Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Tangan tercari-cari, terkial-kial mencari huruf. Dan kemudian memulakan rentak tari yang telah lama ditinggalkan. Papn keyboard semakin keras, lama tersawang di atas meja. Hanya banyak menggunakan tetikus dan jari jemari menjengah sesekali untuk membuka password laptop.
"Akak kene spend satu hari tulis, sebab saya nak baca tau. Akak tuliskan tentang sahabat" aku hanya tersenyum membaca permintaan dari seorang adik, nun jauh di sana. "In sha Allah" hati berbisik.
Menerima pesanan ringkas dari seorang adik.
"Ukhwah itu indah saat bergembira bersama.Ukhwah itu indah di saat siapa tidak dilupakan. Ukhwah itu indah saat meluangkan masa bersama. Ukhwah itu lebih indah saat dihiasi iman dan taqwa. Ukhwah itu lebih indah saat tarbiyah memenuhi ruang jiwa. Ukhwah itu lebih indah saat maksiat dicegaj bersama-sama. Ukhwah itu lebih indah saat sahabat diingat dalam tiap lafaz doa'
Aku hanya tersenyum menerima pesanan ringkas tersebut.
"Aiwah. Sekarang akak nak tanya soalan cepumas, lah. Apa yang adik faham tentang makna ukhwah?" tersengih. Dalam menyoal, niat nak mengusik adik ini.
Bunyi telefon bimbit berbunyi, tanda menerima pesanan ringkas dan aku tersenyum, terbuntang mata sikit. "Panjangnya dik. He3" tersengih. "Tapi, jawapan ni akak nampak lebih kepada sahabat untuk dunia je dik" dan kemudian tangan lincah menaip kata-kata yang seterusnya.
"Bagi iman, apa pendapat Iman tentang persahabatan yang akrab?"
Terdiam. Lama kemudian dia menjawab, "Tah lah kak, bagi Iman, bila kita dengan sahabat, kita akan buat yang terbaik. Bukanlah semata-mata bersama-sama buat banyak benda sama-sama, tapi, bila kita dengan mana-mana sahabat, kita akan layan sahabat itu seikhlas mungkin"
Tersenyum. "Inilah jawapan yang akak nak. Benar sama sekali Iman, ada seorang sahabat Nabi pernah berkata, bila Nabi bersama dengannya, dia merasakan bahawa dialah sahabat yang paling akrab dengan Nabi. Bila tanya sahabat lain, pun jawapan yang sama. Seolah-olah Nabi rapat dengan semuanya. Nak tahu tak apa petuanya?"
"Sebab bersahabat dengan Nabi, adalah sahabat yang acap kali mengingatkan mereka kepada Allah, betul tak kak?"
Tersenyum. "Tepat sekali, Iman. Di dalam dunia ini, manusia menganggap sahabat yang terbaik adalah yang sama-sama dapat buat aktiviti bersama. Keluar sama-sama. Makan sama-sama. Belajar sama-sama. Yang sama-sama mendengar kisah umpatan dia. He3, akak memang sengaja kata "kisah umpatan" sebab tak ramai sahabat yang akan menegur sahabatnya bila dia mendengar sahabatnya sedang bercerita tentang perasaan sedih dan tidak puas hati pada seseorang kepada dia. Kadang-kadang tu, masuk sama sekali mengumpat. He3, muhasabah untuk diri akak juga, dik"
Dan kami sama-sama berbincang lagi tentang isu persahabatan.
Bukanlah yang ingin ku maksudkan aku mengkhususkan siapa sahabat terbaik siapa, tetapi, inginku katakan, pada setiap sahabat yang bersahabat denganku, sedaya upaya, aku mencuba untuk membawa setiapnya agar sentiasa kembali kepada Allah, bukanlah kembali mencari aku untuk mencari penyelesaian kerana aku jugalah adalah seorang hambaNYA yang acap kali terlupa dan sentiasa melakukan kesilapan.
"Iman, cepat..cepat..ketuk akak dengan apa-apa ayat Quran atau Hadith yang boleh buatkan akak tak jadi macam ni. Rasa macam sedih sangat, tak puas hati..bla..bla..bla.." kerana hanya dengan kata-kata dariNYA serta kekasihNYA, bagi hamba yang beriman akan sentiasa kembali tenang apabila jiwa meresahkan, hati kacau bilau, dan fikiran menjadi bercelaru. Hanya dengan firmanNYA dan sabda Nabi akan membuatkan seorang hamba yang ego dan rosak hatinya akan kembali kepada asalnya.
"Menidakkan ayat Quran dan mempertikaikan hadith Nabi, boleh jatuh kafir" full stop. Tegas.
Firman Allah, surah az-zhuruf ayat 67
Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.
Masih terlalu cetek pemahaman manusia mengenai erti sebuah persahabatan yang disamakan hanya semata-mata dianggap kawan akrab adalah yang sama-sama dapat ke mana-mana bersama-sama.
"Habis tuh, kalau tetiba sahabat tuh tak dapat datang bila kita ajak sama-sama pergi riadah ke, buat aktiviti sama-sama ke, kita nak tersentap ke?" saja menguji seorang adik.
Terdiam. Terkedu.
"Persahabatan, persaudaraan, dan ukhwah itu adalah apabila seseorang itu berjaya menjadikan kita untuk sentiasa kembali kepadaNYA, bukan sentiasa kembali kepada sahabat. Ini tak, bila sahabat kita ada kesusahan je, kita harap sahabat tu bercerita kepada kita sahaja. Sahabat yang baik tidak sama sekali menjadikan kita sebagai "tuhan"nya, bercerita dan mengharapkan bantuan kita untuk setiap kesusahan, menjadikan kita sebagai "tangkal hidupnya", bila tiada kita, terasa seolah-olah hidup ini lain, tetapi sahabat adalah yang mana kita datang kepadanya, kita mengharapkan penunjuk jalan agar sentiasa membetulkan langkah dan sentiasa untuk kembali kepadaNYA. Itulah makna bersahabat kerana Allah" kataku pada dia.
Tersenyum dan kemudian menyambung kata-kata "Dik, di awal kedatangan wahyu, firman Allah adalah Iqra'. bacalah, merujuk kepada kebanyakan pendapat ulama' adalah ilmu. Allah tak bagi wahyu awal-awal tu tentang keluarga. Tentang sahabat. Tentang suami atau apa je, tapi tentang ilmu. Ini kerana bila kita ada ilmu, kita boleh bawa sahabat kita kepadaNYA. Bila kita ada ilmu, kita boleh bersedekah. Bila kita ada ilmu, kita boleh buat bekalan saham akhirat. Di akhir zaman, berapa ramai yang mementingkan ilmu. Dan kalau ada ilmu pun, selalunya untuk cari kerja, untuk dapat keputusan yang baik di dalam universiti. Jarang yang nak cari ilmu untuk memperbaiki diri dan orang sekelilingnya dari sudut keimanan bersama-sama."
Memandang ke arah adik di hadapan. Lama, menarik nafas dan kemudian berkata-kata dengan suara yang agak tegas. "Hanya dengan ilmu jugalah, seorang sahabat itu bernilai sahabat jika sahabat yang berilmu itu adalah orang yang sebenar-benar berilmu"
Terkejut. "Haaa, camne tuh, kak?"
Tersenyum. "Kebanyakan manusia hanya belajar untuk tahu tapi bukan untuk faham, tapi, orang yang diiktiraf berilmu adalah orang yang faham. Apabila orang yang faham, dia akan aplikasikan pada dirinya, dan serta merta orang di sekelilingnya juga akan merasai tempiasnya. Seperti satu hadith Nabi, " Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya" (H. R Abu Daud)."
Rasulullah saw bersabda,"Sesungguhnya perumpamaan teman yang baik dengan teman yang buruk,seperti penjual minyak wangi dan tukang besi, adapun penjual minyak wangi,maka kemungkinan dia memberimu hadiah atau engkau membeli darinya atau mendapatkan harumannya, adapun tukang besi, maka boleh jadi ia bisa membakar pakaianmu,atau engkau menemukan bau yang hanyir (busuk)" (HR Bukhari no 2101 dalam sahihnya,Muslim no 6653 dalam sahihnya)
Bukanlah makna seorang sahabat itu adalah yang sama-sama beraktiviti bersama, berkongsi cerita, tapi makna seorang sahabat itu, sedaya upaya bagaimana dia membawa kita agar sentiasa kembali kepadaNYA. Bukan kembali kepada manusia.
"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati"
"Eeeee, Kak Atirah ni baik sangatlah dengan kiteorang, agak-agak, siapalah agaknya Kak Atirah ni rapat?" tiba-tiba seorang adik bersuara. Terkedu. Dan aku hanya tersenyum tanpa menjawab soalannya.
Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan."
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~
No comments:
Post a Comment