Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Monday 17 September 2012

Kita sedang kelalaian



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


"Lamanya saya tak kene brainwash dengan akak" seorang adik mula bersuara setelah lama aku menyepi, menyibukkan diri dengan urusan yang tidak pernah putus. Sungguh, kata-katanya membuatkan aku yang kelelahan terkejar-kejar, terdiam, terhenti dan kemudian tersenyum. Sungguh, aku telah lama meninggalkan masa-masa untuk aku duduk bersendirian dan memikirkan di mana kini tahap imanku. Sungguh, aku kini dalam kelalaian. Allahu Rabbi.


Earphone telah disuakan ke lubang telinga, dan tangan menekan surah pilihanku sambil hati cuba untuk mengulang-ulang bacaan. Maka sungguh, hati ini sedang kerinduan manusia-manusia yang suatu masa dahulu acap kali mengingatkan aku padaNYA. Sungguh, aku sedang kerinduan manusia yang tidak pernah putus untuk mengembalikan aku kepada titik di mana aku bermula. Sungguh, aku dalam kelalaian dan kealpaan.


Meneliti news feed, dan mata tertacap pada satu gambar, dan hati sungguh, luluh apabila diingatkan dengan peringatan sedemikian.




Allahu Rabbi..

Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [3:31]

Sungguh, kita dah terlalu lama terlupa dan terlalu lupa akan insan mulia ini. Bukanlah bermakna kita mengingatinya dengan hanya sekadar cukup berselawat sahaja, tetapi, fikirkanlah bagaimana pengorbanan baginda kepada kita. 


Sungguh, bagaimana kita boleh begitu yakin mengatakan bahawa kita sudah benar-benar kasih dan cinta kepada baginda s.a.w sedangkan sunnahnya amatlah jarang kita lakukan.


Sungguh, bagaimana kita boleh terlalu yakin atas ayat kenyataan kita sendiri sedangkan pembuktian kita masih lagi tipis dan menipis untuk kita terlalu yakin dalam meyakini kata-kata kita sendiri.


Sungguh, bagaimanakah tingkatan iman kita sedangkan kita masih lagi berpeleseran untuk berpenampilan indah di khalayak ramai tetapi bukan di hadapan Allah dan Rasul.


"Kak, layakkah adik ke syurgaNYA?"


Terdiam dan mendiamkan diri. Berfikir.


"Jangan ditanyakan layakkah atau tidak untuk ke syurgaNYA, tapi fikirkan layakkah atau tidak kita menjadi hambaNYA"


Kita adalah hamba yang selalu dan teramat suka memikirkan ganjaran, dari memikirkan siapa kita sebenarnya.


"Yelah, adik tahulah siapa diri adik ni"


Dan kita akan kembali dan acap kali memikirkan diri kita yang banyak melakukan kesilapan dan kesalahan kepadaNYA, maka berterusanlah kita untuk melakukan taubat. Janganlah kita sama sekali memikirkan diri yang sudah cukup atau belum untuk beribadat secara lahiriah tetapi fikirkan sama ada kita sudah redha atau tidak atas setiap ketetapanNYA.


"Sungguh, akak sangat merindui manusia-manusia yang acap kali datang dan hadir untuk mengingatkan akak kepadaNYA, bukan hanya dengan berkata-kata nasihat, tetapi melalui tingkah-lakunya, melalui percakapannya, dan melalui pengalaman hidupnya. Akak sangat merinduinya"


Tersenyum, dan pandangan dilemparkan ke arah pemandangan yang terbentang. Bertasbih memujiNYA. Sungguh, manusia itu kini sedang berpergian dariku, seorang demi seorang, pergi dengan tugasan, atau....mendapat jemputanNYA.


Bukanlah terasa lemah, cuma sahaja hati itu terasa cemburu dengan bahagian mereka yang sedang merangkak dan berlari untuk datang dan kembali kepadaNYA semula sedangkan aku masih lagi berdiri, terdiam dan berfikir, di mana langkah aku yang sepatutnya.


Allahu Rabbi. Aku sedang kelalaian dan aku hanya mengharapkan kehadiran manusia yang akan sentiasa mengingatkan aku kepadaMU.


"Haaaa, nanti masukkanlah pulak tentang saya"


Menggaru kepala, "Nak masukkan tentang apa?"


"Kata-kata saya yang tak berfaedah ni" Tergelak.


"Mana ada tak berfaedah. Awak banyak ketuk kepala saya"


"Ketuk? Saya rasa saya tak bagi apa-apa"


Aku hanya tersenyum. "Terkadang, kita rasa tak bagi apa-apa, tapi orang yang dengar atau menerimanya, dia lihat lain. Setiap yang diizinkan oleh Allah itu pasti ada pelajaranNYA"


Dan aku hanya mengharapkan manusia yang hadir itu akan membuatkan aku sentiasa berfikir, siapa aku sebenarnya. Hanyalah seorang hamba yang sedang berjalan di BumiNYA, sampai masa, aku tetap akan kembali kepadaNYA.


Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”