Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Saturday 3 December 2011

Langkah lama untuk langkah yang baru..

 Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Dia berjalan, berseorangan. Berfikir dan merenung. "Ah, tempat ini satu masa aku pernah habiskan masa dengan bertemu sahabat, merenung kehidupan. Di sinilah tempatnya."

Tersenyum.

"Masih tidak berubah"

Dia memadang ke tempat itu. "Kat situ kita selalu duduk, kan, ukhti, makan kek" Tersenyum ke arah sahabatnya.

"Haah, kali terakhir, ana jumpa ukhti, ukhti menangis kat situ"

Terkedu, termalu sendiri, gelabah. "Yaish, ingat lagi pula..Diam..diam.." Tergelak.

Dan kenangan itu membuatkannya tersenyum.

"Ukhti, ana tak tahu nak kata macam mana baiknya Allah, DIA menyediakan ana untuk langkah yang baru, dan DIA telah tolong ana menyelesaikan langkah yang lama. Ana sujud syukur"

Tersenyum.

Segala puji dan puja saya panjatkan kepada yang Maha Esa, yang Maha Berkuasa, dan yang Maha mengaturkan segala-galanya, Allah swt. Selawat dan salam juga kepada Nabi Muhammad, atas segala jasa baginda, yang tidak pernah kenal jemu, hanya semata-mata untuk keselamatan umatnya. Marilah, marilah kita berselawat dan lazimilah diri dengan perkara yang satu ini.

Maha suci Allah, satu diskusi walaupun singkat, tetapi memberikan seribu satu kefahaman kepada saya mengenai kehidupan. Dari pelbagai kaca mata saya cuba melihat dunia ini untuk memahami bahawa kita masih tetap memerlukan dunia luar untuk kenal DIA.

Telinga diperdengarkan dengan nasyid dari kumpulan Fursan-Keinsafan Diri.

Kita tak mungkin menjadi manusia yang sempurna, dan sentiasa betul. Berbincang dengan manusia di luar kepompong menjadikan kita terbuka untuk menghadapi kehidupan. Kerana, kita bukanlah katak di bawah tempurung yang tidak mampu untuk mengangkat tempurung.

Berputar kembali ketika langkah dahulu menjadikan saya tersenyum. DIA mengaturkan sebaik-baik perancangan untuk saya mengenali DIA melalui ujian dan tarbiyahNYA. Bukan senang saya nak menghadapi pengujianNYA.

Terkadang, terasa penat dan sangat lelah, tapi tetap kene gagahkan diri.

Terkadang, yang melihatnya, teramat letih dan menangis.

Terkadang, berlaku salah faham.

Terkadang, sangkaan yang menjatuhkan kita ke tebing neraka.

Kerana untuk mengenali DIA terlalu mahal.

Tersenyum, hanya itulah yang mampu saya lakukan.

Saya manusia biasa. Saya tetap manusia biasa yang tidak mampu menghadapi semuanya berseorangan. Terkadang, saya tetap menangis walaupun di luar kelihatan ceria, dan bersahaja.

Membuka catatan lama, menjadikan saya tersenyum dengan tugasan seorang adik.




Semoga kak tiqah bertmbh ceria lg lepas nie.. seceria bunga nie.

Tersenyum.

Kita takkan mampu melangkah dalam pengujianNYA jika tidak dengan bantuanNYA. Kerana mengenaliNYA terlalu mahallah, dan kita perlu meletakkan bahawa kita juga mahal dan bukan begitu senang manusia untuk  mengetahui tentang kita, mengenali kita di mana-mana jika tanpa pengujian juga.

Maha Suci Allah, cara tarbiyahNYA yang terlalu unik menjadikan saya seringkali terpempan, memahami bahawa terkadang, bukan pada manusia harus kita meletakkan kepercayaan untuk sebuah persoalan, tetapi padaNYA terlebih dahulu. Manusia di sekeliling adalah sebagai perantara yang perlu kita berterima kasih untuk menerima segalanya dari mereka.

Kita hidup di dunia ini hanyalah sementara. Terkadang di saat ini kita dah mampu, tapi, belum tentu esoknya, kita masih mampu. Maka, mintalah pertolongan Allah kerana DIA lah sebaik-baik tempat perlindungan dan tempat kita memohon pertolongan.

Jangan mengalah dalam kita hendak mengenaliNYA.

Jangan berputus asa dalam kita mencariNYA.

Dan jangan kita cepat mengaku kalah jika kita belum lagi datang bersimpuh di hadapanNYA untuk mohon, "Bantulah aku ya Allah"

Wahai hati yang terlalu keras dalam menerima tarbiyahNYA, janganlah dikau keraskan tubuh badanmu untuk menghadapNYA dan meminta bantuanNYA kerana DIA teramat suka memberi kepada hambaNYA.

Wahai jiwa yang lantang berkata aku masih mampu untuk meneruskan pengujianNYA, janganlah kita terlalu keras pula untuk mengaku bahawa kita sebenarnya lemah. 

Dan lembutkanlah tubuhmu, duduk dan mengadaplah, "Ya Allah, bantulah aku.."

Bantulah ya Allah, kerana kami hambaMU yang mengaku kelemahan kami. Siapalah kami jika tanpaMU ya Allah, kami tidak mampu fikir jika ENGKAU tidak mengendahkan kami. Allah..

Hinanya kita, wahai saudaraku, lemahnya kita, wahai saudaraku, tapi kita tetap berkata, "Ah, aku masih mampu. Mesti ada jalan" Egonya, dan bongkaknya. Kita ini bukan siapa-siapa jika tanpa DIA. Allah, tidak mampu saya fikirkannya. 

Marilah, kita bertafakkur sejenak, mengenang dan memikirkan kebesaranNYA, lalu bersujud syukurlah, atas setiapnya, kerana pasti akan ada kebaikan.

Alhamdulillah.

Syukrillah.

Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”