Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Friday 16 November 2012

Redha..



 Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


"Doakan adik moga redha seperti akak"


Aku cuma terdiam. Dan tangan mula menaip. "Akak bukan redha, dik. Akak cuma mengaku akak hambaNYA yang tidak mampu buat apa-apa, maka akak berserah padaNYA"


Terkedu. "Susahkan, kak nak redha"


"Memang sangat susah. Orang yang redha ini sentiasa bahagia dengan setiap percaturanNYA. Orang yang redha ini tidak berfikir lain melainkan kerana Allah s.w.t sahaja. Tidak lain, hanya Allah swt"


Dan aku hanya berfikir. "Redhakah aku?"


Terkadang, manusia acap kali mengatakan bahawa dia sedang redha, tapi sebenarnya dia hanya pasrah dan menyerah diri dan di hatinya tidak sekelumit berkata "andainya", "jika", atau "kalau". Menidak-nidakkan atas setiap ketetapanNYA di dalam senyap, dan pendam, terus pendam yang akhirnya menjadi nanah.


Redha itu terlalu sukar untuk difahami. Malah, redha itu adalah tingkatan tertinggi lagi dari syurgaNYA. Maka beruntunglah hambaNYA yang memahami makna redha di sisiNYA.


Sebahagian preview di dalam manuskripku, mengenai tajuk Redha Dan Tujuan.



“Akak, nanti akak tulislah pulak tentang sabar dan redha”

Aku terkedu. Memori itu terimbas pertemuan dengannya.

“Saya redha jelah kak dengan semua ni”

Mataku mencerun. “Faham ke maksud redha tu? Sedangkan akak sampai lima tahun cuba fahamkan maksud redha, masih lagi tidak faham. Adik pula tak sampai setahun hadapi perkara ni, dah senang kata redha. Faham ke maksudnya?”

Terdiam.

Dan tanganku kini menaip kata-kata di atas papan kekunci telefon bimbitku.

“Oh, berat sangat apa yang adik minta akak buat tuh. Terkadang, kita rasa kita dah redha, tapi sebenarnya kita dah takda perasaan. Terkadang pula, kita rasa kita keras mengatakan kita terima, tapi, lama-lama, kitalah yang berguling-guling menangis, tanda tidak mahu menipu diri lagi. Susahkan nak faham, tapi ketahuilah, redha itu padaNYA, pada hati kita yang damai dan tenang pada setiap ketentuanNYA, walau pahit, walau manis, kita masih tetap mampu berkata dengan tenang; ‘Saya redha’ tanpa perlu ungkit apa-apa. Damai dan bahagia, kerana kita tahu, apa yang diberi itulah yang terbaik untuk kita”

Pesanan dihantar.
 
Redha itu bermain dengan perasaan di dalam hati. Terlalu sukar dan payah, tetapi pengakhirannya sangat manis membahagiakan. Redha itulah suatu kebahagiaan.


Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”