Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Thursday 15 March 2012

Dunia ini penuh dengan cerita


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Duduk bersila, dan tangan menyelak helaian-helaian buku Chicken Soup for The Soul. Membaca bahagian Cabaran Kesihatan, dan aku tersenyum.

"Dunia ini penuh dengan cerita"

Meletakkannya di sisi, dan memerhatikan pemandangan. Duduk yang bersila berubah kedudukan, dan kaki yang telah dibengkokkan, dirapatkan ke dada, dagu pula bersua ke lutut, dan akhirnya dia memandang jauh ke depan. Memandang tasik dan nun jauh di sana, dia melihat bangunan yang cantik.

"Ada satu pokok kat taman ni, adik suka duduk kat situ. Takda siapa tau tempat ni kecuali akak"

Tersenyum. Dan dia masih lagi terkenang dan terimbas.

"Dunia ini penuh dengan cerita"

Di sebuah bilik, seorang wanita yang memakai kot makmal putih sedang memberi nasihat kepada pesakitnya.

"Awak dah tak boleh lompat, dah tak boleh berlari dan banyak lagi"

Mata terbuntang, "Basket? Jogging?"

Menarik nafas panjang, dan akhirnya wanita itu berkata, "Awak nak pakai kaki tu lama, kan?"

Terkedu dan akhirnya dia akur.

"Dunia ini penuh dengan cerita"

Tersenyum.

"Dulu, masa akak muda-muda dulu, kalau akak tension, akak selalunya jogging kat stadium, 5 ke 6 round, non-stop. Terasa puas bila dapat keluarkan peluh. Kalau tak, pun, akak main basketball."

"Oooo, padanlah, akak pun tinggi."

"Tapi sekarang..." sambil mengalihkan pandangan, dan termenung. Larut dengan kenangan. Tersenyum.

"Dunia ini penuh dengan cerita, kan dik?"

Terkedu.

Setiap manusia diberi peluang untuk memilih, antara duduk diam, atau melakukan sesuatu. Setiap pilihan, diberi pula imbalan atas setiap yang dilakukan. Maha Suci Allah, kita adalah manusia yang menerima kasih sayangNYA.

Setiap makhlukNYA juga akan diberi peluang untuk merasa setiap yang ada di dalam dunia ini. Siapa kata kita tak pernah merasa kaya, cuma sahaja, kita tak pandai menguruskan kewangan itu menjadikan kita tidak pernah merasa cukup.

Siapa pula kata kita yang cantik pada hari ini akan cantik selama-lamanya, cuma sahaja penggunaan produk yang salah menjadikan wajah yang mulus itu kian menjadi teruk.

Inilah dunia. Bukanlah kita menerima segala kebaikan itu selama-lamanya kerana kita tetap akan diuji, sebagai cara untuk kita sentiasa bersyukur kepadaNYA.

Apabila jari itu mula mencoret, melakarkan kata-kata, tanpa disedari, ia sedang mengimbas segala kenangan lepasnya. Atas segala kata-kata yang muncul di layar elektronik ini, bukanlah menunjukkan diri kita yang realitinya, hanya sahaja kita ingin menulis, dan beredar, hilang tanpa dia ingat semula akan setiap tulisannya.

Begitulah aku, menulis bukan untuk bercerita tentang diri aku untuk manusia menilai diri aku.

"Sebelum akak bagi pandangan tentang diri adik, akak nak adik dulu bagi pandangan tentang diri akak sebab, dewasa ini, terlalu ramai manusia yang meminta pendapat dari akak tentang diri mereka, tapi, bila disuruh memberi pandangan tentang diri akak, selalunya berbalas diam, tanpa bersuara. Ini tidak adil, tidak adil, tidak adil, bak kata Yuna, lah dalam lagu Penakut dia." Tergelak.

"Akak nak adik memberi komentar jujur tentang buruk akak, sebab akak nak tahu dari pandangan manusia supaya akak boleh memperbaiki diri akak" Tersenyum.

"Ha3, akak ni, saya belum dengar lagi lagu tuh, tapi ia agak bertepatan juga. Baiklah, bagi adik...bla..bla..bla.." Dan aku tersenyum menerima segala kata-katanya.

"Ampun, kak...tapi itulah dari hati saya"

Tersenyum. "Terima kasih, dik. Itulah yang akak nak"

Tulisan itu adalah pengalaman dia yang lepas, tetapi, realiti dirinya itu adalah dia di hadapan kita. Maka itulah dia, dia yang mana seorang sahabat kita, saudara kita, guru kita, atau kakak kita. Itulah dia, realiti di hadapan kita yang dipamerkan, maka itulah dia yang jujur di hadapan kita. Maka, janganlah kita menilai seorang manusia melalui tulisannya, tetapi, lihatlah dirinya apabila berada di hadapan kita.

"Ish, saya rasa, akak ni kalau bercakap lagi bagus dari menulis dalam blog, lah kak" Komentar dari seorang adik yang mengenali aku melalui teratak lamaku, dan kemudian bersua, berkongsi cerita, dan kami berkongsi cerita. Terpempan sebentar, bercakap dengan aku lebih faham dari membaca tulisanku? Entahlah.

"Terima kasih, kak kerana datang ziarah saya. Benarlah kata kakak tuh, dengan akak ni tak boleh melalui tulisan, biar duduk kat depan-depan, baru puas bercerita semua, boleh gurau-gurau, lebih tenang dan mengelakkan sebarang salah faham" Sekali lagi, berdepan dengan komentar yang sama. Tersenyum. Barangkali.

Maka, jadikanlah sebarang tulisan di layar elektronik hatta dari penulisan di lembaran buku itu adalah diri seorang manusia. Sedarlah hakikat manusia ini semuanya tidak sempurna, sentiasa melakukan kesilapan, maka, sentiasalah belajar dari setiap tulisan, bukanlah menjadikan satu bahan perbincangan.

Dunia ini penuh dengan cerita, tapi, tidak semua manusia menjadikan cerita itu sebagai pelajaran dalam hidupnya. Sebagai titik mula pelajaran kehidupan dalam hidupnya. Tidak semua, maka, teruslah berjalan, kerana ada sesuatu di hadapan yang barangkali akan mengajarkan kita untuk sentiasa kembali kepadaNYA..Insya Allah..




Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan."
 ~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”