Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Thursday 1 March 2012

Inilah kami bertiga..


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


"Weh, semua kawan kita dah kahwin ni, tinggal kita bertiga je"

"Haah, tiga nilah yang selalu ponteng kelas"

Tergelak, "Tiga ni jugalah yang huru-harakan sekolah"

Dan kami gelak sakan, masih tak ubah perangai. Menggeleng kepala. Inilah kami bertiga. Tidak pernah terkesan, dan tidak pernah menghiraukan dunia apabila kami bersama. Apa yang kami tahu, hidup ini suatu yang menghiburkan, boleh sahaja satu bahan menjadi berlarutan yang akhirnya gelak tak berkesudahan.

Kerana hidup ini indah jika kita tahu bagaimana untuk mengolahnya mengikut acuan yang baik.

"Enjoy your life, but remember the limit"

Segala puji dan puja hanya ditujukan hanyalah yang Maha Perkasa, Allah swt. Selawat dan salam kepada junjungan nabi, Muhammad s.a.w.

Prolog entry yang sengajaku jadikan gimik untuk tajuk entry kali ini. Prolog entry untuk memujuk sekalian saudara seislamku yang acap kali mensuakan soalan-soalan kebimbangan terhadap jodoh. Dan prolog ini juga memujukku.

"I'm keep thinking about my future. What happen to me if nobody with me?"

"Weh, kau nak aku lempang kau tak? Wake up! Itu setan yang sedang pengaruhi otak kau. Memanglah bila dalam keadaan macam ni, kita terasa keseorangan, tapi kita ada Allah. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Doa banyak-banyak. DIA tahu kau tak nak hidup sorang-sorang. Jangan putus asa dengan rahmatNYA"

Terkedu. Ya, di kalangan adik-adik, aku kelihatan tenang dan boleh menyusun ayat yang menyejukkan. Tetapi, di kalangan sahabat, aku adalah seorang yang keras. Dan kerasku juga adalah hasil dari tarbiyah manusia sekeliling yang keras menarik aku apabila aku terduduk menangis. "Bangun! Jangan menangis!" Dan aku bangun.

Fikiran ini terimbas dan ingin ku titipkan di sini. Bukan sebagai isi untuk sesiapa yang membaca, cuma ingin ku selitkan sebagai imbasan memoriku. Terbaring kaku di atas katil itu, menahan sakit. "Kak Atiqah yang saya kenal adalah seorang yang sangat kuat"

Terkedu.

Paparan pesanan ringkas, "Kak Atiqah yang akak kenal adalah seorang yang sangat kuat" memujuk adikku yang barangkali sudah berkali-kali menyatakan kerisauan melihat keadaanku kepada sahabat-sahabatku.

"Perkara yg org respect sgt2 kak tiqah ialah kesabaran kak tiqah hadapi dugaan.. walaupun accident dahsyat, tp still boleh senyum, gelak2.. huhu… kalau org yg alami accident cmtu.. xtau la mcm mane org nak hadapi situasi itu.. susah kot nk jdk setabah kak tiqah..  mcm yg kak tiqah tulis dlm blog hari itu.. kak tiqah boleh jadik pelakon terbaik sbb boleh conceal dr org lain.." 

Dan aku harus bangun. Serta kalian juga harus bangun, bangun dari khayalan yang menakutkan itu. Khayalan yang hanya menjadikan diri kalian terkaku lama di situ. Percayalah, itu dari syaitan. Percayalah, ragu-ragu itu dari syaitan. Percayalah, semua itu hanya membuatkan kita berputus asa dengan rahmatNYA. Jangan. Jangan sama sekali wahai hamba Allah. Kita masih punya Allah. Ah, betapa indah jika kalian menyedari bahawa hidup kita ini tidak pernah bersendirian. Kita berteman, dan Teman kita itu Maha Melihat. Sentiasa menyediakan apa yang kita perlukan. Percayalah.

Dan percayalah, tiada hati yang terusik, dan aku juga tidak terkecuali. Tetapi, pantaslah, pantaslah agar kita beristigfar, beristigfar dan berkata itu adalah dari syaitan, itu dari syaitan, sebagai peringatan kepala kita supaya jangan lemah, jangan lemah hidup di dunia ini.

Kita takkan pernah lemah jika kita tahu DIA sentiasa di sisi.

"Akak, saya terfikir, kalau tiba-tiba satu hari nanti tiada siapa yang nak kan saya" seorang adik mengadu kepadaku. Dan keningku mencerun meneliti kata-katanya.

"Istigfar wahai adikku. Istigfar dan yakinlah dengan janji Allah. Allah sudah menjanjikan setiap makhlukNYA berpasang-pasangan. Jika kita tidak berjodoh di sini, Allah telah menyediakan jodoh itu di sana. Apa yang perlu kita buat adalah menjadi hambaNYA yang baik, yang solehah. Jangan cepat berputus asa dengan rahmat Allah."

Hiduplah kita di dunia ini mengikut aliran takdir. Jangan menjadikan perancangan kita itu suatu perkara yang harus menjadi kemestian di dalam rencana kehidupan seorang manusia. Tapi, jadikanlah perancangan kita itu sebagai rencana seorang hamba Allah di muka bumi ini yang tidak akan pernah terlepas dari ketetapanNYA.

Kuatkan azam, kuatkan semangat, kita berada di dunia ini sementara. Ketetapan sebentar lagi pun kita tidak dapat teka apetah lagi kehidupan kita di masa hadapan bagaimana. Hiduplah di bawah aliran takdir dan jangan sama sekali keluar dari ketetapanNYA, kerana ketentuanNYA itu adalah untuk kita sentiasa kembali kepadaNYA.

Kuatkanlah semangat, kuatkanlah impianmu. Impian kita semuanya adalah berada di syurga abadi di sana. Maka, alihkanlah perhatianmu kepada yang abadi, bukan pada yang tidak pasti. Warnakanlah hidupmu dengan sebahagianya, hiasilah kehidupanmu dengan selayaknya anda sebagai seorang hamba pada TUAN yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih, Allah swt.

Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”