Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Sunday 25 March 2012

Yang Mana Satu..[Cerpen]


 Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Suhana mengejar kakak naqibahnya yang disedari dalam kelompok ramai yang berpusu-pusu di PUSANIKA, Universiti Kebangsaan Malaysia.

"Assalamualaikum, Kak Atirah. Akak nak pergi mana ni kak?" Atirah yang sedari tadi berjalan menuju ke fakulti terhenti apabila disapa oleh Suhana. Tersenyum.

"Wa'alaikumussalam. Akak nak pergi fakulti. Suhana?"

"Oh, samalah macam tu, kak. Saya ada nak tanya sesuatu dengan akak. Boleh kita bincang-bincang sambil berjalan ke fakulti?"

Atirah tersenyum. "Boleh jah, dik. Jom" Dan mereka berjalan beriringan.

"Akak, macam mana cara kita nak pilih gerakan mana yang patut kita sokong?" Suhana memulakan bicara. Atirah yang disisinya mendiamkan diri sebentar, menyusun kata-kata.

"Suhana pernah dengar kitab Maza Ya'ni Intima' Lil Islam. karangan Sheikh Dr. Fathi Yakan?"

"Tak pernah, kak"

"Kalau macam tu, Suhana cari kitab tu dulu, kemudian baca. Dah habis baca, kalau ada yang tak faham, kita bincang kemudian, boleh?"

Menggaru kepala, terkedu. "Errr..."

"Suhana tau, kan akak ni macam mana?"

Dengan berat hati, Suhana mengangguk.  Suhana tahu, kakak naqibahnya ini takkan memulakan kata kalau dia tahu yang bertanya tiada persediaan. Suhana tahu, kakak naqibahnya ini tidak akan memulakan bicara kalau diketahui yang bertanya hanya tahu bertanya dan mengharapkan jawapan tanpa dia sendiri berusaha mengemukakan hujjah kenapa begini dan begitu. Tapi, bila kakak naqibahnya ini sudah buka mulut, mana yang tertutup, akan ada jalan yang mudah untuk difahami.

"Baiklah kak. Tapi, saya nak cari kat mana, kak?"

"Pernah jumpa buku tajuk Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam?"

"Pernah, kak" Mukanya kembali bercahaya.

"Itulah buku dia" Tersenyum.

"Lar, akak ni, buat suspen je. Saya dah habis baca dah, kak."

"Oh, baguslah macam tuh. Kalau macam tu, kita ke bilik PMF, senang sikit kita nak bincang kat sana"

"Oh, baik kak. Eh, akak ni sebenarnya nak pergi mana? Saya tak ganggu akak, ke?" Risau, mengganggu kakaknya itu.

"Oh, takpa, akak nak jumpa dengan Penyelia akak sebenarnya, tapi dua jam lagi. Akak ingat nak siapkan Bab 1 sebelum nak bentangkan kepada Penyelia. Takpa, takpa, masih ada masa. Mari kita duduk di sini" Dan mereka beriringan, duduk di salah satu meja di dalam bilik persatuan.

Melepaskan penat, dan kemudian Atirah memulakan bicara. "Baik, apa yang Suhana tak faham?"

"Sekarang ni, kan ada banyak pertubuhan-pertubuhan agama. Semuanya nampak memperjuangkan fahaman dan pemikiran masing-masing. Macam mana tuh kak?"

Tersenyum. "Kepelbagaian pertubuhan gerakan islam ini memang terjadi di mana-mana sahaja, dik. Tapi, apa yang paling penting, yang mana misi dan visinya adalah berteraskan al-Quran dan Sunnah, maka apabila faham tentang perkara itu, wajiblah kita mendokong perjuangan itu kerana kita hidup di dunia ini adalah untuk menyebarkan dan memberitahu keindahan Islam itu sendiri. Jadi, kalau kita nak sebar dan dakhwah tentang Islam, apa teras kita? Sudah tentulah al-Quran dan Sunnah"

"Oh, macam tu ea kak. Kak, apa pendapat akak tentang dasar pemikiran sebuah perkumpulan-perkumpulan yang berdasarkan ciri-ciri material, sebagai contoh yang saya nampak jelas sekarang ni adalah perkumpulan yang berukhwah atas dasar mereka pakai purdah, atas dasar kampus mereka belajar, atas dasar bidang mereka dan banyak lagi. Tapi mereka tetap memperjuangkan agama juga, kak. Macam mana tu, kak?"

"Ada bawak buku yang akak cakap tadi"

"Ada, kak. Jap ye kak" Sambil tangan menyeluk beg sandangnya dan mengeluarkan buku yang dikatakan.

"Cuba selak bahagian kedua, subtopik..." dan tangan menyelak-nyelak helaian buku tersebut.

"Nah, ni, subtopik ni, Saya Mestilah Mengetahui Cara-cara Beramal Dengan Islam dan Kenapa Mesti Dalam Gerakan Islam"

Buku bertukar tangan, dan Suhana khusyuk meneliti isi kandungan subtopik itu. Dan kemudian mengangguk-angguk. "Oh, macam ni ye kak. Baru saya faham"

Terenyum. "Suhana, kita nak tubuhkan macam-macam perkumpulan, tubuhlah, tapi percayalah, jika ianya tidak didasari al-Quran dan Sunnah, perkumpulan itu akan tamat. Sebagai contoh, yang akak selalu nampak, golongan berpurdah yang sekelompok je mereka bergether-gether. Tindakan mereka ini boleh menjadikan mad'u di sekeliling mereka merasa takut dan kemudian dakhwah islamiyah ini tak tersampai. Islam ini menyeluruh, dan di dalam hidup kita ada awlawiyat yang harus kita timbang-tara semuanya. Kita bersaudara tanpa melihat cara pemakaian mereka. Jika mereka berpurdah juga, itu adalah kebetulan, bukan sebagai dasar"

"Oh, hah, kak. Tiba-tiba saya teringat seorang kawan saya ni. Masa satu program ni, dia disuruh supaya tidak pakai purdah. Dia rasa sedih sangat, kak, tapi pihak atasan sebenarnya tak nak peserta kurang selesa, jadi takut pula nanti"

Tersenyum. "Dalam Islam, ada satu kaedah. Maslahat umum itu lebih utama dari maslahat individu. Dalam situasi itu, kawan Suhana kene fikir, kalau dia sedih dengan arahan itu sampai tak nak buka purdah tu, suruh dia tak payah join program itu sebab dari apa yang Suhana ceritakan ini, dia mementingkan maslahat dia dari maslahat peserta-peserta. Suhana nak tahu satu isu terbaru tentang keadaan di negara jiran kita?"

"Ada apa, kak?"

"CCTV telah berjaya merakamkan bahawa orang yang pakai purdahlah yang bom satu kedai ni dan satu mesin ATM. Cuba Suhana bayangkan kalau orang yang pakai purdah ni, bila disuruh buka purdah, dia berkeras tak nak buka? Perkara ini boleh mengancam keselamatan negara sebab barangkali ada suspect di kalangan mereka ni."

"Habis tu, kak, macam mana nak buat?"

"Fahamkan maksud purdah itu sendiri. Apa yang akak nampaklah, kan, orang yang pakai purdah selalunya tidak merewang tak tentu hala tanpa tujuan. Selalunya mereka lebih suka duduk di rumah sahaja, menguruskan urusan rumahtangga. Hatta, wanita jika pergi ke masjid juga boleh mendatangkan fitnah. Suhana nak tahu, masa zaman dahulu, wanita hanya boleh pergi ke masjid pada waktu maghrib dan isya' sahaja. Tapi itu pun, selepas sahaja imam bagi salam, mereka cepat-cepat balik ke rumah sebab nak mengelak fitnah. Jadi, kalau pakai purdah, masih lagi berperangai lama, namanya pakai sebab ikut-ikut atau sebab nak nampak cantik. Suhana, di akhir zaman ini, kita memang tidak akan terlepas dari fitnah, tapi, ianya akan menjadi satu musibah jika Islam mendapat fitnah disebabkan kita. Sebab tu kene jaga akhlak sebab menjaga akhlak itu tanpa kita sedari, kita juga sedang berdakhwah"

"Oooo, macam tu ea kak."

Tersenyum.

"Suhana cuba baca pesanan Imam Hassan al-Banna kat bahagian last dalam tajuk yang sama"

Suhana menyelak-nyelak dan kemudian khusyuk membaca paparan kata di bahagian yang telah disebutkan. Dan kemudian, Suhana tersenyum. "Indahnya, kak. Sekarang baru saya faham, kak"

"Suhana, kita berada di dunia ini adalah untuk memegang tampuk penerus perjuangan Nabi kita. Perjuangan nabi kita bukan perjuangan nak mengajak beramai-ramai pakai purdah, bukan perjuangan beramai-ramai memakai tudung...."

"Eh, kak..kenapa pulak bukan perjuangan memakai tudung?" Garu kepala, tanpa sempat Atirah menghabiskan katanya telah dipotong oleh Suhana. Atirah tersenyum.

"Dik, cuba bagitahu kat akak, dalil mana yang suruh pakai tudung?"

"Kan dalam al-quran suruh melabuhkan...eh, haahlah..Macam takda je perkataan tudung"

"Sebab Allah dan Nabi suruh tutup aurat dengan sempurna, bukan semata-mata pakai tudung je"

Suhana tersengih-sengih, tersedar bahawa dia telah memotong kata-kata kakak naqibahnya itu.

"He3, maaf kak, terpotong ayat akak pulak"

"Suhana..Suhana.."Sambil menggeleng kepala dan bibir tidak lekang dari tersenyum melihat gelagat adiknya itu.

"Begitulah, dik, perjuangan kita adalah menegakkan agama Islam di muka bumi ini. Dan bersama-samalah dengan saudara yang boleh membawa kita untuk mengingati Allah. Saudara yang mengingati Allah ini tidaklah semestinya orang-orang yang berperwatakan islamik sahaja, malah, orang yang biasa, hatta, kanak-kanak pun boleh menjadikan kita sentiasa kembali mengingati Allah. Jangan pilih sahabat berdasarkan penampilan, tapi pilih sahabat dari caranya untuk menarik kita mengingati Allah. Jangan hampiri sahabat yang buruk akhlaknya, kerana sahabat yang buruk akhlaknya, walaupun barangkali dia tak mencerca kita tapi tindakan dan akhlak dia boleh membuatkan kita berburuk sangka dengan dia dan seterusnya menjadikan kita mengumpul dosa bersama dengannya tanpa kita sedari. Kita di dunia ini ada tanggungjawab, iaitu menjadi seorang pendakwah, mengajak seberapa ramai untuk mengenali keindahan Islam, bukannya mempergunakan islam untuk menjadinya dirinya indah di mata manusia. Konsep ini hanya mempamerkan dirinya yang indah, bukan Islam dan manusia hanya tertarik dengan dirinya bukan Islam. Jadi, ambillah tanggungjawab ini dan jadikannya sebagai cara hidup kita. Hidup untuk berdakhwah, iaitu dengan menjadi seorang yang berkahlak. Faham, dik?"

Tersenyum puas, "Faham, kak"

Imam Hassan al-Banna telah menerangkan dengan jelas sifat-sifat kumpulan orang yang beramal untuk Islam dengan katanya:

"Saudara-saudara sekalian, kamu bukan pertubuhan kebajikan, bukan pertubuhan parti politik, bukan pertubuhan yang diasaskan dengan tujuan yang terbatas, tapi kamu adalah satu roh baru yang mengalir dalam urat nadi umat ini, lantas kamu menghidupkannya dengan al-Quran. Kamu adalah cahaya baru yang memancar, yang akan menghancurkan kegelapan fahaman kebendaan dengan mengenal Allah. Kamu adalah suara-suara lantang yang melaungkan kembali dakwah Rasulullah s.a.w"

"Jadi, wahai adikku, carilah apa sahaja yang boleh bisa sahaja menjadikan kita semua kembali mengenal Allah lalu melaungkan kembali dakhwah Rasulullah s.a.w. Perjuangan didasari al-Quran dan Sunnah, bukan sebab perkara lain yang mana perkara itu tidak kekal. Hidup adalah untuk sentiasa mengenali Allah dan sentiasa meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w. Ingat wahai adikku, bukan semua manusia yang ada di sekeliling kita boleh menjadikan kita kembali mengingati Allah. Bukan semua hatta yang kita yakini dengan penampilannya yang islamik, itu juga tidak menjamin bahawa dia adalah seorang yang akan menjadikan kita ingat kembali kepadaNYA. Bukan semua. Kalau adik tanya tentang gerakan mana yang patut dipilih, sebenarnya titik permulaan soalan itu adalah sahabat yang mana yang patut kita pilih sebagai orang yang akan membawa kita mengingati Allah. Soalan itu yang pertama sekali harus SUhana fikirkan, sebab melalui sahabat yang baik inilah, dia senidir akan tunjukkan jalan, pertubuhan yang mana harus kita sertai untuk mengdaulahkan dakwah islamiyah."

Terkedu, "oh, baik kak. Terima kasih, kak"

Dan Atirah meneruskan kerja yang tertunggak sebelum bertemu dengan penyelianya. Manakala SUhana kembali menghayati isi buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam.


Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”