Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Tersengih. Sekali sekala menggeleng kepala. "Berusaha menjadi terlalu baik?!" Meledak tergelak dan ayat itu diulang-ulang. "Berusaha menjadi terlalu baik? Aihlahai, macam-macam budak-budak sekarang ni. Buat geli perut je." Bibir masih tersenyum, dan kepala menggeleng membaca satu kenyataan dari seorang pembaca.
"Lantaklah. Maleh nak fikir. Makin fikir, makin nak gelak pulak"
Inilah kenyataan dunia yang seharus kita fikirkan bahawa semua itu tak perlu diambil pusing. Tapi, hiduplah kita atas segala ketetapan yang telah DIA takdirkan untuk kita.
Mata melihat skrin televisyen, dan telinga mendengar komentar dari seorang pelakon, Norish Karman.
"Kalau saya menangis pun, bukan mereka yang lapkan air mata saya. Kalau saya kelaparan tak makan pun, bukan mereka yang nak bagi saya makan"
Yes, that's the point. Apa perlu kita kisahkan dengan ayat kenyataan manusia. Mana yang betul, kita ambil, mana yang menyesakkan kepala kita, anggaplah aingin taufan yang menggagu dan sebentar nanti, ia tetap akan menyepi.
"Biarlah, dik. Lantaklah diaorang. Maleh nak fikir"
"Seronoklah cakap dengan akak ni. Kalau fikiran tengah sesak, cakap dengan akak, semuanya hilang. Ayat-ayat akak membuka satu jalan yang sebenarnya kita dah nampak, tapi takut nak masuk sebab tak tahu untuk apa ke arah jalan tu"
Bibir tersengih, "Alar, kenapa nak sesak-sesakkan kepala tuh. Memang selalunya orang takkan nampak jalan bila semua orang menyesakkan fikirannya dengan pendapat tulah, pendapat nilah. Kenapa? Kita buat je apa yang kita nak buat. Kalau silap, kita belajar, kalau betul, itu pengalaman. Tak gitu?"
Tergelak.
Berada pula di dalam kereta, bersama-sama dengan seorang adik yang ku kasihi, tiba-tiba mulutnya bersuara, bertanya kepadaku. "Kak, mak ayah akak tak risau ke akak tak kahwin lagi?"
Adik di sebalahku tergelak. "Ayok, kak"
Aku pulak tergelak. "Alar dik, siapa yang tak risau, tapi akak malas nak masuk campur dengan urusan Allah. Jodoh ni urusan Allah. Bila jodoh tuh sampai, dia tetap akan sampai walau kita tak mencari. Alar, kan kat dalam status FB tuh kata, hairan dengan manusia ini terlalu keras mencari jodoh sedangkan jodoh itu adalah suatu yang telah ditetapkan dan urusan Allah, tapi, cahaya hidayah mereka tak sibuk pulak nak cari sedangkan hidayah itu perlu dicari dan bukan sesuatu yang kita nak jawab belum diseru. Kan?"
Tergelak.
Hiduplah kita semampunya yang mana tujuannya adalah untuk mencari keredhaan Allah. Jangan fikirkan keredhaan manusia terlebih dahulu dan fikirkanlah dari kata-kata manusia itu, yang mana harus digunakan untuk mengarahkan kita kepadaNYA.
Tidak perlu terkesan dengan kata-kata manusia, kerana di sana nanti kita tidak dipertanggungjawabkan oleh setiap tindakan mereka, tapi hiduplah dengan percaturan yang telah DIA aturkan, dan kata-kata manusia yang menyesakkan itu, tukarkanlah dari sudut positif kerana kita tidak akan dapat inputnya jika kita melihatnya dengan perasaan.
"Itulah pentingnya ilmu. Kalau kita hafal hadith, hafal al-quran, semua tuh kita boleh menjadikan satu hujah mutlak. Kata-kata orang memang kadang-kadang kita boleh ambil, kadang-kadang kita tak perlu ambil, tapi, bila dah disertakan dengan dalil dari al-Quran dan sunnah, maka, wajib untuk kita titik beratkan, tak boleh nak pandang enteng. Ingat tuh?"
Tersenyum. Begitulah dunia ini.
Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan."
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~
No comments:
Post a Comment