Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Monday 1 October 2012

Aku hanya inginkan yang halal. [CERPEN]


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang 




"Seorang isteri memang selalu akan terkorban" ayat kenyataan yang benar-benar menjerut Atirah. Menelan air liur. Dan akhirnya dia hanya terdiam, membatu mendengar perbincangan di pagi itu.


Angin sepoi-sepoi menyapanya. Tudung labuhnya beralun dan kelihatan dia berseorangan memandang jauh ke tengah laut. Fikirannya kembali kepada kenangan itu.


"Biar mampu bercakap dengan manusia, jangan terkaku, terketar-ketar bila Allah tanya ke mana masa yang awak peruntukkan di dunia. Bila Allah tanya, awak nak jawab apa?..'Saya bermain message dengan wanita ini ya Allah tanpa saya berusaha untuk menuju ke arah yang lebih halal'..Takpe, kalau awak rasa awak lagi takut dengan manusia, takpe...saya lebih takutkan Allah.." dan pesanan ringkas itu dihantar.


Terkaku dan terkedu membacanya. "Ya Allah..."


Hati mula tenang, damai melihat alam ciptaan Allah. Dan matanya akhirnya terpejam, perlahan-lahan. Dan imbasan memori itu menerjah.


"Saya suka duduk kat tepi pantai, seorang diri sebab saya nak mendengar alam bertasbih, berbisik indah menenangkan hati saya" tersenyum.


Dan tangannya yang sedia memegang tasbih, bertasbih di dalam deruan ombak yang menenangkan hati.


"Akak, kenapa akak banyak sangat kriteria yang akak tengok ye. Akak ni seorang memilih ke?" seorang adik bertanya.


Dan dia hanya tersenyum. "Dik, di akhir zaman ini, manusia menggunakan pendekatan bercinta sebagai taaruf sedangkan itu bukan cara yang disuruh dalam islam. Tiada istilah bercinta sebelum berkahwin, tetapi dalam kita meniti sebuah pemilihan, kita boleh cuba-cuba untuk melihat hubungannya dengan Allah. Sungguh, akak hanya melihat orang yang bertaqwa sahaja yang boleh menjadi seorang suami yang baik. Bukan seorang lelaki yang kaya, seorang lelaki yang berpendidikan tinggi dan sebagainya seperti mana kriteria manusia di akhir zaman. Akak yakin, hanya orang yang bertaqwa mampu untuk menjadi suami yang baik"


Tersenyum. "Akak cuma melihat ketaqwaan orang itu"


Terkedu. "Macam mana nak tengok orang tu bertaqwa atau tak, kak?"


Tergelak. "Nak tahu ye, kene bagi pengeras ni, baru boleh cakap"


Muncung sedepa telah diperlihatkan, "Alar, akak ni. Janganlah kedekut"


Tergelak. "Dengan ilmu"


"Dengan ilmu?"


Mengangguk.


"Hanya orang yang benar-benar faham dengan ilmu, hadam dengan ilmu, dirinya akan tahu dan faham bagaimana untuk bertaqwa. Bukanlah dengan memiliki sekeping ijazah untuk menjadikannya bergelar orang yang berilmu, tapi dengan memperlihatkan dirinya yang sudah memahami ilmu melalui perlakuannya. Dan apabila sang bunga bertanya, perlakuannya telah memberitahu sebelum si kumbang itu memberi jawapan secara lisan. Terkadang, kita tak perlu jawab dengan panjang berjela melalui dalil-dalil serta pendapat ulama' yang banyak khilaf. Cukup dia faham, dan dia menjawab soalan yang diberi dengan kesimpulan yang benar-benar membuatkan hati seorang wanita itu terkedu dan terdiam lalu hatinya mengiyakan jawapan itu."


Tersenyum, dan Atirah menyambung semula, "Dik, bukan senang seorang lelaki nak mengawal seorang perempuan. Tambah lagi perempuan ni sifatnya menggoda dan dirinya selalu dipergunakan oleh syaitan untuk menjatuhkan lelaki dalam urusan hubungan dengan Allah. Hanya dengan ilmu sahaja, bukan sahaja dirinya dijaga, malah boleh menjaga keluarga, sahabat hatta seluruh umat islam. Hanya dengan ilmu yang terhadam, dik..itulah kuncinya untuk kita melihat sama ada dia bertaqwa atau tidak"


Dan dia kembali ke alam realitinya semula. Tersenyum. Perlahan bibirnya bersuara, "Dengan ilmu."


Bertasbih, dan berada di atas sejadah. Meratib biji-biji tasbih. Tangannya menyentuh dada, menggenggam, "Aghhh, sakitnya...." tertunduk sedikit.


"Akak, kenapa, kak?" adik di sisi yang menjadi makmum ke hadapan sedikit, melihat keadaan kakaknya itu.


"Takda apa-apa, dik" dan dihadiahkan sebaris senyuman.


"Tapi..."


"Sakitkan mujahadah itu?"


Terkedu. "Akak nak adik bagitahu dia?"


"Takpe, dia pun sekarang sedang mujahadah" dan fikirannya terimbas akan kata-kata itu "Awak rasa sakit, awak ingat saya tak sakit? Tapi sabarlah. In sha Allah, Allah akan tunjukkan jalan, DIA akan bantu.."


Air mata menitis, "Ya Allah, aku hanya inginkan yang halal, maka tunjukkanlah jalannya,ya Allah. Kami hanya inginkan redhaMU, maka berikanlah kami petunjuk dan peliharalah kami dari godaan syaitan laknatullah"


Deruan ombak masih lagi menjadi penemannya. Tenang. Damai. Dan bahagia.


Tiba-tiba tangannya disentuh, dan digenggam. Melihat di sisinya dan dia tersenyum. Seorang lelaki.


"Isteri abang ni tengah fikir apa ni? Fikir abang, ye?" tersenyum.


Tangannya digenggam erat. Diam seribu bahasa. "Abang, terima kasih." Tersenyum. "Terima kasih kerana sudi menjadi penenam Ati untuk sama-sama mentadabbur alam. Terima kasih kerana sudi menerima Ati"


Dan lelaki itu hanya tersenyum. "Alhamdulillah. Semuanya, DIA lah yang aturkan. Dan kita kini akan bersama-sama meniti perjalanan itu"


Memandang isterinya dan akhirnya dia mencium dahi isterinya, dengan penuh kesyukuran.


Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan."
 ~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

2 comments:

  1. ehem2.. akk sudah jumpa pendamping hidup:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha3..jangan buat ayat kontroversi ea wahai adikku..he3..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”