Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
"Alamak, apsal pulak keta ni mati enjin kat trafic light ni." Gabra tetiba.
"Saya bayar duit bila Maybank2u saya dah ok ea kak" Gulp. Aduh, nak pakai duit nih.
"Bateri kereta selalunya seratus lebih. Tengoklah" Tepuk dahi. Adeh.
"Kita tong duit sama ea?" Sampai ke sudah tong tak diisi. Hampa.
Tertekan. Dah disusun-susun, masih lagi tak tersusun. Diusahakan juga, malah masih tak nampak hasilnya. Tangan dah diletakkan ke atas dahi, seolah-olah menanggung beban yang berat. Tiba-tiba semua masalah datang satu per satu. Tertekan.
Duit adalah masalah hampir 99% manusia di dunia. Tersenyum. Kerana tanpa duit, semua benda seolah-olah tak boleh diselesaikan. Itu pendapat bagi manusia yang sudah senipis kulit bawang imannya. Itu pendapat bagi orang yang meletakkan usaha sendiri sebagai yang pertama, bukan keizinan Allah sebagai yang terutama. Dan itu juga pendapat bagi orang yang meletakkan dunia di dalam hatinya.
"Kita tak perlu pertikaikan, duit memang penting zaman sekarang ni" ayat kenyataan dari seorang wanita. Terdiam sebentar. Seolah mencari punca dan kata untuk menyatakan ketidak setujuan pada kata-katanya.
Firman Allah, surah Yunus ayat 7-8
Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat Kami, mereka itu tempatnya ialah neraka, disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan.
Kita sering ditipu oleh duit. Kita sering merasa gelap, hanya kerana duit. Dan kita sering pula mengkhianati hanya disebabkan duit. Tak kurang juga yang memudah dan mempermudahkan hukum dan nasihat dari Allah dan Rasul.
Sesungguhnya kebanyakan manusia di akhir zaman ini tidak mengimani pertemuan dengan Allah, lalu meletakkan keselesaan di dunia itu sebagai suatu perasaan tenteram dan mendamaikan bagi mereka. Bermewah-mewah dan bermegah-megah.
"Kau nak makan apa? Jom, aku belanja kat gerai bla..bla..Masakan dia sedap wa cakap sama lu..Perghhh, terbaik" ini ayat orang yang meletakkan kepuasan dunia yang pertama. Tapi, bagi mereka yang meletakkan pertemuan dengan Allah itu yang utama, kata-katanya didokong dengan hujjah dan dalil al-Quran dan Sunnah. "Apa kata kita makan dalam talam, kita masak sama-sama. Ada keberkatan di dalamnya. Amalan orang soleh. Tambah lagi terjamin kebersihannya bila kita sendiri yang masak sambil mengingati Allah. Betul tak?"
Sudah terlalu banyak saranan agama yang semakin dilupakan. Sudah terlalu jauh kehidupan kita dari penghayatan agama. Sudah terlalu asing bagi kita pada sesuatu yang sebenarnya mendatangkan rahmat dan keberkatan dariNYA. Kita sudah semakin lupa pada pertemuan denganNYA. Allahu.
"Arghhh. Malas nak fikir", stereng dah dipusing ke arah stesen minyak, dan tank diisi full. Enjin dihidupkan, pedal minyak dah ditekan, kereta mula bergerak. Dan selama 2 jam dihabiskan masa berseorangan menghabiskan masa di dalam kereta. "Lantaklah masalah bateri kereta. Lantaklah masalah duit. Lantaklah masalah orang tak bayar hutang, dan lantaklah segala masalah. Kalau Allah kata benda nak jadi, tetap jadi walaupun aku susun-susun, jimat punya jimat, nak jaga hati sangat, arghhhh...Just ignore the things that messy my mind"
Maka fikiran sebentar terasa hilang dari belenggu masalah. Dan ternampak juga, jalan mana yang sebenarnya yang perlu difikirkan. Semua masalah yang kita sangkakan berpunca daripada duit, masalah kewangan, semuanya akan selesai apabila kita mengubahkan paksi kita di dunia ini atas apa? Adalah demi sebuah pertemuan denganNYA. Maka, hindarkanlah fikiran kita, hati kita dari memikirkan perkara dunia dan kembalilah kepadaNYA. Akrabkanlah diri kepadaNYA, kerana pada DIA, ada ketenangan itu.
Wallahu'alam.
Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan."
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~
No comments:
Post a Comment