Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Wednesday 1 August 2012

Rezeki dan bersyukur..


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Mata turun naik, tangan masih di tetikus di sisi komputer riba. Terkadang terkedu lama. Terkadang menggeleng kepala, Terkadang hanya diam membisu.


Membaca satu status seorang adik, berkongsi dari page yang menceritakan tentang 'muslihat' di sebalik hari pembukaan Olimpik. Tersenyum.

"He3..akak cm tertanya2..nk soal kepada tuan pengerusi, jd nye bile kite dah tau ni, kite patut buat ape ea..^_^"

"share with others and pada sape2 yang dok gah sangat sukan2 yg tak cukup kain nih sila hentikan 'suka' anda kalo anda nih islam .. boleh cenggitu panel ??hehe"

"He3..boleh diterima..tapi jangan dok pandang orang lain sangat, tengok kat kite pun dah memadai..bile nampk benda-benda camni, bukanlah ia terjadi melainkan hanya satu sahaja...adalah peringatan, hari kiamat semakin hmpir..kite ni dah sedia ke?..he3..itu yg paling utama sebenarnye..sbb islam ni adalah agama Allah..dan Allah akan pelihara islam itu seperti mana Allah pelihara alQuran..kite ni?..he3 muhasabah kat diri sebenarnye bnda ni.."

"=) .. da lama tak dapat baca ape yang akak tulis macam ni.." 

Terkedu. Terkesima.


Sungguh, ulama di zaman dahulu, menghabiskan masa untuk ilmu lebih dari masanya untuk perkara lain. Hatta, Imam Syafie juga pernah tidur dalam keadaan dia sedang berfikir mengenai masalah hukum lalu bangun untuk menunaikan solat subuh dalam wudhuk solat isyak.


Dan sesungguhnya, aku sedang dalam ketinggalan. Ketinggalan dalam mengingati ilmu, dan terlalu jauh untuk mencari ilmu. Sungguh, aku dalam ketinggalan.


Terlalu ramai manusia kini sedang mengejar keduniaan. Menggunakan islam untuk meraih dunia. Terlalu senang dan bahagia dengan perniagaan dunia tanpa melihat perniagaan akhirat. Terlalu ramai yang menjadikan islam itu suatu perdagangan untuk menyara hidupnya. Terlalu ramai yang sedang menjadikan dunia sebagai tuhannya. Sungguh, kita sekarang dalam keadaan dihimpit dan tersepit. Maka sungguh kita sedang melupakan siapa yang kita bakal jawab nanti.


"Dik, meniagalah, tapi kene ingat, apa yang adik dapat tuh bukan untuk disimpan tapi dilaburkan untuk pelaburan di sisiNYA. Ramai manusia yang terlalu meresahkan dirinya dengan apa yang ada di dalam akaun bank, tapi dia tak pernah terfikir berapa banyak sahamnya untuk akaun bank di sisiNYA. Tahu tak kisah Zainab, isteri Rasulullah s.a.w?" di suatu petang, dua wanita sedang berbual mengenai perniagaan online.


"Tahu, kak. Kenapa, kak?"


"Tahu tak apa yang Zainab buat lepas baginda Rasulullah s.a.w wafat?"


Menggeleng kepala.


"Ummul Mukminin Zainab ini memintal benang untuk menyara kehidupannya. Modalnya kecil je, tapi, lepas selesai berjual, dia akan tinggalkan duit modal je dan duit untuk dia beli makanan. Selebihnya, dia sedekah. Dia adalah ummul mukminin yang paling banyak dan suka bersedekah, sampaikan dia digelar sebagai Ummul masakin, ibu kepada orang-orang miskin. Jadinya kan dik, kita patut mencontohi Ummul Mukminin jika kita seorang yang beriman di hari akhirat kerana Ummul Mukminin beriman akan hari akhirat dan dia melakukan segala yang memberi manfaat padanya di hari akhirat, bukan di dunia"


Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : "Daripada kalangan umatku ini,siapa yang sayangkan harta saudaranya lebih daripada hartanya sendiri?"Sahabat bertanya,"Wahai Rasulullah,siapa yang lebih menyayangi harta orang lain melebihi hartanya sendiri?"Baginda bersabda lagi,"harta sendiri adalah harta yang didermakan,disedekahkan kepada orang lain.Harta orang lain adalah harta yang disimpan yang tidak disedekahkan kepada sesiapa" 

Sungguh, masih terlalu ramai manusia yang percaya dunia lebih daripada akhirat.


"Kak, sudahlah kak. Akak tak boleh pertikaikan, kita tak boleh hidup tanpa duit. Sana, sini, semuanya duit. Kalau takda duit, macam mana kita nak teruskan hidup" bentak seorang adik. Tergamam sebentar.


"Memang ke sana sini semuanya duit, tapi kita boleh belajar untuk bersabar, kan? Memang ke sana sini semuanya duit, tapi kita kene usaha pada kadar kemampuan kita, kan?"


Tergamam.


"Dik, bila kita membesarkan keperluan kita, maka besarlah perbelanjaannya. Macam rumah, boleh je kita berala-kadar dalam urusan tuh, tapi kebanyakan manusia dia tak nak, orang cantik, dia pun nak cantik, Orang pakai kereta, dia pun nak pakai kereta. Kenapa tidak merasa bahagia dengan setiap yang telah ditakdirkan Allah? Jika Allah takdirkan sebegini rezeki kita, bersyukur. Kalau tak, bersabar"


Terdiam.


"Dik, belajar lah dari kisah Ummu masakin" tersenyum.


"Kak, kalau kita miskin, takda apa-apa, macam mana kita nak memberi. Tengok, kak, nak beribadat pun nak kan duit juga" masih lagi mencari alasan.


"Jangan fikir yang memberi ini hanya dengan duit sahaja. Sedangkan dalam hadith pun ada kata, tersenyum tuh pun sedekah. Berkata-kata baik pun sedekah. Memberi nasihat itu juga sedekah. Kenapa sempitkan pemikiran dengan hanya memberi atau bersedekah ini hanya dengan duit sahaja"


Terdiam, dan diam. Lama. Hilang punca, hilang arah untuk menyambung kata-kata.


Terlalu banyak manusia yang menganggap mencari duit dan rezeki di dalam dunia ini sehingga lupa mengenai diri sendiri, hak diri dan badan.


"Kak Long, Kak Long kene juga jaga diri Kak Long. Tulang-tulang Kak Long semua mana boleh bagitahu kat Kak Long bila dia sakit. Tulang-tulang tuh tak boleh kata,'Aku sakitlah..aduh..aduh.." sambil membuat mimik muka kesakitan. Serta merta ketawaku meledak.


"Ha3, Ain!. Sabo jolah" dan kami sama-sama tergelak. Terimbas. Dan tersenyum.


Kita bukanlah seorang manusia yang diberi kudrat seperti robot, tanpa berhenti, dan terus-terusan melakukan kerja. Sungguh, setiap dari kita ada tahap kemampuan yang telah diberikan. Maka, apabila kita bersyukur pada tahap itu pun sudah memadai kerana janjiNYA, DIA akan menambahkannya lagi. Maka bersyukurlah atas segala kemampuan yang telah diberi.


"Ayah ada seorang kawan ni. Masa tu, dia cakap kat ayah, 'Aku ni, tunggang terbalik solat, kenapa Allah tak bagi aku kaya?' Ayah diam jelah. Geleng kepala. Sekali bila Allah bagi dia kaya, ada satu hari tu, ayah ajak dia pergi solat jumaat, dia kata tak sempat. Tulah, harta ni ujian yang berat. Jangan kita minta nak jadi kaya, tapi minta diberi rezeki yang berkat." aku mendengar nasihat dan cerita ayah.


Dan janganlah kita menjadi seseorang yang meminta tanpa berfikir terlebih dahulu kerana terkadang, bila DIA nak membiarkan kita dari nikmat abadiNYA, maka DIA akan memalingkan kita dari hubungan dengan DIA. Maka, berhati-hatilah, dan bergembiralah sentiasa dengan setiap yang kita miliki. Sungguh, bersyukur itu adalah sesuatu urusan yang terkadang kita melihatnya seperti senang, tapi hakikatnya adalah terlalu luas untuk akal kita memahaminya.


Maka, sentiasalah bersyukur atas setiap yang diberikan olehNYA. Kerana DIA lebih mengetahui apa yang ditakdirkan. DIA lebih faham kenapa ditakdirkan untuk kita. Maka, bukan semua hamba-hambaNYA yang DIA beri peluang, maka sentiasalah bersyukur.



Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”