Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Menghadap skrin komputer riba. Meneliti paparan News Feed dan mengamatinya. Tiba-tiba telinga tertarik mendengar satu lagu hindustan.
Ingatlah Allah, bila berputus asa itu tandanya kita dah putus harap pada Allah. Ingatlah Allah kerana Dia hadirkan segala2nya di sekeliling kita bukanlah untuk kita berputus asa tetapi untuk kita belajar sesuatu. Kita dilahirkan daripada tak tahu, dan DIA hadirkan apa yang ada di sekeliling untuk belajar mengenal DIA, bukan mengenal kejayaan, mengenal kekayaan, mengenal kesihatan tetapi untuk kenal DIA...
Bila berputus asa, ingatlah Allah, DIA tak pernah mengharapkan hambaNYA utk berputus asa, tapi untuk sentiasa dekat dan hampir kepadaNYA. Hanya hambaNYA sahaja yang selalu bersangka buruk. Ingatlah Allah kerana Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.
Telinganya telah disuakan dengan earphone dan dia asyik dengan irama itu. "Apa pulak mimpi dengar lagu hindustan ni." bisik di dalam hatinya. Lama-lama dengar, tiba-tiba terhibur. Tersenyum.
Dunia ini terlalu banyak perkara yang kita belum buat. Dunia ini terlalu banyak yang belum kita rasa. Terlalu banyak. Sayangnya manusia selalu terpaku pada satu jalan dan tidak mahu meneruskan langkah kerana terkesan pada satu sisi. Semuanya adalah kerana masa.
Tiba-tiba rasa nak dengar lagu. Sambil badan bergerak mengikut rentak irama lagu. Dan fikiran yang kusut menjadi riang ceria. Bermacam-macam perkara berlaku sejak kebelakangan ni. Setiap kali datangnya Ramadhan, akan datang alien-alien yang tak tahu dari mana datangnya. Dan, fikiran kusut.
"Alar, rilek lah, hidup sekali je, kan?"
"Senang je kau, kan?"
"Senang jelah, nak buat apa kusutkan fikiran"
Mendengus. Barangkali tak tahan dengan lagak gaya rilek dari sahabatnya.
Tangan dah pun menari lincah di papan kekunci, dan telinga sedang mendengar lagu. Sambil mata melihat pesanan-pesanan tempahan jubah, dan otak berfikir perkataan sesuai untuk ditulis di teratak. "Aku kan multi task" kata-kata pada seorang sahabat.
"Berat, kak"
"Apa yang beratnya?"
"Ujian yang saya hadapi ni lah. Agak-agak 80% mempengaruhi keseluruhan masalah saya"
Tersenyum. "Takda masalah yang lebih besar melainkan bila Allah dah tak pedulikan kita. That's the big problem that we are deal. Jadi, masalah awak tuh sebesar tu ke, sedangkan ujian ni tanda Allah sayangkan kita, nak suruh kita kembali kepadaNYA. Tanda DIA dah tak pedulikan kita, DIA akan sibukkan kita dengan benda dunia, supaya kita lupa tentang hubungan dengan Allah"
Terkedu.
Tangan kini sedang menekan-nekan butang calculator. Dan sedang mengira-ngira, sambil tangan sibuk menekan icon-icon nama di atas paparan skrin. Sibuk.
"Tadi, kan dik, akak ada terbaca satu kisah ni. Kisah Keadilan Allah. Nabi Musa tanya, tanda keadilan Allah. Allah pun berfirman, yang Nabi Musa takkan dapat bersabar. Kemudian Nabi Musa kata, dia akan cuba bersabar berserta dengan rahmatNYA. Lalu Allah berfirman suruh pergi ke suatu tempat ni. Kat tempat tuh ada telaga. Ada seorang lelaki berkuda, datang ke situ nak ambil wudhuk. Jadi dia tanggalkan karung dinar dia. Masa dia nak berlalu, dia terlupa. Kemudian datang pula seorang kanak-kanak, ambil uncang duit tuh. Dan berlalu. Kemudian datang pula seorang buta, ambil wudhuk. Tengah-tengah tuh, datang lelaki berkuda tadi. Dia tuduh lelaki buta tuh ambil wang dia. Mereka bertengkar, last sekali, lelaki berkuda tuh bunuh laki buta tuh"
"Hah, kenapa pulak?"
Tersenyum. "Kan, dengar macam ni pun kita pun dah tak boleh bersabar, kan? Tapi itulah keadilan Allah. Kemudian datang malaikat jibrail memberitahu tentang perkara itu. Kanak-kanak itu telah mendapat haknya semula. Ayah dia pernah berkerja dengan lelaki berkuda tuh, tapi lelaki tu tak bayar upahnya dan isi dalam uncang tuh cukup untuk upah ayahnya tu. Lelaki yang buta itu pula, yang bunuh ayah kanak-kanak tu. Nampak, kan. Keadilan Allah itu tapi kita yang sebagai hamba ni selalu menyangkakan yang bukan-bukan. Selalu fikir yang bukan-bukan. BErsangka buruk dengan Allah"
"Akak, akak dah lama tak menulis. Akak kene ambil masa satu hari, lepas tuh, akak tulis sebab saya nak baca" tersenyum. Memang lama tak menulis, dan memang terlalu lama tidak membaca. Kena susun balik jadual ni.
Kita terlalu memikirkan orang lain. Kita terlalu disibukkan dengan manusia lain. Kita selalu dikusutkan dengan kehadiran manusia sekeliling yang barangkali datang hanya untuk memberi pelajaran dariNYA. Kita adalah hambaNYA yang acap kali melakukan kesilapan. Dan kita diberi bahagian kita mengikut apa yang telah kita lakukan.
"Dulu, akak ada terbaca satu kisah. Seorang executive ni, dia dah nak bersara. Dalam ucapan akhir dia, dia merungut dengan rakan sekerja yang suka mengampu, tapi dia tak buat macam tuh. Macam-macamlah dia bagitahu apa yang dia tak puas hati. Sekali kat satu sisi, perbualan antara executive tu dan seorang ustaz. Ustaz tuh tanya macam mana keluarga dia. Executive tuh cite keluarga dia, anak-anak dia semuanya berjaya. Kemudian ustaz tuh pun cite, bukankah Allah dah balas segala usaha dia supaya tak mengampu, tak curi tulang tu dengan memberi rezeki yang berkat dan hasilnya anak-anaknya. Terdiam executive tu."
Dan adik di hadapan juga terdiam. Memikirkan kebenaran cerita tersebut,
Inilah dunia. Manusia selalu tak lihat keadilan Allah melalui pandangan yang jauh, tapi selalu memendekkan akal fikiran menyangkakan keadilan tu berada sangat dekat.
"Tu yang dinamakan terpengaruh dengan citer melayu. Citer melayu nak bagitahu pembalasan, nak bagi cepat habis citer, tuh yang dia cepatkan, kan?"
Tergelak.
Dan kitalah yang menentukan apa yang menjadi makanan, santapan dan apa yang masuk ke dalan diri kita. Maka berhati-hatilah. Manusia yang kuat mujahadahnya, walaupun pahit, balasannya dia tak nampak, tapi tetap Allah akan bagi. Cuma cepat atau lambat je.
"Akak boleh bersabar dengan masa, kak?"
"Alah, masa. Bila ianya sampai, ianya tetap akan sampai. Tak perlu nak dipercepatkan dan tak perlu nak dilambatkan. Orang yang boleh handle masa, dia akan jadi seorang yang sangat penyabar dengan kerenah manusia."
Terkedu. Dan kakak itu masih ceria dengan lagu hindustan yang dia sedang dengar sambil tangannya menguruskan order pelanggan.
Untuk setiap ujian itu, perkara pertama yang perlu kita hadapai adalah perasaan kita, dan kemudian barulah masalah itu kerana bila kita tak dapat handle perasaan kita, mustahil kita dapat menjadi orang yang rasional dalam menguruskan masalah dan ujianNYA.
Yeahhh..Cheer up!!!
Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan."
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~
No comments:
Post a Comment