Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Saturday 3 March 2012

Berhentilah di tengah kelelahan. sesungguhnya kita bukan robot.


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


"Allahu Akbar, Allahu Akbar"

Sayup-sayup kedengaran suara muazzin mengalunkan azan. Dia merenung pemandangan di tengah tasik itu, berdiri di atas bot persiaran. Cuaca kuat berangin. Sejuk. Berpeluk tubuh, dan dia maih menghayati pemandangan itu.

"Subhanallah"

Dunia ini terlalu banyak yang boleh dilakukan. Kehidupan ini terlalu banyak urusan yang harus dikejarkan. Dan apabila sampai masanya, berhentilah sebentar, berehat sebelum meneruskan semula.

"Akak, boleh ke ni. Esok akak banyak kerja, kan?"

"Boleh"

Diam.

"Jangan risau. Akak ni memang macam ni. Kalau akak tengah buat kerja banyak sangat, akak akan tinggalkan dan pergi buat apa je yang akak suka. Untuk coolkan hati. Nanti, akak datang balik, buat kerja semua tuh dengan hati yang baru. Macam tulah akak"

Terkedu.

Aku tergelak melihat reaksi adik di hadapan. "Begini, dik. Bila kita buat kerja banyak, tanpa berehat, tanpa diberi peluang untuk menenangkan hati, kita akan semakin tertekan dan kualiti kerja kita selepas itu akan menjadi teruk. Memang kerja siap, tapi kalau siap dengan tunggang-langgang, apa gunanya dik. Jadi, tak kisahlah esok akak banyak kerja ke, yang penting hari ni adik kene temankan akak menghayati alam"

Tersenyum.

Wahai manusia, kita bukanlah robot. Allah tidak jadikan kita sebagai robot, bertalu-talu beribadat tanpa ada berehatnya. Kita bukan robot sehingga bertalu-talu juga melakukan kerja tanpa ada peluang untuk berehat sebentar. Senangilah segala yang dilakukan agar kita akan hidup dengan 'enjoy'.

Dari Abu Hurairah Abdul Rahman bin Sakhar r.a : " Bahawa saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Apa yang aku larang kamu lakukan maka hendaklah kamu tinggalkannya, dan apa yang aku perintahkan kamu lakukan hendaklah kamu lakukan sekadar kemampuan kamu. Sesungguhnya telah binasa umat-umat yang sebelum kamu disebabkan terlalu banyak bertanya serta pertelingkahan mereka terhadap Nabi-Nabi mereka.

Ragu-ragu itu ada di dalam hati manusia. Ragu-ragu itu makanan hati yang telah lama bersarang di dalam hati. Dan ragu-ragu itulah dari syaitan.

Terlalu banyak manusia tidak tahu apa yang perlu ditanya dan soalan apa pula yang tidak harus tanya.

"Kau ingat hadith 40, tentang Nabi kata umat terdahulu yang musnah kerana banyak bertanya?"

Menggeleng kepala.

"Masa tu Nabi terangkan tentang Haji. Ada seorang ni tanya kat nabi, macam-macam sehingga muka Nabi kurang senang. Kemudian nabi bersabda hadith di atas. Tahu tak kenapa benda ni Nabi tegur?"

Juga menggeleng kepala.

"Sebab, setiap kata-kata Nabi itu akan menjadi hukum, akan diikuti. Malah, pada setiap soalan umatnya, baginda tidak terus jawab. Nabi akan diam sehingga turun wahyu. Begitu Nabi menjaga kata-kata dan setiap jawapan dari mulut baginda. Kalau baginda jawab je semua soalan, takut jawapan itu tidak mampu untuk orang lain pulak buat. Orang lain ni pulak bila nabi dah kata, habis semua dia sebarkan dan ianya menjadi hukum. Imam Malik pun menasihati para ulama apabila memberi fatwa, letakkan diri di antara syurga dan neraka dan carilah jalan untuk ke syurga. Nampak tak betapa sangat mengambil berat tentang urusan soal jawab ni?"

Mengangguk tanda bersetuju.

"Kak Long, betul ke....bla..bla..bla.."

Mencerun kening sebentar. "Siapa yang tanya?"

"Ada kawan saya"

"Oh, Kak Long akan jawab secara umum. Kalau dia nak lebih detail, dia boleh rujuk Kak Long sendiri. Tapi, kalau dia segan, dia boleh tanya pada sesiapa yang ada ilmu dalam soalan tu. Dik, dalam agama, ada banyak pendapat ulama', dan pendapat ulama' ni kita boleh guna untuk jawab soalan-soalan individu yang bertanya langsung kepada seseorang yang ahli di dalam ilmu ini. Tapi, kalau macam adik tanya macam ni bagi pihak dia, Kak Long cuma boleh jawab secara umum."

"Kenapa macam tu Kak Long?"

"Sebab, kalau Kak Long jawab detail, yang khususnya kepada kawan tuh, tapi, disebabkan adik yang tanya, adik juga akan gunekan apa yang Kak Long khususkan untuk kawan adik untuk diri adik sedangkan ianya itu hanya untuk memudahkan dia dan bukan untuk adik."

"Oh, macam tu. Tapi, apa salahnya kalau saya pun guna, Kak Long?"

Tersenyum kerana soalan itu sudah dijangka.

"Dik, di dalam dunia ni, hamba-hambaNYA ada beberapa tingkatan, semuanya berdasarkan ketaqwaan dan keimanan setiapnya. Bila seseorang sudah terbiasa dengan iman yang semakin naik, apakah dia hendak merendahkan amalannya ke tingkatan bawah? Itulah maksunya memudah-mudahkan agama, sedangkan Islam memang agama yang mudah, cuma mempermudah-mudahkan itu tiada di dalam Islam. Sebagai contoh, ada hukum tentang solat sunat sebelum dan selepas zuhur. Bagi umum, hukum sunat itu adalah kalau buat dapat pahala, tak buat tak dapat pape. Itu pemahaman orang awam yang diajarkan kepada orang yang masih baru nak faham tentang Islam. Tapi, bagi mereka yang dah terbiasa, yang mana ianya telah dia rasakan wajib, bila dia terlepas nak buat solat sunat tuh, dia boleh qada' masa waktu asar. Nampak tak berbezanya tahap amalan seseorang mengikut iman masing-masing? Bagi orang awam, itu cuma sunat dan dia boleh buat ikut kemampuan dia. Nampak tak?"

"Oooo, macam tu.."

"Jadi, kalau adik dah terbiasa dengan amalan yang makin lama semakin menjadikan adik asyik dengan cinta kepadaNYA, apa perlu adik tahu perkara yang Kak Long katakan khas untuk kawan adik itu yang tujuan Kak Long adalah untuk maslahat dia tetapi barangkali boleh menjadikan mudarat pada adik?"

"Oooo..Macam tu ea Kak Long. Sekarang baru faham"

Tersenyum.

Lakukanlah mengikut kemampuan kita. Mengikut keimanan kita sendiri dan janganlah kita lupa untuk belajar. Pelajarilah ilmuNYA agar kita selamat dan sebarang kita lakukan, kita punya hujjah agar kita di hadapanNYA mampu untuk menyatakan sebab apabila ditanya. Janganlah bertaklid (mengikut) tanpa mengetahui asasnya kerana ramai yang kini mencampur adukkan hukum disebabkan bertaklid. Berhati-hatilah.

Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan."
 ~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”