Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Saturday, 2 June 2012

Ittaqullah, bertaqwalah kamu..


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


"Amboi, daringnya, siap tulis kat status wall FB lagi I lap u, U lap me. Emh, tak takut kene tegur ke nanti orang cakap couple tu haram?" Meneliti satu paparan coment di New Feed. Tertarik.


"Ah, persetankan. Janji kami tahu jaga batas-batasnya" Dahiku berkerut, kening mencerun melihat paparan status dan coment. Emh..


"Errr, saudara, tak takut Allah ke? Ini bukan masalah tahu batas ke atau tahu jaga diri, tapi kalau Allah pun saudara dah tak takut, macam mana pulak saudara boleh ada hati nak minta Allah bagi kebahagiaan kat saudara dan makwe saudara ni" Aku tersengih. Mantap.


Tiba-tiba fikiran terimbas satu masa dahulu ketika perbincangan dengan seorang adik ketika duduk-duduk sahaja di ruangan luar perpustakaan. Berbual sebentar kerana di dalam terlalu asyik dengan bahan ilmiah masing-masing.


"Akak, apa pendapat akak tentang ayat kenyataan orang bercinta bagai nak rak sebelum kahwin, tapi lepas kahwin, suami jalan depan, isteri tinggal kat belakang berbatu-batu. Macam dah takda suasana bercinta sebelum kahwin tu"


Tenang, mencari ilham di dalam kotak fikiran, mencari suatu bahasa yang mudah difahami, dan senang untuk diterangkan. "Jangan kita pelik kalau sebelum berkahwin, semuanya indah, tapi selepas kahwin, semuanya hancur boncai. Sebab, barangkali Allah bawak masuk kafarah dosa ketika bercouple itu di dalam perkahwinan. Itu nasib baik Allah nak kafarah dosa pasangan tu. Buatnya Allah tak kafarah, Allah bagi lagi nikmat yang kita panggil istidraj berterusan, dan Allah lambatkan kafarahnya tu di akhirat nanti, itu lagi parah. Sebab azab Allah di sana tu tak tertanggung oleh kita. Syukurlah kalau Allah nak kafarah di dunia. Jadi, Ittaqullah, bertaqwalah. Sesungguhnya bagi hambaNYA yang bertaqwa, DIA akan mengadakan jalan keluar, surah al-thalaq, ayat 2"


Terkedu.


Meneguk kopi panas yang dibeli di mesin-mesin kopi segera, jawapan itu menjadikan adik di hadapannya terdiam dan suasana menjadi dingin. Walau ramai yang berpusu-pusu masuk ke dalam perpustakaan kerana peperiksaan akhir semester, tapi tak mampu untuk menyembunyikan tingkah-laku adik di hadapan dari terkedu dan terdiam.


"Kenapa, dik?"


Lama, perlahan-lahan bersuara. "Takda apa, kak. Saya cuma agak terkejut dengan jawapan akak. Sebab saya tak pernah terfikir jawapan yang akak bagi"


Tersenyum. "Biasalah, dik. Manusia ni selalu meletakkan perasaan dia yang pertama. Jarang nak letak bahawa Allah itu Maha Berkuasa, Maha Mengaturkan. Hati kita semua berada di dalam genggamanNYA. Tiada suatu pun yang terlepas dari genggaman kekuasaanNYA. Manusia ni, di akhir zaman ni, kebanyakkannya banyak yang ada sifat raja' tapi wat tak endah pasal khauf. Kita sebagai hambaNYA, kene ada dua sifat ni dalam satu masa. Tak boleh hanya ada salah satu je. Sebabnya, kalau hanya ada sifat khauf sahaja, kita nanti akan berburuk sangka dengan Allah. Kalau ada raja' sahaja, kita akan merasa selesa sangat kat dunia ni dan lupa silap kita. Macam yang adiks elalu tengoklah, orang yang bercuople, bercinta sebelum nikah, dok koya kata yang dia boleh jaga, dia tahu batas. Orang yang macam ni hanya tahu raja' pada Allah, tapi dia lupa, kekuasaan Allah."


Adik di hadapan seolah terkebil-kebil memandang, matanya mula merah, disembunyikan. Aku hanya mengalihkan pandangan, memandnag manusia yang berada di sekeliling sambil menikmati kopi.


"Biasalah, dik. Manusia ni memang dicipta untuk sentiasa buat silap. Kalau buat silap, jangan lupa untuk bertaubat. Sebab tuh Allah berfirman, surah annisa' ayat 17, yang maksudnya

Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Kalau DIA hantar perantara untuk memberitahu, jangan buat tak tahu. Sebab nanti kalau DIA yang tegur, sakit."


Terdengar esak tangis namun aku hanya mengalihkan perhatian, dan menghirup kopi yang berbaki, menarik nafas, memberi ruang untuknya menenangkan diri. Pandanganku beralih semula memandang adik di hadapan yang masih menekup mukanya. Perlahan-lahan, bahunya ku usap.


"G jumpa Allah, deh. Tak yah teriak kat sini. Malu orang pandang." Tersengih.


Sambil mengelap air mata, "Akak nih.." Tergelak.


Tangannya mengelap air mata, dan tiba-tiba dia bersuara. "Akak tak nak tanya kenapa saya menangis?"


Terdiam. Lama berfikir. Tersenyum. "Emh, tak yahlah. Itu kan aib sendiri. Bakpe akak nak tahu. Bia Allah simpankan. Sekarang g jumpa Allah, buat solat taubat."


Mengangguk.


Dewasa ini, ramai manusia yang hanya meletakkan perasaannya dahulu sebelum meletakkan bahawa Allah itu Maha Berkuasa. Allah itu mampu lakukan apa sahaja sekehendakNYA. Allah mampu. Dan kita tak boleh nak kata TAK BOLEH. Dalam kita berusaha mengikut cara yang dilalui oleh orang-orang terdahulu, Allah hanya ingin melihat benarkah kita beriman dan boleh diuji. Seperti di dalam firmanNYA, surah al-Ankabut ayat 2-3 yang bermaksud

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. 

Manusia kini terlalu menyangkakan bahawa ape yang dia buat itu sudah membuktikan bahawa dia beriman. Menyangkakan bahawa dengan meyakini dirinya mampu untuk menjaga diri dari melakukan kejahatan, itu adalah tanda dia sudah beriman. Tidak wahai saudara saudariku. Kita tidak mampu menjaga diri kita jika tiada pertolongan Allah. Kita tidak mampu melindungi diri kita, jika Allah tidak langsung membantu kita.

Tidak ada orang yang dapat memberi manfaat dan mudarat tanpa izin Allah:
Rasul sollallahu `alaihi wasallam menerangkan kepada Ibnu Abbas radhiAllahu `anhu bahawa sekiranya sekalian umat atau makhluk berkumpulan dan bersatu untuk memberi manfaat kepadanya ataupun sebaliknya mereka bersatu dan berkumpul untuk mendatangkan mudarat kepadanya, namun semua itu tidak mungkin akan terjadi kecuali apa yang telah dituliskan untuknya di Luh Mahfudz sejak azali.

Janganlah kita terlalu yakin atas setiap jangkaan kita jika kita menuruti apa yang kita baca, dan sekiranya tidak berlaku seperti jangkaan kita, maka kita tertanya-tanya kenapakah. Di manakah kita letakkan diri kita di hadapanNYA sehinggakan mampu untuk mengawal takdir? Bukankah kita adalah hamba, hamba yang hanya menurut dan sentiasa selalu menggembirakan Tuannya? Sentiasalah untuk kita mengalir mengikut aliran takdir, dan bukanlah takdir itu terjadi atas setiap jangkaan kita.


"Ittaqullah, bertaqwalah kamu"


Terlalu ramai manusia kini sudah menjadi tuan sendiri atas takdirnya. Janganlah kita sampai membiarkan diri kita yang mengaturkan diri, walau sekerdip mata kita berkelip. Dan berbahagialah atas setiap ketetapan Allah. Sentiasalah bersabar atas setiap kebahagiaan. Jangan terlalu memikirkan perasaan untuk diutamakan kerana hambaNYA yang redha atas setiap ketetapanNYA akan sentiasa juga berlapang dada atas setiap teguran manusia kepadanya.


"Ittaqullah, bertaqwalah kamu kepada Allah" kerana rata-rata manusia di akhir zaman sudah tidak takut dengan Allah tetapi lebih mengutamakan keselesaan beragama. Sungguh, kita sudah jauh tersasar dari seperti para sahabat Rasulullah s.a.w


"Suka untuk akak kongsikan satu kata-kata sahabat Nabi atas soalan seorang lelaki kepadanya, ditanyakan apakah yang dimaksudkan dengan maa'ruf dan mungkar. Sahabat berkata, ma'ruf di zaman sahabat adalah perkara mungkar di zaman Nabi. Tapi, perkara mungkar di zaman sahabat, adalah perkara ma'ruf di zaman akan datang. Jadi, jika kita rasakan apa yang kita buat itu ma'aruf, di zaman sahabat ianya dianggap mungkar, apatah lagi di zaman nabi. Masha Allah, jauh sangat kita dari contoh para sahabat. Terlalu jauhnya kita sehinggakan tidak sepatutnya untuk kita menyangkakan bahawa apa yang kita lakukan ini adalah dijamin syurga. Ittaqullah, kerana kita kurang bertaqwa pada Allah sehingga menyebabkan kita terlalu samberono atas segala tindakan kita. Seorang yang bertaqwa, dan ilmunya terhadam di dalam dirinya, dia akan kurang berkata-kata keran takut atas setiap kata-katanya itu akan diambil masuk di dalam hari perbicaraaan, hari penghisaban , di mahkamah pada mahsyar. Ittaqullah."


Bertaqwalah, kerana hanya itu sahaja yang boleh kita sandarkan dalam setiap langkah kita. Dalam keadaan kita bertaqwa, DIA akan memandu kita kepadaNYA. Biiznillah.


Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan."
 ~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”