Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Monday 6 August 2012

Ini Tentang Hati dan Perasaan..[Cerpen]



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


"Ini tentang hati dan perasaan. Macam mana saya nak teruskan hidup sedangkan dia hidup senang lenang je. Kenapa dia boleh senang-senang khianat dengan saya, kak. Senang je dia kata, nak tumpukan perhatian kat pelajaranlah, apelah. Rupanya.." air mata berjurai, dan dia sedang membentak manusia sekeliling yang memaksanya.


Atirah yang mendengarnya, menggeleng kepala, tersengih. Perlahan dia bersuara. "Manusia"


"Kenapa akak sengih. Akak tak berada kat tempat saya, bolehlah akak tersengih sebab akak tak rasa, kan?"


Tiba-tiba meledak ketawa. "Hahaha, thats are so funny young lady. Whos said that i was never at your foot? Cuma awak je yang tak pernah kenal kakak di hadapan awak ni"


Terkedu. Terdiam.


"Be careful of what you said before, young lady. Setiap manusia ada pengalaman masing-masing, tapi bagaimana setiap manusia itu mengolah sesuatu perkara itulah terletaknya iman masing-masing bukan perasaan. Orang yang terlalu mengikut dan meletakkan perasaan sebagai penentu arah tujuan hidupnya adalah orang yang tak beriman"


Terdiam. Terkedu. "Kenapa akak cakap macam tu?"


Tersenyum. " Arah hidup kita dilihat bagaimana seseorang itu memahami hukum dan keimanan, bukan perasaan. Cuba awak tengok, berapa banyak kes dan kesilapan manusia hanya semata-mata disebabkan perasaan? Jika awak dengan dia tak berjodohan, kenapa tidak cuba untuk belajar makna redha?"


"Ah, akak cakap senang, lah. Ingat senang ke saya nak terima semua ni?" matanya sudah mula berkaca.


"Sebab awak tak melentur betul-betul iman awak sebelum tu, sebab tuh awak tak nak terima dan tak cuba untuk terima. Betul atau tak, awak rasa semua ni tak adil bagi awak?"


Terkedu dan dia mengalihkan pandangan, terasa kalah di hadapan seorang kakak yang mula dapat membaca fikirannya.


"Awak nak rasa tak adil pada siapa, young lady? Sedangkan Allah yang sedang mengaturkan segala-galanya. Adakah awak nak kata Allah tak adil pada awak?"


Diam. Masih tiada jawapan.


Atirah mengalihkan pandangan, melihat manusia yang berlegar-legar di ruang utama kompleks membeli-belah itu. Memerhatikan gelagat manusia dan mengamati setiap ragam mereka dari jauh.


"Manusia ini terlalu senang meletakkan silap pada manusia, tanpa dia berfikir terlebih dahulu atas apa yang dia kata. Semuanya tentang iman, bukan tentang perasaan. Di mana kita meletakkan iman dalam kita menghadapi ujianNYA? Kenapa letakkan perasaan yang pertama?"


Wanita di sebelahnya menundukkan kepala. Terasa kalah dengan kata-kata tersebut.


Lama suasana tanpa ada sesiapa yang bersuara. "Di mana awak letakkan iman, awak?"


Dan akhirnya, dia menangis semula. Bukan kerana terasa dikhianati seperti pada awalnya, tapi terasa dirinya telah tersilap menilai atas apa yang terjadi pada dirinya. Terasa seperti dirinya hina kerana dalam sedar tak sedar telah terpedaya dengan perasaannya.


"Bukankah ujian itu tandanya DIA sedang memanggil kita, dik?" Atirah mengalihkan pandangan dan memandang adik yang berada di sisinya. Tersenyum.


Dan fikirannya terimbas suatu kenangan. Satu perbualan di antara dia dan si dia. "Betul ke apa yang saya rasa ni? Betul ke dalam islam takda istilah sahabat di antara lelaki dan perempuan melainkan hanyalah urusan? Adakah kita dah buat silap? " perbualan secara alam maya dengan si dia.


"'Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang  menyucikan dan mendekatkan diri kepad Allah. Tidak salah kalau kita memikirkan hak Allah lebih dari perasaan kita kerana kebahagiaan ada padaNYA. Ya ukhti, jika benar kita berjodohan, kita tetap akan bertemu semula. Untuk masa sekarang, saya hanya ingin tumpukan perhatian saya pada menuntut ilmu. Biarlah kita memikirkan hak Allah dari perasaan kita kerana keberkatan hidup itu diberi apabila kita tahu menjaga hakNYA"


Lama. Tiada sesiapa yang balas dan membalas. Skrin kosong tanpa balasan.


" Biarlah kita menjaga hak Allah. Jika kita berjodohan, DIA akan aturkan dan temukan semula"


Hanya balasan smiley senyum. Atirah menutup skrin, dan menekan icon shut down lalu beredar ke bilik air, mengambil wudhuk, menghadap Allah, dan berbicara padaNYA.


Tersenyum.


Atirah kembali ke alam realiti. Melihat adik di hadapannya, dan tersenyum. " Jangan letak jauh-jauh iman adik, dan jangan kerana perasaan, awak letak jauh-jauh iman yang dah awak jaga sebelum ni. Keberkatan hidup itu ada padaNYA. Awak rasa apa yang awak rasa sebelum ni sebab awak tak memahami keberkatan hidup. Bila hidup kita berkat, kita akan rasa tenang. Bila awak rasa macam ni, hidup tak berkat, cuba awak muhasabah balik mana silap awak"


Adik di sisinya tanpa ditahan-tahan dan memeluk kakak di sisinya. Tidak tertahan. "Apa yang patut saya buat, kak? Apa yang patut saya buat?"


"Banyak-banyakkan solat taubat. Moga hidup awak akan kembali tenang semula"


"Terima kasih, kak" dan mereka tersenyum.


"Nak bahagia senang je dik, kalau kita jaga hak Allah, kita akan bahagia. Tapi, kalau kita sibuk jaga hak kita, kita akan rasa tertekan sebab sekeliling selalu tak menyebelahi hak kita. Pelihara hak Allah, jaga iman, in sha Allah, semuanya di pandangan kita adalah sebuah kebahagiaan."


Tangan bertaut dan saling berpandangan. "Terima kasih sekali lagi, kak"


"Sama-sama, dik. Sesungguhnya, DIA lah yang memberi ilham, dan bersyukurlah kepadaNYA"


"Alhamdulillah." Tersenyum.


Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”