Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
“Kak, adik minta maaf banyak-banyak kat akak, kak” pesanan ringkas semalam.
Hiba. Mata sudah pun berkaca-kaca. Signal telah diberi, perlahan stereng diputar ke arah bahu jalan, dan pedal brek telah dipijak. Dan dia menekup mukanya ke stereng. Bersendirian. Menangis semahunya. “Adik tak salah pape pun dik” dia separuh menjerit, mengulang-ulang ayat itu.
Cuaca di luar seolah mengiringi perasaan hatinya. Hujan mencurah-curah membasahi Bumi Tuhan dan dia larut dengan deraian air matanya.
“Salam, mohon sedekahkan al-fatihah buat adik ana yang kembali ke rahmatullah”
Pagi itu, dia menerima satu pesanan ringkas. Seperti tidak percaya. Berkedip-kedip dia melihat, berkali-kali dia membaca paparan skrin telefon bimbitnya.
“Dik, adik perempuan adik yang akak kenal tu ke?”
“Ye kak”
Allah, luluh, terduduk dan air matanya mengalir.
“Dik, adik dah lama tak bercerita dengan akak” balasan pesanan ringkas dia kepada adik itu.
Teriang-iang kata-katanya pada adik itu, yang kini tidak mungkin dia dapat bertemu lagi dengannya. Hatinya terasa luluh. Diseka air mata itu, dan berlagak seperti biasa.
Kata adik-adik usrahnya, “Kak Atirah sangat pandai berlakon untuk menyembunyikan perasaan hatinya” Dan sekali lagi dia perlu menggunakan teknik itu. Menyembunyikan perasaan dari khalayak ramai.
Bingkas bangun dan membungkus beberapa pesanan buku untuk dihantar petang itu. Berlagak seperti biasa. Bungkusan buku yang akan dihantar, dibalut dengan kemas. Setelah selesai, dia bersiap untuk menghantar bungkusan tersebut. Hujan rintik-rintik di luar. Memandang lama ke awan dan mengharapkan dia basah dengan deraian hujan ini.
“Dik, adik dah lama tak bercerita dengan akak”
Lama menunggu saat seperti pasangan sejoli, bertukar-tukar pesanan ringkas. Seperti dahulu. Bertukar-tukar cerita, bertukar-tukar pandangan mengenai kehidupan. Itu dahulu. “Rasa lain kalau tak message dengan akak.” Tersenyum. Kenangan semasa bulan Ramadhan tahun sudah.
“Walau adik sibuk macam mana pun, adik tetap akan balas message akak” Saat dia mula masuk belajar, memulakan semester baru. Tersenyum dengan kata-kata ini. Tapi dia tahu, adik itu akan selalu sibuk dan pasti dia akan lupa dengan janjinya. Dan dia hanya menanti dengan sabar, masa yang panjang untuk dia dan adik itu berbalas pesanan ringkas. Seperti dahulu. Tapi...
"Kak, akak nak tahu tak, kalau adik message dengan akak, adik mesti sediakan satu buku khas untuk salin semua message akak. Message akak ada ilmu, sayang nak delete. Adik tulis, buku usrah kak atirah" Tersenyum, satu masa dahulu. Dan hatinya luluh mengingati semuanya.
“Dik, adik dah lama tak bercerita dengan akak”
Sabar menunggu balasan pesanan ringkas dari Perak. “Sibuk sikit kak sekarang ni. Kelam-kabut” Dan dia hanya melihat pesanan ringkas itu dengan pandangan kosong. Bersabar sekali lagi. Sabar saat untuk panjang berjela menulis pesanan ringkas itu. Seperti dahulu
“Dik, adik dah lama tak bercerita dengan akak”
Dan dia takkan bercerita apa-apa lagi pada kakaknya itu..Kerana dia dah pergi..dan takkan kembali lagi..
Tangan mencapai telefon bimbit dan menulis sesuatu kepada seorang adik, berkongsi dan mengoreksi kehidupan, membuka fikiran melihat realiti kehidupan ini..Seorang adik yang lain yang berkata bahawa dia belajar tentang ketabahan dari penceritaan blogger-blogger yang bercerita tentang sakit mereka. Tentang ujian mereka.
“Salam, dik. Hari ini, sedang akak tengah menaip sesuatu di blog, tiba-tiba akak terima satu berita yang sangat mengejutkan akak. Akak baru kehilangan seorang adik usrah yang akak kasihi. Secara tiba-tiba. Dan maih teriang-iang kata-katanya semalam, “Kak, adik minta maaf banyak-banyak kat akak, kak”...dia sihat..tapi DIA ambil dahulu.
Lihatlah dik, orang yang tak sudah-sudah bercerita tentang ujian Allah yang menimpa ke atasnya seperti yang adik citer semalam tak juga dijemput-jemput oleh Allah. Bercerita bagai nak rak tentang ketabahan dia, tapi pernah ke terfikir yang sakit itu belum tentu akan dijemput, tapi, kita yang sihat barangkali sebentar lagi mendapat undangan. Kita tak tahu. Tapi kita tak pernah siapkan diri. Yang kita tahu bercerita..cerita dan bercerita tentang ujian Allah..MOTIF??
Dan kerana itu akak berkali-kali kata, jangan tengok kisah akak dalam manuskrip itu. Kalau tengok kisah akak, kalian semua akan membuat bermacam andaian, tapi lihatlah bagaimana akak olah ilmu Allah supaya manusia faham bagaimana untuk menghadapi dunia ini...Dengan ilmu Allah..Bukan tengok akak, tapi tengok ilmu Allah dan barangkali hampir semua masalah kehidupan dapat diatasi..diatasi dengan ilmu Allah..
Dan sekali lagi akak tanya, apa yang adik belajar dari manusia yang tak sudah cerita tentang masalah sakit mereka dan cuba dan terus mencuba menarik perhatian manusia, sedangkan Allah masih tetap bagi..bagi dan bagi..sedangkan mereka tak pernah belajar dari apa yang Allah bagi..Akak bukan kata mereka salah..barangkali mereka sangka apa yang mereka buat tu dapat menenangkan sedikit gusar mereka..tapi, bagaimana yang membaca?..Apa yang mereka belajar dari penulisan mereka melainkan menangis dan berkata, “Tabahnya mereka”..Apa yang adik dapat dari membaca pengalaman mereka yang seolah-olah nampak seperti mereka hadapinya dengan tabah..
Dik, sekali lagi akak tanya, apa yang adik belajar dari manusia yang merungut dengan ujian Allah yang mana mereka tak pandai nak sembunyikannya. Sedangkan ujian Allah diberikan bertujuan untuk kita kenal Allah dan DIA akan tetap bagi..bagi dan bagi sehingga kita benar-benar kenal DIA..tapi mereka pulak tetap bercerita, cerita dan bercerita tanpa berfikir kenapa Allah tetap bagi..Mereka tak pernah belajar apa pun dari ujian yang menimpa mereka. Sedangkan, yang tak pernah bercerita itu tiba-tiba sahaja sudah dapat undangan Allah..Tapi, kenapa yang sakit ni masih jugak hidup?
Bercerita semacam sebentar lagi nak dijemput tapi masih juga tetap ada di situ..Penilaian tabah sebegini ke?..
Tabah adalah bila dia dapat sembunyikan segala-galanya dan hanya mempamerkan cahaya kegembiraan, menggembirakan manusia dengan sisa baki yang mereka ada..Bukan membiarkan manusia mengalirkan air mata melihatnya..
Dik, carilah orang yang betul-betul boleh ajar adik..Jangan belajar dari kisah sedih orang sebab Allah sediakan dunia ini sebagai hiburan kepada kita dengan melakukan kebaikan untuk bekal kita di sana. Pergunakan dunia dengan sebaiknya untuk kehidupan di akhirat sana nanti..”
Dan pesanan itu dihantar. Tangannya lemah, kaku dan telefon bimbit itu dipandang sepi.
Membuka ruang baru untuk menulis, dan dia mula menaip “Apa yang akak harap, dia sempat mengucap dua kalimah syahadah. Dik, akak sayang sangat kat dia..:(” dan dihantar kepada kakak adik itu yang juga seorang yang telah dia anggap adiknya juga.
“Ya Allah, tempatkanlah adik yang ku kasihi Nurul Hidayah Binti Abd Aziz di tempat golongan orang yang soleh dan solehah. Di tempat golongan yang Engkau redhai..amin ya Allah”
Al-Fatihah...
DUA MAHASISWA UPSI KEMBALI KE RAHMATULLAH
Elak babi hutan: Dua penuntut UPSI maut kemalangan
Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan."
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~
Allahu sempitnya dunia ini...
ReplyDeleteutk ketika ini,
sudah tiga org teman saya bercerita mengenai saudari Hidayah,
mungkin orgnya begitu hebat dalam berukhuwah, membina persahabatan.
beruntungnya dia apabila ramai yang mendoakannya.
Al Fatihah~
Dia adik yg di bawah tarbiyah akak, maka sudah tentulah akak terkesan dengan kehilangannya...Adik yang dibawah jagaan akak, maka sudah tentulah akak ingin dia menerima segala macam kebaikan di sana..sedangkan di dunia pun akak sangat menjaga jalannya..apetah lagi di sana..
DeleteAkak benar-benar mengharapkan kebaikan untuknya di sana...T_T..usaha akhir akak sebagai kakaknya..
akak... senyum:)
ReplyDeleteSedang, dik...sedang dengan sedaya upaya..
Delete