Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Tuesday, 22 May 2012

Tempat bermain-main


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Membasuh pinggan. Terfikir. "Dunia ini adalah tempat bermain-main. Tapi.."


"Alar, ada tapi ke, ingatkan boleh bermain sungguh.." Mendengus adik di sebelah. Dan aku hanya tersenyum.


"Tapi, jangan lupa tempat kembali kita agar kita tidak melampui batas"


Memandang adik di sebelah, dan tersenyum.




Segala puji dan puja hanya kepadaNYA, Allah swt, Pencipta kita untuk menguji keimanan kita, lalu dihadirkan nikmat dan musibah agar kita menjadi hambaNYA yang sentiasa bersyukur. Selawat dan salam buat penghulu Nabi, Rasulullah Muhammad s.a.w.


Firman Allah, surah al-an'am ayat 32
Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?


Berlari-lari anak, di atas trek, sambil mengepak tangan. Berpusing-pusing tanpa mempedulikan manusia di sekeliling. Bahagia.


"Awak dah tak boleh berlari, dah tak boleh lompat-lompat" Fikiran terkenangkan suatu peristiwa, setahun yang lepas. Di sebuah bilik pemeriksaan, bilik Rehabilation, di sebuah hospital.


"Hah, jogging? Basket?" Terkebil-kebil memandang wanita yang berkot putih di hadapanku, berharap agar masih diberi peluang untuk melakukan aktiviti yang dah sebati dalam hidup.


Terdengar suara doc mendengus. "Awak nak pakai kaki awak lama, kan?"


Tunduk, "Baik doc" Diam..


"Dik, nak terbang ke dik?" Tiba-tiba disapa oleh seorang bro..Di atas trek.


Tergelak, "Haah, nak terbang"


Jiwa terasa indah, hati terasa ingin melonjak. Dan aku terasa betapa nikmatnya dihamparkan hamparan dunia untuk aku bermain-main. "Aghhhhh, terasa nak menjerit. TERIMA KASIH YA ALLAH..."


Bahagia, saat diberi peluang untuk menjejakkan kaki di atas trek semula selepas dua tahun. Inilah hamparan tempat aku bermain. Tempat aku berhabiskan masa dengan melihat gelagat manusia, berpoco-poco, basketball, badminton, squasy dan banyak lagi. Di sini aku berhabisan berlari di trek 5 ke 6 round trek. Di sini. Tempat aku bermain.


"Kak Long, apa maksud Kak Long kata dunia ini adalah tempat bermain-main?" Tersenyum, kembali ke alam realiti, di hadapan seorang adik yang petah bertanya.


"Allah telah berfirman, bahawa dunia adalah tempat kita semua bermain, tetapi DIA juga mengingatkan kita bahawa tempat kembali kita supaya kita tak melampui batas. Kak Long bagi satu analogi, dalam sebuah permainan jungle tracking, mencari arah jalan pulang, kita diberi pelbagai peluang untuk menggunakan alam untuk meneruskan perjalanan. Sebagai contoh, kita boleh gunakan akar untuk dijadikan tali, akar yang berjuntai-juntai tuh. Kita menggunakannya untuk sampai ke tujuan kita, tapi kita sedang bermain permainan jungle tracking ni. Dan ada satu lagi, jangan guna akar tuh melampaui-lampau sebab kita boleh merosakkan alam. Kalau melampau, bila sampai ke tempat destinasi, kita tak sedar dalam setiap perjalanan kita tuh ada CCTV, jadi kenelah denda sebab dah merosakkan alam. Nampak tak cara bermain yang Allah suruh kita buat?"


Mengangguk.


"Satu lagi, hamparan permainan ini juga, Allah sediakan setiap bahan permainan untuk menguji tahap keimanan kita juga. Cuba tengok kisah Nabi Adam, tentang buah larangan tuh. Apa jadi bila Nabi Adam melanggar pesanan Allah. Begitu juga di dunia, ada yang Allah memang sengaja letakkan haram untuk menguji ketaqwaan kita kepadaNYA. Macam contoh arak, Allah sengaja meletakkan haram kerana di syurga nanti Allah dah sediakan arak yang jauh lebih sedap di dunia. Jadi, mujahadah mengharapkan balasan di sana. Allah memang sengaja untuk menguji kita. Dalam setiap permainan juga ada rules yang kita kene patuhi, bukan sebab nak susahkan kita, tapi nak beri keselamatan pada kita. Cuma sama ada kita nak ikut atau tak je, itulah tanda aras iman kita"


Inilah hamparan permainan yang penuh dengan kebahagiaan, tanpa kita perlu berfikir bahawa segala macam yang kita miliki kini adalah sebagai batu loncatan untuk membantu kita kembali ke tempat kembali kita. Kerana, jika kita menyimpan dan ingin memilikinya, kita tak sedar, semuanya itu melambatkan lagi kepulangan kita ke tempat asal kita. Dihisab dan dipersoalkan. Kita hanya menggunakannya untuk membantu kita.


Inilah hamparan permainan yang tidak pernah lagi mengecewakan kita. Inilah hamparan permainan yang ingin DIA selalu mengingatkan kita tempat kembali kita. Inilah dia hamparan permainan, dunia yang sebentar lagi kita akan kembali, pulang dan menghadap yang Maha Esa.


Semoga kita semua berpuas hati dengan corak permainan masing-masing.


Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”