Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Thursday 1 December 2011

Berkasih sayang..

 Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.



Damai, merenung lepas ke tasik. Memandangnya dengan mata yang redup. Tenang.

Hidup ini tidaklah seperti tenangnya air tasik. Asyik dan mendamaikan.

Apabila diusahakan untuk sebuah kebahagiaan, DIA menginginkan lain.

Dan apabila tersasar dari sangkaan, mulalah hati membentak dan terus membuat tindakan yang di luar kawalan. Inilah manusia.

"Apsal pulak. Hamid kata kau yang buat, apesal? Kalau kau tak puas hati dengan aku, cakaplah awal-awal" Siti membentak kasar ke arah Nini.

"Oiii, kau jangan serkap jarang, bila masa pulak aku buat?" Dan tiba giliran Nini pulak menunjukkan belang.

Allah, apa dah jadi ni..



Segala puji dan puja saya panjatkan kepada Allah, Tuhan yang tidak pernah surut kasih dan sayangNYA kepada setiap hambaNYA. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi, yang telah banyak mengorbankan diri demi menyebarkan agama yang mulia ini, agama Islam.

Berkasih sayang. Terlalu senang untuk diucapkan, dan terlalu mudah untuk dibicarakan. Tapi, sering kali manusia tidak memahami hakikat sebenar berkasih sayang.

Dirasakan yang dia sedang memberi kasih sayang, tetapi akhirnya, dia pula yang mengecewakan saudaranya.

Dikatakan oleh dia, sedang menunjukkan rasa kasih sayangnya, tetapi akhirnya, dia juga yang meninggalkan saudaranya terpinga-pinga di pertengahan perjalanan.

Berkasih sayang, apabila dirasakan di hati, terlalu indah sehinggakan kita merasakan sedang bermain-main di syurgaNYA.

Berkasih sayang, apabila turun ke tubuh badan, jiwa mengarah, bergerak kepada saudara, dan damai memeluk, memberikan kehangatan kasih sayang kepadanya.



Hatinya terasa susah untuk melangkah. Hatinya sebak, dan mengalirlah air matanya.

"Akak, janganlah menangis. Iman rasa sebak tengok akak macam ni"

Tersenyum.

"Siapa jelah yang akak ada, dik. Melainkan Allah. Akak tak mampu fikir kalau DIA tak pedulikan akak."

Kerana DIA lah pemilik kasih sayang.

Maha suci Allah, siapalah kita jika DIA tidak memberikan kasih sayangNYA kepada kita.

Teringat sepotong hadis Rasulullah SAW. Satu hari Rasulullah SAW melihat bangkai seekor kambing yg dibuang oleh tuannya. Lalu baginda bersabda kpd sahabat:

'Dunia ini disisi Allah SWT lebih hina dari bangkai kambing ini kpd tuannya. Andainya dunia ini bernilai walau hanya sebesar sebelah sayap nyamuk, pastilah Allah tidak akan memberikan minum kpd org² kafir walaupun seteguk air.'

Lalu, kenapa kita dibiarkan hidup di dunia yang tidak bernilai ini?

Ini adalah kerana atas rahmatNYA, yang mana Allah menyuruh kita mencari perbekalan hidup di sana. Maha Suci Allah, atas rahmatNYA, DIA masih lagi memberi peluang kita menggunakan apa yang tidak bernilai ini, pinjaman dariNYA untuk kita mengumpul saham akhirat.

Kasih sayangNYA, rahmatNYA yang begitu melimpah diberikan kepada kita untuk menyelamatkan kita dari azab api neraka. Subhanallah. Kasih sayang siapa yang lebih bernilai melainkan rahmatNYA.



"Ah, peduli hapa aku dengan dia. Ini duit aku, apesal pulak aku nak tolong dia" dan itulah suara hati yang acap kali bermain-main dengan minda dan fikiran kita. Berfikir-fikir, logik akal untuk membenarkan kata-kata hati besar ini.

Sedangkan hati kecil kita, "Bantu, dia kan dalam kesusahan. Buatlah perkara ini kerana Allah, kerana DIA telah memberikan rezeki ini dan kita pula yang ditakdirkan bertemu dengan mereka yang berada dalam kesusahan. Inilah lagi rahmat Allah. Dalam DIA memberi nikmat berupa rezeki, DIA bagi pula peluang untuk kita gunakan sebagai saham akhirat. Maha Suci Allah"

Terdiam. Berfikir lagi, dan hati besar itu mula memanipulasi fikiran. Ah, inilah yang sering kali dihadapi oleh kita semua.

"Tapi, kak, kenapa mereka buat-buat tak tahu je dengan hati kecil tu, kak?"

Tersenyum.

"Sebab, mereka tidak faham hakikat, hakikat kenapa harta itu diberikan kepada mereka. Dan sesungguhnya ada hak orang lain di dalamnya. Apabila kita memerhatikan iman kita, kita perlu memahami hakikat iman kita. Kenapa diberikan iman ke dalam hati kita? Dan, seharusnya kita kene belajar tentang hakikat."

Memandang dan tersenyum.

"Dik, memang, manusia yang jahil itu melakukan kesilapan, tapi dia tak ditaklifkan dengan bebanan dosa tersebut sebab dia tak tahu. Tapi, dia tetap dianggap berdosa kerana tidak berusaha untuk belajar. Sebab itulah hidup kita ini kena sentiasa belajar. Bukannya dah dapat segulung ijazah, lalu kita dah anggap yang diri kita tahu akan semuanya. Jangan, semakin kita tahu, hakikatnya kita tak tahu"

Tersenyum. Dan hati kian tenang dan damai, memandang ke arah tasik, ditemani angin yang sepoi-sepoi bahasa meniupkan lalu menyentuh ke kulit. Lalu meresap ke hati.

Subhanallah, Alhamdulillah, nikmatMU ya Allah. NikmatMU yang KAU berikan dengan kasih sayangMU. Indah nian di hati, dan aku bersujud syukur atas segala nikmatMU.

Alhamdulillah..

Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan."
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”