tu tak seberapa, cume hanya penyedap rasa sahaja. Ilmu Allah itu yang akak nak adik tengok dan cari hikmahnya"

 ...................

P/S :Maaf, saat ini, saya sedang hilang punca, menerima satu berita yang memeranjatkan, dan hampir tidak dapat menggagahkan kaki untuk berdiri hatta untuk meneruskan menulis artikel ini. Apa yang saya boleh belajar juga dari berita ini, buatlah apa sahaja sebelum terlambat...Hargailah apa pun yang kita ada sekarang, sebelum terlambat..Ciptalah seberapa banyak kebaikan, sebelum terlambat..

..sebelum terlambat...

...sebelum terlambat...

Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”