Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Saturday, 25 August 2012

Masa yang ditinggalkan tanpa dihargai


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


"Ah, wakmende. That's wasting time. Banyak lagi benda lain yang boleh akak buat dari menjawab soalan 'Awak tengah buat apa?' Tak nampak membazirkan masa ke hanya semata-mata nak taip jawapan untuk soklan macam tu." mendengus. "Wasting time" dan dia berlalu pergi menuju ke destinasi.


Adik yang berada di sisinya termengah-mengah mengejar Atirah. Memang sudah dimaklumi, kakaknya itu kalau dah mula melangkah, memulakan jalannya, macam keretapi laju. Terpaksa yang berada di sisinya menarik tali brek untuk memperlahankan langkah. Penat.


"Bukanlah akak boikot orang yang dok sibuk main message, update status semua bagai, tapi, tak rasa ke itu suatu pembaziran. Kita sibuk update status, message, macam kita ni hidup untuk kecanggihan elektronik sahaja. Tiada masa privasi, tiada waktu untuk kita berkhalwat bersamaNYA. Semuanya ada je nak dikongsikan dengan manusia. Macam artis pulak. Sedangkan Nabi pun takda pulak baginda update status memanjang apa yang baginda buat kat sahabat.Pelik orang zaman sekarang" terdengar nada suara kecewa. Adik di sisinya hanya mendengar tanpa mencelah. Hilang punca. Tunduk dan memandang lantai, terdiam.


Berhenti. Pandangan dialihkan, memandang ke arah adik. "Pelikkan, manusia ni." Diam. "Ah, nak buat apa pelik. Dah nama pun ummat akhir zaman. Yang mereka tahu dan rasa apa yang mereka buat tu semuanya betul, takda yang salahnyalah" Dan menyambung langkah semula.


Mengamati perbualan dan isi kata-katanya, membuatkan aku berfikir dan terfikir.



"Eh, kau merajuk dengan aku eah? Tak payahlah merajuk dengan aku. Buang masa je merajuk dengan aku. Aku tanya sekali je, kalau kau nak merajuk, lantak kau lah ye, aku ada berlambak benda nak buat"


Tergelak. Dan aku tertarik dengan jawapannya.


"Takda maknanya. Kau ada matlamat kau, aku pun ada matlamat aku. Baiklah kita tumpukan pada matlamat kita dari kita menyibukkan diri dengan perkara remeh untuk merajuk. Kau sendiri pun tahu, merajuk ni semua buang masa. So, keep concentrate with our destiny."


Tersenyum.


"Nak tahu tak, kenapa akak suka duduk sorang-sorang kat masjid ni?" adik di sebelahku menggeleng kepala. Dan aku tersenyum. Mengalihkan pandangan, dan memandang ke arah tasik. Tenang.


"Dalam kita berpusu-pusu sibuk dengan urusan dunia, kita perlu duduk diam, tinggalkan sebentar urusan dunia tu, bertenang dan lihat kembali, apa yang sebenarnya kita tertinggal. Kadang-kadang, manusia selalu sibuk dengan masalah perniagaannya, sibuk dengan masalah keluarga, sibuk dengan segala macam perkara sampai kita terlupa perkara yang kita lupakan itu barangkali perkara itulah perkara utama"


Adik di sebelah tiba-tiba terkedu dan terdiam.


"Wah, Kak Long. Dahsyatlah. Dalam Kak Long sibuk-sibuk niaga ni, sempat lagi Kak Long ambil tahu tentang adik-adik usrah"


Tergelak, mengingati satu kata-kata dari seorang adik usrah.


"Kene pandai cari masa dan ruang. Bukanlah semua perkara penting itu adalah perkara utama, tapi kita kene perlu susun yang mana satu awlawiyat pada setiap masa."


Terlalu ramai manusia yang acap kali disibukkan dengan perkataan, "Bosanlah, nak buat ape eak?". Sungguh, kata-kata dari Imam Hassan al-Banna, "tanggungjawab itu melebihi masa", jadi, di manakah yang dikatakan tiada kerja?


"Manusia ni nak percaya benda depan mata je. Mereka tak percaya bila buat kebaikan itu akan dapat pahala, buat kejahatan itu akan dapat dosa. Kalau Allah buka hijab, tengok ganjaran pahala tu, nescaya mereka semua berpusu-pusu untuk melakukan kebaikan" di suatu pagi, tiba-tiba ayah bersuara. Dan aku terkedu.


Lama memandang ke arah tasik. Dan aku bersuara. "Adik nak tahu tak, golongan yang belajar dan percaya pada sains lah kebanyakkannya yang terpesong akidahnya"


Terkejut. "Eh, nape akak cakap macam tu?"


"Sebab kebanyakkan golongan ini yang percaya semua yang berlaku pasti ada sebab. Bila mereka kaji, mereka menyakini semua perubahan itu disebabkan hasil eksperimen, hasil tapak jalan, hasil kajian mereka. Ketahuilah wahai adikku, bila kita percaya perubahan itu dari hasil kajian itu sendiri sahaja, kita dah terpesong. Semuanya, apa sahaja di dalam dunia ini adalah atas izin Allah. Itulah yang sepatutnya kita beriman. Segala kajian kita semua itu hanyalah sekadar perantara, digerakkan juga adalah atas izin Allah"


Mengangguk kepala.


"Mesti adik tak tersangka, kan? Cuba bayangkan kalau masa yang adik ada sekarang ni, adik habiskan dengan menjawab perkara 'bosannya, nak buat apa ni?'" tersenyum. Dan adik di sisi tergelak, terasa terkene.


"Dah tak ramai manusia sekarang yang nak mengisi masanya dengan perkara ilmiah, perbincangan yang terkadang mengusik dan mengingatinya kembali kepada Allah. Kita ni banyak 'tak tahu', tapi kita selalu disibukkan dengan 'buat-buat tahu'. Hatta, perkara yang dia sangkakan dia 'tahu' itu dia hanya terima sebahagian sahaja. Dapat sikit, dan kata dia lah orang yang paling banyak tahu. Nak belajar, tak boleh sikit-sikit. Kene seluruh, baru kita faham dan ilmu itu kita hadam. Kebanyakkan orang yang kata dia 'tahu' ni banyak hanya merujuk dalam internet sahaja tanpa guru, sedangkan belajar sesuatu tanpa guru, maka gurunya adalah syaitan. Kene tanya pada yang lebih faham"


Mataku melihat satu keluarga yang sedang rancak berbual, berborak di meja sebelah. Sangat riuh. Tersenyum.


Tiba-tiba terdengar suara sahabat. "Woi, kalau datang nak main handset, makan handset lah. Tak payah makan"


Kami semua tergelak. Dan inilah situasi yang seringkali sesiapa sahaja hadapinya.


Aku hanya menggeleng dan terdetik, "Jika kita tak hargai masa bersama pada hari ini, jangan kita sangka masa bersama itu dapat diganti balik pada masa akan datang"



Tersenyum.




Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

Tuesday, 14 August 2012

Makna ukhwah, persahabatan yang diingini.


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Tangan tercari-cari, terkial-kial mencari huruf. Dan kemudian memulakan rentak tari yang telah lama ditinggalkan. Papn keyboard semakin keras, lama tersawang di atas meja. Hanya banyak menggunakan tetikus dan jari jemari menjengah sesekali untuk membuka password laptop.


"Akak kene spend satu hari tulis, sebab saya nak baca tau. Akak tuliskan tentang sahabat" aku hanya tersenyum membaca permintaan dari seorang adik, nun jauh di sana. "In sha Allah" hati berbisik.


Menerima pesanan ringkas dari seorang adik.

"Ukhwah itu indah saat bergembira bersama.Ukhwah itu indah di saat siapa tidak dilupakan. Ukhwah itu indah saat meluangkan masa bersama. Ukhwah itu lebih indah saat dihiasi iman dan taqwa. Ukhwah itu lebih indah saat tarbiyah memenuhi ruang jiwa. Ukhwah itu lebih indah saat maksiat dicegaj bersama-sama. Ukhwah itu lebih indah saat sahabat diingat dalam tiap lafaz doa'

Aku hanya tersenyum menerima pesanan ringkas tersebut.


"Aiwah. Sekarang akak nak tanya soalan cepumas, lah. Apa yang adik faham tentang makna ukhwah?" tersengih. Dalam menyoal, niat nak mengusik adik ini.


Bunyi telefon bimbit berbunyi, tanda menerima pesanan ringkas dan aku tersenyum, terbuntang mata sikit. "Panjangnya dik. He3" tersengih. "Tapi, jawapan ni akak nampak lebih kepada sahabat untuk dunia je dik" dan kemudian tangan lincah menaip kata-kata yang seterusnya.


"Bagi iman, apa pendapat Iman tentang persahabatan yang akrab?"


Terdiam. Lama kemudian dia menjawab, "Tah lah kak, bagi Iman, bila kita dengan sahabat, kita akan buat yang terbaik. Bukanlah semata-mata bersama-sama buat banyak benda sama-sama, tapi, bila kita dengan mana-mana sahabat, kita akan layan sahabat itu seikhlas mungkin"


Tersenyum. "Inilah jawapan yang akak nak. Benar sama sekali Iman, ada seorang sahabat Nabi pernah berkata, bila Nabi bersama dengannya, dia merasakan bahawa dialah sahabat yang paling akrab dengan Nabi. Bila tanya sahabat lain, pun jawapan yang sama. Seolah-olah Nabi rapat dengan semuanya. Nak tahu tak apa petuanya?"


"Sebab bersahabat dengan Nabi, adalah sahabat yang acap kali mengingatkan mereka kepada Allah, betul tak kak?"


Tersenyum. "Tepat sekali, Iman. Di dalam dunia ini, manusia menganggap sahabat yang terbaik adalah yang sama-sama dapat buat aktiviti bersama. Keluar sama-sama. Makan sama-sama. Belajar sama-sama. Yang sama-sama mendengar kisah umpatan dia. He3, akak memang sengaja kata "kisah umpatan" sebab tak ramai sahabat yang akan menegur sahabatnya bila dia mendengar sahabatnya sedang bercerita tentang perasaan sedih dan tidak puas hati pada seseorang kepada dia. Kadang-kadang tu, masuk sama sekali mengumpat. He3, muhasabah untuk diri akak juga, dik"


Dan kami sama-sama berbincang lagi tentang isu persahabatan.


Bukanlah yang ingin ku maksudkan aku mengkhususkan siapa sahabat terbaik siapa, tetapi, inginku katakan, pada setiap sahabat yang bersahabat denganku, sedaya upaya, aku mencuba untuk membawa setiapnya agar sentiasa kembali kepada Allah, bukanlah kembali mencari aku untuk mencari penyelesaian kerana aku jugalah adalah seorang hambaNYA yang acap kali terlupa dan sentiasa melakukan kesilapan.


"Iman, cepat..cepat..ketuk akak dengan apa-apa ayat Quran atau Hadith yang boleh buatkan akak tak jadi macam ni. Rasa macam sedih sangat, tak puas hati..bla..bla..bla.." kerana hanya dengan kata-kata dariNYA serta kekasihNYA, bagi hamba yang beriman akan sentiasa kembali tenang apabila jiwa meresahkan, hati kacau bilau, dan fikiran menjadi bercelaru. Hanya dengan firmanNYA dan sabda Nabi akan membuatkan seorang hamba yang ego dan rosak hatinya akan kembali kepada asalnya.


"Menidakkan ayat Quran dan mempertikaikan hadith Nabi, boleh jatuh kafir" full stop. Tegas.

Firman Allah, surah az-zhuruf ayat 67

Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.

Masih terlalu cetek pemahaman manusia mengenai erti sebuah persahabatan yang disamakan hanya semata-mata dianggap kawan akrab adalah yang sama-sama dapat ke mana-mana bersama-sama.


"Habis tuh, kalau tetiba sahabat tuh tak dapat datang bila kita ajak sama-sama pergi riadah ke, buat aktiviti sama-sama ke, kita nak tersentap ke?" saja menguji seorang adik.


Terdiam. Terkedu.


"Persahabatan, persaudaraan, dan ukhwah itu adalah apabila seseorang itu berjaya menjadikan kita untuk sentiasa kembali kepadaNYA, bukan sentiasa kembali kepada sahabat. Ini tak, bila sahabat kita ada kesusahan je, kita harap sahabat tu bercerita kepada kita sahaja. Sahabat yang baik tidak sama sekali menjadikan kita sebagai "tuhan"nya, bercerita dan mengharapkan bantuan kita untuk setiap kesusahan, menjadikan kita sebagai "tangkal hidupnya", bila tiada kita, terasa seolah-olah hidup ini lain, tetapi sahabat adalah yang mana kita datang kepadanya, kita mengharapkan penunjuk jalan agar sentiasa membetulkan langkah dan sentiasa untuk kembali kepadaNYA. Itulah makna bersahabat kerana Allah" kataku pada dia.


Tersenyum dan kemudian menyambung kata-kata "Dik, di awal kedatangan wahyu, firman Allah adalah Iqra'. bacalah, merujuk kepada kebanyakan pendapat ulama' adalah ilmu. Allah tak bagi wahyu awal-awal tu tentang keluarga. Tentang sahabat. Tentang suami atau apa je, tapi tentang ilmu. Ini kerana bila kita ada ilmu, kita boleh bawa sahabat kita kepadaNYA. Bila kita ada ilmu, kita boleh bersedekah. Bila kita ada ilmu, kita boleh buat bekalan saham akhirat. Di akhir zaman, berapa ramai yang mementingkan ilmu. Dan kalau ada ilmu pun, selalunya untuk cari kerja, untuk dapat keputusan yang baik di dalam universiti. Jarang yang nak cari ilmu untuk memperbaiki diri dan orang sekelilingnya dari sudut keimanan bersama-sama."


Memandang ke arah adik di hadapan. Lama, menarik nafas dan kemudian berkata-kata dengan suara yang agak tegas. "Hanya dengan ilmu jugalah, seorang sahabat itu bernilai sahabat jika sahabat yang berilmu itu adalah orang yang sebenar-benar berilmu"


Terkejut. "Haaa, camne tuh, kak?"


Tersenyum. "Kebanyakan manusia hanya belajar untuk tahu tapi bukan untuk faham, tapi, orang yang diiktiraf berilmu adalah orang yang faham. Apabila orang yang faham, dia akan aplikasikan pada dirinya, dan serta merta orang di sekelilingnya juga akan merasai tempiasnya. Seperti satu hadith Nabi, " Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya" (H. R Abu Daud)."


Rasulullah saw bersabda,"Sesungguhnya perumpamaan teman yang baik dengan teman yang buruk,seperti penjual minyak wangi dan tukang besi, adapun penjual minyak wangi,maka kemungkinan dia memberimu hadiah atau engkau membeli darinya atau mendapatkan harumannya, adapun tukang besi, maka boleh jadi ia bisa membakar pakaianmu,atau engkau menemukan bau yang hanyir (busuk)" (HR Bukhari no 2101 dalam sahihnya,Muslim no 6653 dalam sahihnya)


Bukanlah makna seorang sahabat itu adalah yang sama-sama beraktiviti bersama, berkongsi cerita, tapi makna seorang sahabat itu, sedaya upaya bagaimana dia membawa kita agar sentiasa kembali kepadaNYA. Bukan kembali kepada manusia.


"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati"


"Eeeee, Kak Atirah ni baik sangatlah dengan kiteorang, agak-agak, siapalah agaknya Kak Atirah ni rapat?" tiba-tiba seorang adik bersuara. Terkedu. Dan aku hanya tersenyum tanpa menjawab soalannya.


 
Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

Monday, 6 August 2012

Ini Tentang Hati dan Perasaan..[Cerpen]



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


"Ini tentang hati dan perasaan. Macam mana saya nak teruskan hidup sedangkan dia hidup senang lenang je. Kenapa dia boleh senang-senang khianat dengan saya, kak. Senang je dia kata, nak tumpukan perhatian kat pelajaranlah, apelah. Rupanya.." air mata berjurai, dan dia sedang membentak manusia sekeliling yang memaksanya.


Atirah yang mendengarnya, menggeleng kepala, tersengih. Perlahan dia bersuara. "Manusia"


"Kenapa akak sengih. Akak tak berada kat tempat saya, bolehlah akak tersengih sebab akak tak rasa, kan?"


Tiba-tiba meledak ketawa. "Hahaha, thats are so funny young lady. Whos said that i was never at your foot? Cuma awak je yang tak pernah kenal kakak di hadapan awak ni"


Terkedu. Terdiam.


"Be careful of what you said before, young lady. Setiap manusia ada pengalaman masing-masing, tapi bagaimana setiap manusia itu mengolah sesuatu perkara itulah terletaknya iman masing-masing bukan perasaan. Orang yang terlalu mengikut dan meletakkan perasaan sebagai penentu arah tujuan hidupnya adalah orang yang tak beriman"


Terdiam. Terkedu. "Kenapa akak cakap macam tu?"


Tersenyum. " Arah hidup kita dilihat bagaimana seseorang itu memahami hukum dan keimanan, bukan perasaan. Cuba awak tengok, berapa banyak kes dan kesilapan manusia hanya semata-mata disebabkan perasaan? Jika awak dengan dia tak berjodohan, kenapa tidak cuba untuk belajar makna redha?"


"Ah, akak cakap senang, lah. Ingat senang ke saya nak terima semua ni?" matanya sudah mula berkaca.


"Sebab awak tak melentur betul-betul iman awak sebelum tu, sebab tuh awak tak nak terima dan tak cuba untuk terima. Betul atau tak, awak rasa semua ni tak adil bagi awak?"


Terkedu dan dia mengalihkan pandangan, terasa kalah di hadapan seorang kakak yang mula dapat membaca fikirannya.


"Awak nak rasa tak adil pada siapa, young lady? Sedangkan Allah yang sedang mengaturkan segala-galanya. Adakah awak nak kata Allah tak adil pada awak?"


Diam. Masih tiada jawapan.


Atirah mengalihkan pandangan, melihat manusia yang berlegar-legar di ruang utama kompleks membeli-belah itu. Memerhatikan gelagat manusia dan mengamati setiap ragam mereka dari jauh.


"Manusia ini terlalu senang meletakkan silap pada manusia, tanpa dia berfikir terlebih dahulu atas apa yang dia kata. Semuanya tentang iman, bukan tentang perasaan. Di mana kita meletakkan iman dalam kita menghadapi ujianNYA? Kenapa letakkan perasaan yang pertama?"


Wanita di sebelahnya menundukkan kepala. Terasa kalah dengan kata-kata tersebut.


Lama suasana tanpa ada sesiapa yang bersuara. "Di mana awak letakkan iman, awak?"


Dan akhirnya, dia menangis semula. Bukan kerana terasa dikhianati seperti pada awalnya, tapi terasa dirinya telah tersilap menilai atas apa yang terjadi pada dirinya. Terasa seperti dirinya hina kerana dalam sedar tak sedar telah terpedaya dengan perasaannya.


"Bukankah ujian itu tandanya DIA sedang memanggil kita, dik?" Atirah mengalihkan pandangan dan memandang adik yang berada di sisinya. Tersenyum.


Dan fikirannya terimbas suatu kenangan. Satu perbualan di antara dia dan si dia. "Betul ke apa yang saya rasa ni? Betul ke dalam islam takda istilah sahabat di antara lelaki dan perempuan melainkan hanyalah urusan? Adakah kita dah buat silap? " perbualan secara alam maya dengan si dia.


"'Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang  menyucikan dan mendekatkan diri kepad Allah. Tidak salah kalau kita memikirkan hak Allah lebih dari perasaan kita kerana kebahagiaan ada padaNYA. Ya ukhti, jika benar kita berjodohan, kita tetap akan bertemu semula. Untuk masa sekarang, saya hanya ingin tumpukan perhatian saya pada menuntut ilmu. Biarlah kita memikirkan hak Allah dari perasaan kita kerana keberkatan hidup itu diberi apabila kita tahu menjaga hakNYA"


Lama. Tiada sesiapa yang balas dan membalas. Skrin kosong tanpa balasan.


" Biarlah kita menjaga hak Allah. Jika kita berjodohan, DIA akan aturkan dan temukan semula"


Hanya balasan smiley senyum. Atirah menutup skrin, dan menekan icon shut down lalu beredar ke bilik air, mengambil wudhuk, menghadap Allah, dan berbicara padaNYA.


Tersenyum.


Atirah kembali ke alam realiti. Melihat adik di hadapannya, dan tersenyum. " Jangan letak jauh-jauh iman adik, dan jangan kerana perasaan, awak letak jauh-jauh iman yang dah awak jaga sebelum ni. Keberkatan hidup itu ada padaNYA. Awak rasa apa yang awak rasa sebelum ni sebab awak tak memahami keberkatan hidup. Bila hidup kita berkat, kita akan rasa tenang. Bila awak rasa macam ni, hidup tak berkat, cuba awak muhasabah balik mana silap awak"


Adik di sisinya tanpa ditahan-tahan dan memeluk kakak di sisinya. Tidak tertahan. "Apa yang patut saya buat, kak? Apa yang patut saya buat?"


"Banyak-banyakkan solat taubat. Moga hidup awak akan kembali tenang semula"


"Terima kasih, kak" dan mereka tersenyum.


"Nak bahagia senang je dik, kalau kita jaga hak Allah, kita akan bahagia. Tapi, kalau kita sibuk jaga hak kita, kita akan rasa tertekan sebab sekeliling selalu tak menyebelahi hak kita. Pelihara hak Allah, jaga iman, in sha Allah, semuanya di pandangan kita adalah sebuah kebahagiaan."


Tangan bertaut dan saling berpandangan. "Terima kasih sekali lagi, kak"


"Sama-sama, dik. Sesungguhnya, DIA lah yang memberi ilham, dan bersyukurlah kepadaNYA"


"Alhamdulillah." Tersenyum.


Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”