Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).
Showing posts with label Atirah. Show all posts
Showing posts with label Atirah. Show all posts

Tuesday, 1 October 2013

Akhir dan Bukan Terakhir...


"Encik, boleh tumpang tanya?" seorang lelaki menyapa seorang lelaki yang berada di suatu simpang.


"Ya, encik nak tanya apa?"


"Di mana arah ke masjid ye, encik. Saya dari tadi cuba cari, tapi masih tak nampak. Signboard nya saya banyak jumpa, tapi masjid nya saya tak jumpa-jumpa pulak"


Lelaki yang ditanya terbuntang matanya, menggaru kepala. Di dalam hatinya, "Eh, biar betul laki ni, masjid kat belakang dia je" tergamam.


Subhanallah.


"Apa yang adik faham tentang nasihat kasar dan lembut sebab perkara ni adalah satu perkara subjektif, kan?" Di sebuah tempat yang berlainan, Atirah sedang duduk berbicara dan berbincang.


"Emh, susah juga nak cakap, kak sebab semua ni tentang masalah hati. Kalau hati bersih, sama ada nasihat tu kasar atau lembut, dia tetap boleh terima"


Tersenyum.


Manusia ini sudah dinyatakan awal, tapi masih lagi termanggu-manggu dengan persoalannya sendiri. Dan akhirnya dia yang bingung kesendirian.


Kata-kata Fudhail bin Iyadh, "apabila aku menyuruh orang suruhan aku untuk melakukan sesuatu dan dia tidak mengikut suruhanku, maka aku akan bermuhasabah diri, dosa aku yang mana telah menjadi hijab kepada orang suruhanku untuk melakukan apa yang aku suruh."


Kebelakangan ni, aku menerima banyak permasalahan manusia yang tidak mengerti lalu berburuk sangka kepada penulis atas setiap yang ada di teratak ini. Ribuan kemaafan aku pohon, walaupun telah aku letakkan di atas sekali "manhaj blog", iaitu corak penulisan yang telah kunyatakan tidak ada kene mengene dengan sesiapa, hanya satu watak untuk menghidupkan dan memberi kefahaman kepada manusia untuk memahami tajuk besar bagi setiap entry.


Tapi nampaknya manusia masih lagi tidak mengambil berat akan kehadiran "Manhaj Blog" di atas. Malah bersangka-sangka sama ada watak yang diceritakan itu adalah dirinya dek kerana dia mengenali penulis. Jika di dalam diri manusia itu apabila menerima nasihat dari sesiapa pun dan dia melihat siapa yang menasihatinya bukan apa yang dinasihatinya, maka ianya menjadi satu buruk sangka yang dalangnya adalah syaitan dan ke mana pun dia pergi, dia tidak akan menerima sebarang pelajaran Allah.


Terkadang, tertanya-tanya aku, apakah aku yang silap atau ada dosa yang menghijab kehadiran "Manhaj Blog" untuk memberi peluang manusia terpengaruh dengan hasutan syaitan? Entahlah. Dan sekali lagi, aku merasakan satu bebanan kerana menghadirkan teratak yang menjadi peluang kepada syaitan untuk mempengaruhi anak cucu Nabi Adam.


Lihatlah pada situasi yang ku sediakan di atas, untuk sesama kita memahami akan apa yang berlaku bagi kalian memahami, terkadang, bukan masalahnya pada persekitaran, tapi diri sendiri yang perlu dikoreksi. Manusia ingin menyuruh orang lain mengikut acuannya, tanpa dia sendiri sedari, acuannya sompek, retak, atau ada kesan rekahan.


Lama aku tinggalkan teratak ini untuk memahami, akan apakah sebabnya yang menjadikan mereka telah tersalah sangka akan setiap entry di dalam teratak ini. Cukup menghairankan.


Terkadang, manusia itu selalunya tak nak menerima hakikat kebenaran atas perkara yang dia sedari dari persekitaran dia yang berulang kali memberitahu salahnya dek kerana merasakan dirinya terlalu baik dan dia beranggapan bahawa apa yang ada disekitarnya itulah yang salah.


Apa sahaja yang datang kepada diriku, akan aku fikir lama sebelum menunjukkan tanda protes. Terkadang, aku menerima pelajaran dariNYA melalui manusia-manusia yang kita nampak melakukan kedosaan, kerana orang seperti ini yang melakukan kedosaan zahir, hati mereka masih belum terhijab untuk menerima dan memberi kebaikan. Tanpa disedari, mereka inilah yang lebih mengharapkan rahmat Allah dari manusia yang dalam diam-diam menyangkakan bahawa dirinya sudah baik dan telah melakukan banyak kebaikan.

“Wahai anakku! Bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah dia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.”

Dalam aku berada dalam tentangan manusia di sekeliling, yang memutuskan silaturrahim denganku, yang meletakkan papan tanda "BLOCK" di dalam ruang terlalu luas ini, dan aku masih lagi bersangka baik kerana aku tak nak perasaan kecil hati itu menguasai aku kerana perasaan itu memberi peluang kepada syaitan untuk membuka pintu kedosaan batin iaitu berprasangka. Tapi, siapalah aku, seorang manusia yang terlalu lemah dan akhirnya, bila manusia-manusia ini terus menyalahkan aku, dan aku terduduk, dek kerana mereka tidak menyukai cara aku memberitahu. Entah di mana silapnya, dan aku menerima atas setiap kata-kata mereka sebagai satu teguran dariNYA.

“Wahai anakku! Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah SWT. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, maka dia akan sentiasa menerima kemulian dari Allah SWT juga.”

Dalam aku tercari-cari, dan aku menemui nasihat Luqmanul Hakim, dan aku terdiam. Bukan semua orang yang penampilannya baik itu boleh kita jadikan kawan seperjalanan, dan bukan semua juga yang berpenampilan buruk itu kita tidak akan dapat belajar apa-apa dariNYA, tapi berjalanlah di Bumi Allah yang terlalu luas ini untuk belajar, siapa kita, siapa mereka, dan siapa yang mengaturkannya.


"Rancangan Muhammadku ini diadakan kerana rata-rata masyarakat sekarang ketandusan mengenai akhlak Nabi......" di suatu pagi, aku melihat komentar tentang rancangan Muhammadku yang bakal keudara. Tersenyum.

Firman Allah, surah ali-imran, ayat 31

Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

"aku" yang dimaksudkan di dalam surah ini adalah Muhammad s.a.w. Masih lagiku teringat pada seorang wanita yang berbicara denganku melalui medium, mengatakan tentang kecintaan Allah, tetapi dari awal perbincangan sehingga hampir ke akhirnya, yang menjadi dalilnya adalah kata-kata ulama.


Dan akhirnya, aku menaip, "Sorry to say ea, awak ni cintakan Allah ke atau cintakan ulama'? Sebab dari tadi takda satu ayat Quran malah hadith pun awak sertakan. Ye, memang saya tahu kata-kata ulama ni kita perlukan untuk kita lebih memahami Islam, tapi, atas dalil yang mana untuk awak keluarkan hujah kata-kata ulama bagi menyokong mana-mana dalil dari al-Quran atau hadith?"


Allah dan Muhammad. Dalam khutbah terakhir Nabi, Nabi menyebutkan agar berpegang teguhlah kepada al-Quran dan Sunnah, nescaya akan selamat hidup.


Malah empat Imam besar juga telah menyatakan di akhir setiap hujjahnya jika ada ayat Quran dan Hadith yang bertentangan dengan pendapatnya, maka ambillah yang dari al-Quran dan Hadith kerana itulah yang lebih selamat.


Aku bukanlah seorang Hafizah tapi, rasa kecintaanku pada ilmu menjadikan impianku untuk memiliki gedung-gedung ilmu Allah meluap-luap sejak aku berada di bangku sekolah lagi. Kerana, memiliki ilmu itu sebenarnya adalah jalan untuk selamat dan bahagia. Dan sesungguhnya ilmulah teman kita yang paling setia, mengetuk tanpa luka, tapi rasanya amat menyentap hati yang sedang terleka dan terlalai dari mengingati Allah.


Baru-baru ini, aku menerima satu ziarah dari seorang adik. Tujuan kedatangannya, katanya, "Saya cuma nak mendengar ilmu dari akak" Entah apa sahaja ilmu yang ada padaku, hanya mulutku lancar berbicara, mana yang ingat, mana yang lupa. Dan tiba-tiba, sedang asyik aku menghuraikan satu kisah, aku terdiam, terkedu dan hati mula rasa hiba, "Ya Allah, ini rupanya yang KAU ingin uji aku" Ilmu itu sedang mengetuk hati yang tercari-cari. Astagfirullah.


Aku mencari-cari pengujian apakah yang ingin diuji sebenarnya, dan lebih 2 tahun aku mencarinya. Terkadang disangkanya perkara ini, tapi kenapa masih tidak selesai, dicuba pulak perkara lain, masih juga bukan, dan akhirnya aku hanya memerhati dan melihat. Memang sakit bila kita hanya memerhati dan melihat kerana itu adalah perbuatan manusia yang menghampiri putus asa dan ianya makin lama menjadi semakin teruk, malah hampir kehilangan nyawa. Maha Pengasihnya Allah, di saat nyawa di hujung tanduk, dan DIA memperlihatkan aku punca dan penyebabnya dalam aku terkapai-kapai berputus asa.


Maha Suci Allah, kerana menjadikan aku lebih mengerti akan kehadiran manusia-manusia di sekitarku adalah sebagai bahan bantu belajar dan sesungguhnya ianya tidak lebih daripada jambatan untuk aku lebih memahami suatu pelajaran Allah.


Ada yang nak kan aku terlalu sempurna, ada yang mengecam aku, ada yang menyakitkan hati aku, ada yang menggembirakan aku, ada yang berubah, ada yang meninggalkan aku dan bermacam-macam permintaan mereka walaupun tanpa lisan, tapi bahasa kiasannya menjadikan aku sangat memahaminya.`Hanya tersenyum.


Maha Suci Allah, akhirnya hampir semua makin menjadi lebih baik. Segala puji hanya untuk Allah, Alhamdulillah.


Terkadang, pengujian Allah, bukanlah semata suatu pengujian akibat dari dosa yang lepas, tapi, ianya bentuk pelajaran dariNYA yang menjadikan kita lebih memahami akan suatu ilmu yang menjadikan kita semakin akrab denganNYA.


Entry "Akhir dan Bukan Terakhir" ini menjadikan titik noktah untuk aku bagi memulakan kehidupan baru setelah aku memahami dan menyedari hakikat ujianNYA kali ini. Maha Suci Allah, ujianNYA kali ini terlalu halus, dan tersangat halus sehinggakan tanpa ku sedari ianya berkaitan dengan apa yang telah aku huraikan tentang satu ilmu pada 2 tahun yang lepas. Maha Suci Allah, maha lemahnya aku, ya Allah.


Dan aku juga akan lebih kurang untuk menulis di sini bukan kerana aku tiada masa, tapi aku lebih menyukai cara ber'talaqqi' dalam kita cuba untuk mengetahui sesuatu perkara. Berbicara atau mencari apa-apa melalui medium sebenarnya perantaranya hampir kebanyakannya adalah syaitan.


Satu masa dahulu, aku terlihat satu buku yang membincangkan tentang adab untuk berFacebook. Aku hanya tersenyum, kerana tiada satu adab pun akan menjadi melainkan jika kita sudah betul membentuk iman kita dan bukanlah adabb yang perlu kita bentuk tapi iman seorang manusia kerana di dalam Perang Badar, bantuan Allah datang dek kerana tahap keimanan umat Islam ketika itu terlalu tebal sehinggakan tiada lagi halangan untuk Allah menghantar malaikat membantu mereka.


Maka, perbetulkanlah iman dan akidah. Membentuknya bukan hanya semata-mata solat sunat, membaca al-quran, zikir dan membuat kebaikan zahir kepada manusia tetapi, di dalam kita berjalan di bumi Allah ini, kita mengetahui, DIA sedang mengajar kita, akrab di sisi, dan DIA tidak pernah jauh dari kita. Allah swt.


Semoga perjalanan kita semua dirahmati Allah dan sentiasa mendapat penjagaan Allah.


Wallahu'alam


Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

Saturday, 19 January 2013

Kehidupan menuju destinasi..


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Dunia, setiap masa berubah. Setiap waktu berputar tanpa berhenti. Dan detik itu tidak menunggu manusia yang leka dan lalai.


Melihat sekeliling, manusia kian bertukar-tukar, dan kian berbeza yang berada di dalam kelompokku. Hari-hariku adalah mengenali manusia baru. Berbagai ragam. Dan berkenalan dengan setiap kehidupan yang penuh penceritaan.


Kita tak tahu apakah jalan cerita kita seperti di dalam sangkaan manusia. Kita tidak tahu kisah hidup kita, pengakhirannya bagaimana.


Terkadang, mengenali Allah itu bukanlah hanya dengan mengerjakan ibadat kepadaNYA tetapi memahami hakikat ujian yang menimpa kepada kita. Terkadang, lain yang dirancang, lain pula yang jadi. 


"Kau dah tak boleh istikharah dah ni, Tiqah sebab engkau dah meletakkan ciri sebelum engkau bertanya kepada Allah. Apa yang engkau boleh buat adalah solat hajat" satu masa dalam pemilihan, tak tahu apa yang perlu dilakukan. Dan tertanya-tanya di dalam pengamatan jiwaku. "Apakah ibadatku selama ini salah?"


Masih terlalu banyak dan jauh manusia itu dalam memahami dan mengenali Allah. Masih mereka tidak kenal Tuhan yang Maha Agung, memilik arasy, yang mampu melakukan segala yang tidak termampu difikirkan olehnya. Bukan ibadat itu menunjukkan kita hamba yang taat, tetapi dalam memahami hakikat bahawa hidup bertuhan dan mengetahui DIA tidak pernah tidak mempedulikan kita.


Dunia, terlalu luas untuk digambarkan betapa DIA hampir dengan kita sehingga kita tidak mampu untuk mengangkat wajah, menghadapNYA dan perasaan malu itu sentiasa menyelubungi setiap pergerakan kita.


"Ana baru pertama kali mengenali dan mengetahui seorang muslimah yang sebenar-benar malu seperti ukhti"


Hanya sebaris senyuman dan tiada kata-kata. Bukan dibuat-buat dan itulah fitrah seorang wanita. 


"Wanita yang baik adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang."


Apabila kita mengenali dan memahami hakikat malu di dalam diri kita, tidak sekelumit pun gambar, hatta nama berlegar di bibir-bibir manusia yang terlalu asyiknya dengan dunia, dan seringkali pula mempertikarikan setiap peristiwa dan setiap kejadian. Apa yang menjadi khayalan bagi insan yang sedang asyik dengan perasaan malunya adalah perbualan penduduk langit.


"Apalah gunanya nama adik meniti di bibir penduduk bumi, sedangkan di penduduk langit, adik menerima laknat. Naudzubillah." dan air mata itu mengalir.


"Allah, inilah yang abang kalah dengan adik walaupun abang seorang ustaz"


Dan suasana itu hanya diisi dengan linangan air mata, menangisi nasib diri yang menjadi perbualan, dan menerima fitnah manusia yang tidak mengetahui dan memahami hakikat yang berlaku.


Melihat sembapnya mata seorang wanita, dan akhirnya hati terdetik, "pasti dia telah terlalu letih menangis" dan aku hanya mampu mendoakannya dan berlalu pergi.


"Akak, orang yang dekat dengan kitalah orang yang paling tidak memahami kita. Adik pernah didoakan mati awal oleh ahli keluarga adik" dan perlahan-lahan langkah yang laju melontarkan perasaan memberontak itu menjadi terhenti pecutannya dek kerana kata-kata ini. Benar, masih ramai lagi yang nasibnya jauh lebih malang dari kita, dan kenapakah kita hanya meratap dan terus meratap?

Satu masa, saya pernah menerima rintihan seorang sahabat mengenai kesusahan dirinya. Di awal sehingga akhir, apa yang dia ceritakan adalah rintihan.

Dahulu, ketika saya menerima rintihannya, saya selalu berkata, "Baca Quran, tadabbur betul2" tanpa saya menyedari, dia tidak memahami bahas al-Quran dengan sebaiknya sehingga berkali dia tersilap dalam memberi andaian lalu saya yang melenting kerana andaiannya itu dikelaburi dengan andaian syaitan yang tidak kelihatan.

Pernah juga saya bercerita satu kisah, ketika mana seorang wanita ditimpa musibah, dia mendengar satu nasihat, bahawa perbanyakkan istigfar kerana istigfar itu penyucian dosa-dosa yang menghalang segala yang telah disediakan untuknya oleh Allah.

Dan kini, saya buntu apabila dia masih lagi merintih di hadapan saya pada perkara yang sama. Saya menarik nafas panjang dan menghela nafas...

"Sekarang ni, aku dah tak boleh kata, dekatkan diri kau dengan Allah dengan melakukan ibadat itu, ibadat ini. Aku hanya boleh kata, berkenalanlah dengan Allah kerana jika engkau kenal Allah, engkau tidak mampu mengatakan orang lain baik selain DIA. Semua ini perlakuan Allah kepada engkau, tapi engkau tak nampak Allah, yang kau nampak hanyalah perlakuan, bukan yang melakukan.

Cuba kau fikir, kau cinta dan sayang kepada seseorang, walau sakit macam mana pun dia buat, kau masih lagi tetap nak bersama dengan dia, bukan? Sebab kau tak lihat perlakuan dia, kau lihat dia yang kau cintai.

Begitu jugalah Allah. Kau tak nampak Allah, jadi engkau hanya boleh merintih sebegini..Berkenalanlah dengan Allah, DIA TERLALU BAIK untuk kau sia-siakan...."

Dan kita tidak tahu kebaikan manakah yang akan kita perolehi dalam kita meniti jalan untuk bertemuNYA..Sesungguhnya hidup dan mati kita itu hanya semata-mata kerana Allah, demi Allah dan untuk Allah..




Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan."
 ~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

Thursday, 20 December 2012

Biasa



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Orang kata, jangan buat apa yang telah ditegah. Just wondering some word to correct the phrase. Serasa ada yang tidak kene. 


Di dalam kereta, bersama dengan seorang adik yang telah lama berkenalan. "Akak tak kata cara kehidupan akak ni diterima oleh Allah, tapi apa yang akak nak buat, just do it but remember abaout the limitation. Kerana Allah dah berfirman, Nabi telah berpesan, buatlah sesuka hatimu, tapi ingat, setiapnya akan dipertanggungjawabkan di sana. Jadi, apa yang dimaksudkan, dik?"


Mengangkat bahu, tanda tidak tahu. "Maknanya, jangan tinggalkan solat taubat. Kita manusia ni memang setiap masa buat dosa, hatta merasakan diri tidak melakukan dosa itu juga adalah suatu dosa, dan itulah tanda orang yang rasa selamat. Kita tak pernah selamat selagi mana syaitan itu masih berkeliaran di sekeliling kita. Jadi, tahu limitation dan selalu buat solat taubat"


Ramai manusia selalunya akan menjadi "suci murni" hanya untuk mempamerkan bahawa mereka sedang menuju kepada kesukaan Allah, apa yang DIA suruh, dan akhirnya mereka 'meroyan' kesetiaan tanpa mengetahui hakikat yang sebenarnya atas apa yang mereka sedang lakukan.

"Fudhail bin Iyadh pernah berkata, jika engkau ditanya apakah engkau mencintai Allah, maka diamlah kerana jika engkau berkata tidak, jatuhlah kafir, tapi jika engkau berkata ya, maka itu bukan adab seorang pencinta"

"Akak, saya tak berapa faham ayat tu?"

Tersenyum. "Maknanya begini, manusia selalu ke sana sini, ke hulu, hilir menulis status, memberitahu 'Saya cintakan Allah' tapi adakah kita tahu Allah mencintai kita? Dalm surah al ankabut, ayat 2-3, setiap yang berkata beriman itu akan diuji, tapi, cuba adik tengok, bila Allah uji sikit, mulalah kita menangis tersedu-sedan, dan berkata, kenapa jadi macam nilah, apelah, perasan tak? Masih berapa banyak lagi yang sibuk mewar-warkan seluruh dunia dia mencintai Allah masih lagi boleh bersangka baik bila diuji? Masih berapa ramai? Jadi, tak perlu kita sibuk sampai tulis status kat FB lah, tulis kat blog lah kata 'saya cintakan Allah' sebab pembuktian itu akan dijalankan olehNYA, dan adik kene ingat, pengujian Allah bukan senang nak lepas. Jadi, hati-hati sebab takut pula nanti kita jatuh kepada sifat munafik"

"Aku seorang pendosa" pula adalah ayat kenyataan untuk memberitahu bahawa mereka seorang yang "Jangan dipuji" sedangkan hakikat di dalamnya tiada siapa yang tahu melainkan Allah. Bukankah pujian itu ujian dariNYA dan seharusnya kitalah yang berusaha untuk menjaga iman kita, bukan mereka yang sedang teruja memuji itu dipersalahkan. Apakah kita sudah tidak tahu cara untuk 'diam'?


Satu hari, aku terfikirkan sesuatu. Terfikirkan suatu hadith.

Tatkala Rasulullah s.a.w melewati sebuah pasar sementara sahabat-sahabat berada di sekitarnya, baginda melewati bangkai seekor anak kambing yang cacat telinganya. Lalu baginda pun memegang telinga bangkai haiwa tersebut, seraya bersabda:  
"Siapakah di antara kalian yang ingin memiliki bangkai anak kambing ini dengan membayar satu dirham?" Lalu dijawab oleh para sahabat dengan berkata: "Kami tidak ingin memilikinya walau dengan membayar sedikit, kerana apa yang akan kami perbuat dengannya?" 
Baginda kembali mengulangi pertanyaannya, "apakah kalian ingin bangkai anak kambing ini jadi milik kalian?" 
Maka dijawab oleh para sahabat: "Demi Allah, seandainya haiwan ini masih hidup pun ia adalah cacat, telinganya kecil, apatah lagi jika ia sudah menjadi bangkai." 
Lalu Rasulullah s,a.w pun bersabda : "Sungguh demi Allah, dunia ini adalah lebih hina di sisi Allah daripada keadaan bangkai anak kambing ini di sisi kalian"
(Hadith Riwayat Muslim dan Tirmidzi)

Melihat suatu kisah, seorang ustaz yang memiliki "kasyaf" dan dikatakan juga boleh membuka pintu hijab, hati terdetik, "Begitu senang memperolehi keistimewaan? Bukankah semuanya dari Allah?" Hati mula memasuki kandang berhujjah. Maka suatu suara berbisik, "Dan kerana itulah Nabi bersabda dunia ini lebih hina dari bangkai kambing. Semua manusia menyangkakan keistimewaan yang dimiliki untuk dimegah-megahkan, sedangkan semuanya adalah ujian. Terkadang semuanya adalah permainan syaitan, tapi, tiadak semua yang menyedari hakikat perkara tersebut"


Keistimewaan dan kelebihan yang dimiliki bukanlah suatu anugerah yang dirasakan kita diistimewakan, tapi, hanya sahaja untuk sebuah perjalanan kehidupan. Sebuah pengujian. Sesungguhnya, Allah hanya melihat bagaimana seorang manusia itu mentadbir apa yang telah diberikan olehNYA. Sungguh, dunia ini adalah kehinaan yang nyata, tapi tidak semua menyedari hakikat perkara ini. Allah sedang melihat dan sedang menilai kita semua. Maka, jalankanlah tugas kita di dunia sebaik-baiknya. 


"Apa komen adik tentang cara hidup akak?"


Bersuara riang, "Ish, saya rasa hidup akak ni sangat simple, biasa sangat. Tak macam sesetengah orang pakai purdah langsung"


Tergelak. "Sebab tuh akak pernah kata, akak tak suka berkawan dengan orang pakai purdah walaupun akak sendiri pakai purdah. Sebab, bila akak nak melakukan kebaikan, akak akan melihat orang sekeliling akak, maka niat tersebut dah terpesong. Bukan senang untuk kita katakan kita buat semua benda kerana Allah swt. Bukan senang, dik"


Mata memandang lurus ke jalan. "Adik nak tahu, pengalaman akak berkawan dengan orang pakai purdah, orang pakai purdah ni lah yang rajin berhujjah panjang, yang menilai orang, yang meninggalkan kawan, yang berkawan sesama puak dia sahaja, yang merasakan ilmu yang mereka ada itu dah semacam satu dunia luasnya, dan macam-macam lagi, langsung tak sama dengan apa yang dia tulis di status FB dan blog masing-masing. Langsung tak sama"


Terkejut. "Habis tuh, kak, akak buat apa je dengan diaorang."


Tersengih. "He3, akak takdalah nak meroyan macam depa. U know me, i kan macho" Sama-sama tergelak. "Akak biarkan jelah. Buat tak tahu. Dan malas nak layan sangat. Bagi akak, akak ada bertimbun kerje, bertimbun benda nak kene fikir, dan bertimbun benda nak kene buat. Manusia ni selalunya jadi meroyan seorang sebab terlalu berperasaan. Sendiri fikir manusia tak suka, sendiri kata diri disisihkan, sendiri kata kekurangan kasih sayang. Sedangkan sebenarnya kita tak perlu menagih apa-apa pada manusia. Kita hanya perlu buat yang terbaik sahaja. Kalau orang tak puas hati, kita nak buat macam mana, biarkan jelah, tapi cuba ambil iktibar dan memperbaiki diri."


Kehidupan ini suatu perkara yang kita tidak perlu runsingkan, tapi fikirkanlah kesudahan kita di sana. 


"Dik, nak dengar satu benda kelakar tak. Ini orang berpurdah juga yang buat ni. Masa akak baca tuh, akak cam tergelak jelah."


"Apa dia, kak?"


"Adalah seorang budak ni, akak tegur benda lain, pastu dia tanya kat kawan-kawan dia, betul ke dia macam tuh. Pastu siap bagitahu kat akak, kawan-kawan dia kata dia kosong dari pengaruh semua tuh, maknanya nak kata apa yang akak cakap tu tak betul. I just wondering one thing, 'Setan takkan nak tanya kat malaikat apa silap dia, kan? Mesti dia akan tanya kat kaum setan dia juga, kan?"


Terbuntang, dan tergelak sakan. "Ayat akak tuh best. Sangat best. Betul jugak"


"Akak ada tulis satu pepatah cina, pun orang pakai purdah juga meroyan sorang-sorang kat wall FB akak.. Aduhhai, akak tepuk dahi jelah tengok. Malas nak layan. Pepatah cina ni kata, kawan yang baik adalah yang menghina kita, tapi musuh yang terbaik adalah yang sentiasa memuji kita. Kalau adik baca, itu pepatah, kan? Dan kalau pepatah kita kene fahamkan ayat tuh dari sudut yang lain, bukan dari zahirnya. Akak masa baca tuh, aduhhhhhhh, tepuk dahi aku, ape kenelah pulak budak ni"


Aku tergelak, adik di hadapan aku pun tergelak, barangkali gelak tengok gelagat aku bercerita. 


"Tapi itulah hakikat manusia yang sudah merasakan dirinya suci murni."


Tersenyum.


"Dik, tak perlulah kita berusaha mengukir nama di bibir manusia, tapi berbahagialah jika nama kita menjadi perbualan penduduk langit. Inilah yang penting, dik. Hiduplah dengan sekadarnya tanpa mencari nama di dunia. Kita ni manusia biasa yang mana kita tak tahu yang sebenarnya kedudukan kita, kesudahan kita."


Berfikir lama. Dan melihat signboard di sepanjang perjalanan. "Akak bahagia dengan kehidupan akak yang sekarang. Manusia tak perlu pedulikan akak, dan akak juga tak perlu pedulikan manusia, tapi akak hanya akan buat yang terbaik dan yang termampu untuk semua orang"


Tersenyum.


Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

Monday, 10 December 2012

Apa yang bestnya..



Dengana nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


"Awak terjun lombong jelah, boleh?" Suasana tegang. Pesanan ringkas berbalas.


"Wooo..dahsyat juga awak ni. Okeh"


Handset dilempar ke tepi. Malas. Dan terbaring.


"Macam manalah saya nak buat dengan awak ni? Selalu memain"


Gulp. Aku terkedu.


Runsing dan hampir kebanyakkannya akhirnya mengaku kalah. Dan aku selesa bersendirian.


"Kak, perkahwinan ni ada banyak sebab. Tengok lah sebab dia. Ada yang kahwin sebab mak ayah suruh, ada yang kahwin sebab...terpaksa...Ada yang kahwin sebab nafsu. Tapi tengoklah atas sebab apa"


Dan aku memandang ke tepi, di luar tingkap. Membiarkan kata-katanya. Dan berfikir. Merenung.


"Kak, akak ni dah selalu sangat orang cerita masalah kat akak, sebab tuh akak nampak perkahwinan tuh macam susah je. Cuba akak test."


Aku tergelak. "Ko ingat kahwin ni boleh test2" Tergelak. "Akak berhujjah tentang kesempurnaan bukan sebab akak nak kesempurnaan, tapi sebab akak tak nampak apa yang best nye berkahwin. Hujjah akak tuh untuk mengelak sebenarnya. Ada seorang kawan akak ni, masa mula-mula je best. Siap suruh akak kahwin lagi sebab best. Tapi, lepas dua tahun, akak tanya kat dia,, best lagi ke kahwin. Dia diam. Dia kata, memang banyak masalah"


Adik di hadapan menyampuk "Kak, cuba akak tengok, orang bercerita bila dia ada masalah je. Masa dia sedap-sedap bercinta, ada tak dia cerita? Takda, kan kak. Sebab tuh akak tak nampak. Kalau masalah, dia bercerita cukup detail. Kalau yang bahagia, cakap sikit-sikit je"


Terkedu. Dan terdiam.


"Akak drive" Sambil menyerahkan kunci Honda Civic ke arah aku.


Terbuntang. "Ko biar betul?"


"Betul, lah"


Melompat kegirangan. Lama berbual, "Ko tengok akak rilek je, kan? Tapi sebenarnya akak tengah stress. Sebab tuh akak nak keluar. Tapi akak takda kawan. Semuanya dah kahwin. Nasib baiklah kau ada. He3."


Adik di sebelah terkejut. "Akak stress? Saya tengok akak happy je. Stress ke. Citelah kat saya. Kita share"


Tergelak. "Ha3, kau tak payah tahu masalah akak, ko just pk camne nak gembirakan akak pun dah membantu. Kau bagi akak drive kete ko ni pun akak dah hilang semua masalah akak" tersengih.


"Ye ke akak nih stress. Saya tengok akak happy je. Muka tak macam ada masalah pun."


"He3. Sebab akak dah biasa handle semua sorang-sorang. Sebab akak dah biasa macam ni lah, akak sampai terfikir, untuk apa berkahwin" kereta dah pun memasuki ke lebuhraya. "Akak nak race ni tau"


"Race lah kak"


Dan pedal minyak dah ditekan, meter sedang menghampiri 160km/sejam, dan segala masalah hilang. Fokus pada jalanraya, dan bibir tersenyum, keseronokan.





Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan."
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

Sunday, 4 November 2012

Semua orang tak faham, tapi..[CERPEN]



Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Kepala semakin sakit. Selalu pitam. Terkadang pengsan tanpa sedar. Bangun, segala gadget berterabur. Dan tiada siapa yang peduli. Dan itulah sekujur tubuh yang sedang berusaha.

Surah al-An'am ayat 94

Dan sesungguhnya kamu datang kepada Kami sendiri-sendiri sebagaimana kamu Kami ciptakan pada mulanya, dan kamu tinggalkan di belakangmu (di dunia) apa yang telah Kami karuniakan kepadamu; dan Kami tiada melihat besertamu pemberi syafa'at yang kamu anggap bahwa mereka itu sekutu-sekutu Tuhan di antara kamu. Sungguh telah terputuslah (pertalian) antara kamu dan telah lenyap daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap (sebagai sekutu Allah).

"Kadang-kadang, kan kak, orang yang dekat dengan kita lah lagi tak faham diri kita. Adik pernah sampai didoakan keluarga sendiri untuk mati cepat" dan dia juga meninggalkan sekujur tubuh itu juga. Terdiam.


Berjalan menuju ke mesin ATM. Memasukkan kad. Tiba-tiba terpaku. "Berapa no pin ATM aku? Ya Allah, ingatkanlah, aku nak cepat buat kerja ni" Terbayang-bayang imbasan. Permulaan tapi masih kabur. "In sha Allah yang ni betul"

Kanser otak – sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

Bukanlah itu sebagai major, tapi sekujur tubuh itu sangat ada simptom-simptom yang lain. Fikir lain, buat lain, cakap lain. Rebah dan hilang.


Wanita berusia tu melihat sekujur tubuh tu. Menggeleng kepala. Wanita yang dilengkapi dengan koat putih. "Awak kene banyak rehat. Lepas ni awak nak pergi mana?"


Mata dah panas, air bertakung. Sangat terkesan dengan ambil berat dari seorang wanita asing yang hanyalah seorang doktor. Bibir masih tersengih-sengih. "Kejap lagi saya nak beli barang, doktor. Ada benda tak selesai lagi"


"Sorang-sorang?" Doktor menggeleng. "Selesai je beli, terus balik, rehat" Nasihat yang penuh keibuan. Hampir menitis air mata, tapi bibirnya tetap tersengih-sengih kerang busuk di hadapan wanita itu.


"Awak, tiada siapa dalam dunia ni yang memahami kita, hatta diri kita sendiri pun tak memahami diri kita. Yang benar-benar faham adalah Allah yang Maha Memahami" terduduk. Air mata mengalir. Hati bersuara, "Ya Allah, aku rindukan kata-kata darinya."


"Ukhti, janganlah macam ni. Ukhti kene pergi cek. Tinggalkan dulu semua kerja"


"Tak boleh ukhti. Minggu ni ana banyak kerja. Ana ada masa minggu depan je"


"Ukhti..janganlah macam ni..."


"Alar ukhti, kalau Allah nak ambil, DIA tetap akan ambil. Dan tiada siapa yang boleh halang. Minggu ni ke, minggu depan ke, bulan depan ke. (tergelak)Tapi ana tetap bersyukur kerana ana sempat berkenalan dengan ukhti"


Tersenyum.


"In sha Allah, nanti ana akan pastikan. Tapi, kalau ana dah pasti, dan kalau betul apa yang ana sangka, ana tak nak buat apa-apa. Cuma ana nak menghitung hari sambil menyelesaikan tugas ana di dunia. Ukhti boleh lepaskan ana?"


"Ukhti!!!"




Al-Qasim bin Muhammad hidup sehingga berusia melebihi 72 tahun. Ketika usianya semakin lanjut matanya mula kabur.

Pada tahun-tahun akhir hayatnya, beliau berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji. Ketika dalam perjalanan ini, beliau menemui ajalnya.

Sebelum menemui ajalnya, beliau berpesan kepada anakandanya: 

"Apabila ayah mati, kafankan ayah  dengan pakaian yang selalu ayah pakai untuk sembahyang. Baju ayah, kain ayah dan selubung ayah. Itulah kain kafan datukmu, Abu Bakar. Selepas itu, masukkan ayah dalam liang lahad dan teruslah pulang ke keluargamu. Jangan sekali-kali kamu berdiri di kubur ayah dan kamu katakan: Dahulu ayah saya...Dahulu ayah saya..Sedangkan ayah tidak memiliki apa-apapun"

LARANGAN MERATAP MAYAT

Dari Anas b malik r.a
'Kami bersama-sama Rasullullah pernah menemui Abu Suffian Al-Qain yang sangat menyayangi Ibrahim.Lalu Rasullulah mendekati Ibrahim ,memeluk dan menciumnya.

Kemudian kami masuk sedang Ibrahim terbujur kaku, maka kedua mata Rasullullah pun berlinangan.Lalu Abdurrahman b Auf bertanya kepasa Rasullulh...'Apakah engkau menangis Ya Rasullulah?

Baginda menjawab..'Wahai Ibnu Auf , titisan air mata adalah rahmat'...Maka air mata baginda pun terus menitis hingga akhirnya baginda bersabda..'sesunguhnya mata pasti akan menitiskan air mata, sedangan hati pun bersedih.Kita tidak boleh berkata kecuali yang diredhai oleh Allah.Dan kami benar-beanr sedih atas kepergianmu Ibrahim..(HR Muttafaqun' alaih)

Dalam hadith Rasullulah tesebut memberitahu bahawa hati seseorang akan merasai sedih atas kematian orang yang sangat dicintai, dan mata membenarkan hal itu melalui linangan air mata dan tangisan.Tidak diragukan lagi bahawa tangisan Rasullullah atas kematian puteranya itu merupaka bukti bahawa dibolehkan menangis atas kematian seseorang dengan syarat tidak disertai dengan ratapan dan memukul-mukul diri sendiri kerana itu akan menyebab kan diazabnya orang yang meninggal itu.

Rasullulah bersabda yang bermaksud,
'Barangsiapa yang meratapi mayat maka dia akan diazab atas ratapan itu pada hari akhirat kelak'

Rasullulah SAW sangat mengambil berat tentang larangan meratap ini, khususnya bagi kaum wanita. Rasullulalh mengancam wanita yang suka meratapi orang yang sudah meninggal dengan seksaan yang pedih.Jika orang yang meratap tersebut tidak bertaubat sebelum meninggal dunia, maka mereka akan dibangkitkan pada hati kiamat kelak dengan bentuk dan rupa yang sangat menakutkan serta dipakaikan dengan pakaian dari minyak tar yang mendidih dan pakaian yang terbuat dari besi yang membara.

Selain itu tertutup baginya daripada dikunjungi malaikat pembawa rahmat.Kemudian mereka tidak memperoleh doa dari malaikat tersebut.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim,


Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

Wednesday, 5 September 2012

Suatu terapi yang mendamaikan...


 Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Terasa berat memikirkan sesuatu. Terasa hati hiba memikirkan sesuatu. Kesan-kesan tompokan jernih di tubir matanya masih lagi kelihatan, menjadikan matanya terpisat-pisat mengesat air mata itu. Tangannya menguak sehelai demi sehelai sebuah buku, Terapi Duka~Dr Aidh Abdullah al-Qarni.


Sehelai demi sehelai. Dan akhirnya terpaku pada satu hadith.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:-

Hak Muslim atas Muslim lainnya ada enam,

Apabila bertemu orang muslim maka ucapkanlah salam.
Apabila mengundang, kamu datanglah.
Apabila meminta nasihat padamu, nasihatilah.
Apabila bersin membaca Al Hamdulillah, hak kamu katakan padanya Yarhamkallah…
Apabila sakit, ziarahilah.
Apabila kematian takziahlah.
(Riwayat Muslim)

Sungguh, setiap manusia itu memerlukan nasihat untuk sentiasa memperbaiki langkah. Sungguh, kata-kata nasihat yang baik itu sering sama sekali mengusik hati orang-orang yang beriman.

Berkata Saidina Umar al-Khattab, sungguh, orang yang berakal itu adalah orang yang menerima nasihat dan meminta untuk dinasihati.

Tiba-tiba bunyi telefon bimbit memecahkan ratapan kesedihan di pagi hari.

Siti Aisyah R.A bertanya kepada Rasul S.a.w, Bolehkah seseorang mencapai darjat syahid tanpa mati dalam jihad fi sabilillah? Rasulullah s.a.w menjawab, BOLEH. Bacalah atau ingat akan mati 25 kali sehari

Terkesima dan terkedu atas titipan hadithnya.


"Syukran jiddan ya ukhti atas titipan hadithnya. Sungguh, pesanan baginda itu benar-benar menggetarkan hati ana. Jazakillah"


Dan lagi..

"Kebahagiaan akhirat hanya dicapai dengan TAQWA, menjauhi kehendak nafsu dan keinginan dunia lantas mendekati akhirat dan menyerah diri kepada Allah" (Imam al-Ghazali)

Maka hati itu rapuh terduduk. Dan aku hanya sujud kesyukuran atas setiap kata-kata nasihat yang ku terima di pagi hari yang mendamaikan.


Manusia itu memang benar dijadikan untuk perlu sering menerima kata-kata nasihat kerana kita diciptakan fitrahnya adalah seorang pelupa.


"Tulah, kak, tapi ada orang, bila kita bagi nasihat cakap kita wat pandai. Cakap kita berceramah. Sabo jolah"


Tersenyum membaca titipan kata-kata balasannya. "Sebab tu kita jangan nasihat kerana niat kita yang lebih tahu, tapi kita nasihat sebab kita nak membawa dia bersama dengan kita ke mardhatillah, keredhaan Allah. Maka, nasihatlah dengan kata-kata yang lembut kerana kata-kata yang baik itu adalah satu sedekah juga"


Tersenyum.


Telinga telah disuakan dengan earphone dan aku mendengar lagu dari Edcoustic, Aku Ingin Mencintai-MU. Mendamaikan dan akhirnya fikiran ku larut pada satu kata-kata dari salah satu antara beribu titipan di dalam Terapi Duka.

"Orang mukmin juga akan terhibur dengan warna kehidupan yang dicorakkan oleh Allah. Hatinya sentiasa berbaik sangka terhadap Allah hingga melenyapkan semua resah. Apabila diberi nikmat mereka terhibur lalu bersyukur. Bahkan, apabila dicuba dengan kesusahan, mereka turut terhibur lalu bersabar"

Tersenyum dan aku berbahagia dengan nasihat yang hadir di dalam kehidupanku.

"Bersedih dan menyesali masa lalu adalah tindakan bodoh, kerana bersedih ataupun tidak, masa yang berlalu itu tidak akan kembali dan tidak juga berubah. Menyesalinya hanya akan membunuh semangat, memusnah tekad dan menguburkan masa depan yang belum terjadi."
 
Mak jadikanlah kehidupan itu sebagai sebuah perjalanan yang indah dengan melakukan kebaikan walaupun di penglihatan mata kasar manusia, kita sedang berduka, maka hiburkanlah hati kita dengan bergembira akan tarbiyahNYA. Sungguh, kita adalah hambaNYA yang diciptakan olehNYA untukNYA, Allah swt.


Semoga kita sentiasa nasihat menasihati menuju bersama ke mardhatillah. In sha Allah.


Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

Thursday, 26 July 2012

Kehidupan yang sentiasa kembali kepadaNYA


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Sungguh, akal dan fikiran ni tercari-cari masa dan waktu. Sungguh, hati ini sering berbisik dan bertanya-tanya, ke manakah teratak yang usang itu yang patut ku isi..


"Haahlah, Kak Long dah lama tak update blog, kan?"


Terkedu. Garu kepala. Tergelak. Menggelakkan diri yang sudah memulakan, tetapi tidak istiqomah. Sungguh, aku terkesima dengan keadaan diriku sendiri. Terlupa dan melupakan idea dan kata-kata yang boleh dihambur menjadi ilmu di sini. Sungguh, aku terkesima.


"Kak, akak sihat? Camne puasa?"


"Tak berapa sihatlah dik. Encik gastrik datang melawat pulak. Tak larat sangat. Agaknya kalau akak meninggal, akak dikira syahid kan dik?"


Terdiam. Dan diam. Sungguh, aku juga terkesima dengan kata-kataku.


Telinga itu ingin mendengar suatu alunan yang indah, mendamaikan, tenang. Dan ketika ini, fikiran terimbas dan mengimbas. Satu suasana. Di masjid itu. Di hadapan tasik itu. Angin yang meniup dan perlahan, berhembus ke wajahku. Aku tersenyum. Alhamdulillah. NikmatMU ya Allah.


"Akak, nak tanya satu masalah boleh tak kak?"


"Apa dia dik?"


"Ada kawan saya ni, dia ada abang angkat. Lama-lama tuh, masing-masing ada pakwe-makwe, tiba-tiba putus. Pastu, abang angkat dia nak meminang dia. Dia dalam dilema, tak tahu nak terima atau tak"


"Dah istikharah?"


"Dah"


"Ape perasaan dia?"


"Tahlah kak, sebelum ni dia suka, ada perasaan sayang tu, tapi dia dalam dilema"


Tergelak. "Syaitan je tuh yang nak mengacau."


"Nape akak cakap macam tu?"


Tersengih. "Perkara syubhat buat, ok je, bila nak buat benda halal, boleh dilema pula. Syaitan lah tu yang mengacau"


"Eark.."


"Cuba bagitahu akak alasan yang munasabah untuk dia tolak. Laki tu bunuh orang ke? Tak solat ke? Minum arak ke? Merokok ke?"


"Eark, beratnya sebab nak tolak"


"Memang, sebab kalau setakat dalam dilema tuh, tuh maksudnya bolak-balik hati. Syaitan memang akan ganggu bila kita nak buat benda baik. Tapi benda syubhat macam abang adik angkat tu, sedaplah dia api-apikan suh buat lagi, buat lagi. Sedangkan kita tak sedar dok kumpul dosa. Perkahwinan ni bukanlah suatu benda yang mana perasaan itu perlu diutamakan sangat tapi ianya adalah sebahagian kecil sahaja. Yang penting, bagaimana kita mengolah perkahwinan itu sebagai ibadat. Ada orang jadikan perkahwinan sebagai jawapan bagi suatu percintaan dan pembuktian pada perasaan, sedangkan biladiuji sedikit, mula nak melenting, mula nak tu, mula nak ni. Perkahwinan itu ibadah yang barangkali ramai manusia hanya senang berbicara di mulut sahaja, tapi susah untuk benar-benar memahaminya"


Terkedu. Dan terdiam. Barangkali terkesima. Sungguh, jawapan pada perkahwinan itu adalah ibadah yang mana ianya menguji rasa di hati. Bagaimana nak hadapi kemarahan. Bagaimana pula untuk mengawak rasa cemburu. Dan bagaimana untuk mengemudi setiap langkah agak mendapat keredhaan Allah.


Sungguh, manusia menganggap "asal dapat kahwin, dah" sebagai satu falsafah untuk untuk membersihkan 'badi' yang menjadikannya sesak dan rimas akan keadaan sekeliling. Sungguh, akal yang dangkal, terlupa ALLAH itu MAHA BERKUASA.


Alunan musik itu mendamaikan. Dan hati itu tersenyum, selesa dan bahagia. Bukanlah suatu ujian itu dihadirkan untuk kita merasa sedih. Dan bukanlah kebahagiaan itu tidak akan berubah kepada kesedihan. Maka itulah pelajaran dariNYA, yang mengajar kita bahawa setiap manusia yang datang dan pergi adalah sebagai perantara untuk mengajarkan kita erti sebuah ilmu dariNYA.


"Dulu, kan dik, akak tercari-cari makna bahagia. Akak cari sejak sekolah menengah. Akak tengok perempuan tergedik-gedik cari pakwe, tapi bila putus, tertonggeng. Terfikir akak, bahagia ke tuh? Kenapa sekejap je?" Tersenyum


Dan aku menyambung. " Sebenarnya bahagia itu ada pada DIA. Bahagia itu kita perlu mengampu DIA. Bahagia itu, kita perlu dekat dengan DIA. Bahagia itu adalah merasa bahagia dengan setiap percaturan dariNYA. Maka bukanlah kebahagiaan itu datangnya dari manusia sekeliling. Mereka hadir untuk mengajar sedikit makna sebuah perasaan, dan kemudian, berlalulah kepada silibus seterusnya kerana keimanan kita perlu terus dan terus memuncak naik. Maka kita akan sentiasa bahagia. Kita tiada jaminan untuk mengatakan bahawa dengan memiliki segala nikmatNYA adalah bahagia. Kerana itu bukan milik kita. Maka perlulah kita tahu, kehadiran segala nikmat Allah ini adalah sebagai bentuk latihan dan ujian untuk menjadikan hati dari hiba, sedikit demi sedikit tersenyum, walau pada zahirnya manusia mengatakan kasihan. Maka itulah kebahagiaan"


Tersenyum. Dan sama-sama tersenyum.


Tetikus di sisi sudah digerakkan. Lincah dan laju mengendalikan gadget di hadapan mata. Order. Sibuk meneliti order dari pelanggan. Alhamdulillah, perniagaan semakin berkembang.


Tetikus menekan "left click". Terhenti. Terdiam.


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur sangat2...Allah pertemukan saya balik dengan akak..uppsss...akak tak kenal saya dan saya pun tak kenal akak. He. Maksud saya temukan saya dengan blog baru akak nie... dulu sempat saya jadi pembaca blog akak sekejap sebelum akak tutup. Saya pun tak ingat dah, bila mula kenal blog akak dan bila akak tutup.  Apa2 pun terima kaseh coz sudi menulis balik... semoga bermanfaat buat ummah, terutamanya buat insan-insan yang sangat memerlukan nasehat, teguran, motivasi dsb seperti saya nih.

Terkesima. Oh, lamanya ku tinggalkan teratak yang mengisi satu ilmu, yang mengolah dan menggubah rentak melodi di atas papan kekunci ini. Terkesima. Sungguh, sungguh agak lama aku tidak mengisinya dengan sebenar-benar pengisian, sibuk bercanda, menulis akan perkataan yang sama, dan mengungkapkan jawapan yang sama apabila pelanggan petah bertanya itu dan ini..yang sungguh..hakikatnya soalannya adalah sama. Sungguh, aku terkesima.


Gear telah natural, brek tangan telah diangkat. Stereng telah dipusingkan, meluruskan tayar. Tangan dan badan dibiarkan terdiam lama. Akal berfikir. "Bila lagi aku nak mula menulis" Terdiam, terkesima dan terkedu. "Allah sedang mengajar tentang bagaimana untuk menguruskan masa, maka belajarlah dengan sebaiknya" Terkesima. Dan sungguh, aku sedang mempelajarinya.


Membaca emeil tersebut, membuatkan aku benar-benar terlupa siapa diri aku yang dahulu. Membaca emeil itu benar-benar menjadikan aku menyedari diriku yang benar-benar berlalu dengan keadaan sekeliling. Membaca emeil itu juga menjadi aku melupai siapa yang ku kenali satu masa dahulu.


"Assalamualaikum, ingat saya lagi tak?" Suara pemanggil di sana kedengaran.


"Wa'alaikumussalam. Maaflah, siapa ni ya?"


Dan satu teka-teki yang ku biarkan. Malas untuk mengingati kisah lama, dan termangu-mangu untuk masa hadapan, maka, apa pula kisahnya masa kini? Dan itulah yang menjadi milikku, diberi peluang, masa kini, untuk mengisi dan sentiasa mengolah kebarangkalian atas segala yang menerjah di dalam akal fikiran, agar diolah di sini, di helaian manuskripku, dan moga ianya menjadi manfaat.


Sungguh, aku hanya ingin berjalan di dunia ini, melihat dan mengamati segala makna kehidupan dan inginku terjemahkannya kepada suatu makna, "Kembali kepada Allah, Untuk Allah, dan Kerana Allah"


Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan."
 ~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

Wednesday, 13 June 2012

Sunnah Orang Berjuang


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


" Kak, maaf kak sebab banyak susahkan akak"


Tersenyum melihat adik di hadapanku. " Dik, pernah tak dengar ayat ni, syurga itu dikelilingi dengan perkara yang banyak menyusahkan kita, tetapi neraka pula dikelilingi dengan perkara yang kita suka, yang kita rasa bangga melakukannya. Pernah tak dengar?"


"Pernah, kak"


"Jadi, takda istilah susah di dalam hidup akak. Dalam setiap yang dirasakan susah itu, akak akan cuba landaskan dengan al-Quran dan Sunnah, apakah wajar untuk akak kata perkara yang dikatakan susah itu adalah perkara yang menyusahkan atau suatu perkara yang Allah ingin ganjarkan sesuatu pada akak"


Terdiam.


Dan mataku masih memaku memandang ke hadapan, memandang deretan kereta yang bertali arus dengan cahaya lampu merah di bahagian bonet belakang. Fikiran terkenangkan sesuatu. Terkenangkan suatu perjalanan yang bertali arus juga atas satu, satu peristiwa yang menjadikan mataku acap kali panas kemerah-merahan berair bersembunyi menutup segala kedukaan, melawan segala mehnah.


Tanpa disedari air mata itu mengalir sekali lagi dan tertutup oleh secebis kain yang menutupi wajah.


Bibir mungil itu tiba-tiba melantunkan suatu lagu.

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..


Tersenyum.


SUNNAH ORANG BERJUANG







Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..

Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..


Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

Saturday, 5 May 2012

Hari ini...


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Hari ini, berada sekali lagi di sebuah tempat, yang penuh dengan kehijauan, dan dihiasi di sekitar tasik buatan manusia. Hari ini, aku melihat tenang ke arah awan, menghirup udara dan menutup mata. Ah, indahnya, tenangnya saat yang aku nikmati ini. Alhamdulillah.


Hari ini, aku melihat ramai kanak-kanak yang gembira mencubit roti-roti untuk diberikan kepada ikan-ikan di tasik.


"Dik, kalau adik tertekan, kalau adik rasa hidup yang adik sedang hadapi sekarang ni terasa sesak, cubalah untuk memberi dengan seikhlasnya. Pasti, ketika apa yang diberi itu dengan ikhlas bisa membuatkan adik tersenyum dengan tiba-tiba, bahagia" kata-kataku pada seorang adik yang kini telah dipanggil menghadapNYA. Suatu masa dahulu.


Hari ini, aku berbual-bual tentang kehidupan dengan seorang sahabat. Hari ini, aku mengamati kehidupan bersama seorang sahabat. Dan hari ini, aku bercerita mengenai sebuah kehidupan.


"Hari ini, aku bagitahu kat adik aku, hidup ini rilek-rilek sahaja. Tak perlu terkesan sangat dengan apa yang manusia buat kat kita. Hidup ini tenang-tenang sahaja, tak perlu nak hiraukan sangat perangai manusia pada kita. Hidup ini tujuannya satu, iaitu mencari keredhaan Allah, dan jangan jadikan tujuan itu tertukar dengan benda lain. Matlamat kene jelas, rezeki, jodoh, ujian, pertemuan semuanya itu adalah sampingan di sepanjang perjalanan menuju keredhaan Allah"


Hari ini, aku memberi pesanan kepada seorang adik, di dalam private message di dalam Facebook. " Ingatlah pesan akak ni, kita ikut apa yang Allah dan Nabi suruh bukan sebab kita berharap Allah akan bagi apa yang kita nak, tapi kita ikut sebab kita tak nak sakit pada masa hadapan nanti. Sama ada Allah nak bagi atau tidak, itu hak Allah."


Hari ini, seorang adik menangis, menangis dan menangis. Lalu aku hanya berkata, "Jangan menangis kerana perkara yang berlaku tidak mengikut kehendak kita tetapi menangislah kerana kita mengaku bahawa kita adalah hambaNYA yang Maha Lemah. Mengakulah betapa lemahnya kita jika tanpa bantuan yang Maha Berkuasa, Allah swt"


Hari ini, seorang adik bertanya tentang muzik yang melekakan, dan aku hanya tersenyum. Berapa ramai manusia kini mengambil apa-apa sahaja di dalam dunianya sebagai satu medium untuk menjadikan dia kembali kepada Allah, termasuklah tentang muzik. Berapa ramai, manusia yang tahu bahawa dirinya tidak mampu untuk menepis dari menjadi hambaNYA yang lalai. Berapa ramai?


Hari ini, telinga disuakan dengan lagu OPICK, hati mula syahdu, hiba dan terasa betapa susahnya hidup ini jika kita tidak mengisinya dengan kewujudan DIA. Sesungguhnya DIA sentiasa ada di hati hamba-hambaNYA, cuma sahaja kita selalu buat-buat tak perasan kerana kita lebih sukakan ajakan nafsu. Ingatlah wahai diri, syurga itu dikelilingi dengan perkara yang perit, tetapi neraka dipagari dengan perkara yang kita sukai.


Hari ini, aku melihat diri aku yang sekarang. Terlalu jauh dan leka. Terlalu lalai dan hati mula diwarnakan dengan tompok-tompok hitam itu. Diri kini sedang semakin menjauh dari ilmu, terdampar kepada perkara yang hanya menyeronokkan nafsu, jauh dari peringatan manusia sekeliling untuk kembali kepadaNYA semula.


Hari ini, aku mengambil sedikit masa dari hidupku, untuk duduk di sebuah bangku, melihat alam, melihat kehidupan, dan melihat diri yang sudah semakin hilang punca. Dan hari ini, aku merenung dan memuhasabah diri, menghisab diri kerana kata-kata saidina Umar, hisablah dirimu sebelum kamu dihisab. Maka, hisablah jiwamu, agar kita tahu, di langkah mana kita tersilap.


Hari ini adalah hari-hari yang ku renung, muhasabah ke belakang, dan ku susun kembali langkah ke hadapan agar aku berusaha supaya tidak menjadi hambaNYA yang kerugian masa yang diberikan.


"Ujian yang kita hadapi, bukan untuk kita berkata pada seluruh dunia, bahawa kita telah menghadapi saat-saat yang pahit di dalam dunia ini, tetapi ujian itu adalah pelajaran dalam hidup kita untuk kita berkata dengan hati yang ikhlas, bahawa saat itulah, saat yang paling bahagia di dalam hidupku, ya Allah. Maka, berbahagialah wahai manusia yang telah diuji dengan sangat hebat kerana ujian itu tujuannya adalah untuk kita kembali semula kepadaNYA"


Maka, berbahagialah pada saat-saat yang diberikan, kerana masa itulah yang diperuntukkan olehNYA untuk kita menyusun kembali perjalanan kita, agar sentiasa tertacap, bahawa kita mencari keredhaan Allah. Bersyukurlah.


Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

Thursday, 3 May 2012

Terusik akan kenangan itu [Cerpen]


Dengan nama ALlah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Sarat. Inbox penuh dengan SMS. Perlahan-lahan, folder inbox dibuka, dan satu persatu pesanan ringkas yang ingin dipadam diteliti terlebih dahulu. Terhenti. Lama merenung telefon bimbit itu. Mata terpaku memerhatikan isinya.

"Ada masa kta perlu ada seseorg teman agar kita tak kesunyian..
Ada masa, kesunyian mmbuatkan kita tidak pernah lupa betapa bernilainya seorg teman"

Hi3, ingat tak msg ni? Msg yang awak anta dulu.

Berkaca, mata itu terasa panas, berair dan menanti untuk tumpah. Tangan sudah menyeka empangan, tidak mahu ianya bercucuran lagi. Ah, masih lagi tersimpan kenangan itu. Menutup folder inbox telefon bimbit dan mula bersiap-siap untuk memenuhi pertemuan dengan adik usrah di masjid.


Sambil fikiran itu terputar dengan sendirinya, mata itu berkaca dan memikirkan rentetan setiap pengalaman hidupnya. Melihat lukisan yang telah tercoret, dan mengamati setiap perjalanan. Hatinya sayu, berfikir dan cuba untuk menguruskan perasaannya. Bukan dia tidak betah untuk menghadapi situasi itu, cuma sahaja, kenangan terkadang menjadikan langkah yang laju, menjadi perlahan dan barangkali terhenti untuk menenangkan jiwa. Hiba, mata yang telah difokuskan di jalanraya, tangannya pula cuba untuk mengawal stereng kereta dengan sebaiknya.


Masjid Putra. Kereta memasuki parking. Lemah. Longlai terasa untuk keluar. Di masjid itulah tempatnya dia menenangkan fikirannya apabila segala tanggungjawab terhimpit bertalu-talu di dalam jadual hariannya. Kakinya berjalan menuju ke suatu sudut, dan mencari tempat, duduk dan merenung serta memandang lepas ke arah tasik. Tenang. Damai. Angin lembut menghembus. Tudung labuhnya terbuai-buai mengikut alunan bayu. Sesekali, purdahnya itu terselak oleh tiupan itu. Damai.


Menanti kehadiran Suhana, Atirah hanya bertasbih memuji alam ciptaan Allah. Hanya sahaja cuba untuk mententeramkan jiwanya sebelum bertentang mata dengan adik usrahnya itu di situ. Kelihatan dia tenang menghayati alam, dan asyik dengan tasbih di tangan.


"Assalamualaikum, kak" Suhana memberi salam, mengejutkan lamunan Atirah. Di balik purdah itu, dia tersenyum dan menjawab salam. Suhana mengambil tempat di sisinya.


"Panjang akak termenung, takut saya nak kacau akak" Tergelak kecil.


Atirah hanya tersenyum, dan kembali merenung ke arah tasik itu. "Alam, dik. Bila hati dan jiwa tengah bercelaru, alam itu sangat membantu dalam menenteramkan fikiran yang sedang berkecamuk"


Diam. "Akak ada masalah ke?" Suhana cuba mencungkil.


Atirah cuma mendiamkan diri, dan fikirannya berfikir menyusun kata-kata. Tunduk. Perlahan bersuara, "Akak rindukan kembar akak"


"Haaa? Akak ada kembar? Saya tak tahu pun? Dia kat mana sekarang? Kenapa akak tak pernah cerita pun kat saya?" Bertalu soalan keluar. Atirah hanya tergelak.


"Dulu, ada seorang ikhwah ni, dia bersahabat dengan akak. Lama kami bertukar-tukar ilmu, kemudian baru tahu, tarikh lahir dia sama dengan tarikh lahir akak. Sejak tu akak panggil dia kembar akak" Tersenyum.


"Macam-macam yang kami kongsi, dik. Pengalaman, ilmu, kisah hidup. Dengan dia, akak anggap dia seperti kembar akak. Perasaan memiliki seorang kembar, mempunyai banyak persamaan pulak tuh. Akak suka kata dia tiru akak, sebab apa yang akak nak buat, mesti dia pun nak buat. Akak suka cari jalan nak buat dia marah. Tapi selalu tak berjaya. Perwatakan dia berbeza dengan akak. Akak ni kekadang garang, dia tenang je. Dia selalu cakap, kenapa nak marah, kan marah tuh sifat syaitan. Kadang-kadang tuh, dia suka mengusik akak. Akak teringat masa dia balik dari Mesir beberapa tahun sudah. Dia menyamar, kata nak cakap dengan Encik Karim." Tiba-tiba Atirah tergelak, terkenangkan saat itu.

"Assalamualaikum, Encik Karim ada?"

"Wa'alaikumussalam. Encik Karim? Maaf, kat sini takda Encik Karim. Encik dah salah nombor"

"Oh, saya salah nombor ye. Kalau camtu, siapa nama cik ni ye?"

"Kenapa nak tahu?" suara agak keras dari sebelumnya.

"Saja, lagi pun tak salahkan kita bersahabat"

Kening dah mencerun. "Maaflah, saya tak kawan dengan orang yang saya tak kenal. Encik Karim takda kat sini. Ok ye, Assalamualaikum"

Telefon bimbit yang baru dimatikan panggilan, tiba-tiba menerima pesanan ringkas.

"Sorry la cik adik. Silap call. Harap tak kisah la dengan hal tadi tu"

"Takpe"

"Kalau camtu, bolehlah kenal lebih lanjut lagi"

"Maaf, saya tak kawan dengan orang yang saya tak kenal"

"Lepas tu, kak? Akak layan tak?" Suhana tiba-tiba bersuara, ingin tahu kesudahan cerita.


Tersenyum. "Adik kenalkan akak macam mana?"


Tergelak. Suhana memang kenal dengan kakak naqibahnya yang sangat tegas ini. Teringat kata-katanya, "Kalau kita tak tegas, nanti kita akan dianggap mudah untuk diperkotak-katikkan. Takpe, kita tegas untuk menjaga demi masa depan kita juga, kan?"


Atirah masih merenung jauh, melihat jambatan di tengah-tengah tasik, yang menghubungkan di antara satu tebing dengan tebing yang satu lagi, mengamati pemandangan, sambil hati itu cuba untuk ditenangkan.


"Dia banyak bagi nasihat kat akak. Paling banyak, dia selalu ingatkan akak tentang kekuasaan Allah. Berbeza dengan lelaki lain, bila seorang wanita bersedih, selalunya akan menaburkan janji-janji kosong yang hanya berbentuk ketenteraman hati dan fikiran apabila berada dengan seorang lelaki. Dia tak pernah bagi janji kosong. Dia hanya akan ingatkan akak dengan janji-janji Allah kerana janji-janji Allah lah yang pasti. Dia kata, jodoh ini rahsia Allah. Kadang-kadang, cinta bagai nak rak pun, kalau bukan jodoh, tetap bukan jodoh. Kalau masing-masing tak pernah bercinta, kalau dah nama jodoh, tetap akan sampai." Menutup mata, dan menelan air liur. Terasa berpasir.


"Bagusnya dia. Sangat berbeza dengan lelaki-lelaki yang saya tengok. Ada tu, bila wanita yang dia sayang bersedih, dia akan janjikan apa-apa sahaja yang membuatkan wanita itu percaya pada dia. Habis tu, akak dan dia sekarang macam mana?"


Terdiam. Dan Atirah mengalihkan matanya. Lama dia mendiamkan diri sehingga Suhana terasa serba salah.


"Kak, maaf kak, kalau akak tak jawab pun takpe"


Tersenyum. "Lama tuh, baru kami tahu, yang lelaki dan perempuan tak boleh berkawan. Walaupun kami boleh menjaga, tapi ini tentang hukum. Dia ustaz, akak pula banyak buat gerak kerja islam. Apakah disebabkan kami berstatus begini, orang awam tak boleh, kami boleh? Hukum itu tidak melihat siapa kita, dik. Hukum itu nak tengok sama ada kita taat pada Allah atau tidak. Bukan bermaksud kami boleh menjaga, orang awam tak leh. Ini tentang ketaqwaan"


Setitis air matanya mengalir, jatuh.


"Tapi, akak dan dia, kan boleh kahwin?"


Bibir Atirah terukir senyuman pahit. "Masa tu, kami berbincang tentang hukum Allah itu. Perbincangan yang tenang. Rupa-rupanya, dia memang dah bercadang untuk berkahwin dengan akak. Tambah lagi, dia tak nak kami leka dan lalai dengan hukum Allah. Tapi...."


Menelan air liur. Terasa air liur yang ditelan itu berpasir, terasa pahit. "Allah belum izinkan lagi, dik. Dan kami mengambil keputusan untuk tidak berhubung lagi hanya kerana kami tak nak dikatakan tidak taat kepada hukum Allah"


Lama Suhana melihat Atirah. Seolah-olah membiarkan kakak di hadapannya itu larut dengan perasaannya. Atirah tertunduk, dan terdengar esak tangisnya. Suhana terdiam.


"Kak, Su yakin, Allah tahu, kalian sedang membina ketaqwaan, kerana itu DIA belum izinkan lagi sehingga akak dan dia dah betul-betul menjadi insan yang bertaqwa. Sabarlah, kak" Suhana cuba menenteramkan perasaan Atirah.


Tangannya menyeka empangan yang pecah itu. "Takpa, akak terima. Cuma sesekali, bila kita teringat kenangan, menjadikan kita menyedari bahawa kita sebenarnya adalah hambaNYA yang maha lemah, kita tak mampu untuk berkata yang kita mengetahui kesudahan sesuatu perkara melainkan hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahuinya. DIA lah yang Maha Berkuasa. Segala yang akak hadapi, membuatkan akak sedar, akak adalah hambaNYA yang lemah. "


Suhana terdiam. "Terkadang, kan dik, kita dah taat segala perintah Allah. Dah jaga itu, jaga ini, ikut apa yang Allah suruh, tapi masih juga kita tak dapat apa yang kita nak. Taat bukan bermakna kita bakal dapat apa yang diidamkan, tapi taat untuk membuktikan kita bertaqwa. Taat untuk memberitahu bahawa kita ini adalah hambaNYA yang lemah dan sangat memerlukan DIA"


Akhirnya mereka memandang lepas ke arah tasik, menghayati pemandangan..


Kenangan itu menjadikan sesekali luka yang telah sembuh, tetap terpamer parut yang mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh. Kenangan itu tidak pernah hilang, tetapi ianya mencorak masa hadapan. Kenangan itulah yang menjadikan kita bermuhasabah diri tentang siapa diri kita di hadapanNYA. Masa. Dan sesungguhnya Atirah hanya perlukan masa.


Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

Monday, 13 February 2012

Selamat Hari Lahir...

 Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.



"Pertama kali saya tengok akak, akak nampak macam tenang je. Memang betullah, kan kak, yang kat dalam tu susah nak ditebak. Bila saya baca buku akak, rupanya..."

Mata masih terpaku pada pemandangan. Malam tu, berpeluang, dan peluang yang DIA sediakan untuk aku tenang sebentar, tenang dengan alamNYA, bersama-sama membesarkan Sang Pencipta. Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah.

"Sebab adik selalu nampak akak menangis. Adik tak nak akak menangis lagi"

Panas, bebola mata itu terasa panas. Bergenang, empangan itu sedang dipenuhi yang menanti untuk pecah.



Di hadapan sekalian manusia, pamerkanlah dengan sebaik-baik hikmah, pamerkanlah dengan sebahagia yang mungkin agar mereka terasa bahagia berada di sisi kita. Di hadapan sekalian saudara seislam, tunjukkanlah, tunjukkanlah sebuah ketenangan yang menyejukkan kerana ianya bagai air yang mendamaikan bagi sekalian manusia apabila merapati kita.

Dunia ini dijadikan satu hamparan latihan, yang mana menjadi satu ingatan kepada kita. Yang mana, latihan itu terkadang memberikan kesan kepada kita, tak kiralah pada fizikal atau hati. Terkadang, latihan itu boleh menjadikan kita terawang-awangan dari tujuan utama kita berada di dunia ini. Latihan itu juga, ada kalanya benar-benar membuatkan kita terhenti di satu stesen, kerana takut untuk melangkah seterusnya.

Inilah dunia yang kebanyakan manusia saling kejar mengejar mencari kepuasan, mencari kesempurnaan.

Di dalam aku melangkah, mencari dan terus mencari, seringkali aku bertemu dengan si musang yang menyamar menjadi kambing biri-biri, yang ku sangkakan mendamaikan. Acap kali juga aku bertemu dengan sekalian manusia yang benar-benar merobek dan meluluhkan hatiku. Bukan tiada kerana itulah tugas manusia yang berada di sisi kita, tugas yang menjadi ujian kepada kita.

Dalam aku melangkah, bukan aku tidak pernah terkesan dek tingkah-laku manusia, tapi, itulah dia, manusia yang telah diciptakan untuk kita berfikir akan kekuasaanNYA, bukan memikirkan kelancaran perancangan kita apabila berada di dunia ini.



Hari lahir, adalah satu tarikh yang diraikan oleh sekalian manusia bagi menyatakan pertambahan umur kita. Ulangtahun, adalah satu hari di dalam setiap tahun yang dinanti-nantikan untuk kita semua merasai bertambahnya kematanagn kita untuk melihat setiap kejadian lepas.

Jarang manusia ingin memikirkan atas jasanya pada Islam. Apa yang difikirkan adalah bagaimana untuk menyempurnakan hidup, memiliki sebuah rumah yang selesa, kereta yang laju meluncur di atas jalan raya, tidak tersengguk-sengguk, serta harta kekayaan yang melimpah. Hanya semata-mata untuk memenuhi kepuasan hatinya.

Dan tidak kurang juga yang acap kali berfikir-fikir akan kesilapan manusia pada dirinya.

"Benar, dia ada buat silap pada akak, tapi akak masih lagi berfikir kebaikannya pada akak, maka segala pahit yang diberikan itu akan diraikan dengan kebaikan yang pernah dia berikan. Jangan mengharapkan manusia itu pada hari ini baik, esoknya dia masih tetap baik, tapi ketahuilah, manusia ini bersifat sentiasa berubah-rubah. Maka, jadikanlah setiapnya untuk kita hargai supaya kita tahu, hidup kita tidak pernah membosankan"

Tersenyum.

Maka, inilah sahaja yang mampu aku lakukan, inilah sahaja yang aku terdaya, dan ketika saat ini, aku hanya katakan, aku ingin seluruh hidupku, ku habiskan untuk menghayati keindahan islam di dalam hidupku, dan bukanlah disebabkan kehadiran manusia, aku menjadi bahagia. Aku bahagia kerana aku dilahirkan menjadi seorang islam dan aku ingin menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang islam disamping mencari mutiara iman itu.

Memoir Secangkir Kopi, adalah satu usahaku, satu caraku, jika benarlah kata-kata manusia sekeliling tulisanku itu menyejukkan dan mendamaikan membawa manusia kepadaNYA, maka aku cuba dan cuba untuk membawa manusia kepadaNYA.

Apabila anda sudi menghulurkan sedikit nilaian harta dunia, maka ketika itulah hati anda telah terbuka untuk mengetahui barang daganganNYA, iaitu ilmu Allah. Aku hanya perantara, malah menggunakan barang pinjaman dariNYA pula untuk berdagang, maka, tidaklah sesuai jika manusia ingin mengetahui latar belakang orang tengah ini. Tapi, kenalilah Allah, yang telah mengizinkan aku berdagang menggunakan harta pinjaman dariNYA. Maka, inilah dia, ilmuNYA, yang ingin ku kongsikan.

Terima kasih buat sahabat-sahabat yang telah memberi respon untuk reserve dan membeli secara langsung serta tak langsung manuskrip ini. Hanya sekalung ucapan terima kasihku kepada kalian, kerana kalian membantu 'orang tengah' ini untuk mendapatkan manfaat dari pinjamanNYA. Terima kasih, wahai sahabat-sahabatku.

Dari manuskrip ini, ambillah ilmuNYA. Aku hanya olah ilmuNYA melalui sedikit kehidupanku agar kalian yang membaca dapat memahami, setitis kecil dari seluas lautan ilmuNYA. Fahamilah ilmuNYA dan aplikasikanlah di dalam kehidupan kalian, kerana kita tidak mempunyai jalan cerita yang sama, tetapi kita belajar ilmuNYA yang sama. Fahamilah dan aplikasikanlah kerana dengan dua perkara ini, kalian akan bahagia dengan setiap ketetapanNYA.

Terima kasih.

Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan."
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

Saturday, 11 February 2012

Memoir Secangkir Kopi

 Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Pitam. Kepala berpusing-pusing. Badan dah ku ngongoikan, berjalan dan kemudian rebah ke katil. Kelam dan...terlena. Pengsan.

"Untuk jangka masa panjang, awak nanti akan kerap pengsan" Dan wanita di hadapanku menyatakan nama simptom yang ku alami, membuatkan aku terkedu. Terpempan.

Seteguk, dua dan cangkir itu ku letakkan kembali ke piringnya. Puas dan aku mengimbas kembali kejadian lepas.

"Saya ada bagi kawan-kawan saya baca blog Kak Long, semuanya cakap, bila dia baca, dia terasa tertarik nak habiskan. Diaorang kata, kalau buat buku, membuatkan orang nak baca"

"Insya Allah, kalau Allah izinkan, tak buku, manuskrip pun jadilah, kan?"

Tersenyum.

Mengamati alam ciptaan Allah, menghayati kebesaran Allah, dan berfikir betapa agungnya yang Maha Agung, Allah swt. Setiap kejadian dan kehendakNYA pastilah akan berlaku jika DIA menghendaki sedemikian. Maka, aku sedang hidup dalam aliran takdir dariNYA.

Dua sebab kenapa manuskrip ini hadir. Dua sebab yang menjadikan aku mengusahakannya juga. Dua sebab, manuskrip Memoir Secangkir Kopi ini akhirnya keluar di paparan umum untuk dipersembahkan.

Dua sebab...

"Awak kene makan supplement ni sampailah awak mati. Tak boleh tak makan. Awak tu eksiden teruk. Penyembuhan dah takda, awak cuma boleh menahan sahaja, selagi termampu"

Hasil dari jualan, walaupun tak banyak, adalah satu usaha saya untuk menampung perbelanjaan saya bagi proses "menahan" yang dikata. Benar, aku sudah tidak boleh dikatakan sihat, kerana nikmat itu telah diambil olehNYA.

"Dik, Nabi kata, 5 perkara sebelum 5 perkara, kan. Akak dah alami 4 dari 5 perkara, tinggal satu je lagi dik. Hi3..." Dan pesanan ringkas itu dihantar ke penerimanya.

Tiada balasan.

Benar, tidak ramai yang suka untuk membicarakan hal kematian sedangkan itulah perkara hakikat yang pasti akan berlaku. Cuma manusia suka untuk mempertikaikannya.

Setelah kejadian besar itu, sebahagian besar nikmatNYA telah diambil, hatta, ingatanku juga pada ilmuNYA telah hilang bersama-sama dengan kejadian itu. Menjadikan saya adalah seorang penganggur yang tidak mampu untuk bekerja di dalam bidang saya sendiri.

"mRNA?? Allah" tepuk dahi. Aku sudah lupa. Menyelak-nyelak lembaran catatan tebal cendekiawan Barat itu, menjadikan aku semakin terpinga-pinga. Allah, kat mana bermulanya ilmu ini yang sebenarnya? Menggaru kepala, dan akhirnya aku menutup buku berkulit tebal itu.

Naskah ini juga adalah lembaran yang pernah satu ketika dahulu aku cuba dan cuba untuk usahakan bagi memenuhi permintaan saudara seislamku. Akhirnya, dengan izin Allah, karya itu terhasil. Walaupun tidaklah sesempurna mana, tetapi cubalah, cubalah wahai hati yang ingin mengetahui, ambillah hikmah dari penceritaan itu kerna jalan cerita kita semua tidak sama. Tidak sama. Maka, ambillah hikmahnya.

Inilah dua sebab yang ku katakan, dan dengan rendah hati, aku ingin mempersembahkan manuskrip Memoir Secangkir Kopi agar ianya menjadi tatapan pembaca yang mencari hikmah, bukanah jalan cerita yang sama. Hikmah yang mana sebahagian manusia melihatnya berbeza-beza.

Senaskah, insya Allah, berharga RM15.00. Bersam-sama dengan kos penghantaran, RM5.00 menjadikan manuskrip ini berharga keseluruhan, insya Allah, RM20.00.

Sekiranya saudara-saudari berminat, bolehlah menghantar komen dan urusan jual-beli akan berlangsung secara private. Insya Allah.

Setiap pembelian, ku dahulukan dengan sekalung terima kasih, kerana dalam tidak sedar, itulah rezeki untukku meneruskan proses "menahan" yang telah ku katakan di atas.

TERIMA KASIH.

PERIHAL MANUSKRIP
Harga Senaskah : RM15
Bayaran postage : RM5
Bayaran Keseluruhan : RM20

CARA-CARA PEMBAYARAN.
Melalui bank-in ke dalam akaun sama ada CIMB atau MayBank
CIMB, 05060142026528 (Nor Atiqah Binti Zulkifli)..
MayBank 155015056698 (Nor Atiqah Binti Zulkifli)

Setelah melakukan pembayaran, emeilkan bukti pembayaran serta alamat penghantaran ke
are_tq@yahoo.com


SYUKRAN JAZILAN ATAS PEMBELIAN ANDA, SEMOGA ALLAH MERAHMATI ANDA SEKALIAN..
 
Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

Sunday, 13 November 2011

Menasihati dan dinasihati...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagikan Maha Penyayang



"Alar, engkau ni, pandai nak nasihatkan aku je, kau sendiri pun tunggang langgang, ada hati nak nasihat aku" Natasya yang menerima kata-kata itu selepas dia bersuara pada kawannya tentang kesilapannya membidik manusia lain tanpa usul periksa, dan akibatnya menerima kata-kata yang agak tertusuk di hatinya.

Terdiam...



Segala puji dan puja hanya saya sampaikan kepada yang Maha Esa, kerana masih mengizinkan untuk tangan ini menaip dan mencurahkan idea serta berkongsi ilham dari yang Maha Pemurah. Selawat dan salam ke atas baginda, Rasulullah Muhammad s.a.w.

Sering kali terjadi akan perkara ini yang menyebabkan manusia seringkali pula membalas kata-kata nasihat dengan ucapan yang menyakitkan hati untuk didengari.

Ada adab, ada cara, dan ada juga jalannya untuk kita memahami nasihat, menasihati dan dinasihati.

Maka sesungguhnya, hanya sekecil-kecil perkongsian ingin saya kongsikan di sini.

Seringkali manusia selalu teragak-agak untuk menasihati manusia dek kerana takut jika apa yang dia nasihatkan, dipandang orang tidak melakukannya. Benar, Allah memberi amaran keras kepada para penasihat sebegini, tetapi, bagi yang dinasihati, tidak bolehkah mengambilnya bukan dari orang yang memberi nasihat tetapi ianya adalah ilham yang datang dari Allah melalui perantara manusia-manusia itu.

"Tulah, kan kak. Saya pernah dengar, jangan melihat orang yang menasihatkan itu apabila dia menasihati, tapi, tengok apa yang dia nasihatkan"

Tersenyum dengan kata-kata adik ini. Tapi, kebanyakkan manusia selalunya akan melenting apabila dinasihati kerana merasakan aib dirinya telah diperhatikan.Terkadang, walaupun orang yang menasihati itu juga dah pun mengikut adab-adab cara untuk menasihat, tetap jugak kata-kata kesat dapat kepada mereka.

"Alah, engkau pun 2x5, ada hati nak tegur aku"

"Eleh, nak cakap aku pakai purdah ni mendatangkan fitnah juga, yang engkau tuh, pandang-pandang perempuan tak pakai tudung, sama jelah"

"Ahh, poyolah engkau. Konon kata jangan cakap pasal orang, yang engkau tu, aku dengar minggu lepas cakap pasal budak ni, ada aku kisah??"

Dan banyak lagi kata-kata yang jika saya coretkan di sini, akan hanya memberi idea kepada manusia untuk menepis dari menerima nasihat. Tapi, ketahuilah wahai manusia, semua itu mencerminkan diri kita yang tidak terbuka menerima teguran dariNYA.

Cubalah..cubalah wahai hati untuk melatih hatimu dengan berkata, "Oh, ini pastinya ilham dariNYA yang disampaikan melalui perantara orang ini. Ya Allah, aku bersyukur. Alhamdulillah". Lalu, berterima kasihlah kepada yang menyampaikannya kerana bukan senang seseorang untuk menasihati kita. Silap hari bulan, bukan kata-kata terima kasih, ditempelaknya kita. Allahu..



"Habis tu, kak, macam mana pulak orang yang bagi nasihat tu tapi dia sendiri pun tak buat"

Tersenyum.

"Dik, manusia ini, fitrahnya memang Allah jadikan sebagai seorang yang pelupa. Kita selalu lupa dan disebabkan banyaknya yang kita memberi, kita terlupa bahawa setiap yang diberi, manusia sentiasa berhajat untuk membalasnya. Itulah fitrah kita.

Apabila dia terlupa, ingatkanlah dia semula. Tapi, apabila telah diingatkan, dia masih juga tidak melakukan apa yang pernah dia ucapkan, maka, biarlah itu menjadi urusan antara dia dengan Allah, kerana barangkali, Allah akan mengujinya di kemudian hari, dan ketika itu barulah dia tersedar."

Tersenyum dan memandang Natasya.

"Analogi dia gini dik, kita pergilah melancong tah ke mana-manalah. Pastu, kita jumpa sesuatu, kita beli sebab kita nak bagi kat sahabat kita. Sahabat kita bila terima hadiah tuh, bukan main suka lagi, lalu dia bercita-cita nak membeli sesuatu untuk kita. Bila kita terima, alahai, benda tu bukan kita pakai pun, simpan kat dalam kotak souvenir lah gamaknya. Tapi, adik kene ingat, satu hari nanti, kita akan buka balik kotak tu, dan kita akan menjumpai apa yang dia beri, dan ketika itu barulah kita tersenyum"

Janganlah kita menjadi seorang yang pelokek untuk memberi nasihat, kerana nasihat itu adalah salah satu pertolongan dari kita sebagai saudaranya. Memberi nasihat yang baik itu adalah satu bentuk pertolongan. Dan janganlah kita mudah menjadi sensitif dan mengambil tindakan menghindari manusia itu dek kerana fikiran yang berfikir tak nak dinasihati oleh orang itu lagi. Ketahuilah, jika Allah tidak mengilhamkan, orang yang kita sangkakan akan memberi nasihat pun tetap takkan beri nasihat.

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."

Tersenyum dengan kata-kata ini. Indahnya, dan ianya sangat menghiburkan hati yang selalu terleka dan lalai. Nasihatilah saya jika saya salah, dan jika saya masih tidak sedarkan diri, tutuplah aib saya, dan semoga Allah menutup keaiban dirimu dan memberi taufik kepada saya untuk memahami nasihat anda.

Syukran.




Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan."
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”