Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Thursday, 24 May 2012

Ku pinang engkau [Cerpen]


Dengan nama Allah yang Mah Pengasih lagi Maha Penyayang.




Dengan sesungguhnya hati ini terleka dan terlalai, maka tunjukkanlah jalan yang terang dan jelas untuk aku dipandu ke arahMU.


Tangan yang pernah menari di atas papan kekunci itu tiba-tiba terhenti dek kerana idea yang tidak kunjung tiba. Terpaku. Idea yang suatu ketika mencurah-curah, seakan semuanya disekat dek kerana satu soalan.


"Bukan begini caranya kalau akhi inginkan ana"


"Habis, bagaimana caranya?"


Terdiam sebentar. Berfikir untuk menyusun kata-kata yang sesuai menerangkan letak duduk yang sebenarnya.


"Bagaimana caranya? Ukhti belum bagitahu lagi pada ana"


Masih mendiamkan diri.


"Ya akhi, tiada istilah taaruf jika tanpa dimulakan dengan pertanyaan kepada yang Maha Esa serta disusuli dengan wali yang telah menjaga seorang wanita. Sesungguhnya, meminta seorang wanita itu adalah sama maksudnya dengan permintaan seorang lelaki kepada yang Maha Esa. Bukan ana yang menjadikan hati ini untuk suka atau benci, tapi DIA lah yang memberinya"


Lama, skrin komputer tidak berubah. Tiada balasan. Dan akhirnya, dia berlalu meninggalkan komputer ribanya.Menuju ke suatu destinasi, penenang hati dan fikirannya. Masjid.


Di halaqah, bersama-sama dengan adik-adik, tajuk munakahat, menjadi suatu tajuk yang dinanti-nantikan oleh setiap yang hadir ketika itu . Dia hanya tersenyum dengan sebahagian persoalan yang hakikatnya adalah sedang menguji tahap keimanan seorang hamba kepada Allah atas urusanNYA.


"Akak, apa pendapat akak tentang jodoh yang bermula dari ruangan social web?"


Atirah memandang Ekin yang sejak dari tadi bertalu-talu soalan yang ditanya. Atirah hanya tersenyum. " Permulaan sebuah hubungan itu bergantung di mana tempat pertemuannya. Jika di ruang alam maya, maka, kehidupannya selepas itu tidak akan terlepas dari ruang alam maya juga, malah barangkali seolah-olah pasangan itu hidup di dalam itu sahaja. Jika pertemuannya di tempat ilmu, pastilah kehidupannya selepas itu juga berkisarkan ilmu. Begitu juga saat pertama kali pertemuannya di dalam gerak kerja islam, maka kehidupan selepas itu juga adalah berkisar tentang gerak kerja islam. Jadi, wahai adik-adik akak sekalian, pilihlah di mana tempat pertemuan adik-adik dengan jodoh adik"


Masing-masing mengangguk.


"Kak Tirah, kalau kita dah ter'couple', macam mana kak?"


Tersenyum. "Cepat-cepatlah langsungkan, itu je jalannya dik"


Keruh, wajahnya keruh mendapat jawapan Atirah. "Tapi kak, dia ada satu tabiat yang buruk. Dia kata, dia tengah cuba nak ubah, jadi dia perlukan masa. Saya tak boleh nak kahwin dengan dia selagi dia tak berubah, sebab ayah saya tak suka dengan tabiat dia tu" Mengeluh.


Atirah tersenyum melihat aksi Lina. "Cuba adik fikir, kenapa Allah belum bagi peluang kat dia untuk berubah. Dan kenapa mesti perlukan masa untuk berubah sedangkan dia lah yang patut berubah. Berubah bukan sebab nak kahwin, atau sebab tuh, sebab ni ke, tapi kita berubah kepada kebaikan adalah untuk mencari keredhaan Allah. Katakanlah pada dia, berubahlah kerana Allah, dan DIA akan bantu"


"Tapi kak, kalau dia tak berubah juga. macam mana? Takkan nak putus. Saya tak bolehlah kak. Saya dah sayang sangat kat dia"


Tersenyum. "Akak pernah terbaca satu jawapan ustaz Azhar Idrus bila seorang tanya pada dia macam mana nak lupakan kekasih. Nak tahu tak ape jawapan ustaz?'Itulah gatal sangat, kan Islam larang bercouple, haram. Antara caranya, banyakkan zikrullah & bersyukur.'"


Diam. "Hairan, kan dik, zaman sekarang ni lebih memikirkan perasaannya daripada panduan yang telah Allah berikan. Hairan, kan dik, rata-rata semuanya kata nak bahagia tanpa dia sedar kebahagiaann itu adalah pemberian Allah, dan bagaimana kebahagiaan itu mereka perolehi jika mereka tak pernah nak mentaati suruhanNYA. Belum ada lagi ayat Quran, hadith atau mana-mana kata-kata ulama' yang mengatakan bahawa seorang lelaki boleh berkawan dengan lelaki, hanya beberapa sebab sahaja yang dibolehkan. Letakkan sebenar-benar urusan di antara lelaki dan perempuan, dan tidak perlu berlebih-lebihan kerana dibimbangi pada masa hadapan kita yang sakit"


"Habis, kak, macam mana kita nak cari pasangan macam tu, kalau tak boleh berkawan dengan lelaki?" Tiba-tiba Ummu mencelah.


"Terlalu banyak cara sebenarnya yang Allah dah berikan, cuma kita sahaja yang terlalu memudah-mudahkan dan meremehkan cara yang Allah beri. Sebagai contoh soalan yang adik tanyakan itu adalah contoh soalan orang yang tak percaya jodoh itu berada dalam kekuasaan Allah. Pernah tak dengar, ada orang yang bercinta bertahun-tahun, tiba-tiba itu bukan jodoh dia. Tapi, tak pernah kenal, tak pernah bercinta, tiba-tiba terjumpa, kahwin, bahagia. Pernah dengar?"


Mengangguk.


"Kita hidup di dunia ini wahai adik-adik akak sekalian adalah untuk mengumpul pahala, bukan mengumpul dosa. Ber'couple' itu adalah cara mudah untuk mengumpul dosa, maka rugilah orang-orang yang ber'couple kerana dia sedang memusnahkan saham akhiratnya. Kita hidup di atas aliran ketentuanNYA, maka fahami dan hayati kisah hidup kita, dan corakkan jalan cerita yang terbaik untuk tontonan Tuan Pengarah kita, iaitu Allah swt."


"Habis tu, kak, macam mana caranya? Saya nak bahagia dengan pemberian Allah, saya nak hidup saya berkat. Tapi, rata-rata zaman sekarang, semuanya ber'couple' kalau nak cari pasangan. Tapi akak kata, orang yang ber'couple' ni belum tentu dapat kebahagiaan dari Allah. Saya masih tak faham dalam islam cara yang sepatutnya dalam urusan munakahat ni, kak"

Sabda Rasulullah s.a.w

“Janganlah seorang pun daripada kamu menjadi orang yang tidak berpendirian, beliau mengatakan: “Aku bersama orang ramai, jika mereka berbuat baik aku akan berbuat baik, sekiranya mereka berbuat jahat, aku akan berbuat jahat (pula),” tetapi kamu mestilah menetapkan diri kamu, apabila orang berbuat baik, kamu mestilah berbuat baik, sekiranya mereka berbuat jahat, kamu mestilah menjauhkan diri daripada kejahatan mereka”

(Hadis riwayat Tirmizi)

Lama Atirah berfikir, memandang setiap seorang adik-adik yang berada di hadapannya. Menyusun kata-kata agar diterima oleh setiapnya, dan berfikir buruk dan baik atas setiap kata-kata agar masing-masing dapat menerimanya. Teriang-iang kata-kata Nisa, "Untuk akak yang dah terbiasa dengan ideologi macam tuh, mudah lah kak, tapi bagi saya, semua ni terkejut"


"Bukan idealogi, tapi ini lah jalan yang Allah dah aturkan sejak dahulu"


"Itu untuk akak yang dah lama faham, untuk saya yang baru ni, semua ni sangat mengejutkan saya"


Terdiam.


Dan fikiran Atirah kembali ke halaqah itu, menyusun agar difahami dan tidak terlalu berat untuk mereka mengerti.


"Wahai adik-adik akak sekalian, tiadalah kebahagiaan jika Allah tidak redha akan kehidupan kita. Tiadalah yang dikatakan bahagia jika tidak kita turuti jalan atur yang telah Allah tunjukkan.Tiadalah keselamatan bagi setiap dari kita dari genggaman kekuasaan Allah. Dan tiadalah sebuah kedamaian jika tiada DIA di dalam setiap perjalanan kita. Takutilah Allah, bertaqwalah kerana dalam ketaqwaan itulah Allah menunjukkan jalan. Seperti di dalam firman Allah surah at-Thalaq, ayat 2 yang bermaksud

....Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar..

Tebalkanlah rasa keyakinan kepada Allah sebelum kalian yakin dapat meniti sebuah perkongsian hidup dengan pasangan anda. Mintalah dariNYA sejak dari awal lagi bukan ketika diberi ujian baru meminta petunjuk. Jodoh adalah suatu perkara yang terkadang kita tak sedar ianya sedang mengekori kita di mana-mana sahaja, cumanya masa yang belum tiba. "


Melihat seorang demi seorang. "Wahai adik-adik akak sekalian, untuk apakah dirisaukan tentang urusanNYA. Untuk apakah kita memikirkan kerjaNYA. Dan untuk apakah kita terlalu meminta suatu perkara yang telah ditetapkan masanya. Kebahagiaan, jodoh, kejayaan, dan segala-galanya adalah milik Allah, maka kenapa tidak kita mendekatkan diri kita terlebih dahulu kepadaNYA. Akak tak mampu untuk memberi susun galur bagaimana sebetulnya cara di dalam islam. Apa yang akak boleh kongsikan adalah kisah Fatimah, anakanda kesayangan Rasulullah s.a.w yang dipinang oleh Ali bin Abi Thalib. Saat ketika Ali meminangnya, dia telah diberi hint oleh Rasulullah s.a.w, dan tanpa berurusan terus kepada Fatimah, Ali meminta Fatimah dari ayahnya. Saat ketika Fatimah dinikahkan, pada malam pertama, Fatimah berkongsi cerita dengan Ali, "Wahai suamiku, sesungguhnya, pada masa dahulu sehingga sekarang, aku sangat meminati seorang lelaki". Apabila terdengar akan kisah itu, maka Ali pun hampa, dan berkata, "Adakah engkau menyesal berkahwin denganku" Fatimah tersenyum dan berkata, "Wahai suamiku, apakah aku harus menangis sedangkan lelaki yang ku dambakan sejak sekian lama itu kini berada di hadapanku?" Subhanallah, bukankah manis penceritaan ini wahai adik-adikku. Maka kenapa kita tidak meneladani kisah mereka, agar hidup kita mendapat berkah dariNYA.

Bukankah Allah telah berfirman,  surah ali-Imran, ayat 31 yang bermaksud

Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ikutilah dan teladanilah cara Rasulullah s.a.w, maka Allah akan mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kalian"


Dan terdengar esak tangis sekalian wanita-wanita itu yang hati mereka mendambakan kasih Allah, cinta Allah melebihi segalanya. Ada yang mengelap air mata mereka, ada yang beristigfar, dan ada yang menekup muka, menangisi setiap kesalahan.


Firman Allah surah adz-Zukhruf, ayat 67

Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.

Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

2 comments:

  1. Subhanallah, Alhamdulilah, Allahuakbar..sungguh..saya menangis membaca coretan saudari..saya juga pernah terbabas..hanya satu saya nak katakan pada wanita diluar sana..Allah Mengetahui apa yang terbaik buat kita..hanya persiapkan diri kita untuk meraih redhaNya maka yang hadir dalam hdup kita juga telah diredhai oleh Allah..insya Allah..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”