Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Friday 13 January 2012

Kenangan dan sebuah buku

 Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Fikiran terawang, terbang menerjah kembali ke kenangan lepas. Masa cukup pantas berjalan, dan aku kini semakin menghampiri tanda, tanda yang aku semakin tua.

Ingatan itu menerjah kembali, di saat aku menekan icon SEJENAK BERSAMA KOPI PANAS di dalam catatan emeilku, notification comment. Tersenyum.

Membaca setiap komen lepas, menjadikan hati aku ingin sahaja kembali ke belakang.

"Akak dah melalui terlalu banyak planet, dan sebab tulah akak boleh faham keadaan seseorang"

"Planet?"

"Yelah, pengalaman akak tu, bukan semua orang boleh melalui apa yang akak dah lalui"

Tersenyum. Itu rupanya definisinya.

"Saya sangat meminati penulisan akak" Satu ketika dahulu, seorang adik yang ku ziarah, bersuara dan memberitahu perasaannya pada teratakku dahulu.

Terkedu, dan terpempan. Rupanya aku mempunyai peminat, dalam diam, dalam tidak ku sedari.

"Eeee, akak ni, saya rasa, kalau bercakap lagi best lah dari menulis" Sekali lagi, komentar itu dikeluarkan dari seorang adik yang sedang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa, bertemu di restoran Secret Recipe. Tersenyum sekali lagi.

"Dah habis hangus ke fikir nak delete blog tuh" comment nun jauh di sana, Timur Tengah.

Menyambung lagi katanya..

"Eh, nak tau tak. Tengah ana bukak blog kopi ni kan, pastu ada kawan2 datang tengok, kawan2 yang jarang online la. Pastu ada yang tanya.


"eh, blog kopi nak delete ker?" Ana kata haah..


Pastu dia pun balas, "Ish, sayangnyer, blog dia sedap. Bagus.."


Bukan puji ni tau, jangan nak perasan. Hehe.. Terkezut gak ana bila dengar tu. Cam tak caya jer kawan ana tu bleh kuar kata2 tu. Padahal jarang ana tengok dia online, nak baca blog2 orang ni ape la lg."

Tersenyum. Penghargaan yang sangat berharga, pernah tercatat satu masa, satu ketika dahulu. Alhamdulillah.

"Kalau ana rasa nak minum kopi, ana akan datang ke teratak ukhti. Pasti akan terasalah aroma kopi, menusuk ke kalbu ana" Komentar dari seorang ustaz di Timur Tengah juga. Cik Kopi itu selaran yang sudah sangat sinonim denganku di sana.

"p/s: salam ukhuwah kak athirah. saya silent reader yg selalu duduk tepi diam2." Terhibur dengan kata-katanya, rupanya aku mempunyai ramai silent reader, satu ketika dahulu.

Tetikus itu ku gerakkan ke folder SEJENAK BERSAMA KOPI PANAS, falsafah hidupku itu, ku simpan lama di kotak memori itu, dan ku angkat kepala kotak itu, dan membacanya, satu per satu.

Satu per satu. Dan akhirnya, aku terpempan, merenung setiap kata-kataku itu, menjadikan aku termangu-mangu, dan aku bersuara, "Betul ke aku pernah tulis semua ni?"

Bagai seorang yang kehilangan ingatan, dan aku asyik membaca, membaca dan terkedu, seolah-olah aku tidak mengenali tulisanku senidiri. Aku sudah semakin tua. rupanya.

"Ada sebahagian memory awak hilang semasa kemalangan lepas, jadi, sama ada awak boleh ingat balik atau tidak, bergantung pada masa dan keadaan awak" Wanita ber"kot" putih itu memberi komennya, satu ketika, bila aku datang untuk pemeriksaan seterusnya. Rehabilition.

"Kak, kau tak nak buat buku? Tulisan kau ni, bila Alang baca, boleh buat orang tertarik untuk baca. Kau tak nak cuba?"masih berkerusi roda, masih lagi tidak mampu untuk berdiri, hatta berjalan, disuakan satu cadangan membuatkan aku terdiam sebentar. Buku.

Aku bukanlah seorang penulis sastera, karyawan yang penuh falsafah, untuk aku mulakan langkah tari itu di papan kekunci komputer ribaku. Tapi, aku hanya ingin berkongsi dan bercerita, pada yang sudi membaca, pada yang masih sudi menerima diriku ini lagi, ingin ku sajikan sebuah buku.

Tidaklah ia terlalu berat dengan bahasa yang penuh menompang carik pada sebuah kata yang sukar untuk difahami. Pada sebuah kanvas hidupku dahulu, aku ingin berkongsi dan ingin bercerita, semoga masih ada yang sudi lagi membacanya.

Inilah coretanku satu masa dahulu, yang telah ku pulangkan padaNYA, kerana DIA menuntut pinjamanNYA semula. Aku hanya mencoret balik, sebahagian kenanganku, sebahagian kenanganku dahulu, dan ku kongsikan semula. Dan sesungguhnya semuanya adalah dariNYA.

Tiga tajuk, bersilih ganti, dan ku masih fikirkan lagi tajuk yang harus ku pilih untuk buku ku yang pertama. Aku mengharapkan doa dari manusia, agar ianya terhasil menjadi sebuah buku, yang boleh ku kira menghias sekecil cuma kehidupan kalian. Dan ku harapkan agar ianya bermanfaat.

Semoga anda, masih dapat menerima tulisanku lagi, dan semoga ianya bermanfaat.

Alhamdulillah.

Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

2 comments:

  1. salam adik Athirah
    barulah akak emngerti mengapa adik jarang datang menyapa akak di blog akak selepas sahaja adik accident.tertanya2 akak.rupanya,adik masih dalam proses pemulihan ya?
    dik,akak juga pernah accident dilanggar kereta,kepala akak terhentak.akak seterusnya berkerusi roda.adik antara orang pertama yang menyapa akak di blogspot dahulu, sewaktu akak ada siarkan gambar anak yang baru akak lahirkan,sebenarnya sewaktu akak lahirkan anak itu,akak masih bed ridden.
    teruskan menulis dik,buatlah buku jika adik jumpa penerbit yang bertanggungjawab dan menepati aliran karya adik.
    kalau adik perasan,karya akak pernah tersiar di majalah ANIS, sewaktu akak amsih 'blur'selepas accident dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam kak..

      Panjang untuk dilakarkan di sini, panjang pula untuk dihuraikan, saya hanya ingin menyebarkan ilmu sahaja di teratak baru saya ni kak..kisah saya tuh, saya ingat nak bukukan..biarlah hanya org yg selected sahaja tahu kisah saya..

      Macam saya pernah cakap pada seorang sahabat, "Pembaca baru tak tahu saya pernah lumpuh, pembaca lama pulak tak tahu yang saya dah pun boleh berjalan"

      ^_^..

      Oh, dah pernah masuk??..aiwah, nampaknya akak dah semakin jauh dari saya dalam dunia penulisan nih..aiwah..alhamdulillah, rezeki akak..akak, keluaran berapa kak..nnt saya nak cubalah cari..saya tak baca mjlh ANIS kak..hi3..majalah2 ni jarang saya baca, tu yg tak perasan tuh ada karya akak..mesti best..nak bacalah..^_^..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”