Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Thursday, 11 April 2013

Perniagaan dan Tauhid



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


 "Kak, confirm ke menjadi pakai produk ni?" seorang pelanggan bertanya. Dan aku menarik nafas dalam-dalam dan melepaskan satu keluhan. "Dik, HARAM percaya produk boleh menyembuhkan, tapi apa yang adik lakukan ini adalah meniru usaha orang. Dan kesembuhan itu sesungguhnya dari Allah"


Berat rasanya melihat manusia yang semakin mempercayai produk, teknik dan segala macam yang diyakini akan menyembuhkan segala penyakitnya. Tanpa mereka sedari, akidah mereka sedang terpesong.


"Ukhti, dalam perang Uhud dan perang Badar, kedua-duanya tentera islam sedikit dari tentera kafir, kan?"


Lama aku menunggu, untuk mencari kepastian. "Yup, kedua-duanya sedikit dari tentera kafir. Kenapa ukhti tanya ye?"


Tersenyum. "Takda pape. Hanya terfikir, kenapa dalam Perang Uhud, tentera Islam kalah"


"Setahu ana, dalam Perang Uhud, kekalahan tentera Ìslam di perang Úhud àdalah berpunca dari kegagalan meréka ùntuk mematuhi àrahan Nabi S.A.W. Meréka sibuk merebut harta perang yang ditinggalkan kafir Quraisy sewaktu diàmbang kemenangan.. Meréka tamak.."


 Aku tersenyum membacanya. "Ada lagi.."


Lama aku memikirkannya. "Mereka terlalu yakin yang mereka akan menang seperti dalam Perang Badar, walaupun sikit tapi menang. Begitu juga dengan masalah customer sekarang, lebih percayakan testimonial dari memikirkan usaha bagi pihaknya. Memang benar dalam Perang Badar, tentera Islam sedikit tapi menang, tapi kita kene tengok macam mana usaha mereka ketika itu. Tawakal mereka lebih kepada bantuan Allah ketika itu. Mereka tiada pengalaman dalam peperangan dan apa yang mereka ada adalah Allah dan Rasul semata-mata. Tapi bila Perang Uhud, mereka percayakan yang sedikit boleh menang lantaran dari pengalaman mereka ketika Perang Badar. Mereka tak dengar kata-kata Nabi. Dan mereka terlalu yakin yang mereka akan menang lantaran mereka di dalam kelompok agama Islam yang benar"


Menghirup secawan kopi.


"Ana tertarik dengan kata-kata ukhti mengenai mereka terlalu yakin mereka akan menang lantaran mereka di kelompok agama Islam yang benar. Kenapa ukhti boleh kata begitu ye sedangkan kita sudah sedia maklum, memang agama Islam adalah agama yang benar. Salah kah kita meyakini bahawa kita pasti menang kerana kita di pihak yang benar?"


Tersenyum. Dan aku menyusun kata-kata yang sesuai untuk memahamkan seorang sahabat di hadapan. "Ana bagi analogi yang sama. Produk. Kalau pelajar sains dan yang berada di dalam bidang kosmetik ini pastinya akan berkata sesuatu produk itu pasti benar dapat menyelesaikan masalah-masalah berdasarkan pengetahuan yang mereka telah pelajari. Mereka yakin benar dengan produk tersebut. Tapi bila ada pelanggan yang mencuba, berbotol-botol, masih juga masalah yang dijangkakan itu tidak dapat diatasi. Jadi, kat mana silapnya?"


Sahabat menggaru kepala. "Ukhti, product is product, Islam is Islam. Ana tak fahamlah maksud ukhti ni" 


Tersenyum. "Ukhti, cuba ukhti perhatikan betul-betul. Pelajar sains dan mereka yang berada di dalam bidang kosmetik melalui segala ilmu yang mereka yakini, mereka yakin bahawa produk itu akan mengatasi masalahnya. Kita gantikan pula dengan Islam, pelajar islam, dan mereka yang telah menyakini Islam adalah agama yang benar melalui segala ilmu mereka yang telah mereka yakini, mereka telah yakin bahawa Islam itu agama yang benar. Sama tak?"


Terdiam. Lama berfikir. "Memanglah sama, ukhti tapi sebenarnya tak serupa, kan?" Tergelak.


"He3. Cuba ukhti perhatikan pula ayat ana yang seterusnya ini ye"


"Baik. Ukhti teruskan"


"Cuma sahaja pelajar sains dan mereka yang berada dalam bidang kosmetik itu tidak menyatakan bahawa produk hanyalah membantu bukan penyembuh dan kesembuhan itu adalah dari Allah. Mereka juga tidak menerangkan kepada mereka dengan cara yang betul untuk menyusun kehidupan mereka, gaya hidup mereka, dan segala pantang larang dalam menggunakan produk itu supaya hasilnya mendapat keputusan yang diinginkan. Begitu juga dalam agama Islam. Mereka tulis berjela-jela dan banyak tentang hukum, tentang islam kepada mad'u tapi kenapa masih ramai yang tidak meyakini agama Islam sebagai agama yang benar? Kerana mereka tidak memberitahu pokok pada semuanya ini adalah tauhid. Kalau tak kerana tauhid, masakan Nabi ketika selepas Isra' Mikraj, Nabi berkata tentang takutilah Allah lantaran dari segala macam penyeksaan di neraka yang diperlihatkan?Nabi juga berdakwah bab akidah lebih lama dari tentang ibadat."


Terkedu sahabat di hadapan. Terdiam.


Aku menyambung. "Ukhti, di zaman Ikwanul Muslimin dahulu, ketika imam Hassan al-Banna masih hidup, ada seorang ahli gerak kerja ni, dia melihat penderitaan rakyat Palestine dan kemudian dia mengusulkan agar Ikhwanul Muslimin menghantar tentera untuk melawan puak Yahudi. Tapi Imam Hassan al-Banna tak setuju. Kenapa? Apakah Imam Hassan al-Banna tak nak merebut peluang ganjaran dari Allah ini? Dan ukhti nak tahu apa tindakan ahli itu? Dia pergi sorang-sorang bertempur dengan Yahudi di Palestine. Dengan harapan pihak ahli Ikhwanul Muslimin yang lain akan mengikutinya. Ukhti nak tahu kesudahannya? Dia mati katak kat sana."


Sahabat terkejut. "Habis tu...."


Aku hanya tergelak dan tersenyum. "Habis two, three"


"Eeeee, ukhti ni, kan" sambil tangannya mula untuk mencubit sahabat di hadapannya. Aku tergelak.


"Jadinya, percaya pada Allah disamping belajar ilmu Allah. Percayalah, Allah itu Maha berkuasa. Apa yang ada di sekeliling kita adalah suatu ujian untuk menentukan tahap keimanan seseorang. Kita membeli produk bukan bermaksud kita percaya pada produk itu tapi kita hanya meniru usaha orang, disamping kita sendiri perlu lakukan sesuatu. Di samping ubah gaya hidup yang sihat, kita juga perlu mengamalkan pemakanan yang sihat, then baru sesuatu produk itu menghasilkan hasil yang diharapkan. Ini tak, ana pernah jumpa sau testimonial orang ni, siap kutuk-kutuk produk yang dia guna sebelum ni tak berkesan, pakai produk sorang ni baru nampak hasil. Mana tahu, kerja-kerja yang sepatutnya telah dilakukan oleh produk sebelum tuh, bila dia tukar produk, produk baru tuh cuma cuci kaki je, maksudnya buat kerja yang sepatutnya produk sebelum tuh nak mulakan. " Geleng kepala.


"Dan oleh kerana itu juga, agama ini adalah satu panduan, bukan suatu benda yang kita yakini ada karamah untuk bantu kita kalau kita sendiri tak buat segala panduan di dalam Islam yang telah diajar. Islam adalah satu gaya dan cara untuk kita kenal DIA, untuk kita hidup di dunia ini bertunjangkan akidah yang Esa di samping kita mengetahui bahwa Nabi Muhammad s.a.w adalah pemberi peringatan. Buktinya adalah segala hadith Nabi itu yang terakhir sekali matannya adalah dari Nabi. Cuba tengok ea, dalam rukun Iman, takda pulak ditulis Beriman kepada Islam. Rukun Islam pula adalah cara untuk kita menjadi seorang Islam. Kalau tak buat salah satu, maka belum sempurnalah islam kita."


Diam. Perlahan menghirup kopi yang kini suam-suam kuku. Terasa nikmat, bahagia. Alhamdulillah. "Jadinya ukhti, jangan kita lari dari akidah. Kerana akidah itulah satu-satunya tiket untuk kita dikumpulkan bersama menjadi hambaNYA yang bertaqwa. Semua yang ada di sekeliling kita hanyalah ujian penentuan akidah kita termasuk segala macam benda yang kita pakai. Di liang lahad nanti, hanya bertemankan sehelai kain kapan sahaja, tak lebih dari tu. Segala produk yang dipakai adalah untuk menguji akidah kita. Maka, kembalilah kepada Allah. Kesembuhan semuanya adalah dari Allah. Kalau kita nak jadi tak nak mencuba apa-apa, itu pun tak boleh juga, sebab Nabi sendiri ada memberi hadith tentang beberapa makanan yang baik untuk kesihatan seperti Madu, Herbatus sauda dan lain-lain. Cuma sahaja itu semua adalah permainan iman kita sama ada kita menyakini kata-kata Nabi atau tidak dan kesembuhan tetap dari Allah. Semuanya hanyalah bentuk ujian iman kepada kita, maka sentiasalah kembali kepada Allah"


Tersenyum. Dan akhirnya suasana menjadi tenang, damai dan ditemani dengan alam yang sentiasa berzikir dan bertasbih mengingatiNYA, Allah swt.




Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

1 comment:

  1. KEYAKINAN KITA HENDAKLAH BERPUSAT PADA ALLAH.. :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”