Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Monday 25 February 2013

Ujian mengikut kemampuan kita?



 Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


"Ujian yang Allah bagi tu tandanya kita mampu hadapi"

Diam. Berfikir. "Kalau boleh hadapi, kenapa ada orang yang bunuh diri?"

Terkedu.

Firman Allah surah al-Baqorah ayat 286

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya....


Tersenyum. Menggeleng kepala. "Umat Islam sekarang pemalas betul" detik hatiku.


"Nape akak menggeleng? Salah ke apa yang saya maksudkan?" adik di sisiku kehairanan.


"Takda, akak cume hairan dengan umat islam yang malas sekarang ni"


"Malas? Apa maksud akak?"


"Ayat Quran tuh ada sambungan dia. Bukan hanya setakat tuh je. Bila baca sekerat-kerat, faham manusia jadi lain. Dulu, ada seorang budak menulis tentang terjemahan satu ayat kat status FB dia. Akak tegur, jangan tulis sekerat sebab orang akan faham lain. Sebab tafsiran surah tuh bukan setakat itu je. Inilah umat islam." Tergelak. "Dunia dah akhir zaman..."


"Akak, saya tak faham"


"Maksud penuh ayat tuh ada diselitkan sekali satu doa dan doa tu juga ada maksudnya kenapa disekalikan dalam satu ayat"


"Akak.......saya makin tak faham. Cuba akak terangkan betul-betul"


Tersenyum.  "Jom masuk masjid. Kita tengok tafsir" Mereka pun beriringan memasuki perkarangan masjid dan menuju ke rak-rak buku yang berada di situ.


"Dik, cuba selak kitab terjemahan al-Quran surah al-baqorah ayat 286 tuh. Cuba bacakan maksudnya sampai habis"

FIrman Allah surah al-Baqarah ayat 286

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." 


"Cuba cari surah al-ankabut ayat 2-3 dan bacakan terjemahannya"

Firman Allah surah al-ankabut ayat 2-3

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. "

"Dah kak. Jadinya kak? Saya masih tak faham" adik di hadapan kehairanan sambil menggaru kepala, tak memahami maksud kakak naqibah di hadapannya.


Tersenyum.


"Dik, memang benar Allah memberi ujian mengikut kesanggupan dan kemampuan kita, tapi apakah Allah nak kita yakin dengan ayat tuh sahaja? Dalam al Quran ada 6666 ayat quran, apakah kita masih lagi beriman kalau kita hanya berimann dengan satu ayat tuh sahaja, malah tak cukup satu ayat pulak tu, ambil sekerat-kerat pulak tuh. Masih di tahap berimankah lagi kita?"


Terkedu.


"Ayat Quran itu ada sambungannya mengatakan bahawa ' Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya'. Sambungan ayat ini memberitahu bahawa kita akan mendapat ganjaran hasil dari pengolahan ujian yang diterima kepada kita. Sebagai contoh, tiba-tiba anak kita sakit, ini adalah satu bentuk ujian. Kita tak tahu nak buat apa. Kos rawatan pulak mahal. Apa yang kita akan buat? Hasil dari apa yang kita buat itulah ganjaran kita di sisi Allah. Dan kemudian ayat sambungan tuh pulak ada diselitkan doa, maka setiap masa kita perlu berdoa agar jalan pilihan yang kita pilih itu mendapat ganjaran kebaikan di sisi Allah. Faham?"


"Faham, kak. Tapi apa kaitan dengan surah al-ankabut tu pulak, kak?"


"Ayat tuh menerangkan bahawa setiap dari kita pasti akan mendapat ujian dan ujian itu tanda aras iman kita, sama ada kita benar-benar beriman atau tidak dan sesungguhnya apa yang kita terima itu dah pun pernah dihadapi oleh orang-orang sebelumnya dan Allah Maha Mengetahui siapa yang benar dan siapa yang berdusta. Ujian itulah tanda kita beriman. Ada orang, bila diuji, mulalah melatah. Ada yang sampai mengikut perasaan. Dan ada yang mengikut jalan yang mana dia hanya selamat di dunia sahaja bukan di akhirat. "


Tersenyum. Lama merenung ke luar, melihat pemandangan di masjid. "Dik, adik tahu tak macam mana kita nak meningkatkan keimanan?"


"Macam mana, kak?"


"Dengan mencari ilmu" Tersenyum. "Manusia di akhir zaman ni dah tak ramai yang nak pergi ke taman-taman syurga. Dah tak ramai yang nak belajar tentang islam. Apa yang mereka ambil adalah dari terjemahan perasaannya. Orang yang beriman tidak akan terpengaruh dengan perasaan tapi dia akan menterjemahkan setiap urusan dan ujian yang dihadapinya dengan pandangan ilmu. Dik, Nabi sendiri pun pernah ditegur oleh Allah bila terlalu mengikut perasaan. Masa tuh Nabi terlalu sedih bila semua kaum baginda tak nak mendengar peringatan Nabi. Sebab tu, bila kita bersedih, cepat-cepat rujuk al-Quran. Jangan rujuk perasaan sebab di dalam perasaan itu adalah syaitan yang menyelit. Kerana apa? Sebab perasaan takda rujukan untuk dia memandu ke arah mana. Maka selalulah tengok betul-betul al-Quran. Tadabbur al-Quran."


"Ujian ni ada kaitannya dengan keimanan dan kaitannya keimanan adalah ilmu, dan ilmu itu adalah keizinan Allah untuk mengizinkan kita memahaminya. Kesimpulannya apa, dik?"


Menggaru kepala. Tak faham.


"Kesimpulannya, sentiasalah kembali kepada Allah. Sentiasa mohon petunjuk dari Allah. Sentiasa berdoa pada Allah. Sebab tuh dalam surah tu ayat tu ada diselitkan dengan doa. Sebab, kalau tak diselitkan dengan doa, manusia akan yakin dengan kemampuan sendiri. bukan yakin pada Allah. Bila yakin dengan usaha sendiri, maka dia sudah bertuhankan kemampuan dia, bukan Allah. Dik, terpesong akidah kalau kita yakin kita boleh buat kalau kita langsung tak selitkan permohonan pertolongan dari Allah. Jangan yakin pada usaha sendiri, tapi yakin pertolongan Allah pasti akan datang kerana pertolongan Allah itu amat dekat. Bukan hasil usaha kita yang membuah kejayaan itu yang dekat tapi pertolongan Allah yang dekat.

Surah al-baqarah ayat 214

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. 


Tersenyum melihat adik di hadapannya dan menarik nafas panjang, menghela panjang kemudiannya.



"Jadi dik, sekarang faham maksud akak, mencari ilmu itu boleh meningkatkan keimanan, mentadabbur al-quran itu adalah salah satu cabang untuk meningkatkan keimanan. Kalau kita cuma baca satu sahaja ayat dan kemudian fahamnya pulak lain dan tersekat, kita takkan faham tujuan hidup kita. Surah ad-zhariyyat ayat 56. Aish..panjang dah ni. Kalau nak dibahaskan satu ayat quran, dia akan saling berkaitan antara satu sama lain, sebab tuh kene tadabbur satu al-quran bukan hanya satu ayat sahaja. Faham?" 


"Faham, kak" dan mereka berdua tersenyum, melihat bahagia, sebuah kefahaman ilmu dari yang Maha Esa, Allah Azza wa Jalla.


Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”