Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Friday 26 October 2012

Bukan senang nak buat kerana Allah.



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Bukan senang nak menulis. "Akak tak dapat nak menulis sekarang ni, sebab hati akak belum sedia terjaga seperti dahulu"


"Eh, macam mana tuh, kak?"


Hanya diam membisu. Terdiam dan berfikir, jawapan yang sebagaimana sesuai untuk menjawab persoalan tersebut. Hakikatnya, bukan senang nak menulis kerana ianya berkaitan dengan hati dan perasaan. Penulisan itu berkaitan dengan hati, apabila kita terlalu menghambur segala yang kita pendam, maka itulah punca kepada hati yang tidak terjaga, memberi kesan pula kepada tulisan. Dan tanpa disedari, penulisan sebeginilah akan memberi impak kepada pembaca.


Bukan senang nak menulis. Hanya dengusan hadir di kesunyian waktu dan kala ketika aku ingin memulakan penulisanku. Allahu. Hanya menyebut namaNYA, beristigfar berfikir di mana letak duduk penulisanku.


Mata sorot memandang ke arah televisyen. Kisah Panggilan Baitullah mencuri perhatianku.


Bukan senang nak menjaga hati, hanya menyorot kepada Allah sahaja, tanpa ada niat lain, semata-mata kerana Allah sahaja. Bukan senang.


Dunia terlalu banyak menggoda dan menjadikan kita manusia sentiasa berfikiran bahawa segala kebaikan yang dilakukan sudah cukup terbaik di dalam amal ibadat kita. Kita seringkali tertipu dengan lenggok cara godaan syaitan, yang tersorot dengan kata-kata menggoda yang menjadikan kita berkata kita telah melakukan kebaikan.


Sungguh, dunia terlalu senang mengatakan kita mudah melakukan kebaikan sedangkan bukan semua kebaikan itu adalah amal yang diterima oleh Allah. Sedangkan para sahabat dahulu, melakukan kebaikan tetapi mereka tak tahu apekah itu amal yang akan menjadikan mereka tergolong dalam golongan yang dijanjikan syurga atau tidak. Sungguh, penghisaban Allah itu maha halus.


Aku hanya menulis, dan terkadang bila aku yakini hatiku sedang terusik, maka aku akan berhenti.


"Haah, akak dah lama, kan tak update blog"


Tak tahu nak jawab apa, tapi yang pastinya, aku ingin mewakafkan blog ini sebagai sebuah teratak di mana manusia lebih memahami kehidupan yang beragama dan bukanlah di sini luahan hati dan perasaan yang mana itu semua hanyalah pembacaan dan penulisan manusia yang hampir atau sudah rosak imannya.


Kita tidak tahu, sebagaimanakah yang dikatakan orang yang beriman selagi mana kita tidak memahami hakikat keimanan. Kita benar-benar tidak tahu tapi ramai yang menyangka bahawa sudah cukup berimannya mereka. Kita tidak tahu.


Aku hanya bermohon, saat ketika hati itu terjaga, dan aku akan dapat menulis dengan sebaiknya. Menulis kerana ingin memberi sesuatu kepada masyarakat. Semoga Allah memudahkan segalanya.


Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan."
 ~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”